Rasulullah SAW Menangis Ketika Di Padang Mahsyar
Dari Usman bin Affan bin Dahaak bin Muzahim daripada Abbas ra, bapa saudara
Rasulullah SAW dari Rasulullah SAW telah bersabda, yang bermaksud:
"Aku adalah orang (manusia) yang paling awal dibangkitkan dari
kubur(bumi)pada hari kiamat yang tiada kebanggaan. Bagiku ada syafaat pada
harikiamat yang tiada kemegahan. Bendera pujian di tanganku dan nabi-nabi
keseluruhannya berada di bawah benderaku. Umatku adalah umat yang
terbaik.
Mereka adalah umat yang pertama dihisab sebelum umat yang lain. Ketika
mereka bangkit dari kubur, mereka akan mengibas (membuang) tanah yang
ada di atas kepala mereka. Mereka semua akan berkata: "Kami bersaksi bahawa
tiada Tuhan melainkan Allah dan kami bersaksi bahawa Muhammad itu
Rasulullah.
Inilah yang telah dijanjikan oleh Allah Taala serta dibenarkan oleh
para rasul."
Ibnu Abbas ra berkata: "Orang yang pertama dibangkitkan dari kubur di
hari kiamat ialah Muhammad SAW. Jibril as akan datang kepadanya bersama
seekor Buraq. Israfil pula datang dengan membawa bersama bendera dan
mahkota. Izrail pula datang dengan membawa bersamanya pakaian-pakaian
syurga."
Jibril as akan menyeru: "Wahai dunia! Di mana kubur Muhammad SAW?"
Bumi akan berkata: "Sesungguhnya, Tuhanku telah menjadikan aku hancur.
Telah hilang segala lingkaran, tanda dan gunung-ganangku. Aku tidak tahu
dimana kubur Muhammad SAW."
Rasulullah SAW bersabda: "Lalu diangkatkan tiang-tiang dari cahaya dari
kubur Nabi Muhammad SAW ke awan langit. Maka, empat malaikat berada di
atas kubur."
Israfil bersuara: "Wahai roh yang baik! Kembalilah ke tubuh yang baik!"
Maka, kubur terbelah dua. Pada seruan yang kedua pula, kubur mula
terbongkar. Pada seruan yang ketiga, ketika Rasulullah SAW berdiri,
baginda AW telah membuang tanah di atas kepala dan janggut baginda SAW.
Baginda SAW elihat kanan dan kiri. Baginda SAW dapati, tiada lagi bangunan.
Baginda SAW menangis sehingga mengalir air matanya ke pipi.
Jibril as berkata kepadanya: "Bangun wahai Muhammad! Sesungguhnya kamu
di sisi Allah Taala di tempat yang luas."
Baginda SAW bertanya, "Kekasihku Jibril! Hari apakah ini?"
Jibril as menjawab: "Wahai Muhammad! Janganlah kamu takut! Inilah hari
kiamat. Inilah hari kerugian dan penyesalan. Inilah hari pembentangan
Allah Taala."
Baginda SAW bersabda: "Kekasihku Jibril! Gembirakanlah aku!"
Jibril as berkata: "Apakah yang kamu lihat di hadapanmu?"
Baginda SAW bersabda: "Bukan seperti itu pertanyaanku."
Jibril as berkata: "Adakah kamu tidak melihat bendera kepujian yang
terpacak di atasmu?"
Baginda SAW bersabda: "Bukan itu maksud pertanyaanku. Aku bertanya
kepadamu akan umatku. Di mana perjanjian mereka?"
Jibril as berkata: "Demi keagungan Tuhanku! Tidak akan terbongkar oleh
bumi daripada manusia, sebelummu?"
Baginda SAW bersabda: "Nescaya akan, kuatlah pertolongan pada hari ini.
Aku akan mensyafaatkan umatku."
Jibril as berkata kepada baginda SAW: "Tungganglah Buraq ini wahai
Muhammad SAW dan pergilah ke hadapan Tuhanmu!"
Jibril as datang bersama Buraq ke arah Nabi Muhammad SAW. Buraq cuba
meronta-ronta. Jibril as berkata kepadanya: "Wahai Buraq! Adakah kamu
tidak malu dengan makhluk yang paling baik dicipta oleh Allah Taala?
Sudahkah Allah Taala perintahkan kepadamu agar mentaatinya?"
Buraq berkata: "Aku tahu semua itu. Akan tetapi, aku ingin dia
mensyafaatiku agar memasuki syurga sebelum dia menunggangku. Sesungguhnya,
Allah Taala akan datang pada hari ini di dalam keadaan marah. Keadaan yang
belum pernah terjadi sebelum ini."
Baginda SAW bersabda kepada Buraq: "Ya! Sekiranya kamu berhajatkan
syafaatku, nescaya aku memberi syafaat kepadamu."
Setelah berpuas hati, Buraq membenarkan baginda SAW menunggangnya
lalu dia melangkah. Setiap langkahan Buraq sejauh pandangan mata. Apabila
Nabi Muhammad SAW berada di Baitul Maqdis di atas bumi dari perak yang
putih, malaikat Israfil as menyeru: "Wahai tubuh-tubuh yang telah hancur,
tulang-tulang yang telah reput, rambut-rambut yang bertaburan dan urat-urat
yang terputus-putus! Bangkitlah kamu dari perut burung, dari perut binatang
buas, dari dasar laut dan dari perut bumi ke perhimpunan Tuhan yangMaha
Perkasa.
Roh-roh telah diletakkan di dalam tanduk atau sangkakala. Di
dalamnya ada beberapa tingkat dengan bilangan roh makhluk. Setiap roh, akan
didudukkan berada di dalam tingkat. Langit di atas bumi akan menurunkan
hujan dari lautan kehidupan akan air yang sangat pekat seperti air mani
lelaki. Daripadanya, terbinalah tulang-tulang. Urat-urat memanjang. Daging
kulit dan bulu akan tumbuh. Sebahagian mereka akan kekal ke atas sebahagian
tubuh tanpa roh.
Allah Taala berfirman: "Wahai Israfil! Tiup tanduk atau sangkakala
tersebut dan hidupkan mereka dengan izinKu akan penghuni kubur.
Sebahagian mereka adalah golongan yang gembira dan suka. Sebahagian dari
mereka adalah golongan yang celaka dan derita."
Malaikat Israfil as menjerit: "Wahai roh-roh yang telah hancur!
Kembalilah kamu kepada tubuh-tubuh mu. Bangkitlah kamu untuk dikumpulkan di
hadapan Tuhan semesta alam."
Allah Taala berfirman:
"Demi keagungan dan ketinggianKu! Aku kembalikan setiap roh pada
tubuh-tubuhnya!"
Apabila roh-roh mendengar sumpah Allah Taala, roh-roh pun keluar
untuk mencari jasad mereka. Maka, kembalilah roh pada jasadnya. Bumi pula
terbongkar dan mengeluarkan jasad-jasad mereka. Apabila semuanya sedia,
masing-masing melihat.
Nabi SAW duduk di padang pasir Baitul Maqdis, melihat
makhluk-makhluk. Mereka berdiri seperti belalang yang berterbangan. 70 umat
berdiri. Umat Nabi Muhammad SAW merupakan satu umat (kumpulan). Nabi SAW
berhenti memperhatikan ke arah mereka. Mereka seperti gelombang lautan.
Jibril as menyeru: "Wahai sekalian makhluk, datanglah kamu semua ke
tempat perhimpunan yang telah disediakan oleh Allah Taala."
Umat-umat datang di dalam keadaan satu-satu kumpulan. Setiap kali Nabi
Muhammad SAW berjumpa satu umat, baginda SAW akan bertanya: "Di mana
umatku?"
Jibril as berkata: "Wahai Muhammad! Umatmu adalah umat yang terakhir."
Apabila nabi Isa as datang, Jibril as menyeru: Tempatmu!" Maka nabi
Isa as dan Jibril as menangis.
Nabi Muhammad SAW berkata: "Mengapa kamu berdua menangis."
Jibril as berkata: "Bagaimana keadaan umatmu, Muhammad?"
Nabi Muhammad bertanya: "Di mana umatku?"
Jibril as berkata: "Mereka semua telah datang. Mereka berjalan lambat
dan perlahan."
Apabila mendengar cerita demikian, Nabi Muhammad SAW menangis lalu
bertanya: "Wahai Jibril! Bagaimana keadaan umatku yang berbuat dosa?"
Jibril as berkata: "Lihatlah mereka wahai Muhammad SAW!"
Apabila Nabi Muhammad SAW melihat mereka, mereka gembira dan
mengucapkan selawat kepada baginda SAW dengan apa yang telah Allah Taala
muliakannya. Mereka gembira kerana dapat bertemu dengan baginda SAW. Baginda
SAW juga gembira terhadap mereka. Nabi Muhammad SAW bertemu umatnya yang
berdosa.
Mereka menangis serta memikul beban di atas belakang mereka sambil
menyeru:"Wahai Muhammad!"
Air mata mereka mengalir di pipi. Orang-orang zalim memikul kezaliman
mereka. Nabi Muhammad SAW bersabda: "Wahai umatku." Mereka berkumpul di
sisinya. Umat-umatnya menangis.
Ketika mereka di dalam keadaan demikian, terdengar dari arah Allah
Taala seruan yang menyeru: "Di mana Jibril?"
Jibril as berkata: "Jibril di hadapan Allah, Tuhan semesta alam."
Allah Taala berfirman di dalam keadaan Dia amat mengetahui sesuatu yang
tersembunyi: "Di mana umat Muhammad SAW?"
Jibril as berkata: "Mereka adalah sebaik umat."
Allah Taala berfirman: "Wahai Jibril! Katakanlah kepada kekasihKu
Muhammad SAW bahawa umatnya akan datang untuk ditayangkan di hadapanKu."
Jibril as kembali di dalam keadaan menangis lalu berkata: "Wahai
Muhammad! Umatmu telah datang untuk ditayangkan kepada Allah Taala."
Nabi Muhammad SAW berpaling ke arah umatnya lalu berkata: "Sesungguhnya
kamu telah dipanggil untuk dihadapkan kepada Allah Taala."
Orang-orang yang berdosa menangis kerana terkejut dan takut akan
azab Allah Taala. Nabi Muhammad SAW memimpin mereka sebagaimana pengembala
memimpin ternakannya menuju di hadapan Allah Taala. Allah Taala berfirman:
"Wahai hambaKu! Dengarkanlah kamu baik-baik kepadaKu tuduhan apa-apa
yang telah diperdengarkan bagi kamu dan kamu semua melakukan dosa!"
Hamba-hamba Allah Taala terdiam. Allah Taala berfirman: "Hari ini,
Kami kan membalas setiap jiwa dengan apa yang telah mereka usahakan. Hari
ni, aku akan memuliakan sesiapa yang mentaatiKu. Dan, Aku akan mengazab
sesiapa yang menderhaka terhadapKu. Wahai Jibril! Pergi ke arah Malik,
penjaga neraka! Katakanlah kepadanya, bawakan Jahanam!"
Jibril pergi berjumpa Malik, penjaga neraka lalu berkata: "Wahai Malik!
Allah Taala telah memerintahkanmu agar membawa Jahanam."
Malik bertanya: "Apakah hari ini?"
Jibril menjawab: "Hari ini adalah hari kiamat. Hari yang telah
ditetapkan untuk membalas setiap jiwa dengan apa yang telah mereka
usahakan."
Malik berkata: "Wahai Jibril! Adakah Allah Taala telah mengumpulkan
makhluk?"
Jibril menjawab: "Ya!"
Malik bertanya: "Di mana Muhammad dan umatnya?"
Jibril berkata: "Di hadapan Allah Taala!"
Malik bertanya lagi: "Bagaimana mereka mampu menahan kesabaran terhadap
kepanasan nyalaan Jahanam apabila mereka melintasinya sedangkan mereka
semua adalah umat yang lemah?"
Jibril berkata: "Aku tidak tahu!"
Malik menjerit ke arah neraka dengan sekali jeritan yang
menggerunkan. Neraka berdiri di atas tiang-tiangnya. Neraka mempunyai
tiang-tiang yang keras, kuat dan panjang. Api dinyalakan sehingga tiada
kekal mata seorang dari makhluk melainkan bercucuran air mata mereka
(semuanya menangis).
Air mata sudah terhenti manakala air mata darah manusia mengambil
alih. Kanak-kanak mula beruban rambut. Ibu-ibu yang memikul anaknya
mencampakkan mereka. Manusia kelihatan mabuk padahal mereka sebenarnya tidak
mabuk.
Rasulullah SAW Membela Umatnya
Di padang mahsyar orang yang mula-mula berusaha ialah nabi Ibrahim
as. Baginda bergantung dengan asap Arsy yang naik lalu menyeru: "TuhanKu
dan Penguasaku! Aku adalah khalilMu Ibrahim. Kasihanilah kedudukanku pada
hari ini! Aku tidak meminta kejayaan Ishak dan anakku pada hari ini."
Allah Taala berfirman: "Wahai Ibrahim! Adakah kamu melihat Kekasih
mengazabkekasihnya."
Nabi Musa as datang. Baginda bergantung dengan asap Arsy yang naik lalu
menyeru: "KalamMu. Aku tidak meminta kepadaMu melainkan diriku. Aku
tidak meminta saudaraku Harun. Selamatkanlah aku dari kacau bilau Jahanam!"
Isa as datang di dalam keadaan menangis. Baginda bergantung dengan Arsy
lalu menyeru: "Tuhanku... Penguasaku.. Penciptaku! Isa roh Allah. Aku tidak
meminta melainkan diriku. Selamatkanlah aku dari kacau bilau Jahanam!"
Suara jeritan dan tangisan semakin kuat. Nabi Muhammad SAW menyeru:
"Tuhanku.. Penguasaku Penghuluku.... !Aku tidak meminta untuk diriku.
Sesungguhnya aku meminta untuk umatku dariMu!"
Ketika itu juga, neraka Jahanam berseru: "Siapakah yang memberi syafaat
kepada umatnya?"
Neraka pula berseru: "Wahai Tuhanku... Penguasaku dan Penghuluku!
Selamatkanlah Muhammad dan umatnya dari seksaannya! Selamatkanlah
mereka dari kepanasanku, bara apiku, penyeksaanku dan azabku! Sesungguhnya
mereka adalah umat yang lemah. Mereka tidak akan sabar dengan penyeksaan."
Malaikat Zabaniah menolaknya sehingga terdampar di kiri Arsy. Neraka
sujud di hadapan Tuhannya.
Allah Taala berfirman: "Di mana matahari?" Maka, matahari dibawa
mengadap Allah Taala. Ia berhenti di hadapan Allah Taala.
Allah Taala berfirman kepadanya: "Kamu! Kamu telah memerintahkan
hambaKu untuk sujud kepada kamu?"
Matahari menjawab. "Tuhanku! Maha Suci diriMu! Bagaimana aku harus
memerintahkan mereka berbuat demikian sedangkan aku adalah hamba yang
halus?"
Allah Taala berfirman: "Aku percaya!"
Allah Taala telah menambahkan cahaya dan kepanasannya sebanyak 70 kali
ganda. Ia telah dihampirkan dengan kepala makhluk."
Ibnu Abbas r.h. berkata: "Peluh manusia bertiti dan sehingga mereka
berenang di dalamnya. Otak-otak kepala mereka menggeleggak seperti periuk
yang sedang panas. Perut mereka menjadi seperti jalan yang sempit.
Air mata mengalir seperti air mengalir. Suara ratap umat-umat manusia
semakin kuat.
Nabi Muhammad SAW lebih-lebih lagi sedih. Air matanya telah hilang dan
kering dari pipinya. Sekali, baginda SAW sujud di hadapan Arsy dan
sekali lagi, baginda SAW rukuk untuk memberi syafaat bagi umatnya.
Para Nabi melihat keluh kesah dan tangisannya. Mereka berkata: "Maha
Suci Allah! Hamba yang paling dimuliakan Allah Taala ini begitu mengambil
berat, hal keadaan umatnya.
Daripada Thabit Al-Bani, daripada Usman Am Nahari berkata: "Pada suatu
hari Nabi SAW menemui Fatimah Az-Zahara' r.h. Baginda SAW dapati, dia sedang
menangis."
Baginda SAW bersabda: "Permata hatiku! Apa yang menyebabkan dirimu
menangis?"
Fatimah menjawab: "Aku teringat akan firman Allah Taala."
"Dan, kami akan mehimpunkan, maka Kami tidak akan mengkhianati walau
seorang daripada mereka."
Lalu Nabi SAW pun menangis. Baginda SAW bersabda: "Wahai permata
hatiku! Sesungguhnya, aku teringat akan hari yang terlalu dahsyat. Umatku
telah dikumpulkan pada hari kiamat dikelilingi dengan perasaan dahaga dan
telanjang. Mereka memikul dosa mereka di atas belakang mereka. Air mata
mereka mengalir di pipi."
Fatimah r.h. berkata: "Wahai bapaku! Apakah wanita tidak merasa malu
terhadap lelaki?"
Baginda SAW menjawab: "Wahai Fatimah! Sesungguhnya, hari itu, setiap
orang akan sibuk dengan untung nasib dirinya. Adapun aku telah mendengar
Firman Allah Taala:"
Bagi setiap orang dari mereka, di hari itu atau satu utusan yang
melalaikan dia.
( Abasa: 37)
Fatimah ra. bertanya: "Di mana aku hendak mendapatkanmu di hari kiamat
nanti, wahai bapaku?"
Baginda SAW menjawab: "Kamu akan menjumpaiku di sebuah telaga ketika
aku sedang memberi minum umatku."
Fatimah r.h. bertanya lagi: "Sekiranya aku dapati kamu tiada di telaga?"
Baginda SAW bersabda: "Kamu akan menjumpaiku di atas Sirat sambil
dikelilingi para Nabi. Aku akan menyeru: "Tuhan Kesejahteraan! Tuhan
Kesejahteraan! Para malaikat akan menyambut: "Aamiin."
Ketika itu juga, terdengar seruan dari arah Allah Taala lalu berfirman:
"Nescaya akan mengikuti kata-katanya pada apa yang kamu sembah."
Setiap umat akan berkumpul dengan sesuatu yang mereka sembah. Ketika
itu juga, neraka Jahanam melebarkan tengkuknya lalu menangkap mereka
sebagaimana burung mematuk kacang.
Apabila seruan dari tengah Arsy kedengaran, maka manusia yang
menyembahNya datang beriring. Sebahagian daripada orang yang berdiri di situ
berkata:"Kami adalah umat Muhammad SAW!"
Allah Taala berfirman kepada mereka: "Mengapa kamu tidak mengikuti
orang yang kamu sembah?"
Mereka berkata: "Kami tidak menyembah melainkan Tuhan Kami. Dan, kami
tidak menyembah selainNya."
Mereka ditanya lagi: "Kami mengenali Tuhan kamu?"
Mereka menjawab: "Maha Suci diriNya! Tiada yang kami kenali selainNya."
Apabila ahli neraka dimasukkan ke dalamnya untuk diazab, umat
MuhammadSAW mendengar bunyi pukulan dan jeritan penghuni neraka. Lalu
malaikat Zabaniah mencela mereka. Mereka berkata: "Marilah kita pergi
meminta syafaat
kepada Muhammad SAW!"
Manusia berpecah kepada tiga kumpulan.
1. Kumpulan orang tua yang menjerit-jerit.
2. Kumpulan pemuda.
3. Wanita yang bersendirian mengelilingi mimbar-mimbar.
Mimbar para Nabi didirikan di atas kawasan lapang ketika kiamat.
Mereka semua berminat terhadap mimbar Nabi Muhammad SAW. Mimbar Nabi
Muhammad SAW terletak berhampiran dengan tempat berlaku kiamat. Ia juga
merupakan mimbar yang paling baik, besar dan cantik. Nabi adam as dan
isterinya Hawa berada di bawah mimbar Nabi SAW.
Hawa melihat ke arah mereka lalu berkata: "Wahai Adam! Ramai dari
zuriatmu dari umat Muhammad SAW serta cantik wajah mereka. Mereka menyeru:
"Di mana Muhammad?"
Mereka berkata: "Kami adalah umat Muhammad SAW. Semua umat telah
mengiringi apa yang mereka sembah. Hanya tinggal kami sahaja. Matahari
di atas kepala kami. Ia telah membakar kami. Neraka pula, cahaya juga
telah membakar kami. Timbangan semakin berat. Oleh itu tolonglah kami agar
memohon kepada Allah Taala untuk menghisab kami dengan segera! Sama ada kami
akan pergi ke syurga atau neraka."
Nabi Adam as berkata: "Pergilah kamu dariku! Sesungguhnya aku sibuk
dengan dosa-dosaku. Aku mendengar firman Allah Taala: Dan dosa Adam terhadap
Tuhannya kerana lalai. Mereka pergi berjumpa nabi Nuh as yang
telahberumur,umur yang panjang dan sangat sabar. Mereka menghampirinya.
Apabila nabi Nuhas melihat mereka, dia berdiri.
Pengikut (umat Nabi Muhammad SAW) berkata: "Wahai datuk kami, Nuh!
Tolonglah kami terhadap Tuhan kami agar Dia dapat memisahkan di antara
kami dan mengutuskan kami dari ahli syurga ke syurga dan ahli neraka ke
neraka."
Nabi Nuh as berkata: "Sesungguhnya, aku sibuk dengan kesalahanku. Aku
pernah mendoakan agar kaumku dimusnahkan. Aku malu dengan Tuhanku. Pergilah
kamu berjumpa Ibrahim kekasih Allah Taala! Mintalah kepadanya agar menolong
kamu!"
Nabi Ibrahim as berkata: "Sesungguhnya aku pernah berbohong di dalam
usiaku sebanyak tiga pembohongan di dalam Islam. Aku takut dengan Tuhanku.
Pergilah kamu berjumpa Musa as! Mintalah pertolongan darinya!"
Nabi Musa as berkata: "Aku sibuk dengan kesalahanku. Aku pernah
membunuh seorang jiwa tanpa hak. Aku membunuhnya bukan dari kemahuanku
sendiri.Aku dapati dia melampaui batas terhadap seorang lelaki Islam. Aku
ingin memukulnya. Aku terperanjat kerana menyakitinya lalu menumbuk lelaki
tersebut. Ia jatuh lalu mati. Aku takut terhadap tuntutan dosaku.
Pergilah kamu berjumpa Isa as!"
Mereka pergi berjumpa nabi Isa a.s. Nabi Isa a.s. berkata:
"Sesungguhnya Allah Taala telah melaknat orang-orang Kristian. Mereka telah
mengambil aku,ibuku sebagai dua Tuhan selain Allah Taala. Hari ini, aku malu
untukbertanya kepadaNya mengenai ibuku Mariam."
Mariam, Asiah, Khadijah dan Fatimah Az-Zahra' sedang duduk. Ketika
Mariam melihat umat Nabi Muhammad SAW dia berkata: "Ini umat Nabi Muhammad
SAW. Mereka telah sesat dari Nabi mereka."
Suara Mariam, telah didengari oleh Nabi Muhammad SAW Nabi Adam a.s.
berkatak epada nabi Muhammad SAW. "Ini umatmu, wahai Muhammad! Mereka
berkeliling mencarimu untuk meminta syafaat kepada Allah Taala."
Nabi Muhammad SAW menjerit dari atas mimbar lalu bersabda: "Marilah
kepadaku, wahai umatku! Wahai sesiapa yang beriman dan tidak melihatku.
Aku tidak pernah lari dari kamu melainkan aku sentiasa memohon kepada Allah
Taala untukmu!"
Umat Nabi Muhammad SAW berkumpul di sisinya.
Terdengar suara seruan: "Wahai Adam! Ke marilah kepada Tuhanmu!" Nabi
Adam as berkata: "Wahai Muhammad! Tuhanku telah memanggilku. Moga-moga Dia
akan meminta kepadaku."
Nabi Adam as pergi menemui Allah Taala. Allah Taala berfirman
kepadanya: "Wahai Adam! Bangunlah dan hantarkan anak-anakmu ke neraka!"
Nabi Adam as bertanya: "Berapa ramai untukku kirimkan?"
Allah Taala berfirman: Setiap seribu lelaki kamu hantarkan seorang ke
syurga, 999 orang ke neraka."
Allah Taala berfirman lagi:
"Wahai Adam! Sekiranya Aku tidak melaknat orang yang berdusta dan Aku
haramkan pembohongan, nescaya Aku akan mengasihi anakmu keseluruhannya.
Akan, tetapi, Aku telah janjikan syurga bagi orang yang mentaatiKu
Neraka pula bagi orang yang menderhakaiKu Aku tidak akan memungkiri janji.
Wahai Adam! Berhentilah di sisi Mizan (timbangan). Sesiapa yang mempunyai
berat pada kebaikannya daripada dosanya walaupun seberat biji sawi, bawalah
dia untuk memasuki syurga tanpa perlu berunding denganKu! Sesungguhnya Aku
telah menjadikan bagi mereka, satu kejahatan dengan satu dosa. Manakala satu
kebaikan dengan sepuluh pahala agar memberitahu mereka bahawa,sesungguhnya
Aku tidak akan memasukkan mereka ke dalam neraka melainkan setiap yang
kembali akan dikembalikan dengan dosa bagi orang yang melampaui batas."
Nabi Adam as berkata: "Tuhanku! Penguasaku! Engkau lebih utama bagi
menghisab berbanding aku. Hamba itu adalah hambaMu dan Engkau Maha
Mengetahui sesuatu yang ghaib!"
Umat Muhammad SAW Diseru Meniti Sirat
Allah Taala menyeru: "Wahai Muhammad! Bawalah umatmu untuk dihisab
dan lintaskan mereka di atas Sirat yang dilebarkan. Panjangnya sejauh 500
tahun perjalanan."
Malaikat Malik berdiri di pintunya (neraka). Dia menyeru: "Wahai
Muhammad! Sesiapa yang datang dari umatmu dan bersamanya ada perlepasan
dari Allah Taala, maka dia akan terselamat. Sekiranya sebaliknya maka, dia
akan terjatuh di dalam neraka. Wahai Muhammad! Katakan kepada orang yang
diringankan agar berlari! Katakan kepada orang yang diberatkan agar
berjalan!"
Nabi Muhammad SAW bersabda kepada malaikat Malik: "Wahai Malik!
Dengan kebenaran Allah Taala ke atasmu, palingkanlah wajahmu dari umatku
sehingga mereka dapat melepasi! Jika tidak, hati mereka akan gementar
apabila melihatmu."
Malaikat Malik memalingkan mukanya dari umat Nabi Muhammad SAW.
Umat Nabi Muhammad SAW telah di pecahkan kepada sepuluh kumpulan. Nabi
Muhammad SAW mendahului mereka lalu bersabda kepada umatnya: "Ikutlah aku
wahai umatku di atas Sirat ini!"
Kumpulan pertama berjaya melintasi seperti kilat yang memancar.
Kumpulan kedua melintasi seperti angin yang kencang. Kumpulan ketiga
melintasi seperti kuda yang baik. Kumpulan yang keempat seperti burung yang
pantas.
Kumpulan yang kelima berlari. Kumpulan keenam berjalan. Kumpulan
ketujuh berdiri dan duduk kerana mereka dahaga dan penat. Dosa-dosa terpikul
di atas belakang mereka.
Nabi Muhammad SAW berhenti di atas Sirat. Setiap kali, baginda SAW
melihat seorang dari umatnya bergayut di atas Sirat, baginda SAW akan
menarik tangannya dan membangunkan dia kembali. Kumpulan kelapan
menarik muka-muka mereka dengan rantai kerana terlalu banyak kesalahan dan
dosa mereka. Bagi yang buruk, mereka akan menyeru: "Wahai Muhammad SAW!"
Nabi Muhammad SAW berkata: "Tuhan! Selamatkan mereka! Tuhan! Selamatkan
mereka!
Kumpulan ke sembilan dan ke sepuluh tertinggal di atas Sirat.
Mereka tidak diizinkan untuk menyeberang. Dikatakan bahawa, di pintu syurga,
ada pokok yang mempunyai banyak dahan. Bilangan dahannya tidak terkira
melainkan Allah Taala sahaja yang mengetahui. Di atasnya ada kanak-kanak
yang telah mati semasa di dunia ketika umur mereka dua bulan, kurang dan
lebih sebelum mereka baligh. Apabila mereka melihat ibu dan bapa mereka,
mereka menyambutnya dan mengiringi mereka memasuki syurga. Mereka memberikan
gelas-gelas dan cerek serta tuala dari sutera. Mereka memberi ibu dan bapa
mereka minum kerana kehausan kiamat. Mereka memasuki syurga bersama-sama.
Hanya tinggal, kanak-kanak yang belum melihat ibu dan bapa mereka.
Suara tangisan mereka semakin nyaring.
Mereka berkata: "Aku mengharamkan syurga bagi diriku sehingga aku
melihat bapa dan ibuku."
Kanak-kanak yang belum melihat ibu dan bapa mereka telah berkumpul.
Mereka berkata: "Kami masih di dalam keadaan yatim di sini dan di dunia."
Malaikat berkata kepada mereka: "Bapa-bapa dan ibu-ibu kamu terlalu
berat dosa mereka. Mereka tidak diterima oleh syurga akibat dosa mereka."
Mereka terus menangis malah lebih kuat dari sebelumnya lalu berkata:
"Kami akan duduk di pintu syurga moga-moga Allah Taala mengampuninya dan
menyatukan kami dengan mereka."
Demikianlah! Orang yang melakukan dosa besar akan dikurung di
tempat pembalasan yang pertama oleh mereka iaitu Sirat. Ia dipanggil
"TempatTeropong." Kaki-kaki mereka akan tergantung di Sirat.
Nabi Muhammad SAW melintasi Sirat bersama orang-orang yang soleh di
kalangan yang terdahulu dan orang yang taat selepasnya. Di hadapannya,
ada bendera-bendera yang berkibaran. Bendera Kepujian berada di atas
kepalanya.
Apabila bendera baginda menghampiri pintu syurga, kanak-kanak akan
meninggikan tangisan mereka. Rasulullah SAW bersabda:
"Apa yang berlaku pada kanak-kanak ini?" Malaikat menjawab: "Mereka
menangis kerana berpisah dengan bapa dan ibu mereka. "Nabi SAW
bersabda:"Aku akan menyelidiki khabar mereka dan aku akan memberi syafaat
kepada mereka, Insya Allah."
Nabi Muhammad SAW memasuki syurga bersama umatnya yang berada di
belakang. Setiap kaum akan kekal didalam rumah-rumah mereka. Kita
memohon kepada Allah Taala agar memasukkan kita di dalam keutamaan ini dan
menjadikan kita sebahagian daripada mereka.
Dipetik Dari Buku.
"1001 Duka"
Himpunan Kisah-kisah Menyayat Hati
Oleh Muhammad Isa Selamat
_________________________________________________________________
Get your FREE download of MSN Explorer at http://explorer.msn.com/intl.asp
How much free photo storage do you get? Store your holiday snaps for FREE with Yahoo! Photos. Get Yahoo! Photos
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "hidayahnet" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
