Saya sokong apa yang Puan Hanny cakap... hidup ni kenalah ader tolak ansur,,, suami dah susah takkan nak tgk jer kena gak tolong... walaupun tak dihargai tapi saya rasa puas hati dapat menjalankan tugas saya sebagai seorang isteri.. kalau Puan nak tahu... hubungan kami sejak awak perkahwinan agak bermasaalah... Dari bertunang hingga lah dah berkahwin dugaan demi dugaan yg terpaksa saya tempuh.. bayangkan kenduri dah nak dekat duit simpanan suami langsung tak der hantaran 7 ribu serba 1 bukan saya letak tapi org tua... saya kena akur sebab ini pilihan saya... ntah camana lagi 2 minggu nak kenduri dapat gak cari.. Hmm sedih saya tgk dia... saya rasa dia berhutang ngan parents dia... nak wat camana.. nak kawin sgt.. kebetulan pulak malam nikah dia dapat call yang dia dipecat kerja... apa punya bos pun saya tak tahu... suami saya masatu tak dapat bagi tumpuan sepenuhnya pada kerja... maklumlah nak kawin ni bukan senang.. kena ambik banyak cuti nak isi borang tu lah borang ni lah pengesahan tu lah..pendek kata macam2 lagilah.. mungkin ni ujian dari Allah.. saya redha... Lepas kami kawin suami menganggur... saya ulang alik dari kajang ke tempat kerja ngan kancil saya... tu pun sempat saya beli masa bujang dulu.. tak kisah lah walaupun jauh saya terpaksa juga duduk ngan mak mertua saya... nasib baik mak mertua ngan bapak mertua ok... suami masih nganggur cam biasa... Dah genap 3 bulan kawin suami masih tak dapat kerja... saya pulak tertunggak bayar kereta selama 3 bulan, ialah makan.. minyak.. hutang sapa nak bayar.. gaji hanya 800 jer.. so apalagi kenalah pulak tarik kereta tu.. saya redha.. yg runsingnya kereta tu nama bapak saya.. so kena lah cari duit untuk tebus balik... dalam kegawatan ekonomi tu.. suami pulak buat perangai.. hari2 dia maki saya.. kami kerap gaduh.. yg saya pulak tak habis2 ditimpa sakit... mungkin tekanan... YaAllah hanya tuhan saja yg tahu bebanan yg terpaksa saya tanggug.. Mak Ayah tak tahu suami menganggur.. Ajak pulak kami balik kg... Kereta plak kena tarik.. duit 1 habuk pun takder, bayangkan Puan macammana saya nak hadapi semua ni depan keluarga saya.. Saya tak nak dengar yg saya tersalah pilih.. sebab itu adr lah pilihan saya sendiri... buruk baik dia...itulah suami saya... Dia baik pada mata saya.. dari segi agama mmg amat dititik beratkan sampaikan sekarang sya jadi alim sejak berkahwin dgn nya.. yang saya mushkkil naper dia berubah.. bila malam tak dapat tidur.. bila disuruh kerja dia taknak... saya buat kerja serba tak kena.. perkara ni berlarutan hingga 7 bulan usia perkahwinan kami.. last2 saya jumpa ustaz di kelantan mintak ustaz tgk apa masalah suami saya... terkejut saya keesokkan harinya... ustaz talipon bagitahu suami kena sihir kerana dengkikan hubungan kami suami isteri.. nak tak nak kena gak percaya.. sebab masa kursus nikah dulu ustaz ader bagitahu sihir ni bukan lah benda yg pelik berlaku... takut gak terpesong akidah kita.... Alhamdullilah sekarang.. semuanya dah beransur pulih.. penderitaan saya selama bergelar menjadi isteri telah pun berakhir.. dengan keberkatan dan tawakkal kepada Allah.. Kami kembali seperti insan lain.. bahagia dalam melayari bahtera rumahtangga... Saya gak bersyukur yg suami saya dah pun mula bekerja.. dia berjanji ingin menggantikan kesemua wang yang telah dia gunakan semasa dia sedang mengaggur dulu.. siap belikan kereta wira buat saya.. Inilah dia keberkatan jika kita bersabar.. saya redha atas apa yg pernah dia lakukan dulu kerana itu bukan lah dia.. hanya kita sebagai isteri yang harus memahami jiwa suami kita sendiri... Sayangi suami kita kerana tanpa dia kita takkan sampai kesyurga.. Tanpa keredhaan nya jangan bermimpi lah kita akan mendapat keredhaan dari Allah... Amalkan sifat rendah diri.. biar berganda gaji kita sekali pun darinya.. di tetap No1 tak der ulamak mana yg dapat mengulas ayat ni kecuali ajaran ayah Pin jer.. sekian wasalam.. manis wajah anda dengan berzikir.. insyaAllah setiap masaalah dapat diselesaikan..
P/S Nak murah rezeki amalkan surah Al-Waqiah... InsyaAllah.. saya dah pun merasainya.. anda? cubalah.. setiap malam atau selepas Solat Asar ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/TXWolB/TM --------------------------------------------------------------------~-> -------------------------------------------------------------------------- All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise. If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest". Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
