Konsesi lebuh raya: Kerajaan didesak dedah kandungan perjanjian
Tuesday, August 16 @ 16:24:59 MYT


Oleh ANIS NAZRI
KUALA LUMPUR, 16 Ogos (Hrkh) - Kerajaan digesa mendedahkan isi kandungan perjanjian yang dimeterai bersama syarikat konsesi lebuh raya bagi memberikan gambaran jelas kepada rakyat berhubung isu kenaikan harga tol.

Pengerusi Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar PAS Pusat, Mahfuz Omar, berkata langkah ini perlu bagi memberi gambaran sebenar memandangkan kerajaan sering menggunakan perjanjian dengan syarikat konsesi sebagai alasan kenaikan harga tol.

Katanya, jika kerajaan sebelum ini bersedia mendedahkan senarai penerima permit import (AP) dan merangka dasar automotif negara bagi menangani isu tersebut, maka ia juga perlu bersedia untuk mendedahkan syarat perjanjian berkenaan.

"Rakyat mahu melihat perjanjian tersebut dan juga boleh memberi cadangan sekiranya perjanjian tersebut membebankan kerajaan.

“Inilah masanya kerajaan membuktikan pentadbiran yang penuh ketelusan dan berintegriti," tegas beliau kepada Harakahdaily ketika mengulas kenyataan Menteri Kerja Raya, Dato' Seri S Samy Vellu berhubung kenaikan harga tol.

Beliau yang juga Pengerusi Institut Pengemblengan dan Pembangunan Komuniti (Impak) turut mempersoalkan bagaimana kerajaan boleh bersetuju dan menandatangani perjanjian yang boleh membebankan kerajaan dan rakyat.

"Sudah sampai masanya kerajaan mengkaji semula perjanjian tersebut dan berusaha untuk tidak membuat sebarang perjanjian lain yang boleh membebankan rakyat," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Membantah Kenaikan Harga Tol, Teresa Kok, menyifatkan kerajaan kurang bijak dalam menyetujui terma-terma dalam perjanjian tersebut.

"Bagaimana mereka (kerajaan) boleh bersetuju dan menandatangani perjanjian tersebut yang dilihat hanya memberi bebanan kepada rakyat?" soal beliau.

Teresa yang juga ahli Parlimen Seputeh, mendakwa kerajaan secara sengaja bersetuju dengan terma-terma dalam perjanjian yang jelas berat sebelah dan memihak kepada pihak-pihak tertentu.

"Sebenarnya, sejak awal lagi kerajaan memang bertujuan untuk memberi keuntungan kepada kroni-kroni tampa mengambil kira hak rakyat," dakwa Teresa.

Dalam pada itu, beliau bersetuju dan meminta kerajaan mendedahkan syarat perjanjian tersebut bagi memberikan kefahaman kepada rakyat. – lanh


To help you stay safe and secure online, we've developed the all new Yahoo! Security Centre.


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke