Raja Petra Kamarudin <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
oleh Jamie Wilson

WASHINGTON – Sokongan untuk pengebom berani mati, keganasan atas nama Islam dan Osama bin Laden semakin menurun di kalangan kebanyakkan negara Islam malah sebelum letupan bom minggu lepas di London, menurut tinjauan yang dikeluarkan baru-baru ini.

Laporan tersebut, oleh organisasi tinjuan Washington Pusat Pew untuk Rakyat dan Akhbar, mengatakan ramai orang di negara-negara yang mempunyai ramai umat Islam menyatakan kebimbangan serupa tentang ekstremis Islam, dengan ramai melihatnaya sebagai ancaman kepada negara mereka sendiri.

“Terdapat penurunan sokongan untuk keganasan di negara-negara Islam dan sokongan untuk Osama bin Laden juga semakin menurun, pengerusi Pusat Pew Andrew Kohut memberitahu pemberita. “Juga terdapat penurunan dalam sokongan untuk pengebom berani mati.”

Tinjauan itu, dikendalikan di kalangan 17,000 orang di 17 buah negara pada April dan Mei, mendapati hampir tiga suku dari orang Morocco dan lebih kurang separuh dari mereka di Pakistan, Turki dan Indonesia - kesemuanya negara Islam - melihat pelampau Islam sebagai ancaman kepada negara mereka.

Terdapat perbezaan pendapat mengenai penyebab kepada radikalisme, dengan sejumlah minoriti menuju ke arah kemiskinan, tiada pekerjaan dan kurangnya pendidikan, sementara di Jordan dan Lebanon ramai orang menyalahkan polisi-polisi AS sebagai faktor paling penting.

Di Eropah dan Amerika, tinjauan ini mendapati terdapat peningkatan akan kebimbangan pihak pelampau Islam di dalam negara dan dunia sedang meningkat. Walau bagaimanapun, di Britain lebih ramai orang - 43% - berkata yang mereka amat bimbang mengenai perkembangan pelampau Islam di luar negara, dengan hanya 34% berkata mereka bimbang mengenainya di dalam negara.

Pusat Pew yang tidak membuat untung dan tidak memihak kepada mana-mana parti adalah sebuah organisasi tinjauan ulung di Washington dan tinjauan akan sikap global dianggap sebagai salah satu tanda aras yang penting akan sikap pelbagai nasional.

Tinjauan ini mendapati di Turki, Morocco dan Indonesia 15% atau kurang berkata bahawa pengeboman berani mati dan keganasan lain ke atas sasaran awam atas nama Islam boleh dilihat sebagai wajar: angka di Morocco tahun lepas adalah 40%.

Di Pakistan, hanya seorang dari empat - 25% - mempunyai pandangan bahawa pengeboman berani mati dilihat sebagai wajar, satu penurunan mendadak dari 41% tahun lepas. Di Lebanon, yang telah menjadi mangsa kepada serangan bom baru-baru ini, 39% kini menganggap ianya sebagai tindakan pelampau sebagai kadang kala atau selalunya langkah yang wajar berbanding kepada 73% di tahun 2002.

Satu pengecualian yang dapat dilihat kepada trend tersebut adalah Jordan, di mana majoriti -57% - berkata pengeboman berani mati dan keganasan adalah wajar untuk mempertahankan Islam.

Orang Islam di negara-negara yang ditinjau berbelah bahagi akan pengeboman berani mati di Iraq. Hampir separuh di Lebanon dan Jordan, dan 56% di Morocco, berkata pengeboman berani mati untuk menentang pihak barat di Iraq adalah wajar, tetapi kebanyakkan majoriti di Turki, Pakistan dan Indonesia mengambil pandangan yang sebaliknya.

Tinjauan ini menunjukan bahawa keyakinan awam ke atas Osama Bin Laden, pemimpin Saudi al-Qaida telah menurun dengan mendadaknya sejak Mei 2003 di Indonesia, Morocco, Lebanon dan Turki.

--
Posted by Raja Petra Kamarudin to MT-berita at 8/07/2005 07:50:00 AM


To help you stay safe and secure online, we've developed the all new Yahoo! Security Centre.


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




SPONSORED LINKS
Divine inspiration Islam


YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke