Ini adalah isi hati setiap rakyat Palestin. Tidak dapat
tidak , isi hati ini bergelora dan berkojak berkehendakkan tanah suci yang telah
dirampas oleh rejim Zionis. Isi hati ini sepatutnya dikongsi bersama oleh
seluruh umat Islam seakan-akan mahu dikelabukan oleh asap-asap materialistik.
Maszlee Malek cuba membuang asap-asap ini dan melaungkan isi hati mereka.
Sama-sama kita dengar laungan ini ...
Lewat seminar Peace in Palestine
anjuran Peace Malaysia di Putrajaya 27 Mac 2005 yang lalu, seorang wakil Geneve
solution telah hadir dan diberikan peluang untuk berucap ketika majlis makan
tengahari. Geneve solution yang pastinya tidak difahami oleh lebih 80% daripada
mereka yang hadir sewaktu majlis makan tengahari itu merupakan inisiatif
sendirian Yasser Abdu Rabbouh mewakili rakyat Palestin pada tahun 2004 dengan
rejim Zionis dan beberapa pemimpin Eropah.
Yang menjadi kepelikan
penulis yang telah berpeluang menghadiri seminar tiga hari itu ialah kenaifan
para peserta seminar yang terdiri dari pelbagai individu dan pertubuhan mewakili
masyarakat sivil (sivil society). Di sebalik kenaifan mereka terhadap apa yang
berlaku dan realiti pergolakan di Palestin, kesemuanya sibuk hendak menyuarakan
pandangan masing-masing. L ebih menyedihkan ada yang datang dengan otak yang
kosong, dan tanpa benar-benar menghayati isu Palestin, telah menelan segala apa
yang disuapkan oleh para pembentang kerta kerja, yang mana ada di antara mereka
itu mempunyai agenda yang tersembunyi yang begitu sakastik terhadap rakyat
Palestin dan perjuangan mereka.
Yasser Abdu Rabbouh yang bertanggung
jawab mempromosikan ide Geneva solution mempunyai agenda yang tersendiri yang
mana implikasinya ialah pengadaian negara Palestin kepada rejim Zionis secara
percuma. Beliau seakan-akan menyahut seruan George W Bush Jr. Agar rakyat dan
para pelarian Palestin melupakan langsung cita-cita untuk untuk pulang ke tanah
air mereka dan menghadapi realiti bahawa Israel adalah sebuah negara yang
berdaulat dan telah pun mempunyai demografi mereka sendiri.
Tidak cukup dihalau, mereka turut dibunuh !
Tanpa menghiraukan pandangan rakyat Palestin
keseluruhannya, samada yang menjadi pelarian di negara-negara jiran mahupun
mereka yang hidup dengan suaka politik di negara-negara barat, beliau telah
melakukan satu tindakan yang boleh dianggap sebagai pengkhianatan terhadap
perjuangan rakyat Palestin selama leih dari 55 tahun. Seolah-olah dia gagal
memahami kegagalan Oslo 1993 dan juga Madrid sebelum itu, atau mungkin tawaran
material untuk tujuan tersebut melebihi segala-galanya?...
Hak untuk
kembali
Apakah yang dimaksudkan hak rakyat Palestin untuk kembali?,
Ianya bermaksud, hak setiap individu Palestin yang telah diusir keluar dari bumi
Palestin pada tahun 1948 dan tahun 1967 untuk kembali ke negara asal mereka,
iaitu bumi Palestin. Tidak seperti yang didakwa oleh rejim Zionis, keluarnya
mereka itu adalah dengan kerelaan mereka, hakikatnya mereka telah diusir keluar
oleh rejim Zionis yang telah mengisytiharkan penubuhan negara haram bernama
Israel (Erez Yizrael) pada 14 Mei 1948.
Lebih hampir sejuta rakyat
Palestin telah diusir dari rumah, kampung halaman dan juga negara mereka
semenjak tarikh tersebut. Semenjak tarikh tersebut, majoriti rakyat Palestin
hidup di dalam pelarian di negara-negara jiran mereka dan juga di serata dunia.
Hak untuk kembali ini juga berhak diwarisi oleh generasi kedua, ketiga dan
generasi seter usnya rakyat Palestin memandangkan mereka merupakan penduduk asal
bumi Palestin dan manusia yang paling berhak ke atas tanah air mereka
sendiri.
Hak untuk kembali ini juga diiktiraf oleh undang-undang
antarabngsa dan tidak boleh ditukar ganti. Deklarasi Hak Asasi Manusia pada 10
Disember 1948 , di dalam artikel 13, para 2, ada menyebutkan:
Everyone
has the right to leave any country , including his own, and to return to his
country (Setiap individu mempunyai hak untuk meninggalkan sesebuah negara,
termasuk negaranya sendiri dan kembali ke negara tersebut).
Rumah kami dirobohkan
Artikel seumpama ini juga dapat dilihat pada
deklrasi-deklarasi hak asasi manusia lain samada di negara-negara Eropah,
Amerika Syarikat (AS), Afrika dan juga di negara-negara Arab. Sebagai contohnya,
International Covenant for Civil and Political Rights ada menyebutkan :
No one shall be arbitraly deprived of the right to enter his own
country (article 4, paragraph 12) (Setiap individu tidak boleh dihalang
daripada memasuki negaranya sendiri).
Israel sendiri telah mempersetujui
ketetapan ini dan menganggapnya sebagai sesuatu yang binding.
Hak yang
sama juga dapat ditemui di dalam International Declaration to Eliminate All
Forms of Race discrimination 1965 (pada para D daripada artikel 5), yang
menjamin:
i) The right to freedom of movement and residence within the
border of the state.
ii) The right to leave any country, including ones
own, and to return to ones country.
(i) Hak untuk (individu) bergerak
bebas di dalam sempadan negaranya sendiri,
ii) Hak untuk meninggalkan
mana-mana negara dan kembali semula).
Deklarasi ini telah diiktiraf oleh
Israel pada 3 Januari 1979.
Hak yang sama juga telah diiktiraf oleh
American Pact for Human Rights pada artikel 22 yang berbunyi:
No one
can be expelled from the territory of the state of which he is a national, or be
deprived of the right to enter it (Tiada seorang pun yang berhak dihalau dari
negaranya yang dia menjadi warganegara (negara tersebut), ataupun dihalang
daripada memasukinya)
Begitu juga dengan ketetapan 194 PBB yang
dipersetujui oleh Majlis Umum PBB pada 11 Disember 1948, di dalam artikel 11
telah menyentuh tentang hak pelarian Palestin untuk kembali ke tanah air mereka
(Palestin dan sekarang ini dikenali dunia sebagai Israel). Ketetapan tersebut
berbunyi:
Butakah negera Islam melihat kami diperlakukan
begini ??
that the refugees wishing to return to their
homes and live peace with their neighbours should be permitted to do so at the
earliest practicable date, and that compensation should be paid for the property
of those choosing not to return and for loss of or damage to property which,
under principles of international law or in equity, should be made good by the
Goverments or authorities responsible.
Ketetapan ini telah dipersetujui
oleh 35 buah negara utama dunia pada waktu tersebut termasuklah AS, Peranchis,
United Kingdom (UK). 15 buah negara telah menolaknya, manakala lapan buah lagi
mengambil keputusan untuk tidak mengundi. Sejurus dipersetujui ketetapan itu,
Turki, Peranchis dan juga AS telah ditugaskan di dalam jawatankuasa khas
bertindak untuk menguruskan kepulangan rakyat dan pelarian Palestin ke negara
mereka. Ketetapan ini telah diulangi persetujuannya dan digesa perlaksanannya
lebih daripada 135 kali di dalam perhimpunan PBB dan hanya ditentang oleh Israel
(rejim Zionis) sahaja, serta AS selepas Oslo 1993. Hak untuk kembali yang
termaktub di dalam ketetapan ini juga merupakan sesatu yang diterima oleh akal
yang logik serta naluri kemanusiaan yang normal.
Hak sudah
lapuk
Mungkin ada sesetengah pihak yang beralasan bahawa perlaksanaan
ketetapan 194 ini yang sering menemui kegagalan menunjukkan ketidak relevenan
ketetapan tersbut dan wajiblah rakyat Palestin dan juga para pelarian Palestin
menerima realiti yang berlaku. Ini merupakan dakwaan yang tiada asas dan
bertentangan dengan prinsip keadilan serta keluhuran undang-undang antarabangsa.
Sesuatu ketetapan yang dipersetuju oleh masyarakat dunia tidak akan
dapat ditolak hanya dengan alasan realiti ataupun ianya telah lapuk. Ia hanya
boleh dimansuhkan dengan ketetapan lain yang seumpamanya juga. Walau
bagaimanapun dalam kes rakyat Palestin ini, jika tidak kerana ketetapan 194 pun,
mereka tetap berhak untuk pulang ke negara mereka. Itu merupakan sesuatu yang
dapat diterima oleh semua manusia yang berakal bahawa seseorang yang dirampas
atau dicur i haknya adalah pemilik yang sah terhadap barang tersebut sehingga
hari kiamat dan dia berhak untuk mendapat untuk mendapatkannya kembali. Merujuk
kepada kenyataan seumpama ini, Dr Salman Abu Sittah, seorang pakar undang-undang
berkaitan isu Palestin dari Palestinian Return Centre di UK telah mengatakan:
The right of return is sacred, legal and possible. The right is sacred
because it is settled in the sentiments of every Palestinian, and it is a
primary demand of every Palestinian despite of more than 55 years of disperse.
The right of return also legal because it is one of the basic human rights and
because the right of ownership in countries and hometown is eternal
(Palestinian Refugees in Lebanon and the Return, Field studies Facts &
Figures, Lubnan: Palestinian Association fo Human Rights, February 2004, hal.
7)
Ini bermakna sebarang usaha untuk menghapuskan ataupun menafikan hak
rakyat Palestin dari mana-mana pihak, hatta daripada rakyat Palestin sendiri pun
adalah tidak laku dan bertentangan dengan undang-undang. Hak yang suci ini
adalah milik setiap seorang daripada individu rakyat Palestin yang hidup dalam
pelarian, dan berhak diwarisi oleh keturunan mereka selagimana mereka belum
pulang ke negara mereka.
Sesaknya kota Palestin dengan kereta kebal utk
menghalau rakyat Palestin, apa peranan kita ?
Jika ada sesiapapun yang mendakwa mereka
mewakili rakyat Palestin ingin menafikan hak ini, dia atau mereka tidak
mempunyai hak langsung spertimana yang sedang diinisiatifkan oleh Yasser Abdu
Rabbouh dan mereka-mereka yang sewaktu dengannya. Begitu juga halnya dengan
masyarakat sivil sedunia, OIC mahupun NAM. Mereka sekali-kali tidak mempunyai
apa-apa kuasa untuk menggugurkan hak rakyat Palestin ini. Di atas inilah,
Muktamar Haq al-Awdah yang berpusat di London telah bertindak menjadi
koordinator kepada pertubuhan-pertubuhan yang memperjuangkan hak rakyat Palestin
untuk pulang ke negara mereka dari seluruh dunia.
Untuk sentiasa
mengingatkan rakyat Palestin di seluruh dunia tentang hak mereka ini, mereka
telah menganjurkan persidangan tahunan di negara-negara Eropah. Setakat ini,
telah tiga persidangan berjaya mereka jalankan semenjak tahun 2003. Yang
pertamanya di London, tahun 2004 di Berlin, dan tahun 2005 di Viena, Austria.
Mereka juga membantu membekalkan semua pertubuhan-pertubuhan yang terlibat di
bawah koordinasi mereka dengan bahan-bahan, kajian-kajian dan juga tenaga-tenaga
yang diperlukan. Dengan usaha semacam ini, adalah tidak logik jika ada pihak
yang bertindak di atas nama apa sekalipun untuk menerima cadangan-cadangan yang
bertujuan menafikan hak rakyat Palestin dari pulang ke negara masing-masing,
samada ianya di atas nama Two States Solution ataupun di atas nama Geneva
Solution."
source:
palestinkini.info