Temingat Di Belantara <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
Malam tadi, berenti sat di kedai runcit beli
barang-barang keperluan rumah; tu dia aih susu budak
yg minggu lepas harga RM21 lebih, la dah naik singgit
jadi RM22 lebih.

Ambik tu ambik ni, sampai kat kaunter, bawa keluar
note RM50 dua lai; dok agak dlm RM70 saja macam yg
biasa-biasa dok budget sebelum ini. Sampai-sampai kat
kaunter, kira-kira tengok RM90 lebih, sikit lagi nak
sampai RM100. Itu baru lepas harga minyak naik; ini
kalau tol naik lagi la haru.

Balik rumah, dok fikir: ish, kami suami isteri yg
kerja gaji just cukup-cukup ini, mungkin la boleh
absorb or adjust sikit-sikit tang mana mampu; nu adik
aku hat kerja kilang di Kulim dan Abang aku hat kerja
kilang di Perai nu, gaji depa dua orang sebulan tak
sampai seribu, dua-dua bini tak kerja anak 3 pat
orang, macam mana la depa survive?

Lepas tu teringat pulak kat adik pompuan aku, full
time house wife, laki dia kerja kilang jugak, di
Sungai Petani, gaji sebulan tak sampai seribu, anak 4,
ada mutu sebijik kancil sebijik; ish tolak duit kancil
duit rumah duit minyak mutu etc, macam mana la depa
dok kelepiaq nak sara anak-anak depa bulan-bulan?

Adik aku, Abang aku dan Adik pompuan aku tu tiga-tiga
ada anak kecik. Bila aku beli susu RM22 lebih setin
dan pampers satu packet RM30 lebih tu; aku teringat
kat depa. Dengan gaji aku yg just cukup-cukup tu pun
terpaksa berkira bila nak beli susu & pampers anak;
depa macam mana la agaknya?

Kalau sebulan depa beli susu & pampers 3 kali, mau dah
dekat 30% gaji bulanan depa. Mak oii, 30% gaji cuma
nak cover susu dengan pamper saja, itu tak campur lagi
belanja rumah, beli ikan, ayam, sayur (yg naik
berkali-kali ganda dah), minyak mutu, minyak keta dan
lain-lain lagi nu.

Depa sure berserabut perut punya dok fikir benda ni.

Mungkin sebab tu jugak kot, weekend baru ni adik aku
mai rumah naik bas saja; selalunya dia naik mutu. Bila
tanya, dia kata saja la malas nak bawak mutu, mai
dengan bas saja. Sian jugak aku kat dia; aku tau la
bagi dia kalau boh minyak mutu RM5 pon dah banyak dah.
Daripada dia perabih duit boh minyak mutu, baik dia
simpan duit tu beli susu anak.

Abang aku pulak kerja kilang di Perai, gaji tak sampai
seribu, dok rumah flat di Perda Bukit Mertajam; bini
tak kerja anak 4. Sian kat dia, sabtu ahad cuti, nanti
dia pederas balik kg kami di Baling sana nu dengan
mutu dia; balik kg cari sayur-sayur kg, pucuk paku,
pucuk janggus, umbut tepuh, pucuk kantan, ulam raja
dan lain-lain lagi; bawak mai ke Penang jual di pasar
malam dan pasar tani. Tiap-tiap weekend macam tu la
rutin dia; ikut kata dia dapat la bersih dalam RM60-70
seminggu.

Teruk sungguh aih depa nak survive dalam negara
Malaysia negara Islam Hadhari yang tak berhati perut
ini.

Nasib baik arwah ayah aku dah meninggal lama dah,
kalau tidak sure dia meleleh air mata punya tengok
betapa teruknya anak-anak dia dok struggle nak
meneruskan sisa-sisa hidup di bumi merdeka ini.

Walaupun anak-anak dia semua dok di Taman, dah tak
duduk di kampung macam kecik-kecik dulu, api tak dak,
air pakai air sungai, berak ikut pandai-pandai; tapi
realitinya 2x5 saja macam zaman anak-anak dia
kecik-kecik dulu; rumah mungkin sudah selesa, api
pakai petik di tepi tengah menyala, air masuk ke
rumah ikut paip besi, nak melepas tak payah nak rush
pi tepi tebing sungai or belakang pokok rumbia; tapi
makan dan minum serta keperluan seharian 2x5 saja.

Kalau masa zaman kami kecik-kecik, arwah ayah struggle
nak menyediakan makan minum kami dengan pendapatan
menoreh getah yg tak seberapa tu, zaman la ni pun 5x2
saja; aku mungkin okey lagi, tapi Abang, Adik dan Adik
Pompuan aku serta mereka-mereka yg hidup dalam satu
orbit kemiskinan hadhari seperti mereka ini, nampak
gayanya kedatangan musim PESTA NAIK HARGA ini
menjadikan kemiskinan hadhari mereka bertambah hadhari
lagi!!!

Sejak minyak naik harga diikuti dengan barang-barang
keperluan naik harga, dan disusuli pula dengan berita
dari Tok Sami yg mengatakan bahawa Subsidi Tol akan
ditarik balik tak lama lagi, aku naik resah sungguh.
Nak tidur malam pun dok terfikir, tengah dok drive nak
mai kerja pun dok teringat, apa la yang boleh aku buat
untuk settle benda ini.

Dekat 3 hari kot aku dok fikir apa yang aku boleh
buat.

Nak komplen kat Pak Lah, apalah sangat yang Pak Lah
boleh buat; kalau Pak Lah boleh buat dah lama dah Pak
Lah buat. Kalau Pak Lah boleh tolong, sure awal-awal
lagi Pak Lah dah tolong; tolong tahan tak bagi depa
tarik balik subsidi minyak. Nak buat macam mana, tak
macam Dr Mahathir dulu, Pak Lah tak berapa ada power
sangat walaupun dia memegang jawatan yang paling power
di Malaysia. Kalau Pak Lah betul-betul ada power, dah
lama dah Pak Lah suruh depa-depa di Petronas nu
allocate sikit sebahagian daripada keuntungan tahunan
Petronas yang Berbillion-Billion tu pi cover balik
subsidi minyak untuk rakyat jelata, dan seterusnya
dapat mempastikan barang-barang tak naik harga dek
kerana subsidi minyak ditarik balik ini.

Tapi, Pak Lah tak mampu nak buat semua tu; Pak Lah tak
mampu nak bantu rakyat-rakyat marhain macam adik aku,
abang aku, adik beradik aku - yg lari dari kemiskinan
di Baling sana nu dengan harapan dapat mengecap
kemewahan di kotaraya ini, tapi end up nya mereka
tercampak masuk pulak ke satu lagi orbit kemiskinan
hadhari yang bertapak di kawasan-kawasan industri
Kulim, Perai, Penang dan lain-lain tempat yang sama
waktu dengannya.

Nak komplen kat Persatuan Pengguna? Pak Lah pun tak
mampu buat apa, inikan pula Persatuan Pengguna yg
hanya menjadi kuda tunggangan untuk orang dapatkan
gelaran dan darjah kebesaran tu, hampeh!!

Nak komplen kat parti pembangkang, apalah sangat yang
parti pembangkang mampu lakukan, paling kuat menyalak
dalam parlimen, lepas tu terserahlah kpd Pak Lah nak
buat atau pun tidak. Nak buat macam mana, nama pun
pembangkang. Lainlah kalau pembangkang yang
memerintah, bolehlah kot mereka lakukan sesuatu yg
drastik macam depa hapuskan tol jalan dan mansuhkan
cukai pintu di Tganu hari tu.

So, cam na?

3 hari aku dok fikir apa yang boleh kita lakukan.
Tiba-tiba dia mai satu lintasan idea.

Entah macam mana aku teringatkan arwah ayah aku, entah
macam mana aku teringatkan masa aku kecik-kecik dulu,
masa aku dok temankan ayah aku menoreh getah pagi pagi
buta waktu subuh kelam tu. Entah macam mana aku
teringatkan semula zaman kami miskin masa aku
kecik-kecik dulu; dan entah macam mana juga aku
teringatkan perbualan aku dengan arwah ayah
dekat-dekat dia nak tak dak dulu.

Antara ingat, aku teringat arwah ayah pernah cerita
pasal kisah MOGOK LAPAR PETANI/PENOREH GETAH di Baling
tahun 1974 dulu. Masa tu, aku baru berusia 6 tahun
kalau tak silap, aku tak tau apa-apa lagi masa tu. Aku
tau kisah MOGOK LAPAR di Baling itu pun bila aku sudah
besar panjang melalui pembacaan buku-buku politik dan
kisah perjuangan tokoh-tokoh yang terlibat dalam mogok
berkenaan.

Hampir seluruh rakyat Baling tanpa mengira perbezaan
pegangan politik turun beramai-ramai menyertai mogok
berkenaan; kerana apa mereka sanggup berbuat demikian
hingga mengenepikan persengkataan politik antara
mereka buat seketika? Kerana itu adalah isu yang sama
yang mereka tanggung dan mereka rasa, kata omputih
"common ground". Rupa2nya, manusia ini bila mereka ada
common ground, mereka boleh bersama-sama walaupun buat
seketika.

Hari ini, common ground kita adalah isu penarikan
balik subsidi minyak dan mungkin tak lama lagi
penarikan balik subsidi tol yang kesan akhirnya ialah
kenaikan harga barang dan perkhidmatan yang
membebankan. Lalu, tak bolehkah kita di atas common
ground yang satu itu, kita lakukan sesuatu seperti apa
yang pernah arwah ayah saya dan rakan-rakannya di
Baling lakukan suatu waktu dahulu?

Boleh, tapi siapakah yang nak lead?

3 hari saya dok fikir: inilah jawapannya?

Orang yang nak lead dan insyaallah mampu membantu kita
semua insyaallah adalah orang yang sama yang pernah
menyinsing lengan turun dari puncak menara gading
menjengah kami di pedalaman Baling pada tahun 1974
dulu, iaitu tak lain tak bukan saudara Anwar Ibrahim.
Itu pun jika saudara Anwar masih punya jiwa kental
seperti Anwar di tahun 1974 dulu.

Saudara Anwar,
Tahun 1974 dulu saudara pernah membantu arwah ayah dan
rakan-rakan seperjuangannya. Hari ini anak-anak beliau
sekali lagi perlukan bantuan saudara. Bantulah mereka
untuk meloncat keluar dari orbit kemiskinan yang
menggila di tengah kota ini. Penarikan subsidi yang
memberi kesan kpd kenaikan harga barang amat
menjejaskan kehidupan mereka dan juga rakyat jelata di
seluruh pelusuk negara.

Suka atau tidak suka, rakyat berbagai bangsa melihat
hanya saudara sahaja yang mampu melakukan sesuatu,
menjadi pencetus kepada api pembakar yang sedang
memercik di dalam dada setiap rakyat jelata di segenap
pelusuk kota dan ceruk desa ini. Tidak ada sesiapa
lagi di Malaysia ini yang mampu melakukannya melainkan
saudara.

Dan suka atau pun tidak suka, mungkin ini sudah
tercatit dalam buku catatan saudara sejak azali lagi
bahawa saudara dilahirkan ke dunia ini untuk menjadi
pembela kepada mereka yang lemah dan teraniaya. Rakyat
jelata khususnya golongan marhaen seperti adik dan
abang saya itu pernah bersama-sama dengan arus
gelombang reformasi membela saudara; kini giliran
saudara pula membantu mereka.

Sesungguhnya api kemarahan sedang menjalar dalam
setiap dada rakyat jelata di segenap pelusuk negara;
cuma mereka tidak tahu bagaimanakah cara terbaik untuk
menyalakannya keluar.

Bro Anwar,
Bantulah Mereka!!

Rakyat Marhain,
Baling. Kedah.
16.8.05



__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around
http://mail.yahoo.com


Too much spam in your inbox? Yahoo! Mail gives you the best spam protection for FREE! Get Yahoo! Mail


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke