Fazel Salleh <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
Seperkara yang perlu kita fahami, bencana jerebu
adalah hukuman Tuhan kepada kita. Ia berlaku moga-moga
memberi pengajaran ke pada manusia. Manusia akan
kembali kepada Tuhan dan memohon keampunan dariNya.
Namun, apa yang berlaku umumnya manusia hanya
mengadakan upacara sembahyang hajat dan memohon agar
bencana itu dihindarkan. Agar jerebu itu hilang, dan
manusia kembali hidup aman harmoni dalam suasana
persekitaran yang bersih dan selamat. Tidaklah itu
menjadi satu kesalahan. Tetapi apa yang lebih penting,
Tuhan mahu manusia itu mengakui kesilapannya. Manusia
itu menginsafi keterlanjurannya. Hasil daripada itu,
mereka terdorong untuk bertaubat kepada Tuhan. Mereka
memaksa diri meninggalkan perbuatan yang dimurkai
Tuhan. Inilah yang sepatutnya dilakukan manusia. Tuhan
menghukum agar manusia sedar akan dosanya lalu kembali
padaNya. Tuhan menghukum agar manusia insaf dan
meninggalkan segala dosa dan kemungkaran mereka. Ini
yang lebih baik dilakukan. Ini lebih berkesan dari
sembahyang hajat memohon bencana dielakkan.

Pernah terjadi satu kisah, Nabi Musa didatangi kaumnya
untuk berdoa agar diturunkan hujan. Waktu itu, kemarau
berpanjangan sedang melanda mereka. Nabi Musa berdoa
dan mengajak semua kaumnya itu berdoa. Tetapi hujan
tidak juga turun. Kaum Nabi Musa mendatangi Nabi Musa
dan bertanya hal tersebut. Nabi Musa pun bertanya
kepada Tuhan. Tuhan menjawab bahawa di dalam kaummu
itu ada 2 orang yang melakukan dosa. Barulah Nabi Musa
tahu mengapa doa mereka tidak dikabulkan Tuhan. Lalu,
Nabi Mus pun memanggil kaumnya dan berkata, “Wahai
kaumku, ada di antara kita yang melakukan dosa yang
membuat Tuhan tidak kabulkan permintaan kita. Oleh
itu, marilah kita semua bertaubat kepada Tuhan dan
meninggalkan dosa tersebut.” Tidak lama selepas itu,
maka turunlah hujan.

Inilah pengajaran yang boleh kita ambil. Janganlah kita
sekadar berdoa sahaja. Tetapi kenalah didahului dengan
taubat. Kenalah didahului dengan meninggalkan maksiat
dan kemungkaran. Jika ini dapat kita lakukan,
insyaAllah bencana jerebu dapat dihindarkan. Sekian.

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around
http://mail.yahoo.com

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around
http://mail.yahoo.com


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




SPONSORED LINKS
Divine inspiration Islam


YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke