Selain daripada melakukan latihan dan mampu menangani perasaan gemuruh semasa berucap, pengucap perlu juga menjaga suaranya. Berikut diberikan beberapa petua yang disarankan oleh pakar-pakar pengucapan awam dalam menjaga suara kita:
1. Sebelum berucap, kita hendaklah mengurangkan pengambilan kopi dan teh serta produk tenusu. Kita juga hendaklah menjauhkan diri daripada merokok.
2. Seandainya kita sedang marah, pastikan kita tidak menjerit dengan keterlaluan. Jeritan yang terlalu tinggi boleh merosakkan peti suara kita. Kawal emosi kita dengan baik apabila kita sedang marah.
3. Pelbagaikan nada suara semasa berucap. Jangan terlalu tinggi sepanjang masa ataupun terlalu rendah sepanjang masa.
4. Kelajuan bercakap juga perlu dipelbagaikan.
5. Seandainya ucapan kita mengambil masa yang panjang (melebihi dua jam), usahakan untuk kurang bercakap semasa sesi berehat. Rehatkan suara kita dengan sebaik mungkin.
6. Seandainya kerongkong kita sakit, kita boleh berkumur dengan air garam.
7. Seandainya suara kita bermasalah selama sepuluh hari dan kita tidak demam ataupun sakit, pergilah berjumpa doktor pakar dalam bidang telinga, mata dan kerongkong. Doktor pakar mampu mengenal pasti masalah sebenar kita.
8. Biasakan minum air suam dan kurangkan air batu.
Petikan:
Berucap dengan Yakin
Tulisan:
Md Izuddin Ali
Zetty Zahureen Mohd Yusoff
Terbitan:
PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Harga:
RM 20.00
Maklumat lanjut, sila hubungi 019-380 0433 atau emel sahaja ke [EMAIL PROTECTED] untuk sebarang pertanyaan dan pesanan mengenai buku ini.
Yahoo! Mail
Stay connected, organized, and protected. Take the tour
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
SPONSORED LINKS
| Divine inspiration | Islam |
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "hidayahnet" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.

