Dari www.pas.putrajaya.org

Annuar Musa ‘khayal’ rampas Kelantan
Thursday, August 04 @ 12:42:02 MYT
Topik: Isu Semasa

Isu SemasaDALAM suasana harga minyak yang naik dan berlumba-lumbanya barang-barang lain yang ghairah mahu naik, apa sangatlah nilai amaran Timbalan Perdana Menteri. Jika amaran yang berbunyi, “the government will act severely against price hike.” (NST 31 Julai 2005) itu berkesan, tidak akan naiklah harga barang-barang semasa dua kenaikan harga minyak yang terdahulu.

Nampaknya peniaga sudah hampir tahu perangai kerajaannya. Mereka seolah-olah berkata, kerajaan buatlah apa yang kerajaan suka dan mereka pula bebas berbuat apa yang mereka suka. Pelanduk tersepit di tengah dua gajah itu ialah rakyat. Seakan-akan tiada siapa yang pedulikan mereka. Tanyalah semua lapisan rakyat, Itulah responnya. Temubual spontan NTV7 pada malam 31 Julai 2005 boleh mengesahkan segala-galanya.

Salah seorang rakyat yang ditemuramah, secara sinis berkata, “saya sokong PM 100 peratus kerana sudah tiga kali berjaya menaikkan minyak. Jadi saya sokonglah.” Baru sepanjang seminggu, gegaran penyalahgunaan AP menghantui rakyat.

Baru dua minggu lepas, kita dikejutkan dengan cadangan pembekalan kondom dan jarum. Baru tiga minggu lepas, kita dihebohkan dengan pandangan seorang ‘Menteri ulama’ Wanita’ dari Umno yang membolehkan pelacuran jika dharurat.

Baru empat minggu lepas, kita digemparkan dengan rasuah politik raksasa melibatkan seorang Naib Presiden Umno. Baru lima minggu lepas, Malaysia menyaksikan seorang bekas Ketua Menteri Sabah dari klon Umno yang kalah judi melibatkan RM7.1 juta.

Pendek kata, Malaysia terlalu kaya dengan isu-isu penyalahgunaan Umno/BN terhadap amanah rakyat. Di bawah kepimpinan Umno, nampaknya pendekatan yang gemar diambil ialah “wait and see.” Tunggu dan lihat-lihat kalau-kalau air selut yang bergelodak itu turun dan tenang tanpa perlu dicari penyelesaian. Lihatlah isu AP misalnya.

Rakyat boleh lihat percubaan awal yang dibuat ialah menteri berkenaan tulis surat kepada bekas perdana menteri yang berkenaan. Bila diminta reaksi, PM berkata, “ok, semua sudah selesai.”

Bila didesak balas oleh PAS dan dipaksa oleh Tun Dr Mahathir Mohamad baru keluar senarai penerima AP. Dia ingatkan boleh beres. Rupanya, apabila diasak oleh Dr Mahathir sekali lagi dengan perkataan “berbohong”, keluar pula senarai kedua. Jadi, senarai satu yang dikatakan betul itu apa dan senarai kedua yang dikatakan lebih betul itu, apa?

Tak semena-mena, dalam keadaan Umno yang cukup lelah itu, seorang bekas Menteri Pembangunan Luar Bandar yang baru dilantik Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada) boleh mengunjurkan yang “kemungkinan Kelantan akan menghadapi masalah kemiskinan yang serius dalam tempoh lima tahun jika tiada perubahan politik.” (Utusan Malaysia 31 Julai 2005).

Seluruh orang Kelantan naik kebingungan mendengar kenyataan DatoÂ’ dari Bukit Marak ini. Ini kerana di sepanjang empat minggu kebelakangan ini, telah terbukti yang dasar-dasar Umno/BN lah yang banyak menimbulkan pengangguran dan memiskinkan orang Melayu.

Orang Melayu miskin akhlak kerana Umno. Orang Melayu mula meminggirkan agama kerana Umno. Orang Melayu semakin dihimpit kos hidup yang tinggi kerana Umno menaikkan harga minyak dan menyusahkan orang Melayu.

Siapa boleh yakin yang dasar tidak memberi pinjaman kepada pelajar-pelajar Melayu ke IPTS yang menjejaskan hampir 120,000 anak Melayu amalan Umno terkini adalah “mesra Melayu.”

Dalam keadaan bersepah-sepahnya bahan bukti kegagalan Umno yang sangat menyeluruh, bolehkah rakyat percaya dengan unjuran DatoÂ’ Annuar Musa . Jika kita perlu bertanya, apa yang telah dilakukan oleh Annuar semasa beliau menjadi Menteri Pembangunan Luar Bandar untuk mengatasi kemiskinan di Kelantan?

Adalah dua tiga projek ternakan ikan, tanaman orkid dan telur emas di sana sini, tetapi tidak satu pun menjadi. Yang rakyat pasti ialah wujudnya skandal melibatkan kehilangan wang rakyat hampir RM40 juta yang diperuntukan untuk golongan rakyat termiskin.

Rakyat boleh bertanya lagi sama ada skandal sebegini boleh membantu membasmi kemiskinan atau memburukkan lagi suasana kemiskinan? Dalam keadaan keraguan memuncak seluruh rakyat tentang integriti dan kejujuran pemimpin Umno, saya tidak faham bagaimana Annuar boleh begitu berani mengempen rakyat untuk membuat perubahan politik.

Kita tahu, maksud beliau ialah menukar kerajaanlah. Tukar dari kerajaan yang stabil kepada kerajaan yang tidak stabil? Tukar dari kerajaan yang tiada rasuah politik kepada kerajaan yang rasuah politik? Tukar dari kerajaan yang kasihkan Islam kepada kerajaan yang kurang kasihkan Islam.

Tukar dari kerajaan membantu sekolah agama rakyat (SAR) kepada kerajaan yang menyekat bantuan kepada SAR? Sebenarnya apa yang dituduh oleh Annuar bukan benda baru. Dia cuma ulang kata-kata bekas Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan yang sebelumnya. Annuar cuma perlu “cut and paste” reaksi Nik Abdul Aziz kepada Mustafa sebelum ini yang berbunyi:
“Jika betullah kenyatan Dato’ Mustapa Mohamad yang berbunyi, “PAS gagal menangani masalah pengangguran (di Kelantan) walaupun sudah memerintah sejak tahun 1990” (Mingguan Malaysia 9 Mei 2004), maka betullah juga jika saya mengeluarkan kenyataan yang Umno gagal menangani masalah pengangguran walaupun sudah memerintah (di Malaysia) sejak tahun 1957.

Mustahil Mustapa mahu menafikan fakta yang kini terdapat seramai 58,000 orang penganggur terhormat berkelulusan dari IPTA/IPTS yang sedang aktif merayau-rayau di seluruh negara. Siapa yang memerintah seluruh negara jika tidak Umno?

Jangan mudah-mudah Dato’ Mustapa cuba nafikan fakta ini kerana ia diakui sendiri oleh Menteri Sumber Manusia dalam temuramah secara langsung di TV1 jam 8 malam pada malam 1 Mei 2004 sempena Sambutan Hari Buruh.” (Semak tulisan-tulisan Nik Abdul Aziz dalam Harakahdaily).

Sepatutnya, pemimpin Umno termasuk Annuar bimbangkan fenomena yang lebih serius iaitu “75 peratus remaja Malaysia yang kehilangan dara.” (Mingguan Malaysia 31 Julai 2005). Ini adalah sejenis bala yang menimpa negara.

Jika diikutkan kajian tersebut, daripada 18,805 orang remaja yang telah dijadikan sample, seramai 14,121 orang remaja atau 75 peratus yang didapati ketiadaan dara lagi. Ini tentu ada kaitan dengan dasar-dasar “pembangunan songsang” yang telah dan sedang diacuankan oleh kerajaan Umno/BN.

Sudahnya, Umno gagal dalam serba serbi. Dara, dadah, dedah, murtad, zina, rogol, liwat, rasuah, ragut, rompak, Ayah Pin, actacy dan asap ganja. Jika diikutkan “ilmu keupayaan,” Umno telah gagal 100 peratus kerana “there is only one proof of ability – results.” Umno gagal apabila dia gagal melahirkan rakyat yang beriman dan negara yang bahagia. Itulah “end result”nya dan itulah ukurannya.

Ringkasnya, jika Annuar baru sedang berkhayal untuk merampas Kelantan, PAS pula sudah berkira-kira untuk mengambil alih Putrajaya, Perak Darul Ridzuan, Kedah Darul Aman, Pahang Darul Makmur, Terengganu Darul Iman, Perlis Indera Kayangan dan Selangor Darul Ehsan. Kita ambil negara seluruhnya.

Insya Allah, walaupun tubuh kami kecil tetapi jangan terkejut jika kami boleh melompat lebih tinggi dari orang yang gemuk dan letih bertongkat. - /mj


How much free photo storage do you get? Store your holiday snaps for FREE with Yahoo! Photos. Get Yahoo! Photos


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




SPONSORED LINKS
Divine inspiration Islam


YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke