[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] wrote:
Final AF: Jangan keterlaluan, hormati permulaan Rejab
Saturday, August 06 @ 09:00:07 MYT
Oleh ANIS NAZRI
KUALA LUMPUR, 5 Ogos (Hrkh) - Hiburan yang mengandungi unsur-unsur keterlaluan boleh menyebabkan jiwa seseorang gelap dan tidak tenang, sekali gus melupakan tanggungjawab mereka kepada diri sendiri dan masyarakat.
Sehubungan itu, umat Islam diingatkan supaya memberi tumpuan kepada ibadah dan membatasi tingkah laku mereka sempena permulaan bulan Rejab sedangkan pada masa yang sama diuar-uarkan konsert final Akademi Fantasi (AF) akan turut dilangsungkan.Ketua Dewan Ulama PAS Wilayah Persekutuan, Ustaz Salleh Sani al-Hafiz, menegaskan apabila sesuatu hiburan itu sudah terkandung unsur-unsur maksiat, maka ia akan mengkhayalkan sesebuah masyarakat.
Katanya, apabila jiwa seseorang itu tidak tenang ia akan menyumbang kepada perkara-perkara yang boleh mendatangkan kebimbangan di kalangan masyarakat seperti remaja yang tidak terkawal.
Lebih malang lagi, katanya jika masyarakat sudah semakin jauh dengan Allah, hanya kerana begitu ghairah dan khayal dengan rancangan hiburan yang saban hari disiarkan di kaca televisyen.
"Kita bimbang, suau-surau dan masjid yang menganjurkan kuliah dan ceramah tidak mendapat sambutan berbanding rancangan hiburan yang semakin banyak ditayangkan di televisyen, terutamanya pada malam esok yang merupakan 1 Rejab," kata beliau sebagai mengulas fenomena masyarakat yang lebih gemar mendapatkan hiburan berbanding majlis ilmu.
Malam esok merupakan malam konsert akhir Akademi Fantasia yang ditayangkan Astro dan mendapat tempat di hati masyarakat hari ini. Ia juga bersamaan dengan 1 Rejab, di mana kebiasaannya surau-surau sering mengadakan majlis ilmu kepada masyarakat setempat.
Beliau menegaskan, masyarakat hari ini perlu kembali kepada pengajaran yang ditinggalkan Rasulullah s.a.w. untuk mengelakkan jiwa menjadi semakin jauh daripada Allah.
Dalam pada itu, beliau menegaskan penerbit-penerbit rancangan berbentuk hiburan ini perlu sedar dan tidak keterlaluan dalam menayangkan siaran yang jauh menyimpang semata-mata untuk mengejak keuntungan.
"Begitu juga dengan pemimpin-pemimpin negara yang mempunyai kuasa untuk membaiki keadaan ini agar tidak menjadi semakin jauh dari budaya dan laras agama itu sendiri. Pemimpin yang baik, akan menghasilkan masyarakat yang baik, dan begitu juga sebaliknya," tegas beliau lagi. lanh
Yahoo! Messenger NEW - crystal clear PC to PC calling worldwide with voicemail
Start your day with Yahoo! - make it your home page
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "hidayahnet" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
