Abdullah pengganti Fahd
|
|
RIYADH 1 Ogos - Pemerintah baru Arab Saudi, Raja Abdullah bin Abdul Aziz telah memperjuangkan program pembaharuan secara sederhana di negara ini ketika Riyadh bergelut dengan gelombang keganasan Al-Qaeda dan krisis dalam perhubungannya dengan Amerika Syarikat (AS).
Abdullah yang dilahirkan pada 1924 diisytiharkan Raja selepas abangnya, Fahd meninggal dunia awal hari ini.
Diplomat berkata, mereka tidak menjangka sebarang perubahan besar dalam dasar luar atau dasar minyak Arab Saudi di bawah pemerintahan Abdullah.
Selaku Putera Mahkota, Abdullah mengambil alih urusan pentadbiran harian negara ini selepas Fahd diserang angin ahmar pada 1995.
Semasa beliau mula-mula mengambil alih pentadbiran negara, harga minyak yang rendah dan defisit negara yang besar menjadi cabaran awal tetapi serangan 11 September, 2001 di AS yang dilaksanakan kebanyakannya oleh rakyat Saudi, dan kemudian serangan bom Al-Qaeda di Saudi sendiri menimbulkan ancaman lebih besar.
Sekalipun memiliki reputasi sebagai seorang pemimpin nasionalis Arab, Abdullah berusaha untuk memulihkan hubungan Arab Saudi-Washington yang dibayangi serangan 11 September dan dakwaan bahawa fahaman Wahhabi yang diamalkan di Arab Saudi menggalakkan keganasan anti-Barat.
Apabila pengebom berani mati Al-Qaeda memulakan siri keganasan pada 2003 untuk menggulingkan kerabat diraja Arab Saudi dan memutuskan hubungan dengan Barat, Abdullah melancarkan kempen memerangi pengganas. - Reuters
Sebab Utama Penundaan Hari Raya Haji Oleh Kerajaan Arab Saudi
(Ulasan Syeikh Belalang pada 18 Januari 2005)
Langkah kerajaan Arab Saudi menundakan tarikh Hari Raya Aidil Adha dari hari Jumaat kepada hari Khamis menimbulkan berbagai-bagai persoalan dikalangan Umat Islam sedunia. Alasan yang diberi oleh pehak Arab Saudi adalah atas-atas sebab yang tidak dapat dielakkan.
Start your day with Yahoo! - make it your home page
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "hidayahnet" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
