Takaful Malaysia diharap lebih proaktif MB Thursday, August 11 @ 15:28:57 MYT
KOTA BHARU, 11 Ogos (Hrkh) - Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berharap Takaful Malaysia lebih bersikap proaktif dalam usaha menarik pelabur baru bagi mengimbangi sistem kewangan yang tidak berasaskan Islam. Katanya, bersesuaian dengan persaingan sengit di peringkat antarabangsa yang menawarkan pelbagai produk, Takaful Malaysia hendaklah lebih proaktif supaya masyarakat lebih berminat untuk melabur. "Pihak yang antiIslam khususnya dari negara Barat selamanya akan merosakkan imej Islam termasuk sistem ekonominya dengan melahirkan produk-produk baru ciptaan mereka," ujarnya ketika berucap merasmikan Seminar Kefahaman Takaful Sektor Perbankan Peringkat Negeri Kelantan sempena ulang tahun Takaful Malaysia ke-20 di sebuah hotel di sini, hari ini. Menteri Besar turut mencadangkan penerangan terhadap masyarakat bukan Islam berhubung sistem ini juga hendaklah dipergiatkan. Katanya, biar pun penubuhan asalnya untuk orang Islam, namun kerana keistimewaannya diharap bukan Islam turut mendapat manfaatnya. Kata beliau, sekiranya Takaful sentiasa memperhebatkan promosi produknya, sudah pasti syarikat itu akan menguasai pasaran yang lebih luas. Beliau turut berharap Takaful Malaysia akan sentiasa menjadi rujukan oleh negara-negara lain kerana hasil kejayaan yang disumbangkannya selama ini. Menurutnya, kejayaan itu dapat dilihat apabila beberapa negara termasuk Arab Saudi, Sri Lanka, Brunei, Bahrain, Kuwait dan Pakistan turut mendapat khidmat nasihat dari Takaful Malaysia. Tuan Guru Nik Abdul Aziz turut berharpa masyarakat Kelantan supaya melabur dalam skim pelaburan insuran yang berasaskan Islam. - SMH/mj ............................................................................ .................. Helmi Takaful Nasional 019-3719074 Damansara ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/TXWolB/TM --------------------------------------------------------------------~-> -------------------------------------------------------------------------- All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise. If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest". Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
Picture
Description: application/microsoft-ole-object
