Assalamualaikum..Ulama sepakat tolak pemberian kondom jarum percuma -- Abu Hassan Din Al-Hafiz..."Kuala Lumpur : Pegawai Agama Istana Negara Us. Dato' Abu Hassan Din Al-Hafiz berkata, dalam al-Quran jelas adanya larangan supaya menjauhi zina kerana ia perkara buruk, keji dan menjijikkan, terutama bagi yang bersuami atau beristeri. Ianya jelas haram walau apapun alasan yang diberi.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan salah seorang peserta pada Seminar mengenai Pelacuran Dari Kacamata Islam dan Pelacuran Sebagai Satu Jenayah Terancang anjuran Unit Kajian Wanita Untuk Pembangunan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di sini, semalam.
Ditanya mengapa ulama berdiam diri apabila isu itu ditimbulkan, Dato' Abu Hassan berkata, ulama tiada ruang dan ramai orang yang tiada kepakaran mempunyai saluran untuk menyuarakan pendapat individu.
Inilah yang berlaku hingga ada individu berpendapat azab neraka tidak wujud, sedangkan perkara itu dijelaskan dalam al-Quran, katanya.
Mengulas cadangan memberi kondom, jarum suntikan dan methadone percuma untuk penagih dadah dan penghidap HIV/Aids sebagai langkah mengurangkan kadar jangkitan virus HIV menjelang 2015 yang dijangka dilaksanakan Kementerian Kesihatan mulai Oktober ini, Abu Hassan berkata, isu itu menimbulkan perdebatan hangat di kalangan ulama yang diminta memberi pendapat selepas ia diputuskan.
Dalam mesyuarat untuk membincangkan cadangan itu, ulama-ulama bersepakat tidak bersetuju kerana tindakan itu seolah-olah menggalakkan mereka terbabit dalam kegiatan itu secara meluas.
Mungkinkah penagih boleh mengikut arahan, menggunakan jarum suntikan untuk dirinya seorang saja. Malah, jika diberi kondom, mungkin mereka yang terbabit juga tidak menggunakannya, silap-silap ia dijual pula, katanya.
Ali panel yang turut dijemput ialah Asisten Superintendan Noraini Saat dari Bahagian Jenayah PDRM Bukit Aman dan Pensyarah Kuliyyah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Prof Madya Dr Najibah Mohd Zin.
"Wallahualam.....
Start your day with Yahoo! - make it your home page
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "hidayahnet" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
