"Tsunami telah melanda. Ramai yang mati. Jerebu juga sudah melanda. Ramai yang sakit. Akademi Fantasia sudah dilanda. Mawi juga yang tertipu.
Jika hendak diikutkan pendapat, soal mencarut, menghina, mengadu domba, memberi pendapat adalah satu lumrah kepada kita manusia yang suka bercakap-cakap. Masakan Rasulullah tidak bersabda, ramai yang masuk neraka kerana lidah yang lembut. Kerana mulut, nanti kita juga yang terseksa di dalam api neraka yang jahannam.
Perhatian rakyat Malaysia yang terlalu menumpukan perkara yang tidak sepatut diberi penumpuan telah menjadi perkara biasa dan ini telah dapat dibaca oleh ahli-ahli politik yang ingin mengekalkan kuasa. Benda yang remeh dan tidak mengancam kepada kesihatan negara perlu dijadikan besar, sebesar-besarnya seakan akan menghancurkan negara yang dicintai. Pelik lagi ajaib, masih ramai rakyat yang ditipu bulat bujur dengan isu yang sebenarnya tiada isu langsung untuk dipaparkan pada khazanah orang
yang suka membuat isu.
AF3 Mawi. Unicorn. Ahli Kelab Mawi. Mereka ini jika tidak wujud, akan mundurkah rakyat Malaysia? Akan porak perandakah sistem kerajaan kita yang berada dalam naungan wang?
Jika Mawi menang sekali lagi AF4 pula, akan turunkah harga minyak petrol negara? Akan terwujudkah hukum Islam dibumi Malaya, Sabah dan Sarawak ini? Akan dinaikkan kembalikah Khalifah Islam yang sepatutnya adalah fardhu ain kepada setiap Muslim untuk bekerja mewujudkan kembali kepimpinan Islam?
Inilah sebenarnya yang ingin saya ketengahkan kepada rakyat marhain. Isu yang sepatutnya tiada, disebabkan telah dijadikan isu, perlulah juga dibuat isu untuk menutup kembali isu yang sepatutnya tiada di dalam kamus rakyat Malaysia yang suka berisu-isu. Sehinggakan pemimpin-pemimpin gerakan Islam pun ada yang termakan dengan isu-isu yang tah apa-apa tahlah itu.
Tidak perlu sepatutnya kita hendak mengucapkan tahniah kepada Mawi kerana telah menjadi johan dan juara AF3. Sepatutnya kita mengucapkan takziah kepada beliau kerana telah gagal dalam cubaan yang Allah turunkan kepada beliau dengan keseronokan di dunia. Beliau sepatutnya bertaubat nasoha dan
beristighfar banyak-banyak kerana telah melakukan dosa yang besar dan juga telah menanggung dosa tempias peminat-peminatnya yang telah leka kerana terlalu berkenankan kepada beliau. Meninggalkan solat. Pada Syafie ianya dosa yang melampau-lampau besarnya. Pada Hanafi, murtad! Tidak kiralah dia malas atau pemalas solat. Berduduk-duduk dan bersama-sama perempuan bukan mahram. Haram! Untuk menghapus kembali dosa, bukan setakat bertaubat sorang-sorang, tetapi kena menyatakan dengan lantang kepada seluruh rakyat Malaya, Sabah, Sarawak, bahawasanya Akademi Fantasia itu adalah haram dan selama-lamanya haram. Buat satu 'press statement' dan hebahkan kepada seluruh rakyat Malaya, Sabah, Sarawak yang sebenarnya konsert yang dihadiri oleh peminat-peminatku tempoh hari adalah haram dan peminatku wajib untuk bertaubat nasoha. Benci kepada AF dan tidak akan mengulangi perbuatan.
Jangan hendak ditipu sehingga lapan ratus kali wahai umat Islam. Bunga-bunga kata Mawi seorang yang reformis
lagi Islamis hanyalah episod ulangan Syarifah Aini yang berkelulusan 4 senawi ingin melanjutkan pelajaran ke Al-Azhar ketika menjuarai kejohanan lagu RTM 70-an dahulu. Jangan hendak mengulang kata Mawi itu tukang azan padahal Nash Lefthanden adalah johan membaca lagu Al-Quran yakni juara Qori, lagilah hebat. Semua ini adalah episod ulangan yang diulang tayang oleh perosak-perosak Islam yang niatnya semata-mata hendak menjustifikasi untuk menghalalkan benda yang terang-terangan haram. Tiada isu yang perlu dikupas, walau pemimpin kita terlepas kata hendak menjemput Mawi ke Kelantan, namun sebenarnya tiada faedah kita mengulangi tersekongkol dengan agenda-agenda manusia yang jahat. Tiada faedah juga bekas ketua Pemuda hendak bermain isu Mawi kerana pada firasat politik negara, ianya tiada isu baik untuk golongan belia begitu juga dengan golongan tua untuk menaikkan nama Islam pada dada umat belia Islam yang telah sesat jalan mencari kedamaian yang palsu.
Hentikanlah isu ini
wahai umat Islam. Hentikanlah. Dan bertaubatlah kepada Allah SWT kerana perbuatan dosa kita ini. Bertaubatlah Mawi. Jangan engkau tersesat seperti tersesatnya orang-orang yang tersesat kerana sesungguhnya laluan kamu ini terang-terangan sesat lagi menyesatkan. Ikhlas dari saya hamba Allah bernama Mazwandi, ingin memujuk iman saudara Asmawi, bertaubatlah kamu wahai sahabat seIslamku.
Start your day with Yahoo! - make it your home page
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "hidayahnet" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
