Assalamualaikum wbt.
Sebagai pengetahuan tuan/puan dan saya untuk kita amal dan sampaikan insya Allah.
Hadis 1
Hazrat Abu Zar r.a. meriwayatkan, aku telah berkata, "Wahai Rasulullah, nasihatkanlah saya." Rasulullah SAW bersabda, "Bertakwalah kepada Allah SWT kerana takwa adalah asas bagi segala amalan." Saya berkata lagi, "Tambahkan untuk saya." Baginda SAW pun bersabda, "Ambil beratlah untuk membaca Al Quran kerana Al Quran adalah nur untuk kamu di dunia ini dan bekalan untukmu di langit (pada hari kiamat)." - HR Ibnu Hibban
Keterangan
Sememangnya, sifat takwa adalah asas bagi segala amalan baik. Sesiapa yang hatinya ada perasaan takut kepada Allah SWT, maka tidak akan berlaku apa2 maksiat daripadanya dan tidak juga dia akan berasa sebarang kesempitan. Dalam kitab Syarah-Ihya'- 'Ulumuddin, dipetik daripada kitab Ma'arifah Hazrat Abu Nu'aim rah., Hazrat Basit r.a. telah menyatakan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda yang mafhumnya, "Rumah-rumah yang ada amalan pembacaan Al Quran akan kelihatan bercahaya kepada penghuni-penghuni di langit sebagaimana bintang-bintang begemerlapan kepada penghuni-penghuni bumi.
Hadis 2
Daripada Hazrat Abu Hurairah r.a. Rasulullah SAW bersabda, "Tidaklah berkumpul orang di salah satu rumah-rumah Allah SWT (masjid) membaca Al Quran dan membaca seorang daripada mereka kepada yang lain melainkan diturunkan 'sakinah' ke atas mereka, rahmat meliputi mereka, para malaikat mengelilingi mereka dan Allah SWT menyebut-nyebut mereka di kalangan malaikatyang berada disisiNya". - HR Muslim dan Abu Daud
Keterangan
Hadis ini telah menerangkan kelebihan-kelebihan yang istimewa tentang rumah-rumah Allah SWT. Setiap satu daripada kelebihan-kelebihan yang disebutkan di atas adalah begitu tinggi nilainya sehingga sekiranya seseorang itu menghabiskan seluruh usianya untuk mendapatkan kelebihan-kelebihan itu, maka tetap akan menguntungkan. Inikan pula, berbagai-bagai ganjaran yang telah disediakan. Khasnya kelebihan yang terakhir sekali, iaitu seseorang itu disebut di hadapan Allah SWT dan diingati dalam majlis kekasihNya. Turunnya 'sakinah' telah disebutkan dalam banyak hadis. Terdapat beberapa pendapat di kalangan para ulama' mengenai maksud 'sakinah'. Diriwayatkan bahawa Hazrat 'Ali r.a. menafsirkan 'sakinah' sebagai sejenis bayu yang istimewa yang berwajah seperti wajah manusia. Dinukilkan bahawa 'Allamah Suddi rah. menyatakan 'sakinah' ialah nama sebuah mangkuk emas di dalam syurga. Di dalam mangkuk inilah hati-hati para nabi a.s. dicuci. Sesetengah ulama' berpendapat bahawa 'sakinah' adalah
satu rahmat yang istimewa. Imam Tibri rah. bersetuju bahawa yang dimaksudkan dengan 'sakinah' ialah ketenteraman jiwa. Sebahagian yang lain pula berpendapat 'sakinah' sebagai waqar (sifat jati diri) dan yang lain pula menafsirkan bahawa 'sakinah' sebagai para malaikat. Imam Nawawi rah. berpendapat bahawa 'sakinah' ialah suatu perkara yang terhimpun daripada ketenangan, rahmat dan sebagainya dan turun bersama-sama para malaikat.
Allah SWT berfirman:
"Maka Allah SWT menurunkan ketenanganNya ke atasnya (Muhammad SAW)".
(At-Taubah:40)
"Dialah yang menurunkan 'sakinah' ke dalam hati-hati orang mukmin" ( Al-Fatah:4)
"Dalamnya terdapat ketenangan dari Tuhanmu (Al-Baqarah:248)
Sekian, Wallahu a'lam
Wassalam wbt.
__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around
http://mail.yahoo.com
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "hidayahnet" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
