Assalamualaikum warahmatullah...
1st, minyak memang mengalir. Minyak akan terus mengalir menembusi batuan
poros hinggalah ke batuan yang tak dapat ditembusi lalu membentuk reservoir
di situ. So istilah mengalir tak salah dan istilah bertakung juga betul. Ni
base kepada apa yang saya belajar di UTM dulu la. Tak tau la kalau dorang
dah tukar teori lak sekarang. Dan lagi, gempa bumi yang kuat mungkin mampu
mengubah permukaan bentuk reservoir dan minyak tadi mungkin mengalir ke
tempat lain atau minyak dari reservoir lain mengalir ke reservoir tadi.
Jadik, selepas satu2 gempa bumi, kemungkin sesebuah reservoir akan menjadi
semakin besar atau semakin kecil. Kesimpulannya, minyak tetap mengalir (kan
bendalir) sebelum ia bertakung...
2nd, negara kita memang negara pengimport minyak tapi dalam masa yang sama
pengeksport. Jumlah minyak yang kita produce terlalu sedikit hinggakan
untuk penggunaan domestik pun tak cukup. Akan tetapi, minyak kita (Tapis
Blend) adalah yang terbaik di dunia dan harganya lebih USD1 per barrel dari
minyak2 negara lain. So mengeksport minyak kita kemudian membeli minyak
murah dilihat sebagai lebih praktikal dan lebih menguntungkan. Bayangkan,
jika satu hari production di offshore pantai timur kita hasilkan 400k
barrel minyak, bermakna kita telah untung USD400k. Dengan duit itu kita
mampu beli minyak murah (masam) dan proses untuk dijadikan sweet crude.
3rd, Petronas bukan sebuah syarikat milik pemimpin kerajaan sebaliknya
milik rakyat. Adakah anda akan buka sebuah syarikat beri keuntungan hanya
kepada pekerja anda sedangkan anda terus2an mengeluarkan modal? Tentu
sekali tidak! Petronas adalah syarikat milik kita semua. Pemimpin adalah
perkerja yang kita lantik untuk menguruskan Petronas. Jadi adalah wajar
keuntungan itu kita perolehi. Tak perlulah beri minyak percuma sebaliknya
memadai jika keuntungan Petronas dijadikan subsidi untuk rakyat. Jika anda
tanya mengapa perlu subsidi, sekali lagi saya akan tanya anda. Mengapa nak
tubuhkan syarikat yang tak mampu berikan keuntungan? Ingat! Gaji pemimpin
kita yang bayar. Bukan mereka bayar gaji kita!
4th, anda bandingkan harga minyak kita dengan negara luar. Kenapa anda tak
bandingkan harga barangan lain? Cuba bandingkan harga kereta di vietnam
yang tiada kereta buatan sendiri (walaupun sekadar ciplak macam...). Cuba
tanya Thailand berapa harga roadtax dia. Kalau adalah. Cuba la anya benda2
lain. Kenapa Indonesian boleh survive di Malaysia dan masih boleh kirimkan
duit ke kampung walaupun gaji mereka di sini kecil pada kita? Kerana jika
mereka kirimkan RM100 ke kampung pun, keluarga mereka di kampung sudah
cukup. So, berpadanankah dengan kita yang RM100 tu buat makan seminggu
untuk keluarga bersaiz kecil TANPA TERMASUK KOS MINYAK KENDERAAN? Ada akal,
jawab sendiri.
5th, kerajaan takkan jatuh muflis kalau setakat bagi subsidi. Sebab bila
harga minyak naik, petronas akan terus untung. Minyak kita mungkin bertahan
untuk 20 tahun KALAU TIADA RESERVOIR BARU YANG PRODUCTIVE DITEMUI. Tapi
cuba baca paper. Petronas dah nak masuk deepsea exploration. Dijangkakan
reservoir dalam deepsea yang belum terusik mampu membekalkan minyak UNTUK
SELURUH DUNIA SELAMA BEBERAPA KURUN LAGI. Bodohlah Petronas kalau dah ada
peluang camni tapi taknak rebut. Kan? Sekali lagi, Petronas tu hak rakyat.
Bukan pemimpin kerajaan. Jadik Petronas mesti terus melabur dan
keuntungannya meti terus diagihkan kepada rakyat. Kerajaan boleh bangkrap
ke? Ni keuntungan Petronas masuk kocek... Mane nak cukup???
Anda menulis berdasarkan apa yang ahli politik yang memang pakar berbohong
tu cakap. Macam si Apdal tu kate ade penyangak diesel. Tapi bila suruh
tunjuk bukti tak mampu. Tuh kan penipu? Dah tau penipu buat pe nak ikut
fakta dia? Nak jadik penipu gak? Masalah sekarang ialah kepimpinan yang
tidak telus. Kalau kepimpinan telus, keuntungan negara dibahagi secara sama
rata, insyaAllah negara takkan muflis. Malah, berkat pemimpin yang adil,
Allah mungkin menghadiahkan lebih sumber. Siapa tahu? Takut berdasarkan
kajian sedangkan yang menentukan hanya Allah. Kalau percaya kepada Allah,
ape nak takut? Janji adil. Tapi tak percaya kepada Hari Kebangkitan. Sebab
tu la... Dorang lupa akan menghadap Yang Maha Mengetahui nanti...
Tak perlu merdekakan diri dari subsidi. SUBSIDI TU HAK RAKYAT & WILL ALWAYS
BE! YANG PENTING KITA MESTI MERDEKAKAN DIRI DARI PEMIMPIN YANG TAK TELUS
DAN ASYIK MEMENUHKAN TEMBOLOK KRONI DAN DIRI SENDIRI NI. Bersempena
Ramadhan ini, saya harap anda dapat muhasabah kerajaan kita ini. JANGAN
TANYA APA YANG KITA DAH BUAT UTK KERAJAAN, SEBALIKNYA TANYALAH APA KERAJAAN
DAH BUAT UNTUK KITA KERANA KITA YANG LANTIK KERAJAAN DAN MEREKA BEKERJA UTK
KITA. Bukan sebaliknya. Ada Paham? Sempena Ramadhan ini juga, saya pohon
ampun dan mahap kalau ade terkasar bahasa (memang ade pun)...
Sekian,
-Abu Naqibah-
"asetip"@hoespc12.na.
xom.com To:
<[email protected]>
Sent by: cc:
[EMAIL PROTECTED]
s.com
Subject: RE: RE: Re:
Bismillah [hidayahnet] Fwd: kawal harga minyak
09/29/2005 03:14 PM
Please respond to
hidayahnet
Memanglah minyak diperut bumi ada takungan minyak (geologi tak pula kata
mengalir), tapi takungan minyak ini tidak akan ada selama-lamanya. Lama
kelamaan akan habis. Pakar pun dah meramal ianya semakin berkurangan. Dalam
masa 10 - 15 tahun lagi apabila pengeluaran dah berkurangan dan penggunaan
minyak domestik meninhkat dan tidak terkawal, negara kita yang selama ini
menjadi "net oil exporter" akan jadi "net oil importer". Malaysia akan jadi
nagera pengimport minyak sama macam negara-negara lain sekarang.
Buat masa ini kerajaan telah sekian lama mensubsidi sebahagian harga minyak
domestik. Subsidi ini datang dari hasil petroleum negara kita
sendiri-Petronas! Sebab itu lah selama ini kita menikmati harga minyak yang
murah dan stabil berbanding negara-negara asean termasuk negara-negara yg
mempunyai GDP yang lebih rendah dari kita, spt Vietnam, Thailand, Myanmar,
Indonesia, Laos, etc.
Tapi berapa lama kerajaan boleh memberi subsidi minyak? Suka atau tidak,
suatu hari nanti kerajaan terpaksa manghapuskan subsisdi ini apabila tiba
masanya Malaysia jadi negara pengimport minyak. Kalau tidak kerajaan akan
jatuh muflis (pada masa itu jumlah subsidi dijangka mencecah RM20-25
Billion setahun). Pilihan yg ada ialah hapuskan subsidi secara gradually
mulai sekarang atau hapuskan sama sekali bila tiba masanya. Kerajaan tidak
bertindak kejam. Pendekatan secara gradually adalah pilihan terbaik
berbanding sertamerta.
So, jangan lah kita dok leka ingat kita ni kaya minyak selama-lama. Kita
kena amalkan kecekapan tenaga dan kreatif dlm menghadapi krisis tenaga ini.
Kita kena berusaha lebih gigih dalam memaju dan memerdekakan kita dari
subsidi.
Semoga kita bersikap positif dalam hal ini.
asetip
-----Original Message-----
From: Wan Zahari Wan M Salleh M Salleh
Sent: 2005-09-25T04:08:03.000Z
To: [email protected]
Cc:
Subject: RE: Re: Bismillah [hidayahnet] Fwd: kawal harga minyak
assalamualaikum....
berkenaan dgn minyak tu yg sya tak faham... kenape minyak d m'sia naik
sedangkan bumi kita yg tercinta ini mengalir dibawahnya minyak...? kenape?
kenape? kenape? benakah pepatah melayu mengatakan " BERUK DI HUTAN
DISUSUKAN, ANAK DIRUMAH MATI KELAPARAN"
>From: NOR AZLAN NORDIN Reply-To: [email protected]
>To: [email protected]
>Subject: RE: Re: Bismillah [hidayahnet] Fwd: kawal harga minyak
>Date: Mon, 19 Sep 2005 14:22:51 +0100 (BST)
>
>Cara mengurangkan harga minyak ialah naikkan nila duit kita dan kadar
>inflasi akan turun.
>
>Harga Minyak USD 70.00 X 3.71=RM259 per barrel
>Kalau tukaran duit USD1.00=2.50
>Harga Minyak USD 70x 2.50= RM175 per barrel.
>Harga minyak akan turun 30 % akan dapat kurangkan subsidi kerajaan
>
>[EMAIL PROTECTED] wrote:
>Saya bersetuju dengan jawapan tersebut.
>
>Masalah minyak ni adalah masalah global dan bukannya domestik.
>
>Walau apa pun, kita sebagai pengguna perlu kreatif dalam menangani masalah
>ni. Sedikit sebanyak walaupun tidak 100%, ianya akan mengurangkan beban.
>
>Tidak kira samada harga minyak (atau elektrik) disubsidi/murah atau tidak,
>pengguna seharusnya mengamalkan amalan kecekapan tenaga (or energy
>management) dalam kehidupan seharian. Then, dlm masa yang sama meneroka
>potensi renewable energy (biofuel, biomass , etc).
>
>Sikap dan amalan pengguna dalam kehidupan seharian perlu diubah dalam
>menangani masalah ini.
>
>
>
>
>
>-----Original Message-----
>From: Abd Mutalib Ibrahim
>Sent: 2005-09-07T07:19:44.000Z
>To: [email protected]
>Cc:
>Subject: Re: Bismillah [hidayahnet] Fwd: kawal harga minyak
>Nak turunkan harga minyak dari RM1.62 seliter kepada RM0.80 seliter
>adalah perkara yang diluar jangkauan. Pertamanya, trend sekarang ialah
>harga minyak semakin naik. Jika mahukan minyak turun kepada paras RM0.80
>seliter kerajaan perlu melipatgandakan subsidi minyak sehingga
>belanjawan kerajaan mungkin sebahagian besarnya diuntukkan kepada
>subsidi minyak ini. Peruntukkan untuk pembangunan seperti pembinaan
>infrastruktur sekolah, jalanraya, bangunan kerajaan dan lain prasarana
>perlu dikurangkan untuk digunakan sebagai subsidi minyak kepada rakyat.
>
>
>Dalam pada itu, perbezaan harga minyak dengan negara jiran akan menjadi
>terlalu besar sehinggakan kegiatan arbitrage seperti penyeludupan petrol
>dan diesel akan terjadi secara berleluasa kerana keuntungan yang akan
>dibuat adalah terlalu besar dan ini membolehkan penyeludup memberi
>imbuhan yang lebih kepada pegawai penguatkuasa untuk mengelakkan
>tangkapan. Peyeludup dadah mungkin akan menukar komoditi mereka daripada
>dadah heroin, candu, etc kepada menyeludup minyak kerana risiko
>penguatkuasaan undang-undang yang lebih rendah tetapi boleh membawa
>pendapatan yang lumayan.
>
>Pekilang-pekilang untuk barangan eksport keluar negera menjadi lebih
>kompetitif bukan kerana pengeluaran lebih efisyen tetapi kerana subsidi
>minyak yang diberi. Mata rakyat akan dikaburkan kerana harga minyak yang
>rendah tetapi boleh membawa kesan yang buruk pada ekonomi negara dimasa
>akan datang. Rakyat juga perlu ingat bahawa harga minyak dipasaran
>adalah diluar kawalan kerajaan Malaysia.
>
>Adalah lebih baik jika rakyat menggunakan minyak secara efisyen seperti
>menggunakan kenderaan yang rendah kapasitinya seperti Perodua Kancil
>daripada 4WD yang berkapasiti 3.0 liter. Juga rakyat perlu merancang
>setiap perjalanan supaya penggunaan minyak peribadi kurang daripada
>sepatutnya.
>
>Dewasa ini ramai pengguna membeli kenderaan yang berkapasiti besar
>iaitu 1.8 liter keatas hanya kerana harga kenderaan yang rendah secara
>relatif dan kerana skim bayaran balik yang rendah kerana faedah yang
>rendah dan masa bayaran yang lebih panjang. Pembeli kenderaan membeli
>kenderaan kerana punya kemampuan untuk memiliki kenderaan yang
>berprestasi tinggi ini dan bukannya kerana keperluan. Apa gunanya
>membeli kenderaan yang berkapasiti besar hanya untuk pergi kerja atau
>kepasar atau untuk berjalan-jalan?
>
>Di Malaysia ini tindakkan kolektif pengguna untuk menghukum peniaga
>tidak pernah ujud dan tidak mungkin berkesan jika digunakan terhadap
>syarikat minyak yang ini kerana mereka punya dayatahan yang lebih tinggi
>daripada pengguna diMalaysia ini. Manakala pengguna barangan konsumer
>diMalaysia ini hanya mengharapkan campurtangan kerajaan semata-mata
>untuk melindungi mereka. Individu seperti Ralph Nader di Amerika
>Syarikat tidak pernah ujud di Malaysia. Yang ada hanya beberapa kerat
>persatuan pengguna seperti CAP yang kekuatannya datang dari sokongan
>ahlinya dan bukan dari penguna barangan konsumer secara keseluruhan.
>
>Dalam pada itu kerajaan juga perlu memberi penerangan kepada rakyat
>tentang tambahan hasil negara yang diperolehi dengan kenaikan harga
>minyak dan bukan hanya menyogok cerita tentang subsidi minyak saban
>hari.
>
>Kerajaan perlu lebih telus dalam mendidik rakyat tentang implikasi
>keseluruhan kenaikan minyak kepada pendapatan negara dan bukan hanya
>bercerita tentang beban subsidi yang ditanggung semata-mata. Kegagalan
>kerajaan untuk memberi penerangan menyeluruh ini akan membuatkan rakyat
>hilang kepercayaan kepada apa saja yang diterangkan oleh kerajaan dan
>membuatkan rakyat semakin gelisah tentang kenaikan kos kehidupan
>seharian.
>
>
>
>FW: kawal harga minyak (ada berani ka) [IND]
>Idea yang sangat menarik?adakah ianya berkesan?
>Nampaknya menjelang tahun depan harga petrol akan menghampiri Rm2.00
>Mahu supaya harga petrol turun?
>
>Kita perlukan satu tindakan bijak dan bersepadu. Philip Hollsworth
>menawarkan idea bagus ini. Ianya LEBIH BERKESAN berbanding kempen
>"jangan
>beli petrol pada hari tertentu" yang dilakukan pada April atau Mei
>lalu.
>Syarikat minyak hanya akan mentertawakan sebab mereka tahu dengan
>tidak
>membeli petrol, kita akan menyusahkan diri sendiri. Ia lebih
>menyusahkan
>pengguna sendiri berbanding penjual.
>
>Tapi, tak kiralah dari siapa idea ini yang mencadangkan pelan yang
>benar-benar berkesan. Sila teruskan baca dan ambillah bahagian dalam
>rancangan ini.
>
>Sekarang syarikat minyak dan negara OPEC memberitahu harga seliter
>petrol
>adalah semurah 89 hingga 95 sen sahaja, kita perlukan tindakan agresif
>untuk 'mengajar' mereka bahawa PEMBELI yang mengawal harga, bukan
>penjual. Dengan harga petrol yang begitu kerap naik, kita pengguna
>perlu
>bertindak. Satu cara untuk menurunkan harga petrol ialah dengan
>memberikan tamparan kepada seseorang dalam industri tersebut iaitu
>dengan
>tidak membeli petrol darinya, dan ini dapat kita lakukan tanpa
>menyusahkan
>diri kita sendiri.
>Ideanya begini :
>
>Untuk sepanjang tahun ini, JANGAN beli sebarang petrol dari TIGA
>SYARIKAT
>MINYAK BESAR (iaitu ESSO/MOBIL, SHELL dan PROJET). Jika mereka tidak
>dapat menjual petrol, mereka akan mula menurunkan harga.
>
>
>Jika mereka berbuat demikian yang lain akan turut serta. Tetapi, untuk
>kaedah ini memberi kesan, kita kena memberitahu berjuta pembeli
>ESSO/MOBIL, SHELL dan PROJET.
>
>Ia sangat mudah dilakukan. Saya akan terangkan bagaimana. Saya
>menghantar
>mesej ini kepada ramai orang.
>
>Jika setiap kita menghantar kepada sekurang2nya 10 orang atau lebih
>(30
>x
>10 = 300)? Dan 300 orang ini hantar kepada sekurang2nya 10 orang atau
>lebih (300 x 10 = 3,000)? dan seterusnya.
>
>Sebaik mesej ini sampai kepada generasi penerima yang ke 6, ia
>sebenarnya
>telah disebarkan kepada lebih TIGA JUTA pengguna petrol.
>
>Sekali lagi, apa yang perlu anda lakukan ialah : 1) Menghantar mesej
>ini
>kepada 10 orang atau lebih, itu saja. 2) Jangan beli petrol dari
>ESSO/MOBIL, SHELL dan PROJET. Berapa lama ia akan berlaku? Jika setiap
>kita menghantar email kepada 10 orang dalam satu hari, semua 3 JUTA
>orang
>akan dapat dihubungi dalam masa 8 hari sahaja. Saya cabar anda, jangan
>sangka anda tiada kuasa, bertindak secara bersama, ia akan membuahkan
>hasil.
>
>Jika anda terima saranan ini, sila sebarkan email ini. TOLONG KEKALKAN
>KOMITMEN ANDA SEHINGGA MEREKA TURUNKAN HARGA DALAM LINGKUNGAN 80 SEN
>SELITER.
>
> >>> nadzery rizal 02/09/2005 17:33:31 >>>
>
>Note: forwarded message attached.
>
>Send instant messages to your online friends
>http://uk.messenger.yahoo.com
>
>DISCLAIMER:
>
>This e-mail (including any attachments) may contain confidential
>information. If you are not the intended recipient, you are hereby
notified
>that any review, distribution, printing, copying or use of this e-mail is
>strictly prohibited. If you have received this e-mail in error, please
>notify the sender or Bursa Malaysia immediately and delete the original
>message. Opinions, conclusions and other information in this e-mail that
do
>not relate to the official business of Bursa Malaysia and/or its group of
>companies ("Bursa Malaysia Group") shall be understood as neither given
nor
>endorsed by Bursa Malaysia Group and Bursa Malaysia Group accepts no
>responsibility for the same. All liability arising from or in connection
>with computer viruses and/or corrupted e-mails is excluded to the fullest
>extent permitted by law.
>
>
>
>
>
>--------------------------------------------------------------------------
>
>All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not
>in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or
>approved otherwise.
>
>If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a
>daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to
>change your mail delivery settings or email the moderators at
>[EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
>
>
>
> _____
>
>YAHOO! GROUPS LINKS
>
>
> * Visit your group "hidayahnet
>{http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet> " on the web.
>
>* To unsubscribe from this group, send an email to:
> [EMAIL PROTECTED]
>{mailto:[EMAIL PROTECTED]>
>
>* Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of
>Service {http://docs.yahoo.com/info/terms/> .
>
>
> _____
>
>
>
>
>--------------------------------------------------------------------------
>
>All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not
>in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or
>approved otherwise.
>
>If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a
>daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to
>change your mail delivery settings or email the moderators at
>[EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
>
>
>
>SPONSORED LINKS
>Islam video Islam book Islam matrimonial Islam and the west Islam koran
>Islam
>
>---------------------------------
>YAHOO! GROUPS LINKS
>
>
> Visit your group "hidayahnet" on the web.
>
> To unsubscribe from this group, send an email to:
> [EMAIL PROTECTED]
>
> Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
>
>
>---------------------------------
>
>
>
>Send instant messages to your online friends http://uk.messenger.yahoo.com
_________________________________________________________________
Get an advanced look at the new version of MSN Messenger.
http://messenger.msn.com.my/Beta/Default.aspx
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not
in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or
approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a
daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to
change your mail delivery settings or email the moderators at
[EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
SPONSORED LINKS
Islam video
{http://groups.yahoo.com/gads?t=msandk=Islam+videoandw1=Islam+videoandw2=Islam+bookandw3=Islam+matrimonialandw4=Islam+and+the+westandw5=Islam+koranandw6=Islamandc=6ands=108and.sig=rk8wTk-qXO-esWCZgnTAsw>
Islam book
{http://groups.yahoo.com/gads?t=msandk=Islam+bookandw1=Islam+videoandw2=Islam+bookandw3=Islam+matrimonialandw4=Islam+and+the+westandw5=Islam+koranandw6=Islamandc=6ands=108and.sig=S5_MY4Tb0Glb2WwFUsUjjg>
Islam matrimonial
{http://groups.yahoo.com/gads?t=msandk=Islam+matrimonialandw1=Islam+videoandw2=Islam+bookandw3=Islam+matrimonialandw4=Islam+and+the+westandw5=Islam+koranandw6=Islamandc=6ands=108and.sig=eVXb15dLDXLvt7djX17R1g>
Islam and the west
{http://groups.yahoo.com/gads?t=msandk=Islam+and+the+westandw1=Islam+videoandw2=Islam+bookandw3=Islam+matrimonialandw4=Islam+and+the+westandw5=Islam+koranandw6=Islamandc=6ands=108and.sig=oEyOBAgZkIUz899FqjoeKA>
Islam koran
{http://groups.yahoo.com/gads?t=msandk=Islam+koranandw1=Islam+videoandw2=Islam+bookandw3=Islam+matrimonialandw4=Islam+and+the+westandw5=Islam+koranandw6=Islamandc=6ands=108and.sig=E1K7T7lo9I1K4eLLoHwbmw>
Islam
{http://groups.yahoo.com/gads?t=msandk=Islamandw1=Islam+videoandw2=Islam+bookandw3=Islam+matrimonialandw4=Islam+and+the+westandw5=Islam+koranandw6=Islamandc=6ands=108and.sig=422Zd_BdEky7OSTULB60Og>
_____
YAHOO! GROUPS LINKS
* Visit your group "hidayahnet
{http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet> " on the web.
* To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
{mailto:[EMAIL PROTECTED]>
* Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of
Service {http://docs.yahoo.com/info/terms/> .
_____
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not
in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or
approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a
daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to
change your mail delivery settings or email the moderators at
[EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
Yahoo! Groups Links
------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~-->
Click here to rescue a little child from a life of poverty.
http://us.click.yahoo.com/rAWabB/gYnLAA/i1hLAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~->
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved
otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the
title "change to daily digest".
Yahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/