Nak turunkan harga minyak dari RM1.62 seliter kepada RM0.80 seliter
adalah perkara yang diluar jangkauan. Pertamanya, trend sekarang ialah
harga minyak semakin naik. Jika mahukan minyak turun kepada paras RM0.80
seliter kerajaan perlu melipatgandakan subsidi minyak sehingga
belanjawan kerajaan mungkin sebahagian besarnya diuntukkan kepada
subsidi minyak ini. Peruntukkan untuk pembangunan seperti pembinaan
infrastruktur sekolah, jalanraya, bangunan kerajaan dan lain prasarana
perlu dikurangkan untuk digunakan sebagai subsidi minyak kepada rakyat.


Dalam pada itu, perbezaan harga minyak dengan negara jiran akan menjadi
terlalu besar sehinggakan kegiatan arbitrage seperti penyeludupan petrol
dan diesel akan terjadi secara berleluasa kerana keuntungan yang akan
dibuat adalah terlalu besar dan ini membolehkan penyeludup memberi
imbuhan yang lebih kepada pegawai penguatkuasa untuk mengelakkan
tangkapan. Peyeludup dadah mungkin akan menukar komoditi mereka daripada
dadah heroin, candu, etc kepada menyeludup minyak kerana risiko
penguatkuasaan undang-undang yang lebih rendah tetapi boleh membawa
pendapatan yang lumayan.

Pekilang-pekilang untuk barangan eksport keluar negera menjadi lebih
kompetitif bukan kerana pengeluaran lebih efisyen tetapi kerana subsidi
minyak yang diberi. Mata rakyat akan dikaburkan kerana harga minyak yang
rendah tetapi boleh membawa kesan yang buruk pada ekonomi negara dimasa
akan datang. Rakyat juga perlu ingat bahawa harga minyak dipasaran
adalah diluar kawalan kerajaan Malaysia.  

Adalah lebih baik jika rakyat menggunakan minyak secara efisyen seperti
menggunakan kenderaan yang rendah kapasitinya seperti Perodua Kancil
daripada 4WD yang berkapasiti 3.0 liter. Juga rakyat perlu merancang
setiap perjalanan supaya penggunaan minyak peribadi kurang daripada
sepatutnya.

Dewasa ini ramai pengguna membeli kenderaan yang berkapasiti besar
iaitu 1.8 liter keatas hanya kerana harga kenderaan yang rendah secara
relatif dan kerana skim bayaran balik yang rendah kerana faedah yang
rendah dan masa bayaran yang lebih panjang. Pembeli kenderaan membeli
kenderaan kerana punya kemampuan untuk memiliki kenderaan yang
berprestasi tinggi ini dan bukannya kerana keperluan. Apa gunanya
membeli kenderaan yang berkapasiti besar hanya untuk pergi kerja atau
kepasar atau untuk berjalan-jalan?

Di Malaysia ini tindakkan kolektif pengguna untuk menghukum peniaga
tidak pernah ujud dan tidak mungkin berkesan jika digunakan terhadap
syarikat minyak yang ini kerana mereka punya dayatahan yang lebih tinggi
daripada pengguna diMalaysia ini. Manakala pengguna barangan konsumer
diMalaysia ini hanya mengharapkan campurtangan kerajaan semata-mata
untuk melindungi mereka. Individu seperti Ralph Nader di Amerika
Syarikat tidak pernah ujud di Malaysia. Yang ada hanya beberapa kerat
persatuan pengguna seperti CAP yang kekuatannya datang dari sokongan
ahlinya dan bukan dari penguna barangan konsumer secara keseluruhan.

Dalam pada itu kerajaan juga perlu memberi penerangan kepada rakyat
tentang tambahan hasil negara yang diperolehi dengan kenaikan harga
minyak dan bukan hanya menyogok cerita tentang subsidi minyak saban
hari.

Kerajaan perlu lebih telus dalam mendidik rakyat tentang implikasi
keseluruhan kenaikan minyak kepada pendapatan negara dan bukan hanya
bercerita tentang beban subsidi yang ditanggung semata-mata. Kegagalan
kerajaan untuk memberi penerangan menyeluruh ini akan membuatkan rakyat
hilang kepercayaan kepada apa saja yang diterangkan oleh kerajaan dan
membuatkan rakyat semakin gelisah tentang kenaikan kos kehidupan
seharian.  
    
 

FW: kawal harga minyak (ada berani ka) [IND]
Idea yang sangat menarik?adakah ianya berkesan?
Nampaknya menjelang tahun depan harga petrol akan menghampiri Rm2.00
Mahu supaya harga petrol turun?

Kita perlukan satu tindakan bijak dan bersepadu. Philip Hollsworth
menawarkan idea bagus ini. Ianya LEBIH BERKESAN berbanding kempen
"jangan
beli petrol pada hari tertentu" yang dilakukan pada April atau Mei
lalu.
Syarikat minyak hanya akan mentertawakan sebab mereka tahu dengan
tidak
membeli petrol, kita akan menyusahkan diri sendiri. Ia lebih
menyusahkan
pengguna sendiri berbanding penjual.

Tapi, tak kiralah dari siapa idea ini yang mencadangkan pelan yang
benar-benar berkesan. Sila teruskan baca dan ambillah bahagian dalam
rancangan ini.

Sekarang syarikat minyak dan negara OPEC memberitahu harga seliter
petrol
adalah semurah 89 hingga 95 sen sahaja, kita perlukan tindakan agresif
untuk 'mengajar' mereka bahawa PEMBELI yang mengawal harga, bukan
penjual.  Dengan harga petrol yang begitu kerap naik, kita pengguna
perlu
bertindak.  Satu cara untuk menurunkan harga petrol ialah dengan
memberikan tamparan kepada seseorang dalam industri tersebut iaitu
dengan
tidak membeli petrol darinya, dan ini dapat kita lakukan tanpa
menyusahkan
diri kita sendiri.
Ideanya begini :

Untuk sepanjang tahun ini, JANGAN beli sebarang petrol dari TIGA
SYARIKAT
MINYAK BESAR (iaitu ESSO/MOBIL, SHELL dan PROJET). Jika mereka tidak
dapat menjual petrol, mereka akan mula menurunkan harga.


Jika mereka berbuat demikian yang lain akan turut serta. Tetapi, untuk
kaedah ini memberi kesan, kita kena memberitahu berjuta pembeli
ESSO/MOBIL, SHELL dan PROJET.

Ia sangat mudah dilakukan. Saya akan terangkan bagaimana. Saya
menghantar
mesej ini kepada ramai orang.

Jika setiap kita menghantar kepada sekurang2nya 10 orang atau lebih
(30
x
10 = 300)?  Dan 300 orang ini hantar kepada sekurang2nya 10 orang atau
lebih (300 x 10 = 3,000)? dan seterusnya.

Sebaik mesej ini sampai kepada generasi penerima yang ke 6, ia
sebenarnya
telah disebarkan kepada lebih TIGA JUTA pengguna petrol.

Sekali lagi, apa yang perlu anda lakukan ialah : 1) Menghantar mesej
ini
kepada 10 orang atau lebih, itu saja. 2) Jangan beli petrol dari
ESSO/MOBIL, SHELL dan PROJET. Berapa lama ia akan berlaku? Jika setiap
kita menghantar email kepada 10 orang dalam satu hari, semua 3 JUTA
orang
akan dapat dihubungi dalam masa 8 hari sahaja. Saya cabar anda, jangan
sangka anda tiada kuasa, bertindak secara bersama, ia  akan membuahkan
hasil.

Jika anda terima saranan ini, sila sebarkan email ini. TOLONG KEKALKAN
KOMITMEN ANDA SEHINGGA MEREKA TURUNKAN HARGA DALAM LINGKUNGAN 80 SEN
SELITER.

>>> nadzery rizal  02/09/2005 17:33:31 >>>

Note: forwarded message attached.

Send instant messages to your online friends
http://uk.messenger.yahoo.com 

DISCLAIMER:

This e-mail (including any attachments) may contain confidential information. 
If you are not the intended recipient, you are hereby notified that any review, 
distribution, printing, copying or use of this e-mail is strictly prohibited. 
If you have received this e-mail in error, please notify the sender or Bursa 
Malaysia immediately and delete the original message. Opinions, conclusions and 
other information in this e-mail that do not relate to the official business of 
Bursa Malaysia and/or its group of companies ("Bursa Malaysia Group") shall be 
understood as neither given nor endorsed by Bursa Malaysia Group and Bursa 
Malaysia Group accepts no responsibility for the same. All liability arising 
from or in connection with computer viruses and/or corrupted e-mails is 
excluded to the fullest extent permitted by law.




------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page
http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest".  
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke