Madah-

 

1)    Sebab dalam kita berjuang dan berjihad selain daripada kita mengatur strategi agar dapat dipadankan dengan Al-Quran dan Sunnah, hendaklah kita selalu memerhatikan perjalanan hati kita. Pasti niat hati kita berjuang hanya semata-mata kerana mencari keredhaan Illahi.

 

2)    Berkorban ertinya terkorban. Sekiranya kita terkorban dalam perjuangan dan berjihad bagi menegakkan kebenaran maka disitu nilainya disisi Allah SWT dan disitulah nilainya syurga. Ini bermakna kita sudah ada saham dalam perjuangan menegakkan kebenaran.

 

Bismilahirahmanirrahim.

 

Yang dikatakan berjuang dalam Islam ialah ber­juang menegakkan kebenaran sama ada ia menghasilkan kemenangan atau kekalahan. Kalau ditakdirkan kita terpaksa memilih salah satu daripada dua jalan - jalan yang membawa kemenangan atau jalan yang membawa kekalahan - hendak­lah kita lalui jalan yang mele­takkan kita tetap dalam kebena­ran walaupun terpaksa meneri­ma kekalahan.

 

Sebenarnya, hakikat kemenangan dalam berjuang adalah mendapat balasan baik di akhirat, bukan di dunia ini. Apabila orang mukmin itu berjaya masuk ke syurga maka itulah kemenangan yang sebenar. Jadi ukuran kemenangan itu bu­kan di dunia. Sebab itu dalam berjuang dan berjihad, janganlah kita mementingkan kemenangan tetapi tegakkanlah kebenaran terlebih dahulu.

 

Kalau kita berjuang dan berji­had dengan tujuan mencari ke­menangan di dunia, percayalah bahawa kita akan kecewa pada satu masa kelak. Kita akan mundur dan patah dalam perjuangan.Bagaimanapun orang-orang mukmin yang benar-benar dapat memperjuangkan kebenaran di atas maka bumi Tuhan ini, dengan memiliki sifat-sifat taqwa, pasti akan mendapat kemenangan di dunia, walaupun mereka tidak meminta­nya. Kemenangan itu adalah buah (hasil) kepada perjuangan mene­gakkan kebenaran.

 

Itulah jaminan daripada Allah. Kalau setiap orang mukmin itu bersungguh-sungguh menegakkan kebenaran, Allah pasti laksanakan janji-janji-Nya.

Firman Allah:

"Sesunggubnya Allab tidak mungkir janji"   (Ali Imran: 194)

Allah berfirman di dalam ayat yang lain:

 

"Dan Allab telab berjanji kepada orang orang yang ber­iman di antara kamu dan me­ngerjakan amal -amal soleb babawa Dia sunggub-sunggub akan menjadikan mereka ber­kuasa di bumi ini; sebagaimana Dta telab menjadikan orang-orang yang sebelum mereka berkuasa."( An-Nur. 55)

 

Jadi sebenarnya matlamat per­juangan kita ialah di akhirat, bu­kan di dunia. Dan terserah kepada Tuhan jika Dia hendak memberi kemenangan di dunia lagi. Yang eloknya, supaya perjuangan kita lebih ikhlas, hendaklah niatkan kemenangan itu di akhirat yakni selamat daripada neraka Allah.

 

Tetapi perlu ditegaskan, sepertimana janji Allah, kemenangan itu akan dapat  dinikmati di dunia lagi.

 

Biarlah kemenangan yang kita te­rima itu sebagai buah yakni hasil daripada kita menegakkan kebena­ran. Apakah kita akan diberi keme­nangan atau tidak, tidak perlu kita fikir-fikirkan kerana itu hak Allah. Sebab itu dalam berjuang dan berjihad, jalan yang hendak kita tempuh mesti pada jalan kebenaran,

 

Dan bukannya jalan pada kemenangan. Wa­laupun kita terpaksa menghadapi dua jalan, maka jalan kebenaranlah yang mesti kita pilih walaupun ada kemungkinan kita akan menerima kekalahan. Itu adalah lebih baik daripada kita menerima kemenangan tetapi dengan menempuh jalan yang salah.

 

Selain daripada itu, dalam ber­juang dan berjihad ini jangan kita minta atau mengharapkan sanjungan walaupun ada orang menyanjung kita. Sebaliknya apa yang kita kehendaki ialah Allah menyanjung kita. Sebab kalau kita berjuang dan berjihad untuk minta sanjungan  atau pujian, minta diangkat dan dibesar-besar­kan, dikhuatiri suatu masa nanti apabila kita letih berjuang, kita akan kecewa kalau tidak ada orang yang menyanjung kita. Juga kits akan merasa kecewa apabila ada orang menentang perjuangan kita itu.

 

Biarlah orang menyanjung asalkan itu bukan atas kehendak kita. Niatkan perjuangan kita untuk mencari keredhaan Allah. Dengan ini juga kita dapat menegakkan daripada berjuang secara tidak ikhlas. Kalau kita berjuang kerana inginkan san­jungan maka kita telah mengor­bankan keikhlasan. Sedangkan keikhlasan itu ialah satu sifat yang dike­hendaki oleh Allah SWT; nilainya terlalu besar . Ertinya kalau kita berjuang inginkan sanjungan maka kita telah mengorbankan satu nilai yang paling tinggi di sisi Allah SWT

.

Sebab itu dalam kita berjuang dan berjihad selain daripada kita mengatur strategi agar dapat dipa­dankan dengan ajaran Al Quran dan Sunnah, hendaklah kita selalu memerhatikan perjalanan hati kita. Sebab perjalanan hati kita amat susah hendak dikesan. Hendaklah kita check selalu hati kita. Apa kata dan bisikan serta ke mana arahan hati kita. Pastikan bahawa niat kita berjuang hanya semata-mata kerana mencari keredhaan Allah SWT, bukan kerana yang lain. Kalau tidak mahir di bidang ilmu tasawuf, payah sekali kita hendak menyuluh perjuangan hati kita.

 

Selain daripada itu apabila kita melibatkan diri dalam jemaah per­juangan, jangan kita fikirkan apa jemaah hendak buat kepada kita, apa jemaah hendak korbankan kepada kita dan apa yang jemaah hendak beri kepada kita. Ini satu kesalahan dan boleh menjejaskan keikhlasan kita dalam perjuangan. Sebaliknya hendaklah kita fikirkan apa yang hendak kita korbankan, apa yang hendak kita sumbang dan berikan kepada jemaah perjuangan kita.

 

Korbankan fikiran, tenaga, wang ringgit, harta benda serta ilmu pengetahuan dan apa sahaja yang ada pada kita yang diperlukan oleh jemaah untuk kekuatan, kejayaan serta kemajuan jemaah.

 

Walaupun jemaah bertanggung­jawab ke atas kebajikan ahli-ahlinya, setiap anggota perlu memikirkan apa yang mesti disumbang dan dikor­bankan untuk jemaah. Moga-moga dengan itu datang keikhlasan dan kita tidak akan kecewa dalam perjuangan sampai bila-bila masa.

 

Contoh tidak ikhlas dalam per­juangan ialah apabila pada suatu ketika mungkin jemaah lupa memikirkan hal kita dan kebetulan kita dalam keadaan susah atau menderita. Ketika itu kita akan kecewa dan seterusnya mening­galkan perjuangan.

 

Perlu diperingatkan, apabila kita berjuang dan berjihad ertinya kita berkorban. Berkorban ertinya ter­korban. Sekiranya kita terkorban dalam berjuang dan berjihad bagi menegakkan kebenaran maka di situ nilainya di sisi Allah SWT dan di situlah juga nilainya syurga.

 

Kalau kita sudah rasa terkorban di dalam perjuangan, maka jangan­lah merasai dukacita. Ini bermakna kita sudah ada saham dalam per­juangan menegakkan kebenaran. Bersyukurlah kita kepada Allah SWT

 

Di antara bentuk-bentuk pengorbanan itu ialah:

  • . Kita mungkin mampu mendapat rumah besar, tetapi oleh kerana kita berjuang dan berjihad, kita hanya menduduki rumah kecil sahaja.

 

  • .Kita mungkin dapat membeli rumah tetapi kerana kita ber­juang, kita tidak dapat mem­belinya. Cuma menyewa rumah sahaja. Sepatutnya kita boleh mendapat harta tetapi kerana kita berjuang dan berjihad maka kita tidak mendapatnya.

 

  • .Kita mampu menambah harta tetapi oleh kerana kita turun sama berjuang dan berjihad maka kita tidak dapat menam­bahnya walaupun harta yang ada tidak merosot.

 

  • Kerana kita berjuang dan berji­had, harta kita yang ada bukan semakin bertambah malah ber­tambah merosot. Pengorbanan ini dikira yang paling hebat walaupun tak sampai meng­habiskan semua hartanya kerana berjuang.

 

  • Tidak mempunyai kerehatan. Bukan senang kita hendak me­ngorbankan kerehatan kita. Le­bih-lebih lagi sekiranya men­dapat nasihat daripada doktor supaya selalu rehat. Maka kere­hatan pada mereka itu satu perkara yang berharga. Tanpa kerehatan kesihatannya ter­ganggu. Tidak mendapatkan kerehatan serta kesihatan ter­ganggu, itu juga  satu pengorbanan. Hal ini nampak kecil tetapi apabila perkara yang kecil ini dapat kita bereskan, secara langsung perkara yang lebih besar mudah kita selesaikan.

 

  • Apabila kita tidak berjuang, anak isteri sentiasa berada disamping kita, tetapi

Apabila kita berjuang dan berjihad maka kita terpaksa selalu berpisah dan berenggang dengan anak isteri . Kadang­ kadang seminggu, tiga hari, sebulan, sepuluh hari dan seterusnya. Itu juga satu pengorbanan. Bukan senang hendak berenggang dengan anak isteri, lebih-lebih lagi bagi orang muda dan baru kahwin pula.

 

Jika tidak berlaku contoh-contoh pengorbanan sepertimana yang diceritakan tadi, itu ertinya kita masih belum berjuang.

 

Kalau berjuang pun berjuang sambil berehat-rehat. Atau kalau menjadi ahli harakah perjuangan itu cuma daftar sebagai ahli , tetapi belum dikira ber­juang. Kalau kita tidak berani berjuang berhabis-habisan, setidak ­tidaknya dalam perkara-perkara tertentu,kita perlu berkorban. Kalau dapat berkorban lebih lagi, itulah yang dikehendaki kerana pangkat dan rehat dalam syurga itu berdasarkan susah dan payahnya  kita menegakkan kebenaran.

 

Makin susah dan payahnya seseorang itu hendak menegakkan kebenaran, makin tinggi darjatnya di syurga kelak. Tetapi kalau kita selalu menempuh jalan senang senang sahaja dalam perjuangan, kalaupun dapat masuk ke syurga tetapi pangkatnya tidak tinggi. Umpama masuk tentera tetapi tidak ada pangkat atau berpangkat rendah; tentu kita rasa sedih juga. Cuma sedih di syurga bukan selama-lamanya, tetapi pada peringkat awal sahaja. Kalau selama ­lamanya dukacita bukan syurga namanya kerana di syurga tidak ada rasa dukacita. Apa yang akan dirasai di akhirat ialah apabila diisytiharkan masuk syurga dan diisytiharkan pangkat kita, kits masih juga berdukacita kerana kawan-kawan seperjuangan pangkatnya tinggi tinggi belaka. Mereka umpama laksamana,jeneral atau mejar, sedangkan kita berpangkat koperal sahaja padahal kita sama-sama berjuang.

 

Jadi, sebenarnya kita ada saham dalam perjuangan. Buatlah tugas ­tugas yang telah diamanahkan dalam bidang-bidang tertentu mengikut kebolehan dan kemampuan masing ­masing. Di situlah dapat kita lakukan pengorbanan.

 

Di samping itu kita mestilah berjiwa besar. Berjiwa besar yang dimaksudkan ialah kits mestilah sanggup berhadapan dengan penderitaan dan tidak terpesona dengan nikmat.

 

Kadang-kadang dalam berjuang, bukan niat kita hendak mendapat nikmat tetapi nikmat itu datang sendiri. Sekurang-kurangnya orang puji dan itu juga satu nikmat. Sebab dalam berjuang bukan sahaja dapat ujian dikeji tetapi juga dapat nikmat dipuji. Jangan kita tetpesona dengan pujian itu. Pujian susah hendak kita hindarkan kerana jiwa itu terlalu seni; bila kena puji sahaja terus tersentak. Seperti tali  gitar yang begitu tegang, bila angin lalu pun boleh berbunyi berdengung. Begitulah seninya jiwa ini. Bila kena puji, terangkat rasanya. Hendaklah kita jaga dan perhatikan betul-betul perkara ini. Sebab itu perlunya kita berjiwa besar. Pujian hak Allah dan jika orang puji kita, kita pulangkan ia kepada Allah. Mungkin Allah hendak uji kita; jangan kita terpesona dengan pujian. Kita lupa-lupakan sahaja pujian itu.

 

Orang yang berjiwa besar juga tidak pernah kecewa dengan cemuhan~emuhan orang sekalipun daripada anggota-anggota ataupun pengikut-pengikutnya sendiri. Pengikut-pengikut memang tidak sepatutnya mencemuh pemimpin sendiri, walaupun pemimpin itu ada kekurangan.tetapi jika cemuhan masih berlaku juga, pemimpin tidak sepatutnya  kecewa dan berkecil hati.

 

Dalam kita berjuang walaupun hebat cemuhan dari luar,kita masih boleh bertahan lagi. Tetapi apabila cemuhan itu datangnya daripada anggota-anggota sendiri walaupun sedikit, parah juga rasanya hari kita. .ltulah sebabnya kita perlu memiliki jiwa yang besar.

 

Dengan memiliki jiwa yang  besar juga, kita tidak akan kecewa walaupun menerima kegagalan.Kita berjuang bukan minta dihormati. Tetapi sebagai pemimpin, kita perlu ingatkan selalu kepada orang-orang yang di bawah pimpinan kita bahawa selain daripada mematuhi perintah Allah dan Rasul, mereka hendaklah mentaati dan menghormati pemimpin, samada pemimpin itu berjawatan kecil ataupun besar.

 

Salah satu kekurangan atau kelemahan yang menjadi penghalang untuk mencapai kernenangan dalam perjuangan ialah kerana ahli-ahli dalam harakah perjuangan itu tidak taatt kepada pemimpin dan tidak menghormati pemimpin. Kerana itulah umat Islam hari ini sukar hendak mendapat kejayaan dalam perjuangan. Padahal Allah memperingatkan kita di dalam Al Quran:

 

"Taatlah kepada Allah dan taatlah kepada Rasul serta pemimpin di kalangan kamu.”

 

Pemimpin di sini bukan pemimpin negara sahaja tetapi juga termasuk ulama-ulama, ahli-ahli agama, pemimpin daerah, jemaah, surau, pemimpin madrasah, pemimpin rumahtangga dan sebagainya; semuanya mesti ditaati. Kalau ada sedikit salah silap  pada pemimpin itu, sekiranya mampu,kita nasihatkan dengan penuh hikmah dan kasih sayang. Seperti anak memberi nasihat kepada ibu dan ayahnya dan bukannya dengan memberi malu. Kalau tidak sanggup kita doakan. Jika kita berniat hendak menjatuhkannya, itu satu kesalahan dan kesilapan.

.

Apa yang dimaksudkan taat  disini ialah yang berhubung dengan perkara-perkara atau anjuran yang baik-baik dan yang Allah redha Bukan pada perkara-perkara yang  salah, lebih-lebih lagi yang Alla tegahi.

 

Tetapi kita mesti ingat dan faham, adalah menjadi satu kesalahan sekiranya kita tidak taat kepada pemimpin semata-mata  kerana ada satu atau dua kesalahan yang dilakukan, masih ada dua puluh  arahannya yang baik-baik yang sesuai dengan kehendak syariat. Ini  juga satu kesalahan serta kesilapan. Sepatutnya arahan yang tidak betul  itu sahaja jangan diikuti tetapi yang  betul, mesti diikuti dan ditaati.

 

Jadi walaupun kita tidak meminta supaya pengikut-pengikut mentaati kita, supaya ikhlas kepada Allah SWT,      kita perlu mengingatkan perkara itu kepada mereka. Sebab, itu bukan kehendak  kita tetapi kehendak  Allah dan Rasul, kehendak Al Quran dan Sunnah. Pengikut mestilah mentaati pemimpin. Ini merupakan antara tuntutan atau kewajipan dalam perjuangan

.

Jika semua tuntutan perjuangan  dapat kita penuhi melalui keikhlasan  dan kesungguhan, pasti  kita akan mendapat kemenangan. Kalau tidak sempat mendapatnya di dunia  kerana mungkin kita mati sebelum  sampai ke penghujung  perjuangan, pasti mendapat kemenangan di akhirat. Sebab jalan yang kita tempuhi ialah jalan menuju kebenaran.

 

Nukilan : Tuan Haji Ashaari bin Muhammad

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around
http://mail.yahoo.com


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




SPONSORED LINKS
Divine inspiration Islam


YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke