Assalamualaikum...
Hm... Susah gak nak komen. Tapi kita pasti dengan ketinggian ilmu Tuan Guru
Nik Abdul Aziz. Beliau takkan buat satu perkara yang lagho. Btw, Mawi is
not that bad. Dia ada niat baik tapi terpesong akibat suasana. Kalau kita
singkirkan dia terus, maksud saya kita biarkan dia terus hanyut dalam
suasana keterlampauan sebegitu, jika keadaan semakin buruk maka kita juga
subahat sama.
Apa yang TG lakukan, menjemput Mawi mungkin langkah yang bijak. Dia
dijemput bukan untuk menyanyikan Beautiful Maria atau Aduhai Saliha atau
Seroja. Tapi bersama2 dengan kumpulan nasyid yang lain. Kehadirannya
dijangka dapat menarik ramai belia. Selain itu, mungkin kedatangannya ke
Kelantan membolehkan orang2 yang berilmu di sana memberinya nasihat.
Entahlah. Semoga Allah memelihara hati kita dan hati mereka semua (yang
mahu dipelihara).
Wassalamualaikum warahmatullah...
syed dahij
<[EMAIL PROTECTED]> To: [EMAIL PROTECTED],
[EMAIL PROTECTED],
Sent by: [EMAIL PROTECTED],
[EMAIL PROTECTED],
[EMAIL PROTECTED] [EMAIL PROTECTED], [EMAIL
PROTECTED],
ups.com [EMAIL PROTECTED],
[email protected],
[email protected], [EMAIL PROTECTED],
[EMAIL PROTECTED],
[EMAIL PROTECTED],
[EMAIL PROTECTED],
[EMAIL PROTECTED],
08/18/2005 10:59 PM [EMAIL PROTECTED],
[EMAIL PROTECTED],
Please respond to [EMAIL PROTECTED],
[EMAIL PROTECTED],
harakahdaily [EMAIL PROTECTED],
[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED],
[EMAIL PROTECTED]
cc:
Subject: [harakahdaily]
Mawi ke Kelantan
Roslan SMS <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
Mawi ke Kelantan: Satu langkah yang dicurigai
ROSLAN SMS
Sebagaimana yang saya duga tindakan kerajaan PAS Kelantan mengundang Mawi
untuk menjayakan konsert di Kota Bharu sudah pasti mengundang pelbagai
reaksi. Menarik melihat betapa satu langkah kecil seumpama ini mendapat
respons yang begitu besar. Barangkali kerana yang mencetusnya adalah
seorang yang bergelar Tok Guru.
Sahabat saya MSO turut mengulas isu ini dalam artikelnya bertajuk Hiburan
ala Mawi dalam PAS yang dimuatkan dalam laman Malaysia Today.
Saya bersetuju dengan beliau bahawa kerajaan PAS ataupun PAS sendiri perlu
mengeluarkan satu garispanduan berhubung hiburan yang dibenarkan oleh
Islam. Mungkin ianya sedang diusahakan saya tidak pasti.
Namun ada beberapa ulasan dalam artikel beliau yang saya kurang bersetuju
lalu merasakan terpanggil untuk memberikan respon. MSO menulis:
Apabila Mawi dibawa ke Kelantan pengasas akademi itu sendiri akan
berbangga. Tengok pelajar (penghiburan) yang mereka lahirkan dapat
diterima oleh semua orang termasuk kerajaan negeri yang dituduh sebagai
menutup bendulnya dengan hiburan rancak selama ini! Tidakkah pertentangan
itu menimbulkan kekeliruan kepada kerajaan Pas, atau dilihat sedikit
songsang?
Seperkara sahaja bagi menjawab ini, Pas Kelantan khasnya haruslah
menghalalkan Akademi Fantasia. Atau Pas kena mengemukakan satu bentuk
akademi hiburan baru sebagai alternatif. Dan ia mesti dapat melahirkan
seorang pelajar seperti Mawi. Jika mereka merasakan Mawi mampu
mengendalikan akademi yang menjadi kegilaan itu, ambillah sebagai
modelnya.
Sejarah Islam mencatatkan Omar al Khatab dizaman pra Islamnya tidak
disenangi malah digeruni ol! eh umat Islam. Omar mengamal dan memelihara
budaya jahiliyah. Menanam anak perempuan hidup-hidup, peminum arak, seks
bebas penyembah berhala dan lain-lain.
Tetapi apabila Omar menerima Islam, semua umat Islam diketika itu
bersyukur, doa mereka diperkenankan Allah swt. Omar disanjungi dan malah
menjadi Khulafa ar Rasyidin yang kedua dan dimakamkan di makam Rasulullah
saw.
Adakah penerimaan Omar bermakna Rasulullah dan umat Islam mengiktiraf dan
meredhai perangai beliau sebelum Islam? Sudah tentu semua kita akan
menjawab tidak. Adakah apabila Omar telah Islam maka para penganjur
jahiliyah berbangga kerana anak didik mereka masuk Islam? Sudah tentu
semua kita akan menjawab tidak juga.
Demikianlah juga halnya dengan sahabat-sahabat yang lain seperti Hamzah
Abd Mutallib, Khalid al Walid, Abu Sufian, Amru al As, Ikrimah dan
lain-lain.
Sudah pastilah Mawi dan AF jauh berbeza dalam hal ini. (Mawi seorang
Muslim dan sebagaimana kata Tok Guru telah menjalani pendi! dikan formal
secara Islam)
Kalau semata-mata kerana Mawi berasal dari AF maka kerajaan Kelantan perlu
halalkan AF, samalah macam kita beranggapan bahawa segala amalan jahiliyah
perlu dihalalkan apabila ada puak jahiliyah seumpama Omar dan lain-lain
menyertai Islam.
Saya yakin Kelantan di bawah kerajaan Tok Guru mengambil kira semua ini,
gerak kerja dakwah oleh sebuah kerajaan negeri tidak sama dengan gerak
kerja dakwah individu atau kumpulan kecil. Tugas dan tanggungjawabnya
lebih besar dan berat.
Almarhum Ustaz Fadzil Nor pernah berkata:
Kita mahu PAS supaya menjadi sebuah organisasi dan parti yang Usuliy
(Fundamentalis) di segi prinsip, Muasir (Kontemporari) di segi
perlaksanaan dan Istiqbaliy (Futuristik) di segi persiapan masa depan.
(Ucapan Dasar Muktamar PAS 2001 )
Saya tetap bersetuju dengan langkah kerajaan negeri dan semoga lebih ramai
lagi yang seumpama Mawi dapat d! ijinakkan oleh Tok Guru dan rakan-rakan
yang lain demi menjayakan gerak kerja dakwah Islamiah. [EMAIL PROTECTED]
SILA KUNJUNGI BLOG ROSLAN SMS
http://www.n32.blogspot.com/
Start your day with Yahoo! - make it your home page
Can't remember an address in your address book? Enter the first few letters
and Address AutoComplete will automatically finish it. Get Yahoo! Mail
Subscribe: [EMAIL PROTECTED]
Unsubscribe: [EMAIL PROTECTED]
Digest message: [EMAIL PROTECTED]
HarakahDaily: http://www.harakahdaily.com
PAS Homepage: http://www.parti-pas.org
HarakahDaily.com disclaims any liability whatsoever or however arising from
the posting of e-mails herein. Authors of the emails are advised to ensure
that the contents of their e-mails do not attract any liability, civil or
criminal.
YAHOO! GROUPS LINKS
Visit your group "harakahdaily" on the web.
To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~-->
Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page
http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~->
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved
otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the
title "change to daily digest".
Yahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/