MEMANG MELAYU ISLAM MUDAH LUPA.....
 
 Kita merasa kesal dgn fenomena yg melanda Umat Islam
di negara Islam Malaysia akhir2 ini; semakin lama
semakin [EMAIL PROTECTED]
 Contoh yg nyata betapa mudahnya Umat Islam di
malaysia ni yg majoritinya Melayu , begitu mudah
'dipukau' oleh sekumpulan anak2 muda yg majoritinya
Melayu beragama Islam ; hinggakan menjadi ikutan;
perbualan harian; gilakan Mawi , gilakan si anu; dan
lain2...Bukan saja diluar bangunan bahkan di Pejabat2
K'jaan & Swasta pun ; org2 Melayu ni asyik bercerita
ttg AF - topik perbualan hangat sepanjang hari; dari
pagi ke petang, ditambah dgn menonton video Klip AF yg
didownload ke PC,sampai terlajaklah Solat Zuhur lalu
'dihimpunkan ke Asar' ....menghamburkan puji2an kepada
Mawi kerana Mawi w/pun menyanyi , World2 jugak , Mawi
alim ,sembahyang , ......
Apakah matlamat menghalalkan cara..?????????
 
 MEMANG MELAYU ISLAM MUDAH LUPA..........

 Ananda Krishnan & bangsa cina di negara ini pasti
ketawa besar melihat gelagat hodoh Org Melayu Islam
ni.
Semasa 'demam ' AF kononnya ; kedai2 & restoran yg
siar AF secara 'live' menjadi tumpuan ramai, tua &
muda;yg awal2 lagi dah sampai utk booking tempat . 

 TETAPI masjid & surau tetap kosong , cuma kelibat
beberapa org muka yg sama setiap hari.

 Apakah sudah hampir benar HARI KIAMAT itu..?????? 

 Kita tahu salah satu tanda2 hampirnya kiamat -
Hiburan menjadi satu kemestian , penyanyi2 menjadi
pujaan, bertambahnya penyanyi2 wanita....ajaran agama
& halal-haram tidak lagi menjadi keutamaan....seruan
azan tidak dipedulikan..

 Sedihnya kita melihat diri kita & bangsa kita .....

 Sama2 lah kita bermuhasabah diri kita ; sudahkah kita
menyempurnakan segala perintah Allah & hak Allah ???
 
 Ingatlah....setiap hari kita melafazkan : ' AKU
BERSAKSI TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH ; DAN AKU
BERSAKSI BAHAWA NABI MUHAMMAD PESURUH ALLAH' ...

 Saya berasa segan & malu dgn seorang kenalan mualaf
berbangsa Cina ; yg sembahyangnya lebih khusyuk dari
kita ; pengetahuan & ibadat agamanya lebih banyak dari
kita yg sedia ISLAM sejak dilahirkan. Barangkali jika
dia melihat perlakuan umat Islam di negara ini sejak
akhir2 ini ; mungkin dia berasa kesal memeluk agama
Islam ..........

 KAJIAN MENUNJUKKAN LEBIH DARIPADA 90% DLM PERKARA2
BERIKUT ADALAH DILAKUKAN / MELIBATKAN OLEH ORANG
MELAYU BERAGAMA ISLAM.

 * Skinhead , punk , black-metal dll
 * Seks bebas, rogol , rogol mahram , 
 * Bercouple2 ditempat gelap
 * menonton konsert percuma spt Sure Heboh , Ambang
   Kemerdekaan , dsb..
 * Menagih dadah , hisap gam
 * Lumba motor haram - rempit
 * bergaduh di sekolah
 * lari dari rumah ; ikut boyfriend
 * Melepak sambil usik awek / main gitar kapok
 * Pegawai2 kerajaan/penguatkuasa yg menerima RASUAH
 * TUKAR AGAMA. ( peratus bangsa lain bertukar ke 
   Islam adalah rendah berbanding Melayu tukar ke
agama
   lain.. !!!!!!) 
 * dan berbagai fenomena lain.......

 INGATLAH !!!! ISLAM TIDAK PERNAH MENERIMA KONSEP : '
MATLAMAT MENGHALALKAN CARA ' Apa yg haram , tetap
haram !!!

 SEMEMANGNYA MELAYU ISLAM MUDAH LUPA...

 Renungkanlah........


 
--- [EMAIL PROTECTED],
[EMAIL PROTECTED] wrote:

> "Tsunami telah melanda. Ramai yang mati. Jerebu juga
> sudah melanda. Ramai yang sakit. Akademi Fantasia
> sudah dilanda. Mawi juga yang tertipu.
> 
> Jika hendak diikutkan pendapat, soal mencarut,
> menghina, mengadu domba, memberi pendapat adalah
> satu lumrah kepada kita manusia yang suka
> bercakap-cakap. Masakan Rasulullah tidak bersabda,
> ramai yang masuk neraka kerana lidah yang lembut.
> Kerana mulut, nanti kita juga yang terseksa di dalam
> api neraka yang jahannam.
> 
> Perhatian rakyat Malaysia yang terlalu menumpukan
> perkara yang tidak sepatut diberi penumpuan telah
> menjadi perkara biasa dan ini telah dapat dibaca
> oleh ahli-ahli politik yang ingin mengekalkan kuasa.
> Benda yang remeh dan tidak mengancam kepada
> kesihatan negara perlu dijadikan besar,
> sebesar-besarnya seakan akan menghancurkan negara
> yang dicintai. Pelik lagi ajaib, masih ramai rakyat
> yang ditipu bulat bujur dengan isu yang sebenarnya
> tiada isu langsung untuk dipaparkan pada khazanah
> orang yang suka membuat isu.
> 
> AF3 Mawi. Unicorn. Ahli Kelab Mawi. Mereka ini jika
> tidak wujud, akan mundurkah rakyat Malaysia? Akan
> porak perandakah sistem kerajaan kita yang berada
> dalam naungan wang? 
> 
> Jika Mawi menang sekali lagi AF4 pula, akan turunkah
> harga minyak petrol negara? Akan terwujudkah hukum
> Islam dibumi Malaya, Sabah dan Sarawak ini? Akan
> dinaikkan kembalikah Khalifah Islam yang sepatutnya
> adalah fardhu ain kepada setiap Muslim untuk bekerja
> mewujudkan kembali kepimpinan Islam?
> 
> Inilah sebenarnya yang ingin saya ketengahkan kepada
> rakyat marhain. Isu yang sepatutnya tiada,
> disebabkan telah dijadikan isu, perlulah juga dibuat
> isu untuk menutup kembali isu yang sepatutnya tiada
> di dalam kamus rakyat Malaysia yang suka berisu-isu.
> Sehinggakan pemimpin-pemimpin gerakan Islam pun ada
> yang termakan dengan isu-isu yang tah apa-apa tahlah
> itu.
> 
> Tidak perlu sepatutnya kita hendak mengucapkan
> tahniah kepada Mawi kerana telah menjadi johan dan
> juara AF3. Sepatutnya kita mengucapkan takziah
> kepada beliau kerana telah gagal dalam cubaan yang
> Allah turunkan kepada beliau dengan keseronokan di
> dunia. Beliau sepatutnya bertaubat nasoha dan
> beristighfar banyak-banyak kerana telah melakukan
> dosa yang besar dan juga telah menanggung dosa
> tempias peminat-peminatnya yang telah leka kerana
> terlalu berkenankan kepada beliau. Meninggalkan
> solat. Pada Syafie ianya dosa yang melampau-lampau
> besarnya. Pada Hanafi, murtad! Tidak kiralah dia
> malas atau pemalas solat. Berduduk-duduk dan
> bersama-sama perempuan bukan mahram. Haram! Untuk
> menghapus kembali dosa, bukan setakat bertaubat
> sorang-sorang, tetapi kena menyatakan dengan lantang
> kepada seluruh rakyat Malaya, Sabah, Sarawak,
> bahawasanya Akademi Fantasia itu adalah haram dan
> selama-lamanya haram. Buat satu 'press statement'
> dan hebahkan kepada seluruh rakyat Malaya, Sabah,
> Sarawak yang
>  sebenarnya konsert yang dihadiri oleh
> peminat-peminatku tempoh hari adalah haram dan
> peminatku wajib untuk bertaubat nasoha. Benci kepada
> AF dan tidak akan mengulangi perbuatan.
> 
> Jangan hendak ditipu sehingga lapan ratus kali wahai
> umat Islam. Bunga-bunga kata Mawi seorang yang
> reformis lagi Islamis hanyalah episod ulangan
> Syarifah Aini yang berkelulusan 4 senawi ingin
> melanjutkan pelajaran ke Al-Azhar ketika menjuarai
> kejohanan lagu RTM 70-an dahulu. Jangan hendak
> mengulang kata Mawi itu tukang azan padahal Nash
> Lefthanden adalah johan membaca lagu Al-Quran yakni
> juara Qori, lagilah hebat. Semua ini adalah episod
> ulangan yang diulang tayang oleh perosak-perosak
> Islam yang niatnya semata-mata hendak menjustifikasi
> untuk menghalalkan benda yang terang-terangan haram.
> Tiada isu yang perlu dikupas, walau pemimpin kita
> terlepas kata hendak menjemput Mawi ke Kelantan,
> namun sebenarnya tiada faedah kita mengulangi
> tersekongkol dengan agenda-agenda manusia yang
> jahat. Tiada faedah juga bekas ketua Pemuda hendak
> bermain isu Mawi kerana pada firasat politik negara,
> ianya tiada isu baik untuk golongan belia begitu
> juga dengan golongan tua untuk menaikkan nama Islam
>  pada dada umat belia Islam yang telah sesat jalan
> mencari kedamaian yang palsu.
> 
> Hentikanlah isu ini wahai umat Islam. Hentikanlah.
> Dan bertaubatlah kepada Allah SWT kerana perbuatan
> dosa kita ini. Bertaubatlah Mawi. Jangan engkau
> tersesat seperti tersesatnya orang-orang yang
> tersesat kerana sesungguhnya laluan kamu ini
> terang-terangan sesat lagi menyesatkan. Ikhlas dari
> saya hamba Allah bernama Mazwandi, ingin memujuk
> iman saudara Asmawi, bertaubatlah kamu wahai sahabat
> seIslamku.
> 
> 
>               
> ---------------------------------
>  Start your day with Yahoo! - make it your home page



__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 





------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page
http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest".  
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke