The sideshow: After their public spat over the AP issue, Datuk Seri Rafidah Aziz finally made an effort to reconcile with Tun Dr Mahathir Mohamad. She hugged him and burst into tears after the 48th National Day parade at the Boulevard in Putrajaya Wednesday.
 
Maaf ya. Komen ini tidak bertujuan untuk mencari publisiti murahan. Cuma bila teringat akan hadis Nabi apabila kamu melihat sesuatu kemungkaran, cegahlah ia dengan 3 perkara. Pertama dengan tangan(kuasa) , kedua ,jika tidak mampu  dengan lidah (nasihat) dan ketiga jika tidak mampu dalam hati (berdiam diri) .Itulah selemah-lemah iman.
 
Beginilah tingkah laku Pemimpin. Aturan dan Disiplin serta Ilmu Agama perlu ada pada setiap Pemimpin supaya setiap tingkah laku mereka menjelaskan kewibawaan mereka pada rakyat jelata. Mana dia
suara Jakim? Suara Jawi? Suara Ulama? Apatah lagi suara para Mufti? Mana? Mana? Mana?
 
Takkan berani menegur ikan bilis sahaja. Tetapi ikan jerung dan ikan paus senyap begitu sahaja? Ingatlah tanggung jawab Tuan-tuan akan dipersoalkan di akhirat nanti. Takutlah pada Allah yang Maha Kuasa dari takut pada manusia!!!
 
Kata orang, kalau guru kencing berdiri, jangan harap anak murid hendak kencing cara sunnah Nabi. (Kencing duduk mengcangkung) Kalau guru berani berpelukan depan umum. Jangan pening atau runsing kalau anak buah hatta orang awam berpelukan malah berbuat lebih dari itu di atas gunung, bukit, lautan, atau tempat-tempat yang tersembunyi.
 
Belum dikira lagi perangai masyarakat yang mengikut akhlak Black Metal, bohsia, bohjan, anti tuhan, sumbang mahram dan entah 1001 penyakit sosial masyarakat!!!
 
Apakah ertinya Kemerdekaan dengan jutaan ringgit dihabiskan untuk menyambut perayaan sedangkan para pemimpin senang-senang berpelukan tanpa segan silu pada orang awam! Mungkin bagi mereka sambutan hari kemerdekaan bebas untuk berbuat apa sahaja, sebab para ulamak pun tak berani nak menegur mereka !!!
 
Wallahualam
 
Syeikhbelalang - Suka mencium tangan  guru mursyid, apatah lagi jika berpeluang memeluk nya.
 
 
Kayu Lurus Bayangannya Lurus  
 
 
 
Kalau murid-murid hendak jadi baik
Mestilah  guru-guru terlebih dahulu jadi baik
Tidak mungkin guru-guru tidak baik murid-murid boleh jadi baik
Kalau anak-anak hendak menjadi baik

Hendaklah ibu bapa terlebih dahulu menjadi baik
Biasanya anak-anak meniru tindakan ibu bapanya yang baik
Itu pun susah anak-anak menjadi baik
Kerana pengaruh masyarakat yang tidak baik

Kalau rakyat hendak menjadi baik
Hendaklah terlebih dahulu pemimpin menjadi baik
Kerana pemimpin adalah ikutan orang ramai
Rakyat adalah bayangan pemimpin

Kerana bayangan itu mengikut kayu
Kalau kayu lurus bayangannya  lurus
Kalau kayu itu bengkok
bayangannya ikut bengkok

Sekarang ini pemimpin mahu rakyat menjadi baik
Sedangkan pemimpin tidak menjadi baik
Kerana kejahatan pemimpin dan rakyat tidak sama
Jahat pemimpin secara pemimpin
Jahat rakyat secara rakyat

Tapi sama-sama jahat
Rakyat tidak hormat pemimpin kerana pemimpin sudah jahat
Sebab itu rakyat tidak mendengar pemimpin memberi nasihat
Kerana rakyat tahu pemimpin juga jahat

Rasul itu orang baik, melahirkan Sahabat
Kalau pemimpin itu baik, melahirkan rakyat yang taat
Macam mana rakyat hendak taat kalau pemimpin tidak taat
Ketaatan pemimpin dan ketaatan rakyat, lahirlah masyarakat yang taat
Maka Tuhan pun turunkan rahmat dan berkat
 
Nukilan: Ustaz Hj Ashaari Muhammad
 
17.7.2005 Menjelang Maghrib 
 

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around
http://mail.yahoo.com


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




SPONSORED LINKS
Islam and the west Islam koran Different religions beliefs
Islam Divine inspiration


YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke