Assalamualaikum,
Apabila tanggungjawab pemerintah memastikan setiap rakyat samada Islam atau kafir mendapat makanan, pakaian dan tempat  tinggal tidak dijalankan, inilah padahnya. Rakyat jelata spt kita boleh membantu dalam kapasiti sebagai individu. Kita kredit ke akaun puan itu secara online atau kirimkan cek dll mekanisme pembayaran. Tetapi adakah kita mampu melakukannya setiap bulan?
 
Semasa Saidina Umar al-Khattab menjadi khalifah, seorang warga emas (yahudi)  mengadu bahawa dia telah tua, tidak ada pendapatan yang cukup untuk bayar jizyah (cukai kepala) dan terpaksa menanggung keluarganya. Umar telah memberitahu bahwa Yahudi itu dikecualikan dari membayar jizyah dan memerintahkan agar perbelanjaan sara hidup ditanggung Baitul Mal.
 
Semasa pemerintahan singkat Khalifah Umar Abdul Aziz, tidak ada orang yang layak menerima zakat. Seorang sahabat yang dihantar ke Afrika untuk mengagihkan zakat memberitahu tidak ada calon yang elligible - menunjukkan Islam mempunyai sistem memastikan tidak ada yang terlantar. Bayangkan keadaan kebuluran yang telah menjadi satu rutin di Afrika pada masa kini..
 
Bayangkan betapa berbezanya situasi di 2 zaman berbeza - semasa islam dilaksanakan secara kaffah dan semasa Islam hanya dianggap sekadar ujud di tikar sembahyang. Hal-hal semacam ini, lama kelamaan mungkin hanya menjadi bahan gurauan - seperti kisah keluarga makan siput babi yang dipaparkan dalam segmen Bersamamu di TV3, tetapi umat Islam tidak serius mencari jalan penyelesaian (bukan sekadar menyembuhkan symptoms/gejala) tetapi mengubati penyakit ini dari akar umbinya, once and for all. Caranya, tak lain tak bukan iaitu mengujudkan sistem pemerintahan yang 100% dari alQuran dan Sunnah - bukan sekerat-kerat. Sistem yang tidak bernaung dibawah payung Perlembagaan Persekutuan yang diilhamkan dari Common Law nukilan Lord Reid dan team nya sebelum Malaya mendapat 'kemerdekaannya' dulu.
 
Saya membayangkan seandainya ceramah-ceramah yang dihadiri oleh muslim dan non-Muslim dapat menceritakan fakta-fakta begini supaya bukan Muslim sahaja tetapi non-Muslim juga rindu untuk melihat hukum-hakam Islam dilaksanakan kerana keperluan asas mereka akan dapat dipenuhi. Maka sessi ceramah dipenuhi dipenuhi dengan mesej untuk mengajak umat Islam (dan kepada bukan Islam - berdakwah kepada Islam) kembali pada kehidupan Islam, mengamalkan ajaran Islam berlandaskan nas-nas syara' - bukan sekadar untuk meraih undi.
 
Semuga Allah memberi ruang dan kesempatan kepada kita untuk istiqamah menyampaikan walau satu ayat supaya tertegakknya Daulah Islamiyyah yang bakal menerapkan Islam secara kaffah akan dapat direalisasikan lebih awal dari jangkaan CIA iaitu pada tahun 2020. Amin!
 
Wassalam.
 
On 8/26/05, syeddahij <syeddahij> wrote:
Miskin: Anak Wan Ramlah sudah biasa berlauk kicap
Friday, August 26 @ 07:18:29 MYT


KUALA TERENGGANU, 26 Ogos (Hrkh) – Isu kemiskinan di Terengganu masih menjadi buah mulut di kalangan rakyat meskipun Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN) mendakwa 'BN Menang Rakyat Senang' dalam pilihan raya umum lalu.

Janji Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada rakyat negeri ini bahawa suatu pembangunan yang tidak pernah dilihat jika BN memerintah semula negeri ini hanyalah retorik semata-mata.

Apa yang pasti rakyat masih lagi dibelenggu dengan masalah kemiskinan, kedhaifan serta tidak terbela di bawah kerajaan BN negeri sekarang.

Tinjauan Harakahdaily menemui sebuah keluarga serba dhaif yang masih memerlukan pembelaan serta perhatian sewajarnya daripada kerajaan negeri.

Bagi keluarga Puan Wan Ramlah Wan Wook, 34, dari Kampung Mengabang Tengah, Batu Buruk yang berada dalam keadaan serba kekurangan memerlukan pembelaan daripada kerajaan negeri.

Tambahan pula empat daripada tujuh orang anaknya masih belajar di sekolah menengah dan rendah.

Katanya, tiga orang anaknya yang belajar di sekolah rendah dan seorang lagi di peringkat menengah amat jarang dibekalkan dengan duit belanja.

"Kami sekeluarga sangat dhaif. Saya cukup bimbang akan masa depan anak-anak yang masih bersekolah ini. Saya tidak mampu untuk bekalkan duit belanja kepada anak-anak ke sekolah dan hanya bergantung harap kepada Rancangan Makanan Tambahan (RMT) di sekolah," ujarnya dengan linangan air mata.

Beliau turut menceritakan bagaimana kehidupan keluarganya yang serba dhaif termasuk makan dan minum seharian.

Katanya, sudah menjadi kebiasaan bagi keluarganya memakan nasi tidak berlauk dan cukup sekadar berlaukkan garam dan kicap sahaja.

"Kami sekeluarga anak-beranak sudah biasa makan nasi berlaukkan garam dan kicap sahaja kerana tidak ada duit untuk beli ikan dan sayur-sayuran. Jika kami anak-beranak dapat makan nasi berlaukkan ikan untuk sebulan sekali pun mujur dan bernasib baiklah," ujarnya.

Katanya, pernah satu hari suntuk anak-anak tidak dapat memakan nasi dan berlapar kerana tidak mempunyai wang.

Beliau berkata, suaminya tidak mempunyai pekerjaan tetap dan pendapatan sebagai buruh kasar tidak mencukupi bagi menyara keluarga.

Katanya, beliau juga sudah malu dan segan untuk mengadu kepada adik-beradik serta jiran tetangga kerana terlalu kerap meminta bantuan mereka.

Kini, ujarnya sewa bulanan rumah telah mencecah empat bulan tidak berbayar termasuk bil-bil elektrik dan air yang menunggu masa akan dipotong bekalan tersebut.

Menurutnya, keluarganya tidak pernah mendapat bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri kecuali sekali sahaja daripada Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu (Maidam) pada tahun lalu.

Namun begitu, katanya bantuan 'kecemasan' itu tidak mencukupi bagi menyara hidup sekeluarga yang mempunyai tujuh orang anak yang sedang membesar.

Sehubungan itu, orang ramai yang bersimpati serta ingin menghulurkan bantuan kepada keluarga itu bolehlah berbuat demikian melalui akaun Puan Wan Ramlah Wan Wook di Bank Islam Malaysia Berhad yang bernombor 13017020634094 . – KAM/ayu


How much free photo storage do you get? Store your holiday snaps for FREE with Yahoo! Photos. Get Yahoo! Photos


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




SPONSORED LINKS
Islam and the west Islam koran Different religions beliefs
Islam Divine inspiration


YAHOO! GROUPS LINKS







--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke