Sedang bercuti saya teringat penah baca email ni sebelum ni. Dari seremban kami bercuti hingga ke Perlis, apa yang saya nak tulis ni kira ringkas aja. apa yang saya lihat walau pun barang naik harga banyak lagi tempat2 yang harga makanan masih murah. di sban barang makanan memnag lebih mahal dari KL, di ipoh masih ada lagi kuih 25 sen, nasi lemak 50 sen, di penang ( sebelah tanah besar ya) masih ada lagi nasi lemak 3 kupang, kuih 4 biji seringgit, pergi ke kedah pulak kuih sebiji 2 kupang lagi, di kuala perlis satay ayam dua kupang? satay daging sekupang? so bagi sedara mara yang duduk luar dari bandar tu harga barang makanan di sana masih lagi murah. dok fikir apa untung orang2 ni berniaga? then probably bahan mentah mereka dapat free atau murah, tengok keliling pokok kelapa banyak, daun pisang tak payah beli macam di bandar ni, serai, kunyit etc etc tu semua kan keliling rumah dia orang ada tanam. makan nasi lemak lauk ayam baru 2 ringgit sepinggan. di padang besar makan tom yam dgn udang galah besar2 dan sotong baru 4 ringgit, kalau macam tu punya hidangan di KL ni paling kureng pun 9.90 semangkuk tu. so dont worry kat mana pun bumi Allah ni ada rezeki masing2 asalkan rajin berusaha. --- In [email protected], syed dahij wrote: > > Temingat Di Belantara <[EMAIL PROTECTED]> wrote:Malam tadi, berenti sat di kedai runcit beli > barang-barang keperluan rumah; tu dia aih susu budak > yg minggu lepas harga RM21 lebih, la dah naik singgit > jadi RM22 lebih. > > Ambik tu ambik ni, sampai kat kaunter, bawa keluar > note RM50 dua lai; dok agak dlm RM70 saja macam yg > biasa-biasa dok budget sebelum ini. Sampai-sampai kat > kaunter, kira-kira tengok RM90 lebih, sikit lagi nak > sampai RM100. Itu baru lepas harga minyak naik; ini > kalau tol naik lagi la haru. > > Balik rumah, dok fikir: ish, kami suami isteri yg > kerja gaji just cukup-cukup ini, mungkin la boleh > absorb or adjust sikit-sikit tang mana mampu; nu adik > aku hat kerja kilang di Kulim dan Abang aku hat kerja > kilang di Perai nu, gaji depa dua orang sebulan tak > sampai seribu, dua-dua bini tak kerja anak 3 pat > orang, macam mana la depa survive? > > Lepas tu teringat pulak kat adik pompuan aku, full > time house wife, laki dia kerja kilang jugak, di > Sungai Petani, gaji sebulan tak sampai seribu, anak 4, > ada mutu sebijik kancil sebijik; ish tolak duit kancil > duit rumah duit minyak mutu etc, macam mana la depa > dok kelepiaq nak sara anak-anak depa bulan-bulan? > > Adik aku, Abang aku dan Adik pompuan aku tu tiga-tiga > ada anak kecik. Bila aku beli susu RM22 lebih setin > dan pampers satu packet RM30 lebih tu; aku teringat > kat depa. Dengan gaji aku yg just cukup-cukup tu pun > terpaksa berkira bila nak beli susu & pampers anak; > depa macam mana la agaknya? > > Kalau sebulan depa beli susu & pampers 3 kali, mau dah > dekat 30% gaji bulanan depa. Mak oii, 30% gaji cuma > nak cover susu dengan pamper saja, itu tak campur lagi > belanja rumah, beli ikan, ayam, sayur (yg naik > berkali-kali ganda dah), minyak mutu, minyak keta dan > lain-lain lagi nu. > > Depa sure berserabut perut punya dok fikir benda ni. > > Mungkin sebab tu jugak kot, weekend baru ni adik aku > mai rumah naik bas saja; selalunya dia naik mutu. Bila > tanya, dia kata saja la malas nak bawak mutu, mai > dengan bas saja. Sian jugak aku kat dia; aku tau la > bagi dia kalau boh minyak mutu RM5 pon dah banyak dah. > Daripada dia perabih duit boh minyak mutu, baik dia > simpan duit tu beli susu anak. > > Abang aku pulak kerja kilang di Perai, gaji tak sampai > seribu, dok rumah flat di Perda Bukit Mertajam; bini > tak kerja anak 4. Sian kat dia, sabtu ahad cuti, nanti > dia pederas balik kg kami di Baling sana nu dengan > mutu dia; balik kg cari sayur-sayur kg, pucuk paku, > pucuk janggus, umbut tepuh, pucuk kantan, ulam raja > dan lain-lain lagi; bawak mai ke Penang jual di pasar > malam dan pasar tani. Tiap-tiap weekend macam tu la > rutin dia; ikut kata dia dapat la bersih dalam RM60-70 > seminggu. > > Teruk sungguh aih depa nak survive dalam negara > Malaysia negara Islam Hadhari yang tak berhati perut > ini. > > Nasib baik arwah ayah aku dah meninggal lama dah, > kalau tidak sure dia meleleh air mata punya tengok > betapa teruknya anak-anak dia dok struggle nak > meneruskan sisa-sisa hidup di bumi merdeka ini. > > Walaupun anak-anak dia semua dok di Taman, dah tak > duduk di kampung macam kecik-kecik dulu, api tak dak, > air pakai air sungai, berak ikut pandai-pandai; tapi > realitinya 2x5 saja macam zaman anak-anak dia > kecik-kecik dulu; rumah mungkin sudah selesa, api > pakai petik di tepi tengah menyala, air masuk ke > rumah ikut paip besi, nak melepas tak payah nak rush > pi tepi tebing sungai or belakang pokok rumbia; tapi > makan dan minum serta keperluan seharian 2x5 saja. > > Kalau masa zaman kami kecik-kecik, arwah ayah struggle > nak menyediakan makan minum kami dengan pendapatan > menoreh getah yg tak seberapa tu, zaman la ni pun 5x2 > saja; aku mungkin okey lagi, tapi Abang, Adik dan Adik > Pompuan aku serta mereka-mereka yg hidup dalam satu > orbit kemiskinan hadhari seperti mereka ini, nampak > gayanya kedatangan musim PESTA NAIK HARGA ini > menjadikan kemiskinan hadhari mereka bertambah hadhari > lagi!!! > > Sejak minyak naik harga diikuti dengan barang-barang > keperluan naik harga, dan disusuli pula dengan berita > dari Tok Sami yg mengatakan bahawa Subsidi Tol akan > ditarik balik tak lama lagi, aku naik resah sungguh. > Nak tidur malam pun dok terfikir, tengah dok drive nak > mai kerja pun dok teringat, apa la yang boleh aku buat > untuk settle benda ini. > > Dekat 3 hari kot aku dok fikir apa yang aku boleh > buat. > > Nak komplen kat Pak Lah, apalah sangat yang Pak Lah > boleh buat; kalau Pak Lah boleh buat dah lama dah Pak > Lah buat. Kalau Pak Lah boleh tolong, sure awal-awal > lagi Pak Lah dah tolong; tolong tahan tak bagi depa > tarik balik subsidi minyak. Nak buat macam mana, tak > macam Dr Mahathir dulu, Pak Lah tak berapa ada power > sangat walaupun dia memegang jawatan yang paling power > di Malaysia. Kalau Pak Lah betul-betul ada power, dah > lama dah Pak Lah suruh depa-depa di Petronas nu > allocate sikit sebahagian daripada keuntungan tahunan > Petronas yang Berbillion-Billion tu pi cover balik > subsidi minyak untuk rakyat jelata, dan seterusnya > dapat mempastikan barang-barang tak naik harga dek > kerana subsidi minyak ditarik balik ini. > > Tapi, Pak Lah tak mampu nak buat semua tu; Pak Lah tak > mampu nak bantu rakyat-rakyat marhain macam adik aku, > abang aku, adik beradik aku - yg lari dari kemiskinan > di Baling sana nu dengan harapan dapat mengecap > kemewahan di kotaraya ini, tapi end up nya mereka > tercampak masuk pulak ke satu lagi orbit kemiskinan > hadhari yang bertapak di kawasan-kawasan industri > Kulim, Perai, Penang dan lain-lain tempat yang sama > waktu dengannya. > > Nak komplen kat Persatuan Pengguna? Pak Lah pun tak > mampu buat apa, inikan pula Persatuan Pengguna yg > hanya menjadi kuda tunggangan untuk orang dapatkan > gelaran dan darjah kebesaran tu, hampeh!! > > Nak komplen kat parti pembangkang, apalah sangat yang > parti pembangkang mampu lakukan, paling kuat menyalak > dalam parlimen, lepas tu terserahlah kpd Pak Lah nak > buat atau pun tidak. Nak buat macam mana, nama pun > pembangkang. Lainlah kalau pembangkang yang > memerintah, bolehlah kot mereka lakukan sesuatu yg > drastik macam depa hapuskan tol jalan dan mansuhkan > cukai pintu di Tganu hari tu. > > So, cam na? > > 3 hari aku dok fikir apa yang boleh kita lakukan. > Tiba-tiba dia mai satu lintasan idea. > > Entah macam mana aku teringatkan arwah ayah aku, entah > macam mana aku teringatkan masa aku kecik-kecik dulu, > masa aku dok temankan ayah aku menoreh getah pagi pagi > buta waktu subuh kelam tu. Entah macam mana aku > teringatkan semula zaman kami miskin masa aku > kecik-kecik dulu; dan entah macam mana juga aku > teringatkan perbualan aku dengan arwah ayah > dekat-dekat dia nak tak dak dulu. > > Antara ingat, aku teringat arwah ayah pernah cerita > pasal kisah MOGOK LAPAR PETANI/PENOREH GETAH di Baling > tahun 1974 dulu. Masa tu, aku baru berusia 6 tahun > kalau tak silap, aku tak tau apa-apa lagi masa tu. Aku > tau kisah MOGOK LAPAR di Baling itu pun bila aku sudah > besar panjang melalui pembacaan buku-buku politik dan > kisah perjuangan tokoh-tokoh yang terlibat dalam mogok > berkenaan. > > Hampir seluruh rakyat Baling tanpa mengira perbezaan > pegangan politik turun beramai-ramai menyertai mogok > berkenaan; kerana apa mereka sanggup berbuat demikian > hingga mengenepikan persengkataan politik antara > mereka buat seketika? Kerana itu adalah isu yang sama > yang mereka tanggung dan mereka rasa, kata omputih > "common ground". Rupa2nya, manusia ini bila mereka ada > common ground, mereka boleh bersama-sama walaupun buat > seketika. > > Hari ini, common ground kita adalah isu penarikan > balik subsidi minyak dan mungkin tak lama lagi > penarikan balik subsidi tol yang kesan akhirnya ialah > kenaikan harga barang dan perkhidmatan yang > membebankan. Lalu, tak bolehkah kita di atas common > ground yang satu itu, kita lakukan sesuatu seperti apa > yang pernah arwah ayah saya dan rakan-rakannya di > Baling lakukan suatu waktu dahulu? > > Boleh, tapi siapakah yang nak lead? > > 3 hari saya dok fikir: inilah jawapannya? > > Orang yang nak lead dan insyaallah mampu membantu kita > semua insyaallah adalah orang yang sama yang pernah > menyinsing lengan turun dari puncak menara gading > menjengah kami di pedalaman Baling pada tahun 1974 > dulu, iaitu tak lain tak bukan saudara Anwar Ibrahim. > Itu pun jika saudara Anwar masih punya jiwa kental > seperti Anwar di tahun 1974 dulu. > > Saudara Anwar, > Tahun 1974 dulu saudara pernah membantu arwah ayah dan > rakan-rakan seperjuangannya. Hari ini anak-anak beliau > sekali lagi perlukan bantuan saudara. Bantulah mereka > untuk meloncat keluar dari orbit kemiskinan yang > menggila di tengah kota ini. Penarikan subsidi yang > memberi kesan kpd kenaikan harga barang amat > menjejaskan kehidupan mereka dan juga rakyat jelata di > seluruh pelusuk negara. > > Suka atau tidak suka, rakyat berbagai bangsa melihat > hanya saudara sahaja yang mampu melakukan sesuatu, > menjadi pencetus kepada api pembakar yang sedang > memercik di dalam dada setiap rakyat jelata di segenap > pelusuk kota dan ceruk desa ini. Tidak ada sesiapa > lagi di Malaysia ini yang mampu melakukannya melainkan > saudara. > > Dan suka atau pun tidak suka, mungkin ini sudah > tercatit dalam buku catatan saudara sejak azali lagi > bahawa saudara dilahirkan ke dunia ini untuk menjadi > pembela kepada mereka yang lemah dan teraniaya. Rakyat > jelata khususnya golongan marhaen seperti adik dan > abang saya itu pernah bersama-sama dengan arus > gelombang reformasi membela saudara; kini giliran > saudara pula membantu mereka. > > Sesungguhnya api kemarahan sedang menjalar dalam > setiap dada rakyat jelata di segenap pelusuk negara; > cuma mereka tidak tahu bagaimanakah cara terbaik untuk > menyalakannya keluar. > > Bro Anwar, > Bantulah Mereka!! > > Rakyat Marhain, > Baling. Kedah. > 16.8.05 > > > > __________________________________________________ > Do You Yahoo!? > Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around > http://mail.yahoo.com > > > > --------------------------------- > Too much spam in your inbox? Yahoo! Mail gives you the best spam protection for FREE! Get Yahoo! Mail
------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/TXWolB/TM --------------------------------------------------------------------~-> -------------------------------------------------------------------------- All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise. If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest". Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
