Friday, August 12 @ 14:54:41 MYT
Oleh BASHIR ISHAK
KANGAR, 12 Ogos (Hrkh) - PAS Perlis merasa kesal dengan cadangan Kolej Universiti Kejuruteraan Utara Malaysia (KUKUM) untuk menganjurkan pertandingan nyanyian ala 'Malaysian Idol' yang dinamakan 'Merdeka Idol' sempena sambutan bulan kemerdekaan.
Ketua Penerangan PAS Perlis, Ustaz Yaakub Abu Seman melahirkan rasa terkejut dan kesal kerana program seperti ini dianjurkan oleh sebuah institusi pengajian tinggi seperti KUKUM.
Baginya, mereka patut menghayati apa yang dibahaskan oleh perwakilan di Persidangan Agung Tahunan Umno baru-baru ini dan juga teguran Timbalan Perdana Menteri tentang rancangan realiti tv yang keterlaluan dewasa ini.
"Lebih-lebih lagi KUKUM perlu menunjukkan imej yang baik selepas pendedahan tentang gejala sosial di kalangan penuntut IPT di Perlis oleh akhbar baru-baru ini," katanya.
Sementara itu, seorang aktivis NGO, melihat perkara ini sebagai satu perkara yang melampau kerana rakyat terlalu digula-gulakan dengan hiburan dan kini menular ke IPT pula.
Menurutnya, penuntut IPT patut diberikan penekanan tentang aspek keagamaan yang semakin dipinggirkan dan bukannya dilekakan dengan aktiviti hiburan.
"Sepatutnya mereka dididik untuk menjadi contoh kepada masyarakat tetapi mahasiswa kini lebih mengenali artis daripada mengenali pemimpin negara, bagaimana mereka mahu mengenali para ulama dan sahabat Nabi pula?" ulasnya.
Dalam perkembangan yang sama, beberapa penuntut dan kakitangan KUKUM yang ditemui juga merasakan aktiviti bulan kemerdekaan ini patut diisi dengan program yang lebih menaikkan semangat patriotik dan mengenang kembali perjuangan menuntut kemerdekaan.
"Kita perlu mengenang kembali jasa-jasa pejuang kemerdekaan dan mengimbas kembali sejarah, bukan dengan mengadakan program berbentuk hiburan semata-mata," ujar seorang kakitangan yang tidak mahu namanya disiarkan. - mks.
Yahoo! Messenger NEW - crystal clear PC to PC calling worldwide with voicemail
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "hidayahnet" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
