ada tak no tel puan wan atau sedara terdekat



Inactive hide details for [EMAIL PROTECTED][EMAIL PROTECTED]


          [EMAIL PROTECTED]
          Sent by: [email protected]

          08/26/2005 11:40 PM

          Please respond to
          hidayahnet

To

[email protected]

cc


Subject

Bismillah [hidayahnet] Miskin: Anak Wan Ramlah sudah biasa berlauk kicap

Miskin: Anak Wan Ramlah sudah biasa berlauk kicap
Friday, August 26 @ 07:18:29 MYT


KUALA TERENGGANU, 26 Ogos (Hrkh)
– Isu kemiskinan di Terengganu masih menjadi buah mulut di kalangan rakyat meskipun Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN) mendakwa ‘BN Menang Rakyat Senang’ dalam pilihan raya umum lalu.

Janji Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada rakyat negeri ini bahawa suatu pembangunan yang tidak pernah dilihat jika BN memerintah semula negeri ini hanyalah retorik semata-mata.

Apa yang pasti rakyat masih lagi dibelenggu dengan masalah kemiskinan, kedhaifan serta tidak terbela di bawah kerajaan BN negeri sekarang.

Tinjauan Harakahdaily menemui sebuah keluarga serba dhaif yang masih memerlukan pembelaan serta perhatian sewajarnya daripada kerajaan negeri.

Bagi keluarga Puan Wan Ramlah Wan Wook, 34, dari Kampung Mengabang Tengah, Batu Buruk yang berada dalam keadaan serba kekurangan memerlukan pembelaan daripada kerajaan negeri.

Tambahan pula empat daripada tujuh orang anaknya masih belajar di sekolah menengah dan rendah.

Katanya, tiga orang anaknya yang belajar di sekolah rendah dan seorang lagi di peringkat menengah amat jarang dibekalkan dengan duit belanja.

“Kami sekeluarga sangat dhaif. Saya cukup bimbang akan masa depan anak-anak yang masih bersekolah ini. Saya tidak mampu untuk bekalkan duit belanja kepada anak-anak ke sekolah dan hanya bergantung harap kepada Rancangan Makanan Tambahan (RMT) di sekolah,” ujarnya dengan linangan air mata.

Beliau turut menceritakan bagaimana kehidupan keluarganya yang serba dhaif termasuk makan dan minum seharian.

Katanya, sudah menjadi kebiasaan bagi keluarganya memakan nasi tidak berlauk dan cukup sekadar berlaukkan garam dan kicap sahaja.

“Kami sekeluarga anak-beranak sudah biasa makan nasi berlaukkan garam dan kicap sahaja kerana tidak ada duit untuk beli ikan dan sayur-sayuran. Jika kami anak-beranak dapat makan nasi berlaukkan ikan untuk sebulan sekali pun mujur dan bernasib baiklah,” ujarnya.

Katanya, pernah satu hari suntuk anak-anak tidak dapat memakan nasi dan berlapar kerana tidak mempunyai wang.

Beliau berkata, suaminya tidak mempunyai pekerjaan tetap dan pendapatan sebagai buruh kasar tidak mencukupi bagi menyara keluarga.

Katanya, beliau juga sudah malu dan segan untuk mengadu kepada adik-beradik serta jiran tetangga kerana terlalu kerap meminta bantuan mereka.

Kini, ujarnya sewa bulanan rumah telah mencecah empat bulan tidak berbayar termasuk bil-bil elektrik dan air yang menunggu masa akan dipotong bekalan tersebut.

Menurutnya, keluarganya tidak pernah mendapat bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri kecuali sekali sahaja daripada Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu (Maidam) pada tahun lalu.

Namun begitu, katanya bantuan ‘kecemasan’ itu tidak mencukupi bagi menyara hidup sekeluarga yang mempunyai tujuh orang anak yang sedang membesar.

Sehubungan itu, orang ramai yang bersimpati serta ingin menghulurkan bantuan kepada keluarga itu bolehlah berbuat demikian melalui akaun Puan Wan Ramlah Wan Wook di Bank Islam Malaysia Berhad yang bernombor 13017020634094. – KAM/ayu


How much free photo storage do you get? Store your holiday snaps for FREE with Yahoo! Photos. Get Yahoo! Photos


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to
http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".


SPONSORED LINKS

Islam and the west Islam koran Different religions beliefs
Islam Divine inspiration

YAHOO! GROUPS LINKS





--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




SPONSORED LINKS
Islam and the west Islam koran Different religions beliefs
Islam Divine inspiration


YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke