Assalamualaikum...
Boleh saya tanya di sini .......ada yg dapat article mcm nie boleh percaya
ke...? takut jugak bila membacanya... Mudah2an Allah melindungi kita semua
dari segala malapetaka...AMIN
PERINGATAN UNTUK KAUM MUSLIMIN
IMAM MAHADI AKAN MUNCUL.
DAJJAL TERLALU HAMPIR
NABI ISA AKAN TURUN
Assalamualaikum wbt
Saudaraku kaum muslimin.
Beberapa bulan lepas saya telah menulis artikel peringatan bertajuk TAHUN
GEMPAR 2005. Berbagai maklum balas yang saya terima dari pembaca. Yang
paling banyak ialah ungkapan “ Betul ke? ”.Sinis dan tidak percaya. Khusus
untuk mereka, suka saya membawa jawapan Saidina Ali r.a ketika menjawab
tempelak seorang Yahudi. Yahudi itu berkata “ Wahai Ali, adakah kamu pasti
akan masuk syurga dengan sembahyang (dll amalan Islam)?” Jawab Saidina Ali
r.a mahfumnya “ Andai kata syurga dan neraka itu tiada maka saya dan kamu
tidak rugi apa-apa..tetapi kalau benar wujud syurga dan neraka…insyaAllah
saya berjaya dan kamu akan celaka”
Demikianlah peristiwa-peristiwa yang saya garapkan dalam artikel yang lepas
dengan merujuk kepada beberapa kitab dan pandangan mereka yang jujur dan
warak. Konsep jawapan saya juga sama. Jawapan saya “ Jika semua itu tidak
berlaku..Alhamdulillah tetapi andai kata satu demi satu peristiwa-peristiwa
tersebut terjadi, adakah kita mampu menghadapi tanpa persediaan?”
Dalam artikel tersebut saya telah menulis beberapa perkara perlu diberi
perhatian. Antaranya tentang kematian Raja Saudi. Innalillahi wainna
ilaihiraaji’un. Pada hari Isnin, 31 Julai 2005 pada pukul 10 pagi Raja Fadh
telah kembali ke Rahmatullah.
Dalam hadis koleksi saya mengenai Imam Mahadi a.s., tercatit bahawa
apabila wafatnya Raja Arab akan berlaku perang saudara dan kekacauan akibat
perebutan kuasa sesama mereka. Oleh yang demikian saya meminta saudara dan
saudari sama-sama mengikuti dengan teliti perkembngan politik Arab Saudi .
Sama-sama kita perhatikan dalam masa terdekat ini adakah terdapat
bibit-bibit persengketaan yang dikatakan akan berlaku itu. Jika benar
berlaku ternyata era Imam Mahadi akan bermula sebagaimana yang dijangka.
Muhammad Hasanain Haikal menulis dalam bukunya Al-Maqalat Al-Yabaniah
bahawa adanya mereka-mereka yang menunggu untuk menggantikan Raja Fadh.
Dari kalangan saudara kandung Raja Fadh( As-Sudairiyyin), iaitu Amir Sultan
( Panglima perang dan Menteri Pertahanan) dan Amir Salman. Manakala
pengganti Raja Fadh, Amir Abdullah Ibnu Badawiyyah adalah hanya saudara
tiri Raja Fadh.Raja Amir Abdullah juga merupakan panglima Pasukan Pengawal
Nasional. ( Gambar 1 )
Gambar 1
Tulisan ini digarap pada bulan Ogos 2005. Bulan Ramadhan tahun ini akan
bermula pada awal bulan Oktober 2005 iaitu 4 atau 5 Oktober 2005. Gerhana
bulan dijangka akan berlaku di awal Ramadhan. Dan pada pertengahan Ramadhan
akan berlaku pula gerhana matahari. Pada malam Jumaat pertengahan Ramadhan
akan kedengaranlah suara dahsyat yang menakutkan. Jadi, ada dua peristiwa.
Satu siang iaitu gerhana matahari dan satu malam iaitu suara yang manusia
tidak pernah mendengar sebelum ini.
Pada bulan Syawal berikutnya bersamaan awal November 2005, akan mula
berlaku Ma’ma’ah ( huru hara) yang berupa kecamuk peperangan antara
negara-negara. Pada bulan Zulkaedah bersamaan bulan Disember 2005 akan
terjadi perselisihan antarabangsa. Pada tahun 2006, musim haji akan
dilakukan 2 kali. Bulan Zulhijjah pertama bersamaan dengan bulan Januari
2006. Akan terjadi peristiwa pembunuhan sehingga darah mengalir di Jumratul
Aqabah pada hari Idhul Adha di Mina. Haji pada kali ini tidak lagi berlaku
dalam suasana aman. Selepas peristiwa ini era Imam Mahadi akan bermula pada
awal Muharram 1427 hijrah bersamaan Februari 2006.
Percayalah era Imam Mahadi dan Dajjal sudah terlalu hampir. Kaum Yahudi
amat yakin pemimpin Agung mereka iaitu Al-Moshaikh ( Dajjal) akan muncul
mengetuai mereka. Kaum Kristian pula amat yakin bahawa Al-Masih ( Nabi Isa
a.s) akan muncul memimpin mereka. Manakala kita, kaum muslimin yakin bahawa
Al-Mahadi, Al-Moshaikh( Dajal) dan Al-Masih a.s akan muncul. Menarik bukan?
Sesungguhnya Yahudi sedang kecut perut yang teramat-amat. Mereka membina
tembok-tembok di Israel. Menanam pokok Ghardaqah dengan banyaknya. Malah
telah menempah pedang Titanium dengan banyaknya. Hari mereka akan
disembelih di bumi Israel makin hampir. Mereka menempatkan tentera proksi
di bumi Afghanistan dan Iraq untuk menghadang tentera dari Timur. Tetapi
ramai umat Islam sedang lalai dan hampir tidak ambil peduli pada era yang
ditentukan olehNya tetapi telah dikhabarkan oleh RasulNya 1426 tahun
lampau.
Ketahuilah era Islam menakluki dunia semakin hampir. Benarlah sabda
Rasulullah saw bahawa akan sampai satu masa tidak akan ada satu pintu yang
tidak akan dimasuki Islam. Panjang umur kita semua akan menyaksikan seorang
pemimpin Agung bergelar Imam Mahadi akan memerintah dunia sambil memegang
panji-panji Islam.
Tadahkan tangan dan berdoalah untuk pemimpin Agung kita Khalifah Al-Mahdi
dan para pejuangnya. Di segenap ceruk dunia kini, sedang bersiap-siap 40
wali kutub, 313 orang Al-Badri dan 360 orang An-Najd. Mereka akan diikuti
oleh 100,000 pejuang kaum muslimin yang akan berjuang seperti singa di
waktu siang dan berdiri malam beribadat kepada Allah. Mereka-mereka yang
terpilih itu kini berada di mana-mana. Setiap mereka akan mendapat alamat
dari Allah. Apabila seruan tiba ( sedikit masa lagi) mereka akan menyahut
seruan datang berbai’at/ berjanji setia dengan Imam Mahadi dan bersedia
mencagarkan nyawa untuk agama. Mereka akan berduyun-duyun tampil
mempertaruhkan jiwa raga untuk berjuang di sisi Imam Mahadi menegakkan
kalimah Allah di muka bumi.
Tetapi sebelum bendera Islam berkibar diseluruh pelosok alam, beberapa
peristiwa yang besar akan berlaku terlebih dahulu dan merubah senario
kehidupan di luar kebiasaan dan jangkaan. Tiada lagi teknologi maklumat,
Teknologi bio dan teknologi nano. Bursa saham di seluruh dunia akan merudum
dan berakhir.
Saya pernah diberitahu oleh seorang ulamak yang warak bahawa Imam Mahadi
akan berdoa kepada Allah agar minyak dilenyapkan dari muka bumi. Katanya
waktu itu manusia akan berkenderaan hidup bukan berkenderaan mati.
Bayangkan dunia tanpa minyak. Peperangan di era Mahadi hanya akan berlaku
di waktu siang dan bersenjatakan panah, pedang dan tombak.
Mustahil? Allah Maha Berkuasa untuk melakukan sesuatu. Mengapakah Kaum
Yahudi menempah pedang-pedang titanium? Adakah mereka lebih mengetahui
dari kita? Memang mereka lebih mengetahui, peka, yakin dan sedang bersedia
bersungguh-sungguh untuk menghadapi saat-saat genting pemusnahan bani
Yahudi secara total dari muka bumi. Yahudi memang suka melawan takdir.
Mengenai Imam Mahadi. Tanpa prejudis saya menulis. Janganlah saudara
terkejut bahawa pemimpin Agung yang bakal memerintah dunia itu akan datang
dari dunia sebelah sini. Beliau akan muncul dari kalangan Bani Jawi. Bukan
Bani Arab dan bukan Bani Israel.
Bani Jawi? Mungkin sebahagian dari kita termangu-mangu dan tertanya-tanya
mengenai bani jawi. Pernah dengar ungkapan “ masuk jawi” dan tulisan jawi?.
Apa maksud Jawi tersebut. Bani Jawi asal usulnya dari keturunan Nabi
Ibrahim a.s. Semasa keluar berdakwah meninggalkan Siti Hajar dan Ismail a.s
yang masih kecil, Nabi Ibrahim sampai ke Kampuchea dan berkahwin di sana.
Keturunan baginda berkembang biak di Nusantara dan bergelar Bani Jawi.
Tidak hairanlah militeri Israel telah lama bertapak di Singapura sebagai
penasihat. Apa yang mereka cari? Kaum Yahudi telah mengetahui siapa
Rasulullah dan di mana baginda dilahirkan. Demikian juga, Yahudi telah
mengetahui siapa dia Imam Mahadi, di mana dia dilahirkan. Mereka sedang
kelam kabut mencari Imam Mahadi kerana mereka tahu inilah orang yang akan
menjadi khalifah dan memimpin kaum muslimin menyembelih mereka nanti.
Tetapi mampukah Yahudi mengalahkan perancangan Allah swt?
Sesungguhnya dari Bani Arab ada pemimpin agung, Rasulullah saw yang
tercinta, dari Bani Israel muncul Musa a.s dan di akhir zaman muncul Mahadi
a.s. Al-Muntazar dari kalangan Bani Jawi. Imam Mahadi a.s. adalah orang
Jawi. Ada darah Rasulullah saw sebelah saidina Hassan r.a.dalam dirinya.
Imam Mahadi telah wujud dan akan memimpin dunia ini dengan akhlak Allah
yang mulia. Adil dan saksama. Di mana beliau berada? Hanya Allah yang Maha
Mengetahui.
Imam Mahadi bukan manusia luar biasa. Beliau adalah manusia biasa tetapi
beliau adalah insan pilihan Allah. Sampai masanya beliau akan ditarbiyah
oleh Allah hanya dalam satu malam sahaja. Bacalah kisah Jalut dan Talut
yang tercatit dalam Al~Quran. Pemimpin bani Israel itu hanyalah seorang
gembala kambing. Tiba-tiba sahaja dia dilantik menjadi pemimpin.Ini cerita
dalam Al~Quran. Manakala Rasulullah saw pula hanyalah seorang anak yatim.
Di saat dipilih sebagai Rasulullah, baginda pernah diperlekehkan oleh
kaumnya. Ada yang tidak percaya. Ada yang menolak bulat-bulat. Imam Mahadi
juga akan mengalami nasib yang sama. Ianya sunnatullah.
Imam Mahadi bukan seorang insan bersinar-sinar bercahaya turun dari langit.
Bukan juga seorang yang mempunyai kekuatan ghaib dan sakti. Beliau memiliki
nusrah Allah swt. Peperangan demi peperangan akan dilalui olehnya untuk
mengembalikan sinar agama di bumi ini. Kemenangan demi kemenangan akan
dicapai oleh Imam Mahadi bersama tenteranya dengan izin Allah.
Imam Mahadi tidak mencari harta dan kedudukan. Malah beliau akan
membahagi-bahagikan harta sewenang-wenangnya. Yang beliau mahukan agar
setiap manusia di muka bumi ini kembali memuji Allah dan mengagungkan hanya
Allah. Beliau menyambung kerja Nubuwwah. Menyeru manusia kepada Allah.
Beliau adalah Amirul mukminin dan Khalifah yang kita tunggu-tunggu.
Imam Mahadi akan dibantu oleh pejuang-pejuang yang cintakan hanya Allah dan
Rasul saw. Mereka sanggup mati kerana agama yang suci seperti para sahabat.
Niat mereka juga seperti Imam Mahadi. Pengikut Mahadi a.s bukanlah pecinta
dunia. Mereka tidak mencari pangkat dan harta, Mereka membantu Imam Mahadi
menyebarkan kalimah Allah di segenap pelosok bumi dengan diri dan harta
mereka.
Lawatilah laman web zionis – “ Temple institute”. Di sana kita akan lihat
betapa gigihnya kaum Yahudi mahu membina biara suci untuk menyambut
kedatangan Al-Mosaikh mereka yang dinanti-nati sekian lama sebagaimana yang
tercatat dalam kitab mereka.
Saya menyeru kepada diri saya dan kaum muslimin agar membuat persiapan.
Jangan berlengah lagi. Masanya bukan dekat. Tetapi teramat dekat. Kita
tidak perlu membina Mesjid khas seperti kaum Yahudi. Imarahkanlah mesjid
ditempat masing-masing. Ajak-mengajaklah denga penuh hikmah dan kasih
sayang sesama kita. Hidupkan rumah-rumah Allah dengan amalan-amalan.
Tingkatkan amalan persendirian dan ajaklah kaum keluarga meningkatkan
amalan sebelum ujian-ujian besar melanda gelombang demi gelombang.
Akhir sekali saya mengingatkan diri saya dan kaum muslimin agar jangan
bertangguh-tangguh lagi mengamalkan tunjukajar Rasulullah saw sejak 1426
tahun yang lampau. Rasulullah saw mengajar doa tersebut kepada umatnya
untuk mengelak dari fitnah Dajjal. Rasulullah saw mengajar doa tersebut
kepada para sahabat begitu teliti seperti mengajar ayat Al~Quran pada 1426
tahun yang lampau. Masa yang masih jauh dari era Dajal. Tetapi para sahabat
telah mengamalkannya. Sedangkan kita berada di ambang era fitnah Dajjal,
Masihkah kita ambil sifat tidak endah? Mungkin ada yang tahu tetapi
mengambil sikap sambil lewa dan menangguh-nangguh. Sedihnya sebahagian
besar umat ini langsung tidak tahu doa ini. Apalagi mengamalkannya.
Fitnah Dajal adalah besar dan serius. Ini bukan masalah hidup atau mati.
Tetapi mereka yang terpengaruh dengan sihir Dajal akan jadi kafir,
Na’uzubillah. Sabda Rasulullah saw mahfumnya, sejak zaman Nabi Adam, tidak
ada Nabi yang tidak mengingatkan umat mereka tentang fitnah Dajal. Sedarlah
dan sedarkanlah seluruh kaum muslimin tentang peristiwa paling dahsyat yang
bakal berlaku sedikit masa nanti. Salin dan sebarkan doa yang saya
lampirkan ini.
Saya memohon ampun kepada Allah dan meminta maaf kepada kaum muslimin jika
ada salah dan silap dalam penulisan ringkas ini. Saya hanya memberi
peringatan.
Ya Allah berilah Hidayat, Hifazat dan maghfirahMu kepada pemimpin kami Imam
Mahadi Al-Muntazar walau di mana baginda berada. Selamatkanlah baginda.
Bantulah baginda. Begitu juga para pejuang Islam yang akan bergadai nyawa
di sisinya.
Ya Allah selamatkanlah seramai mungkin umat ini dari fitnah dan sihir
Dajjal.
Ya Allah bantulah kami menghadapi gelombang-gelombang ujian yang bakal
mendatang.
Abu Basyir Ad-Daiki Al~Jawi
HARI-HARI YANG PERLU DIPERHATIKAN
|-------------------+----------------------------+------------------------|
| BULAN & TAHUN | BULAN & TAHUN | PERISTIWA |
|-------------------+----------------------------+------------------------|
Ogos2005 |Rejab 1426 |Kematian Raja Fadh
-------------------+----------------------------+------------------------
September 2005 |Syaaban 1426 |
-------------------+----------------------------+------------------------
Oktober 2005 |Ramadhan 1426 | 1. Gerhana di awal
| | bulan
| | 2. Bunyi yang
| | menggerunkan
| | ditengah bulan
| | (malam)*
| | 3. Gerhana di
| | ditengah
| | bulan(siang)
| | 4. Ada tanda dilangit
| | seperti tiang
| | bersinar.
-------------------+----------------------------+------------------------
November 2005 |Syawal 1426 |Peperangan dan
| |
| |
| |huru hara
-------------------+----------------------------+------------------------
Disember 2005 |Zulkaedah 1426 |Konflik antara Negara
| |Islam/suku kaum
-------------------+----------------------------+------------------------
Januari 2006 |Zulhijjah 1426 |Pertumpahan darah di
| |Mina pada musim Haji
-------------------+----------------------------+------------------------
Februari 2006 |Muharam 1427 |Imam Mahadi di bai’at
| |
| |
|( Hari Asyura) |
* Jika ini terjadi simpanlah makanan untuk setahun.
__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around
http://mail.yahoo.com
------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~-->
Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page
http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~->
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved
otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the
title "change to daily digest".
Yahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/