Qanun Jinayah Syar`iyah
Bahagian 1
Bab 3
Fasal 3: Yang mewajibkan qisas.
Perkara 118 : Sebab-sebab yang membebaskan dari hukuman qisas.
5) Ahli waris orang yang terbunuh itu tidak diketahui siapa orangnya, dan tidak diketahui juga tempatnya.
[ Bila waris mangsa takdak, sedangkan tuntutan hukuman qisas terletak kepada keputusan ahli waris, maka dalam keadaan macam ni, hukuman qisas secara automatik gugur walaupun dengan jelas si pembunuh itu didapati bersalah. Hukuman alternatif akan dijatuhkan kepada si pembunuh. ]
6) Pembunuhan itu bukan berlaku dalam negara Islam.
[ Dalam hukum syara`, seperti yang kita belajar dulu, siapa yang bertanggungjawab melaksanakan hukuman hudud dan qisas?
Yang bertanggungjawab ialah pemerintah. Dalam kes qisas, walaupun tuntutan hukuman qisas berada di dalam tangan ahli waris tetapi yang melaksanakan hukuman ialah pemerintah, bukannya ahli waris.
Okay mari kita flashback kembali kepada time Dr Mahathir jadi PM dulu. Ada satu ketika kerajaan negeri Kelantan pernah meminta kepada kerajaan persekutuan untuk diberi keizinan menjalankan hukuman hudud dan qisas. Kerajaan negeri Kelantan buat macam tu sebab ia menghormati procedure yang digaris dalam sistem federalism yang diamal dalam negara kita hari ini. Jadi, apabila kerajaan persekutuan menolak permintaan tersebut, maka kerajaan negeri Kelantan tidak ada kuasa untuk melaksanakan hukuman hudud dan qisas. Siapa yang berdosa dalam keadaan macam ni tuan-tuan?
Siapa lagi kalau bukan orang yang paling
berkuasa dalam kerajaan persekutuan ketika itu sebab dialah yang paling berkuasa untuk memberi kebenaran atau menolak. Bagi kita sebagai orang awam, yang tidak ada kuasa, kita tidak dibebankan dalam perkara-perkara yang kita tidak ada kemampuan. Jadi, apabila sesuatu pembunuhan berlaku bukan dalam negara Islam, maka tidak boleh dilaksanakan hukuman qisas sebab ia di luar dari bidang kuasa.
Bila sebut bidang kuasa ni tuan-tuan; apa yang kita lihat realiti yang berlaku di seluruh dunia hari ini memang di luar bidang kuasa Islam. Kita lihat apa yang berlaku di Britain selepas berlakunya pengeboman 7 Julai?
.Kita boleh lihat bagaimana Majlis Islam Britain sendiri hari ini menyerang golongan yang dipanggil sebagai pelampau Islam. Kenapa jadi macam tu?
Ini adalah kerana Majlis Islam Britain telah ditekan oleh kerajaan di seluruh Eropah supaya berbuat sesuatu terhadap golongan yang dikatakan sebagai pelampau Islam. Yang kata pelampau Islam di Eropah ni, sebenarnya bukannya ramai. Tak boleh memberi kesan pun kepada masyarakat antarabangsa di Eropah. Tetapi seperti yang kita lihat hari ini, apabila ungkapan pelampau Islam ini diwar-warkan
sendiri oleh golongan Islam yang terperangkap dengan strategi licik puak kuffar, maka menyebabkan kebanyakan orang Islam menjadi takut kalau-kalau mereka dikaitkan dengan golongan pelampau. Sedangkan segala pengeboman dan letupan yang berlaku, ada sebahagiannya masih tidak boleh dikaitkan dengan orang Islam, dan ada sebahagian lagi adalah dari reaksi yang tidak boleh dikawal akibat penjajahan ke atas bumi orang Islam. Contohnya macam di Kashmir tu tuan-tuan, sampai hari ini tak selesai. Memang ramai di kalangan kita di M`sia boleh cakap pandai dalam bab-bab macam ni sebab tak kena kat depa. Kat kedai kopi maupun dalam internet, ramai yang menghentam tindakan-tindakan berani mati pejuang Mujahiddin. Kita boleh la sembang deraih sebab kita tak tengok macamana isteri dan anak perempuan kita sendiri dirogol depan mata kita. Bayangkan tuan-tuan sekiranya kita seorang bapa yang melihat sendiri macamana anak lelaki kita disembelih depan mata kita?
Bukan sehari dua, malah berpuluh-puluh
tahun dah melihat benda macam ni berlaku tiap-tiap hari. Bayangkan tuan-tuan. Kalau kita berada di tempat depa, apa yang boleh kita lakukan?
Boleh bawa berunding lagi ka camtu punya gaya?
Takdak pasai tuan-tuan. Sebab itu tuan-tuan, bagi hat cakap pandai dalam egroup-egroup hat belambak tu, ana sarankan hangpa jangan terikut-ikut dengan rentak media dajjal yang ada pada hari ini, yang target mereka hanya hendak mengelirukan umat Islam terhadap pejuang-pejuang Islam yang ada di medan jihad. Cuba cari media alternatif yang memberi gambaran sebenar di medan tempur, barulah kita akan jelas tentang duduk perkara sebenar. ]
Perkara 119 : Menahan dan memegang orang untuk dibunuh.
Seseorang yang menahan dan memegang seorang yang lain untuk dibunuh hendaklah dipenjara sehingga mati sebagai balasan menahan dan memegang orang yang dibunuh tadi. Dan si pembunuh itu pula wajib dikenakan hukuman qisas. Hukuman ini adalah berdalilkan hadith Rasulullah saw yang diriwayatkan daripada Umar ra, yang bermaksud, Apabila seseorang lelaki menahan (memegang) seseorang lelaki yang lain, dan orang yang dipegang itu dibunuh oleh seorang yang lain, maka hendaklah dibunuh orang yang membunuh itu (dikenakan hukuman qisas) dan dipenjarakan orang yang memegang itu. (Riwayat Darul Qutni)
[ Amalan dalam negara kita hari ini, kalau ada tiga orang yang terbabit dalam kes pembunuhan, maka ketiga-tiga akan dihukum bunuh. Ini mengikut istilah common intention yang ada dalam penal code kanun keseksaan. Contohnya katalah ada tiga orang nak pi bunuh 1 orang. Sorang dok kat luaq ushar line, tengok line clear atau tak. Hat lagi 2 orang masuk rumah mangsa. Antara 2 orang tu pula, sorang tukang pegang dan sorang lagi tikam. Dalam kes macam ni kalau refer kepada undang-undang Islam, hat kena qisas ialah hat tikam tu. Manakala yang pegang tu kena hukuman penjara seumur hidup. Tetapi kalau refer kepada penal code yang ada dalam negara kita hari ini, ketiga-tiga mereka akan dikira sebagai common intention (mempunyai niat yang sama), maka hendaklah dikenakan hukuman bunuh di tali gantung ke
atas ketiga-tiga orang itu. Jadi, nampak tak tuan-tuan, Islam lebih berhati-hati dalam kes macam ni. Sebab kemungkinan pada awalnya, ketiga-tiga tu plan macam lain, tiba-tiba yang jadinya lain dari yang lain. Mungkin ketika plan, si tikam tu kata kat hat pegang, Hang pegang, aku nak tumbuk!
Tiba-tiba dia pi bawa keluaq pisau. Tak naya ka hat tukang pegang tu tuan-tuan?
Sebab itu dalam Islam, ruang untuk timbulnya keraguan ditutup awal-awal. Islam mahukan kepastian. Sebab itu, Islam very-very strict sebelum menjatuhkan sebarang hukuman. Bukannya sewenang-wenang macam tu saja nak hukum orang. Islam bukan macam tu.
Kita lihat hari ini tuan-tuan, apa dah jadi dalam masyarakat kita?
.Masalah demi masalah yang Allah timpakan ke dalam masyarakat kita. Ana tak nampak lain dah, melainkan semua ini berlaku adalah kerana kegagalan kita untuk melaksanakan hukuman-hukuman berdasarkan kepada undang-undang Islam. Ini yang betoinya tuan-tuan. Kita lihat saja kes curi dan rompak semakin menjadi-jadi akibat kita tolak ke tepi hat Islam suruh. Bila undang-undang hudud tentang zina kita buat tak tau saja, lihat apa yang berlaku?
Pergaulan bebas dah jadi benda biasa, hasilnya, anak lahir di luar nikah semakin meningkat dan yang paling mengejutkan ialah M`sia dah menjadi negara yang menjuarai paling banyak kes hiv/aids (refer statistik yang ditulis oleh sahabat kita Rozmal dalam blognya: http://rozmal.blogspot.com). Begitu juga dengan masalah murtad, bila undang-undang murtad tidak diimplementkan, kita lihat hari ini punya la ramai orang keluar dari Islam dengan begitu mudah tanpa boleh dibuat apa-apa pun. Salah satu kes terbaru ialah kes Kamariah bt Ali di mahkamah syariah negeri T`ganu. Beliau dibebaskan dengan ikat-jamin untuk memberi peluang kepadanya mencari peguam. Susulan dari itu, Majlis Peguam di KL menghantar surat kepada 57 peguam syarie di negeri T`ganu untuk membela kes Kamariah bt Ali, tetapi apa yang didapati ialah tidak ada seorang pun dari 57 peguam yang ada lesen untuk beramal di T`ganu itu sanggup untuk membela pompuan murtad itu. Sapa berani
tuan-tuan?
Sebab Nabi saw dah kata, siapa yang redha dengan kekufuran, maka dia juga kufur kepada Allah.
Maknanya siapa yang redha dengan murtad, maka dia sendiri menjadi murtad
nauzubillah. Sapa mau tuan-tuan, dengan yuran guaman sebanyak RM5K, kita juga masuk ke dalam api neraka buat selama-lamanya. Yang kata neraka ni, bukan kata selama-lamanya, sat pun orang tak mau aih!
Inilah akibatnya kita tidak melaksanakan undang-undang Islam sepenuhnya tuan-tuan. Undang-undang yang manusia cipta, semua ada loopholenya. Contoh yang paling clear ialah dalam kes saman pasai berebut anak dalam mahkamah syariah. Katalah bekas isteri saman suami sebab suami tak mau bagi anak kat dia. Tuan-tuan ingat senang ka suami tu nak lepaskan anak dia macam tu saja. Walaupun bekas isteri tu minta polis bawa keluar waran tangkap, tapi si suami tetap tak mau lepaskan anak dia sebab si suami pun ada caranya juga untuk melepaskan diri dari ditangkap. Dia gunakan peguamnya dengan bawa keluar surat bagi kat polis melarang tangkap anak guamnya. So tak settle benda ni tuan-tuan. Sebab apa?
Sebab polis dan pihak penguat-kuasa agama negeri adalah dua entiti yang berbeza. Polis adalah di bawah
kuasa kerajaan persekutuan, manakala pihak penguat-kuasa agama adalah di bawah state list. Jadi bila berlaku macam ni, maknanya polis tidak ada kuasa untuk campur-tangan dalam undang-undang syariah dalam negeri-negeri yang ada. Oleh sebab loophole inilah, kita dapat lihat bagaimana perbalahan masalah rumahtangga dalam masyarakat kita jarang sekali dapat diselesaikan.
Samalah juga dalam kes Kamariah bt Ali ni tuan-tuan. Once dia isytihar keluar dari Islam, maka mahkamah syariah tidak ada lagi bidang kuasa untuk membicarakan kes dia sebab dia sudah bukan Islam. Ada sahabat tanya; kenapa kerajaan tak boleh masuk campur urusan murtad macam ni?
Masalahnya ialah negara Malaysia Islam hadhari terikat dengan convention bersama United Nation. Ini masalahnya tuan-tuan. Untuk pengetahuan tuan-tuan, convention dengan UN ini ialah satu persefahaman yang berbentuk undang-undang yang secara langsung mengikat negara-negara anggota. Convention dengan UN ini membabitkan banyak benda tuan-tuan. Antaranya membabitkan human rights, women and children, education, freedom of profess any religion of his choice, dan sebagainya. Jadi, bila negara kita antara yang terikat dengan convention macam ni, maka kes
seperti Kahar dan Ariffin setan ini menjadi tumpuan dunia. UN menekan kerajaan M`sia supaya memberi kebebasan beragama kepada kedua-dua setan ini dengan menyatakan bahwa sekiranya orang bukan Islam boleh menghormati orang Islam yang mempercayai bahwa Nabi Muhammad saw sebagai rasul terakhir, kenapa tidak orang Islam juga menghormati Kahar dan juga si Ariffin itu yang percaya bahwa mereka adalah rasul dan tuhan?
Ini dia masalahnya tuan-tuan. Apa yang boleh kita buat?
Kita tak boleh buat apa-apa kerana kita dah terikat dengan convention yang diterima-pakai oleh Bangsa-bangsa Bersatu. Memang dalam Islam juga ada kebebasan beragama, tetapi bukan dengan formula UN. Dalam Islam, kalau sesiapa memang berasal dari agama kristian dan sampai sekarang dia masih beragama kristian, ya, kita hormat atas jaminan kebebasan beragama. Begitu juga sekiranya depa hindu maupun budha, kita tak akan kacau kuil maupun gereja depa. Tapi bukan orang seperti si Ariffin murtad tu sebab dia berasal dari orang
Islam, kemudian pi isytihar sebagai tuhan pula, macam ni takdak kompromi. Begitu juga dengan Kahar maupun Kamariah sebab Nabi saw suruh kita membunuh siapa yang menukar agamanya dengan syarat-syarat yang ketat seperti yang telah ditetapkan. Maknanya, bukan kita tak hormat agama lain, kita hormat, tetapi kita melarang mana-mana orang yang asalnya dari Islam, kemudiannya keluar dari Islam, lepas tu buat kacau pula kat agama Islam.
Do you Yahoo!?
Read only the mail you want - Yahoo! Mail SpamGuard.
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "hidayahnet" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
