Sunday, August 21 @ 14:47:12 MYT
KUALA TERENGGANU, 21 Ogos (Hrkh) Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu membuat laporan di Balai Polis Kuala Terengganu di sini, tengah malam tadi terhadap program `Bakti Remaja' yang dianjurkan oleh Umno di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, malam tadi.
Timbalan ketuanya, Ariffin Deraman yang mewakili dewan itu dalam laporan tersebut menyatakan, pada malam tadi bermula jam 8.30 malam, Umno telah menganjurkan perhimpunan yang tersebut atas nama parti dan bukannya program yang dianjurkan oleh pihak kerajaan negeri Terengganu.
"Kami amat berdukacita di atas sikap 'double standard' pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) negeri Terengganu yang telah mengambil sikap membatalkan permohonan permit dan menghalang ceramah-ceramah anjuran PAS serta bertindak di luar etika undang-undang terhadap penyokong PAS dengan melepaskan bedilan bom asap bahkan ada yang ditahan di lokap polis," ujarnya dalam laporan yang dibuat pada jam 12.15 tengah malam itu.
Sebaliknya, kata beliau program anjuran Umno itu dibenarkan tanpa sebarang gangguan oleh mana-mana pihak.
"Kami mendesak pihak pentadbiran PDRM membuat penyiasatan segera berhubung dengan aduan ini," katanya.
Program yang disertai oleh Ketua Pemuda Umno, Dato' Hishammuddin Husein dan Pengerusi Perhubungan Umno negeri, Dato' Seri Idris Jusoh itu turut diisi dengan persembahan nyanyian oleh artis tanah air. KAM/ayu
To help you stay safe and secure online, we've developed the all new Yahoo! Security Centre.
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
| Divine inspiration | Islam |
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "hidayahnet" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
