Assalamualaikum, saya sokong pendapat cik noor. Saya dan suami hanya tengok siri ni on and off sahaja, sebab rasa tak berfaedah, tak tahu lah apa faedahnya kepada pembangunan masyarakat mahupun keluarga.
Lagi satu, saya sebenarnya kasihan dengan nasib semua sembilan jejaka yang ambil bahagian dalam siri ni. Frankly said, kalau saya lah, after I tengok lelaki-lelaki ni disingkir atau lebih tepat di"reject" oleh Cik Elly Zakaria tu, mmg saya tak amik buat jadi suami....![]()
bukan apa, rasa macam second choice pulak, tengok dalam tv tu gilakan Cik Elly tu macam desperado jer.....pastu kena reject, reti pulak cari pompuan lain....My hubby pun kata memalukan orang lelaki je....all of them nampak mcm dah takde perempuan lain, especially masa first time diorg bertemu dengan Cik Elly tu, puji melambung2 mcm nak rak...come on guys, all women are beautiful actually, apatah lagi wanita yg bertudung, jika anda lihat wanita bertudung itu cantik, bayangkan kecantikannya apabila membuka tudung.....
sorry to say, if a man seek for wife candidate yg free hair (ada lelaki yg mcm tu), then apa speciality yg u dapat? rambut dia? u dapat tengok, lelaki lain pun dapat tengok jugak...see....rugi apa...i ada a few friends yg bertudung tapi jenis simple (yg takde la kita buleh kategorikan cantik macam wardina ke apa...), tapi bila i tengok diorg buka tudung, masyaAllah, cantik....i yg perempuan ni boleh kata diorang cantik (jarang orang pompuan nak puji orang pompuan ni cantik)...itu dair fizikalnya lah.........yang penting sekali sbenarnya ialah SPIRITUALnya.....
i tak tahu...tapi i am 99% so sure that man will look on kecantikan at first sight, after that baru tengok yg lain. masa i study kat UKM, i duduk di kamsis yg boleh i kategorikan sebagai kamsis "hijau". i've got many muslimah friends yang jenis pakai tudung labuh (even i pakai tudung biasa jer), sbb i suka involve dgn kawan2 yg mcm ni...tapi of course dalam ramai2 yg pakai tudung labuh tu ada yg kulit cerah (lawa le, muka licin), ada juga yg sederhana, ada juga yg kulitnya gelap (kejadian Allah SWT, siapa kita untuk menafsirkan ianya sebagai tidak cantik). tetapi lumrah manusia, si pemakai tudung labuh yang kulitnya mulus ini, yang putih ini, peminatnya yang terdiri dari kaum muslim (yang tak kurang berkopiahnya), amboi ramainya, kalau tak salah saya, adalah dalam 10 jejaka yg try approach dia....tapi saya kasihan dengan rakan saya yang lain (yg turut bertudung labuh), tetapi sedikit mengeluh kerana risau tidak berteman, sedangkan usia meningkat dan seru untuk kahwin sudah
sampai. Bukanlah saya bermaksud nak suruh buat maksiat pegi dating ke apa, tapi sekurang2 nya ada teman, bolehlah berkenalan sebentar dan terus je masuk meminang, tak payah couple lama-lama.
Akhirnya saya memberanikan diri bertanya kepada 2-3 orang peminat kawan saya yang agak "cantik" ini, kebetulan lelaki-lelaki ini adalah kenalan saya. Soalan saya lebih kurang begini "Jika korang rasa korang nak cari wanita bertudung labuh sebagai bakal isteri, kerana mungkin imej bertudung labuh itu meyakinkan kalian bahawa wanita itu lengkap akhlaknya, dan cukup tinggi pengetahuan agamanya, maka kenapa kamu rela berebut2 memenangi hati si pemakai tudung labuh yang cantik berkulit putih ini, sedangkan ramai lagi rakan-rakan kita yang bertudung labuh, tapi wajah biasa-biasa sahaja.....masih kesepian, tidak berteman...dan ada antara mereka yang rendah diri mengatakan "aku tak lawa", semata-mata kerana tidak diminati lelaki".....unfortunately, none of them dapat menjawab soalan saya hingga kini.
Jadi, para netters nilailah sendiri...........................sekian..........
Ya Allah Ya Tuhanku...
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang soleha
Isteri yang sentiasa dihati
Amin, amin Ya Rabbal Allamin..![]()
[EMAIL PROTECTED] wrote:
Assalamualaikum;
Pada semua, sesuatu utk difikirkan.
Noor
Title: MENCARI CINTA PROGRAM YANG MENCARI KECEWA LELAKI
Posted By: ladyice (NuR, LyNn)
Posted On: Tue, 02 Aug 2005 08:13:14 AM
Pengenalan:
Program realiti TV3 terbaru iaitu Mencari Cinta yang memaparkan sembilan
lelaki merebut untuk menawan hati seorang gadis semakin hangat diperkatakan
di kalangan peminat rancangan Realiti Tv. Jadi dekat sini sebagai penonton
program realiti ingin membuat sedikit komen atas rancangan tersebut yang
sememangnya kita ketahui meniru akan program dari negara barat. Begitu juga
dengan program realiti televisyen yang lain seperti Mentor, Akademi Fantasia,
Audition yang sememangnya lebih kepada hiburan kosong semata-mata. Rakyat
Malaysia hari ini lebih kepada membicarakan isu pitisan dan hiburan semata-
mata tanpa lebih membicarakan isu yang lebih mendatangkan faedah kepada
pembangunan akhlak.
Berbalik kepada Mencari Cinta awal-awal lagi saya mengatakan bahawa program
ini sebenarnya tidak ada matlamat dalam sebuah rancangan. Jauh sekali
mendatangkan kebaikan pada pihak penonton ataupun mereka yang terlibat.
Mencari cinta ini sebenarnya tidak tepat dengan tajuk utama iaitu istilah
mencari cinta tapi lebih kepada mencari kecewa lelaki. Saya mengatakan di
sini ialah lelaki-lelaki yang masuk rancangan tersebut lebih kepada mengejar
sesuatu yang tak pasti dan seolah-olah pasrah kepada jodoh sehingga sanggup
mempromosi diri dalam tv dan menjual maruah sebagai seorang lelaki. Berebut
dan mengejar seorang wanita yang sememangnya kita tak ketahui apakah
sebenarnya keistimewaan yang ada pada dia dan adakah beliau memenuhi ciri-
ciri seorang wanita yang patut dijadikan isteri. Sedangkan dalam AL Quran itu
sendiri telah menggariskan beberapa perkara yang sememangnya menjadi ikutan
golongan lelaki dalam mencari jodoh.
Saya bersyukur sangat kepada peserta pertama dulu yang menarik diri awal-awal
lagi. Sudah pasti dia tak mengalami rasa kecewa, putus asa, dimalukan serta
menjatuhkan maruah seumur hidup. Tapi kepada lelaki yang memasukinya dan
tersinggir sudah pasti merasai saat kekecewaan ini. Mereka berhempas pulas
menandingi satu sama lain semata-mata memikat gadis yang dikenali dalam
televisyen semata-mata. Gadis yang saya lebih katakan kepada pasrah dalam
mencari jodoh sehingga masuk televisyen jual muka semata-mata mencari suami
semata-mata umur juga telah lanjut. Jadi kepada lelaki saya nak tanya
perempuan macam inikan yang kamu semua nak dijadikan bini.
Soalan ini saya rasa tak perlu saya tanya pada diri anda sendiri tetapi cuba
tanya dahulu pada ibu bapa atau kaum keluarga anda. Memang apa yang kita
nampak semuanya lebih memuji satu sama lain tapi hakikatnya kita tak tahu
lagi situasi sebenar di belakang kamera. Lagi satu saya nak ulas peserta tu
dinilai sebagai anak yang baik tapi kenapa dalam ramai-ramai adik-beradik dia
tu dia seorang je yang tak bertudung, berambut merah dan berkuku panjang.
Layakkah dia membasuh beras menggunakan kuku untuk menyediakan nasi kepada
seorang suami. Saya bukan nak menjatuhkan maruah sesiapa tapi kena fikirlah
sewajarnya sebagai insan yang dikurniakan akal baik lelaki atau perempuan
tersebut atau pihak penganjur program realiti ini.
Yang nyata keluarga dari pihak perempuan pula seolah-olah diistilahkan lebih
sudu dari kuah tanpa mengetepikan atau tak sedar bahawa cinta yang sebenarnya
adalah cinta yang berputik dari hati. Dua hati bersatu menjadi satu diikuti
rasa kasih dan sayang yang mendalam. Cinta juga lahir dari hati dan bukan
paksaan kaum keluarga. Keluarga sibuk bertanya macam-macam sehinggakan si
peserta yang bernama Azhari tak sempat menghabiskan hidangan. Tapi kaum
keluarga kita lihat bahawa pinggan mereka sebenarnya sudah licin. Begitu juga
kaum keluarga telah membuat penilaian mereka dalam tempoh waktu yang singkat
saja. Melebalkan orang tu macam ni orang! tu macam tu. Orang ni peramah,
orang tu sopan dan macam-macam lagi. Sibuk juga membicarakan fasal keluarga,
fasal pekerjaan dan sebagainya. Apa dia ingat anak dia tak ada masa depan ke
kalau berkahwin dengan salah seorang dari mereka. Lepas tu siap buat cabutan
macam nak beli nombor ekor lagi. Siapa tak berkenan dia akan singkir. Siapa
yang memenuhi ciri dia akan ambil tanpa persetujuan sejati dari pihak wanita.
Jadi dengan sini jelas pihak lelaki sengaja diperbodohkan pihak perempuan
atau pihak penganjur sendiri apatah lagi dengan tak disangka SMS penonton
tetap menjadi trend kepada program yang berbentuk realiti. Saya nak tanya
kepada penonton yang sms tu. Apa kaitan sms anda dengan soal jodoh mereka.
Buat apa undi sedangkan tidak ada
faedah walau sedikit pun yang saya nampak. Jauh sekali mengenali mereka
semua. Bila dah sms tu sudah tentu pihak penganjur kan yang dapat untung.
Pihak penonton yang sms tu apa yang dia dapat. Kalau dapat mana-mana lelaki
dalam sembilan orang tu kira baik le tapi sebaliknya.
Cuba kita lihat bagaimana perasaan lelaki yang dipuji, disukai, dilayan
dengan baik oleh pihak perempuan dan kaum keluarga dengan sebaik-baiknya
tetapi kesudahannya dipecat juga dengan pelbagai alasan tertentu yang tak
masuk akal semata-mata nak mencari yang terbaik antara sembilan lelaki
tersebut. Jadi saya nak tanya nak mencari yang terbaik di sini dimaksudkan
ialah kalau kita nak mencari yang terbaik sudah pasti kita bertanyakan pada
diri kita sendiri(perempuan tersebut) baik sangatkan diri anda yang sebenar.
Kalau baik dan terbaik sampai sembilan lelaki berebut kenapa anda tidak
berkahwin sampai mencecah umur 40.
Dunia hari ini kita sedia ketahui bahawa kaum wanita melebihi jumlah kaum
lelaki. Jadi kalau sembilan wanita mencari satu lelaki itu dah kira boleh
diterima le. Tapi dalam hal ini telah bertukar kepada sembilan lelaki mencari
satu perempuan. Dan pada perempuan tersebut apakah anda telah habis cara
dalam mencari jodoh. Dan adakah anda bahagia dengan puluhan mulut kaum
keluarga memilih dalam mencari lelaki yang dianggap terbaik itu.
Cuba bayangkan betapa hancur hati seorang lelaki bila cinta ditolak oleh
seorang wanita dan begitu juga sebaliknya. Hanya mereka yang mengalami semua
ini akan merasai akibatnya. Sudah tentu lepas ini akan mewujudkan perasaan
dendam, kecewa, sedih, menjatuhkan maruah kaum lelaki seolah diri ini tidak
setanding digandingkan dengan wanita tersebut hatta mana-mana wanita sekali
pun sehingga dibuang begitu saja tanpa adanya kebaikan tertentu. Yang nyata
keburukan lebih bertandang. Jadi lelaki yang dibuang ini sudah pasti terus
dibelenggu dengan perasaan rendah diri kerana cinta mereka telah ditolak
secara terang-terangan dan disaksikan berjuta rakyat Malaysia. Sudah pastinya
lelaki yang ditolak secara diketahui umum ini akan membuatkan wanita-wanita
kat luar juga tidak mendekati lelaki ini kerana lelaki ini pernah ditolak dan
dikecewakan wanita tersebut. Dan sudah pasti memandang serong kenapa lelaki
ini ditolak. Kalau dah ditolak sudah pasti akan menimbulkan perasaan negatif
dan mengakui lelaki tersebut tidak mendapat tempat di hati wanita dan kaum
keluarga . Jika ada pun wanita-wanita kat luar meminati lelaki ini juga sudah
pasti atas dasar kepopularan lelaki tersebut masuk tv sebagaimana penonton
memuja Mawi, Zahid, Jacquelin Victor dan sebagainya atas dasar penilainya
dalam sebuah program realiti tv yang lebih memaparkan realiti kebaikan dari
realiti keburukan..
Dari minggu ke minggu satu persatu lelaki akan dikeluarkan begitu saja. Jadi
dekat sini lapan hati lelaki akan kecewa. Bila dah kecewa sudah pasti mereka
tidak mempercayai wanita lagi dan membuatkan dia semakin takut untuk mencari
jodoh dan bercinta dengan mana-mana wanita. Ini membuatkan mereka rasa kecewa
dan tak nak mencari cinta lagi jauh lagi untuk menamatkan zaman bujang dalam
masa terdekat.
Kepada kaum lelaki saya nak tanya apakah tak ada cara lain lagi dalam mencari
seorang wanita. Di mana sifat lelaki anda sehingga menyuruh orang lain
mencarikan jodoh untuk anda. Apakah perasaan anda dan kaum keluarga anda bila
anda ditolak oleh seorang wanita yang sememang kita kenal bukan sepopular
Siti Nurhaliza, secantik Aiswarya Rai jauh lagi bertutup aurat seiras Wahida.
Jauh sekali wanita itu dari kalangan kerabat diraja atau golongan hartawan.
Begitu juga jauh sekali kita nak bezakan semulia dengan insan yang bernama
Siti Khadijah atau Rabiatul Adawiyah .
Apakah yang membuatkan anda semua masuk program ini semata untuk mencari
glamor, atau mempromosi kaum keluarga, mempromosi tempat kerja dan majikan.
Atau sememangnya menjual maruah anda sendiri atau melahirkan kekesalan diri
anda lagi tewas dengan seorang wanita. Apa moralnya gadis itu terpilih. Dan
yang nyata apakah anda yang hensem, yang memiliki pekerja tetap dan hebat ini
tidak mempunyai kekasih hati. Apakah pula wanita yang dianggap sopan, baik
pada keluarga itu tidak mendapat jodoh. Itulah hakikat sebenarnya yang perlu
penonton tahu.
Kesimpulannya pihak penganjur mengatakan tidak semestinya diakhiri dengan
perkahwinan. Jadi kalau tak diakhiri dengan perkahwinan nak diakhiri dengan
apa lagi. Nak diakhiri dengan kecewa kaum lelaki atau perasaan megah seorang
wanita kerana ramai lelaki meminatinya. Jadi kalau tak diakhiri dengan
perkahwinan sudah pasti program ini sebenarnya telah lari dari tajuk asal.
Jika program ini menyediakan 10 lelaki dan 10 perempuan dan mereka mencari
jodoh masing-masing rasanya itu dianggap lebih manis dan berkesan dalam
mencari jodoh bukan semata mencari kecewa lelaki.
Yang pasti di saat tv3 memaparkan program realiti tv Bersamamu yang
membuatkan orang ramai menangis kesedihan kerana mengenangkan kemiskinan kita
pula disogokkan dengan perasaan kecewa dalam mencari cinta. Waktu siaran pula
adalah selama satu jam tapi program Bersamamu itu yang merupakan rancangan
terbaik, memberi manfaat, berkesan pula dalam tempoh tak sampai setengah jam.
Jangan terlalu leka dengan program realiti tv sehingga apa yang dipaparkan
tak memberi faedah langsung kepada semua penonton.
Banyak lagi rasanya rancangan yang perlu diketengahkan dalam mencari penonton
tertinggi seperti memaparkan atau mendedahkan isu kelakuan aib remaja
berpasangan atau tak senonoh di tempat terbuka, rancangan keinsafan atas
kesalahan besar dilakukan dalam hidup seseorang seperti membuat temu ramah
rancangan yang memaparkan tentang keinsafan, taubat atau rancangan luahan
orang cacat, yatim piatu atau yang memaparkan isu hari-hari terakhir seorang
pesakit AIDS, seorang yang akan dijatuhkan hukuman gantung atau rancangan
yang memaparkan isu kenapa seseorang ibu bapa yang tua ditinggalkan di !
rumah Seri Kenangan. Rancangan lebih kepada berbentuk pengorbanan dan kasih
sayang yang sebenar.
Saya yakin rancangan yang saya maksudkan ini akan mendapat penonton dan
disukai ramai kerana ia adalah sebuah rancangan realiti yang sebenar-benarnya
daripada program realiti lain yang lebih kepada hiburan kosong semata-mata
dan hanya sebuah lakonan dalam pentas teater. Yang pasti rancangan yang
dipaparkan lebih kepada perasaan memupuk kasih sayang dan keinsafan daripada
kita menangisi tentang cinta tidak kesampaian atau menangisi tentang
penyingkiran seseorang yang baru belajar nak menyanyi dan mencari sebuah
haluan hidup yang tak pasti.
--
This message is intended for the recipients named above. It may contain confidential or privileged information. If you are not the intended recipient, please notify the sender immediately by replying to this message and then delete it from your system. You should not read, copy, use, store or circulate this e-mail whatsoever.
Disclaimer:
Internet communications are not secure. While every reasonable effort has been made to ensure that this communication has not been tampered with, Salcon Berhad and it's associated companies cannot be held for any alterations made to the contents of this message. If you wish to receive a hard copy of this message for comparison or should you require any form of confirmation of the contents of this message, please contact the sender.
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
Start your day with Yahoo! - make it your home page
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "hidayahnet" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
