Jawapan KKDN menghina Suhakam, tahanan ISA - Saari Sungip
Friday, August 12 @ 16:55:09 MYT


Oleh WAN NORDIN WAN YAACOB
KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Hrkh) - Jawapan dari Kementerian Keselamatan Dalam Negeri mengenai tuntutan pembebasan tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) didakwa menghina badan hak asasi itu serta tahanan ISA.

Bekas tahanan ISA, Saari Sungip atau nama mesranya, Pak Abu berkata, jawapan yang diserah kepada Suhakam itu amat memalukan malah mendedahkan ketidakcerdikan KKDN sendiri.

Beliau berkata demikian ketika memberi respons kepada Pesuruhjaya Suhakam, Profesor Dato' Hamdan Adnan yang sebelum itu membacakan surat jawapan dari KKDN yang dihantar kepada Suhakam mengenai tuntutan pembebasan tahanan ISA.

Mengulas lanjut jawapan KKDN itu Saari berkata jawapan KKDN bahawa tahanan akan dibebaskan setelah menjalani kursus pemulihan amatlah tidak bijak,malah katanya bekas tahanan reformasi tifak pernah menjalani program pemulihan, tetapi dibebaskan.

Sebaliknya tahanan lain seperti Al-Maunah dan Kumpulan Militan Malaysia (KMM) serta Jemaah Islamiyah (JI) yang mengikuti kursus anjuran Jabatan Kebajikan Islam Malaysia (Jakim) tidak pernah dibebaskan meskipun telah empat tahun ditahan, katanya.

Saari juga memberitahu Suhakam bahawa program pemulihan yang dijalankan amatlah memalukan di mana tahanan hanya didengarkan dengan nyanyian nasyid bertajuk 'sabarlah orang beriman' dalam kursus pemulihan, katanya.

Ini satu jawapan yang menghina tahanan dan Suhakam yang telah berusaha memperjuangkan pembebasan tahanan ISA, katanya.

"Yang perlu pemulihan bukannya tahanan tetapi Menteri Kementerian Keselamatan Dalam Negeri itu sendiri," kata Saari dengan nada yang marah.

Sekiranya perlu bekas tahanan dan aktivis anti ISA bersedia membantu Suhakam dalam menjawab semula surat yang dihantar KKDN melalui Ketua Setiausahanya, Dato' Abdul Aziz, katanya.

ISA patut dimasuhkan - Pesuruhjaya Suhakam

Sementara itu Hamdan dalam jawapannya berkata, pihaknya tetap berpendirian bahawa ISA adalah akta yang patut dimansuhkan.

Malah baginya jawapan yang diterima dari KKDN itu amatlah mengecewakan Suhakam, tetapi Suhakam tidak akan berputus asa dengan jawapan itu malah bersedia meneruskan agenda memastikan hak asasi manusia di negara ini terjamin, katanya.

Pihak Suhakam akan mengadakan satu lawatan ke Kem Tahanan Kamunting (kemta) pada hari Rabu ini bagi melihat sendiri keadaan tahanan, katanya.

Terdahulu beberapa isteri tahanan melalui Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), Pemuda PAS dan Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) telah mengadakan perarakan dari Masjid Negara menuju ke Suhakam untuk menyerahkan memorandum kepada Suhakam.

Perarakan selama 30 minit itu diketuai Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayob dan diiringi Pengerusi GMI, Syed Ibrahim Syed Noh; Pengerusi Pusat Sokongan Keluarga Tahanan ISA, Aliza Jaffar; isteri tahanan; Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan; Ustaz Riduan Mohd Noor; aktivis anti ISA dan mahasiswa.

Bagaimanapun tiada sebarang gangguan dari pihak Pegawai Cawangan Khas (SB) mahupun polis terhadap 1000 peserta perarakan.

Memorandum itu antara lain menuntut pembebasan sembilan tahanan KMM yang akan genap empat tahun penahanannya pada pertengahan September ini.

Mereka ialah, Ahmad Pozi Darman, Alias Ngah, Nik Adli Nik Abdul Aziz, Solehan Abdul Ghafar, Mohd Luthfi Ariffin, Mohd Rafi Udin, Mohd Zulkifli Mohd Zakaria, Zainon Ismail dan Zid Sharani Mohd Isa.

Memorandum itu juga turut mendedahkan beberapa isu penderaan yang berlaku terhadap mangsa dan keluarga mangsa ISA.

Antaranya ada isteri yang terus diganggu SB secara mental, malah ada juga dakwaan mengatakan terdapatnya gangguan seksual dihadapi isteri tahanan ISA sepanjang suami ditahan.

Lebih memeritkan lagi ada isteri yang diugut supaya meminta cerai dari suami dan berkahwin dengan SB, kata Aliza yang mewakili isteri tahanan. - mks.


Yahoo! Messenger NEW - crystal clear PC to PC calling worldwide with voicemail


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




SPONSORED LINKS
Divine inspiration Islam


YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke