Tak apa jangan risau kalau Wisma Putra tidur.
Tentang solat jenazah tu kalau tak ada Agong, Raja-raja, PM atau DPM.
Orang lain ada.
Macam George Bush, Tony Blair, atau Condoleeza Rice atau Rumsfeld. Kan
jembalang-jembalang ni semua kawan baik Raja Fadh masa nak serang Iraq
tahun 1991 dan tahun 2003 dulu. Punyalah baik sampai Arab Saudi, negeri
yang duitnya duduk dalam tanah pun boleh ada budget deficit dalam
belanjawan.
Entah berapa ratus bilion dia bagi pada jembalang-jembalang tu untuk
hapuskan umat Islam di Iraq. Semuga Allah mengampunkan dosa-dosa baginda
Raja Fadh.
Amin...
>>> Amir Hamzah 05/08/2005 08:26:30 >>>
Kemangkatan Fahd: Wisma Putra tidur ke?
Thursday, August 04 @ 17:47:45 MYT
Oleh Jemaah Haji
Asalamualaikum warahmatullah,
Tuan, saya rasa terkejut dan terkilan apabila menonton TV ART dan juga
AlJazeera tentang berduyun-duyun ketua-ketua negara Islam termasuk dari
Iraq yang hadir untuk solat jenazah Al-Malik Fahd. Yang paling menarik
Sultan Brunei dan Presiden Pakistan kelihatan bersama-sama dengan
pemimpin dari negara Afrika. Perwakilan Yaman datang dengan sebuah jet
747. Wakil Indonesia sendiri datang dengan jemaah yang besar.
Wakil Malaysia di mana? Paling sedih apabila TV1 menyatakan Tuanku Yang
di-Pertuan Agong akan bertolak pada hari Rabu petang!
Apa sudah jadi dengan protokol di Kementerian Luar? Apa sudah jadi
dengan staf di JPM? Tidur ke? Mereka lupa ke PM Abdullah Ahmad Badawi
Pengerusi OIC dan NAM? Mentang-mentanglah Abdullah ada di Amerika,
ziarah isterinya sakit, depa seolah-olah buat 'donno' saja.
Paling tidak Najib mesti sampai dulu bersama-sama dengan Hamid Albar.
Takkanlah ada sembilan orang Raja-Raja Melayu, tak ada seorang yang
boleh hadir untuk solat jenazah di Riyadh?
Jadi apabila kita ada masalah dengan kerajaan Arab Saudi berkenaan
jemaah haji atau benda lain yang melibatkan semua kita umat Islam di
Malaysia, siapa yang nak pandang pada kita lagi? Raja Fahd telah
memerintah semejak tahun 1980 selepas kematian abangnya Raja Khalid.
Pada masa yang sama TV3 membuat kenyataan yang salah mengatakan adik
tirinya Raja Abdullah akan mengambil alih. Ini kerana berpandukan siaran
CNN dan BBC menyatakan 'half brother'. Yang sebenar dalam Islam 'half
brother' tidak wujud. Mereka adalah adik beradik, anak kepada Raja Abdul
Aziz, walaupun ibu mereka berbeza.
Bagi saya inilah peluang Malaysia menunjukkan keprihatinan kita dengan
saudara Islam kita dari seluruh dunia. Nampak jelas pengurusan di Wisma
Putra dan JPM tidak faham bagaimana untuk menjalinkan hubungan yang baik
dengan saudara Islam dari Timur Tengah.
Kalau kita di Kuala Lumpur pun sedar kematian dan kenduri kahwinlah
peluang untuk bertemu semua sahabat handai dan saudara mara yang lama
tak dapat berjumpa. Kenapa peluang ini tidak digunakan dengan baik?
Sebagai jemaah yang dapat mengerjakan haji baru-baru ini, saya berasa
sedih kerana peluang ini tidak ambil berat.
Sultan Selangor dan SPB Yang di-Pertuan Agong sendiri baru mengerjakan
haji. Kenapa tiada tindakan agar salah seorang boleh hadir atau diwakili
Timbalan Yang di-Pertuan Agong?
Kita semua tahu berita itu pada tengah hari Isnin lagi dan kita semua
sedar bahawa masyarakat Arab Saudi cepat bertindak dalam hal pengurusan
mayat dan tidak akan melengahkan kerja pengkebumian. Jadi kenapa tidak
ada tindakan segera oleh Wisma Putra?
Saya harap Kerajaan Kelantan pula dapat melakukan sesuatu segera
sebelum terlambat, kerana hubungan baik dengan kerajaan Arab Saudi akan
memberi kesan kepada semua kita di sini.
Apapun harapan kita semua Al-Malik Abdullah dapat melihat semua umat
Islam di Malaysia dan bukan kepada seorang dua yang membuat keputusan di
Wisma Putra dan JPM. Wallahu alam. - lanh
---------------------------------
How much free photo storage do you get? Store your holiday snaps for
FREE with Yahoo! Photos. Get Yahoo! Photos
DISCLAIMER:
This e-mail (including any attachments) may contain confidential information.
If you are not the intended recipient, you are hereby notified that any review,
distribution, printing, copying or use of this e-mail is strictly prohibited.
If you have received this e-mail in error, please notify the sender or Bursa
Malaysia immediately and delete the original message. Opinions, conclusions and
other information in this e-mail that do not relate to the official business of
Bursa Malaysia and/or its group of companies ("Bursa Malaysia Group") shall be
understood as neither given nor endorsed by Bursa Malaysia Group and Bursa
Malaysia Group accepts no responsibility for the same. All liability arising
from or in connection with computer viruses and/or corrupted e-mails is
excluded to the fullest extent permitted by law.
------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~-->
Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page
http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~->
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved
otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the
title "change to daily digest".
Yahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/