RAMALAN BERLAKU KIAMAT


KUALA LUMPUR: Ramalan berlaku kiamat ketika gerhana berpasangan Oktober ini
yang diedarkan melalui e-mel dalam laman web forum tempatan hanyalah
andaian semata-mata.

Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria, berkata umat Islam perlu menolak
ramalan itu yang bertujuan
merosakkan akidah mereka.

Katanya, mereka perlu berhati-hati apabila membaca e-mel berkenaan dan
jangan mempercayainya.
"> Hari kiamat perkara ghaib yang sebenarnya berada dibawah ilmu Allah.
Sesiapa pun tidak tahu sedangkan Nabi sendiri pun tidak tahu bila hari
kiamat.

" Sudah banyak ra malan sedemikian dibuat dari semasa ke semasa dan
dilakukan sejak zaman Nabi, tetapi tidak pernah terjadi. Nabi pernah
menyatakan tukang nujum itu bohong, walaupun ada kejadian yang betul tetapi
ia hanya kebetulan, " katanya.

Menurutnya, penyebaran e-mel itu adalah perbuatan pihak yang ekstrem atau
berniat memesongkan akidah
umat Islam. " Manusia mempunyai akal yang terbatas jangkauannya. Jangkauan
manusia ke angkasa lepas masih lagi terbatas. Kemampuan manusia mengetahui
bila berlakunya gempa bumi juga terbatas. Hal seperti Tuhan, malaikat, qada
dan qadar bagi akal manusia juga terbatas,> "> katanya.

Harussani berkata, perbuatan mengedar e-mel itu mungkin dibuat pihak
tertentu yang berniat memesongkan
kepercayaan umat Islam.

"Jika pengarangnya mendakwa ramalan itu berdasarkan sebuah kitab, apakah ia
benar kerana kita tidak pernah ditunjukkan kitab itu.

"Apa pun, saya nasihatkan penerima e-mel berkenaan supaya jangan percaya
kandungannya, tetapi boleh mengambilnya sebagai iktibar untuk kita bersedia
menghadapi hari itu.

"Banyakkan amalan mulai sekarang, ikhlaskan hati ketika beribadah dan baiki
perangai kerana semuanya
tidak mustahil," katanya ketika mengulas pengedaran e-mel bertajuk 'Tahun
Gempar 2005' itu yang meramalkan hari kiamat akan berlaku selepas fenomena
gerhana berpasangan pada Oktober.

Ia disebarkan sejak awal tahun lalu menerusi laman web forum tempatan.
Antara kandungan e-mel itu, manusia akan menghadapi konflik besar selepas
kematian pemerintah Arab Saudi sekarang.

Sebaik saja kematiannya, manusia akan dikejutkan dengan peristiwa langit
yang menakjubkan pada Ramadan
yang juga Oktober tahun ini.

Peristiwa langit yang didakwa akan berlaku adalah fenomena gerhana
berpasangan pada satu bulan, tahi
bintang jatuh di Amerika Syarikat menyebabkan kemusnahan teruk.

Sementara itu, Pensyarah Ilmu Falak Syarie di Institut Agama Islam Negeri
Kedah (Insaniah), Abdul Ghani
Salleh, berkata fenomena gerhana berpasangan sudah banyak berlaku dalam
takwim Islam dan banyak pihak
cuba mengambil kesempatan daripada kejadian itu.

"> Fenomena gerhana berpasangan iaitu gerhana matahari dan bulan yang
berlaku pada satu bulan tiada kaitan dengan petanda akhir zaman. Ini kerana
ia sesuatu kejadian semula jadi ditetapkan hukum Allah.

"> Kejadian gerhana tidak ada kena-mengena dengan petanda akhir zaman. Apa
yang didakwa dalam e-mel itu
hanya rekaan kerana ingin menipu umat Islam dengan mengambil kesempatan
daripada fenomena gerhana
berpasangan,> "> katanya.

Oleh itu, bagi mengelakkan diri ditipu, teraniaya atau dizalimi golongan
yang cuba mengambil kesempatan, umat Islam wajar mengetahui ilmu falak
syarie, terutama berkaitan fenomena gerhana berpasangan.

Beliau berkata, pengarangnya mungkin berniat negatif untuk menakutkan umat
Islam, misalnya, meramalkan
peperangan berlaku pada bulan haji supaya mereka takut ke Makkah.

Abdul Ghani berkata, memang ramai bertanya kepadanya mengenai hal
berkenaan, namun mereka yang tidak
mendalami ilmu falak syarie mudah salah faham dan terpedaya.

Katanya, berdasarkan hitungan falak tahun ini, ada empat kejadian gerhana
tetapi tiada yang berlaku>
berpasangan pada Ramadan.

"> Kejadian gerhana terbaru adalah pada April lalu iaitu gerhana matahari
pada 8 haribulan dan gerhana bulan pada 24 haribulan.

"> Berikutnya, gerhana matahari pada jam 4 petang, 3 Oktober tetapi tidak
kelihatan di Malaysia kerana ia akan melalui Utara Afrika dari Lautan
Atlantik seterusnya ke Gibraltar dan Somalia sebelum ia mati di Lautan
India, manakala gerhana bulan pada 17 Oktober jam 8 malam tetapi hanya 28
peratus saja boleh
dilihat,> "> katanya.

Beliau berkata, ilmu falak syarie penting kepada umat Islam kerana ia
menerangkan mengenai hakikat alam dan kaitannya dengan perlakuan ibadat.

Mendalaminya boleh dianggap satu ibadat kerana ia dapat menimbulkan rasa
keinsafan dan mendekatkan diri
kepada Allah.

"Namun, apa yang dikesalkan generasi muda sekarang seolah-olah tidak
berminat mempelajarinya dan jika ada pun hanya separuh jalan, sedangkan
pengkajian dalam ilmu ini membolehkan ibadat solat, puasa dan haji
dijalankan dengan sempurna kerana masa yang menjadi syarat sah kepada
ibadat berkenaan dapat ditentukan seperti yang dikehendaki,> " katanya.



Diharapkan PAUT-Mail dapat di manafaatkan sebagai wadah untuk merapatkan
perhubungan silaturahim bekas-bekas pelajar TEXAS,IPTA,IPTS,Kolej,Kenalan
dan Sahabat-Handai.
Semuga 'Jemaah Alam Maya' ini dapat berinteraksi untuk meningkatkan minda
dan iman.
Sebarang komen adalah sangat-sangat dialu-alukan.

Terima kasih kerana melanggan PAUT-Mail.

PAUT-Mail senarai e-mail:
hantar : [EMAIL PROTECTED]







------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page
http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest".  
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke