Selama ini guru-guru Melayu dituduh anti kerajaan atau anti parti pemerintah. Sekarang guru-guru rata-rata tak suka Hishamuddin. Mereka berharap dalam rombakan kabinet oleh Pak Lah yang diura-urakan tak lama lagi Hishamuddin tidak lagi berada di Kemenerian Pelajaran. Sebagai Menteri Pelajaran sepatutnya Hishamuddin prihatin dan menjadi pembela terhadap masalah guru tetapi sebaliknya. Di kalangan guru sekarang ini hangat diperkatakan tentang kritikan Hishamuddin terhadap para guru khusus mengenai isu stres. Sila layari http://www.cikgu.net.my untuk melihat betapa meluatnya guru terhadap Hishamuddin.

[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] wrote:


Roslan SMS <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
Pemuda Umno mohon maaf pada Pemuda MCA

ROSLAN SMS
 
Isunya pimpinan tertinggi Pemuda Umno samada Ketua ataupun Naibnya kedua-dua tidak hadir sewaktu Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Pemuda MCA Khamis lalu. Pemuda Umno sekadar diwakili oleh pimpinan bawahan dan ini dianggap seolah-olah isyarat adanya pulau-memulau antara kedua-dua rakan karib dalam komponan BN ini.

Samada berkebetulan ataupun tidak, perwakilan Pemuda MCA semasa sessi perbahasan telah mengkritik Pemuda Umno khususnya ketuanya Hishamuddin Tun Hussien.

Salah seorang daripadanya adalah wakil Melaka Tai Boon Hock yang dilaporkan telah menyuarakan ketidakpuasan hatinya apabila katanya terdapat seorang pemimpin Pemuda Umno yang dengan keris terhunus di tangan telah melaung-laungkan semangat hak Melayu semasa berucap.



Kata Tai seorang pemimpin tidak sepatutnya menghunus keris di tangan sambil membakar sentiment perkauman semata-mata kerana mahu menonjolkan diri sebagai seorang juara. Kata Tai lagi bayangkan perasaan kaum lain jika beliau pula menghunus sebilah pedang hari ini?!

Kritikan pedas ini jelas ditujukan kepada Hishamuddin Tun Hussien yang telah menghunuskan keris ketika Persidangan Tahunan Pemuda Umno baru-baru ini. Dan Hishamuddin secara terbuka telah mengeluarkan ucapan yang boleh ditakrifkan sebagai membakar semangat dan api perkauman.

Belum pun sempat isu ini sampai kepengetahuan ramai (kerana liputan meluas sekadar dalam akhbar berbahasa Cina sahaja) tiba-tiba dilaporkan kedua-dua Hishamuddin dan Khairy (Naib Ketua Pemuda Umno) memohon maaf kepada Pemuda MCA kerana tidak menghadiri majlis perasmian mesyuarat mereka tempoh hari.

Alasannya Hishamuddin tak tahu yang Khairy tak tahu? Kata Hishamuddin beliau telah wakilkan Khairy, sedangkan Khairy tidak dimaklumkan tentang perwakilan itu. Mana satu yang betul entahlah. Apa yang mahu diperkatakan di sini keberanian Pemuda MCA mengkritik dan memperli Pemuda Umno yang nampaknya sekadar menikus diam, tiada respon.

Lain kali Hishamuddin jangan pegang keris lagi semasa berucap, peganglah tepak sirih atau sirih junjung, taklah Pemuda MCA marah-marah. [EMAIL PROTECTED]
 
SILA KUNJUNGI BLOG ROSLAN SMS


How much mail storage do you get for free? Yahoo! Mail gives you 1GB!
Get Yahoo! Mail


Start your day with Yahoo! - make it your home page


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke