maaf kalau mencelah tapi pendapat marzuki adalah benar.
Bagaimana kita boleh kata mereka (AF) mencari rezeki yang halal
sedangkan mereka berada di platform yang salah. Kalau haram bercampur
dengan halal jawapannya tetap haram. memang betul setiap amalan itu
bergantung pada niat tapi adakah mereka ini tidak tahu bahawa apa yang
mereka sokong adalah sesuatu yang yang haram maka apa akan jadi dengan
niat itu..?? menyokong sesuatu yang haram ??? mereka semua ini adalah
peminat fanatik walaupun tahu hukum agama tapi cuba menghalalkan
sesuatu yang haram. haram tetap haram bukan masalah ct atau yang lain
dengan cuba mengalih alasan tersebut kepada yang lain. Agak ketara bila
cuba mengalih pandangan tersebut pada artis lain yang telah ada nama.
Kenapa ?? kalau ct nyanyi tu kira halal lah??? sape kata ct nyanyi tu
halal??? tapi kalau dah peminat fanatik apa yang salah mereka akan
tetap kata betul dan cuba betulkan walaupun tahu itu salah. Mereka ini
berfikiran cetek melenting apabila cuba mengatakan salah kepada idola
kesayangan mereka. Mereka lebih sayang idola mereka daripada agama
mereka. Kalau mawi masuk kedalam api sekali pun mereka akan cuba sokong
dan menemaninya bukan menegur atau membetulkan supaya tidak terjerumus
kedalam api. itulah Melayu Baru sekarang.. Melayu Baru yang tak tahu
kearah mana nak dituju. Melayu Baru yang tidak tahu menggunakan akal
fikiran hanya tahu mengikut dibelakang dan mengikut hawa nafsu. Melayu
Baru yang hilang adat budayanya. Menyokong mereka yang merosakan Bangsa
Melayu sendiri... adalah lebih baik menghabiskan masa mendengar ceramah
agama dengan menambah ilmu didada daripada mendengar mawi menyanyi
hingga berjam lamanya. Cuba tanya pengikut ayah Pin atau Rasul Melayu
(haji Kahar) adakah mereka itu sesat??? Mati-mati mereka kata betul.
kalau sembelih pun mereka kata mereka tak sesat. Begitulah fanatiknya
peminat dizaman ini. tak salah kalau minat seseorang tapi jangan sampai
terlalu fanatik dan memutar belitkan hukum agama atau dalam kata lain
menjual agamanya untuk kepentingan sendiri. Kadang pelik juga menusia
nie, hukum yang asas punmereka tak boleh nak pertahankan. itu cuma
sebagai contoh sahaja. Jadi janganlah melenting bila kita kritik
seseorang itu bukan tujuan untuk merosakan tapi cuba memperbetulkan.
zamira wrote :
"Innamala'mallubinniyyat...Tujuan Mawi mencari rezeki utk ibu bapa
>dan keluarganya, dan tujuan nya mencari pembaharuan dlm berkarya
untuk
>mencari sesuap nasi, dan dlm waktu yg sama menyalurkan mesej Islam
dan
>kebenaran kepada peminat2nya,"
Niat yg baik tidak
semestinya menghalalkan cara...amal Islam tak leh diukur dgn niat
semata2. islam kan ada syari'at, hukum halal dan haram. Kalau niat baik
pun amalan, tapi kalau caranya salah, bertentangan ngan syara', tetap
akan tertolak. Baca hadis2 dalam bab ikhlas dari kitab Riadhus solihiin
& mastika hadis. Satu kaedah usul fiqh menyebut ; al ghaayatu la
tubarrirul wasiilah (matlamat tak menghalalkan cara). Nak kena refer
ulama'2 gak adakah hasil pendapatan dari sumber seperti aktiviti dlm AF
tu "syari'e" untuk digunakan sebagai rezeki yg halal??. Kerana fahaman
kira niat saja ni lah maka ramai remaja islam sekrg, bila kita tegur
mrk ada yg jawab : "Niat kami baik pakcik....!" wallahua'lam.
zamira wrote :
"agaknya awak rasa awak dah terlalu berjaya sbg belia, sebab itu
>awak memandang hina dan amat rendah sehingga melabelkan Mawi belia
yg
>gagal...jadilah seorang Melayu Baru yg menyokong sesama sendiri, dan
>membetulkan jika ada salah, bukan berhasad dengki seperti
>ini."
Saya rasa feed back
ni agak keterlaluan. Damai hanya mengemukakan pandangan nya sahaja,
mungkin benar dan mungkin salah. Tak timbul soal hasad dengki atau
sebagainya. Tak ada bahasa atau istilah yg kasar atau tak sopan dalam
tulisan damai. Tapi zamira sendiri tulis: "membetulkan jika ada yg
salah", nah...ini satu jalan yg dipilih oleh damai utk membetulkan
keadaan yg dipandang salah olehnya. Teguran ini bukan khusus kpd mawi,
tetapi juga kpd peminat2 mawi. nak terima atau tidak, tepuk dada
tanyalah iman. Kalau tak nak terima pun, silalah berdiskusi dengan
fikiran terbuka dan penuh adab sopan sebgai org Islam.
carls wrote :
Tulisan "damai" yang tak cerdik.. mengata mawi belia yang gagal. tapi
pandangan awak betul2 blur, dalam mengata mawi belia gagal, anda kata
pula
mungkin mawi boleh bawa kebaikan pada belia...
Ini salah
faham atau tak baca betul2. Damai tulis : daripada
seorang pemuda
>lulusan tahfiz, pandai berzanji, azan, bertukar menjadi 'idola' dlm
bidang
>yg penuh ngan dosa kalau cepat melatah... tapi boleh jadi juga
dia ni
>pandai menggunakan platform itu utk mengajak peminatnya ke arah
kebaikan...
> mcm rabbani, raihan, dan kumpulan nasyid yg lain... kita
doakan saja
>lah..." Pd pandangan damai,
mawi adalah seorang yg gagal dlm mencari jln hidup, dari peribadi seorg
muslim yg baik berpindah kedunia 'artis' yg penuh dgn dosa kalau
cepat melatah. Tapi (tulis damai) mawi mungkin boleh
selamat jika dia pandai gunakan platform seni itu untuk ajak peminatnya
kearah kebaikan...tak ada yg blurnya kan?? Dan damai lebih
'open'...sebab walau pun dia secara peribadi amat tidak setuju dgn
mawi, tapi dlm masa yg sama masih mendoakan semoga mawi akan berjaya
menggunakan platform seni itu untuk berdakwah...agak2 kita yang sokong
mawi ni pernah tak doakan agar mawi selamat dari fitnah dunia seni yang
amat dahsyat tu???
"Bandingkan
awak sapa dan Nik Aziz sapa, ilmu awak setakat mana aje ...."
Yg benar
hanyalah Firman Allah & Sabda Rasulullah saw, ada pun kata2 dan
pendapat ulama', ada kalanya boleh diterima dan adakalanya boleh
ditinggalkan. Jgn pulak cap saya ni juak2 islam hadhari lak,
insyaAllah, saya sejak dulu, kini dan selamanya insyaAllah bersama
Parti Islam...
Kenapa awak
takkata apa-apa bila peminat fanatik kepada CT Nur...
Rasanya tak
relevan kita nak citer pasal CT...dah terang lagi bersuluh. Yg
dibincangkan sekrg ni soal mawi, idola remaja yg baru. Yg cuba
menampilkan diri dgn imej Islam. Kita bimbang kalau imej islamnya itu
diperalatkan oleh golongan2 tertentu untuk menghanyutkan lebih ramai
remaja Islam dalam budaya hiburan yang melampau...
Pandangan
peribadi saya : Kalau pun tujuan mawi utk berdakwah, sesungguhnya dia
telah tersalah pilih jalan. Tapi masih ada ruang untuk dia merubah
haluannya dan menggunakan platform seni untuk kebaikan. Lain2 rasanya
saya nak 'tunggu dan lihat' sambil berdoa semoga Allah menyelamatkan
kita semua dan memberi pertunjuk kjpd kita semua, sehingga kita kenal
yg mana permata dan yg mana kaca..."
wallahu
a'lam...minta maaf kalau tulisan saya ni menyinggung perasaan sahabat2,
terutama zamira & carls...kita bincang2 je ni, bukan nak
gaduh..senyum selalu.
wassalam.
-----Original Message-----
From: [email protected] [mailto:[email protected]]On
Behalf Of carl s
Sent: Tuesday, August 30, 2005 1:10 AM
To: [email protected]
Subject: RE: Bismillah [hidayahnet] Re: - Mawi....
Tulisan "damai" yang tak cerdik.. mengata mawi belia yang gagal. tapi
pandangan awak betul2 blur, dalam mengata mawi belia gagal, anda kata
pula
mungkin mawi boleh bawa kebaikan pada belia...
saya tak da masa nak taip panjang2, tapi fikirkanlah kenapa orang
seperti
Tok Guru Nik Aziz pun jatuh hati pada mawi dan menjemput mawi berhibur
secara dibenarkan mengikut islam di Kelantan... dan katanya mawi adalah
yang
dicari2nya selama ini....
Bandingkan awak sapa dan Nik Aziz sapa, ilmu awak setakat mana aje ....
saya SOKONG MAWI... Walau bagmanapun dia lelaki, aurat dari pusat
hingga ke
lutut tapi pakai baju menutup lebih dari yang patut.... Kenapa awak tak
kata apa-apa bila peminat fanatik kepada CT Nur (saya nak taip nama dia
pun
malas, sebab menyampah dengan budak ni...)
Dah lah tak menutup aurat, pakai rambut palsu, solekan tebal, pakai baju
ketat, suara dilunakkan supaya orang terpikat, sedangkan niat begitu
adalah
berdosa dan sesiapa yang mendengar alunan suara penyaNyi perempuan yang
sengaja dilunakkan /lembutkan suara hingga terleka akhirat nanti akan
dituang timah cair di telinganya....
cakap sahajalah anda cemburu dengan mawi ... SIKAP ORANG MELAYU!!!!
>From: zamira yasmin Reply-To: [email protected]
>To: [email protected]
>Subject: Bismillah [hidayahnet] Re: - Mawi....
>Date: Wed, 24 Aug 2005 01:46:01 +0100 (BST)
>
>saya rasa pendapat awak ni salah. Awak menghukum sbl kita tau
seorang itu
>bersalah atau tidak. Dah sah2 awak nampak apa yg cuba Mawi lakukan,
>mengajak belia kearah yg lebih baik. Belum lg terbukti yg dia
terjerumus
>kelembah hina, awak dah kata dia gagal...?Saya ingat awak x payah
minta
>maaf kat sini, awak cari la Mawi dan minta maaf kat
>dia....Innamala'mallubinniyyat...Tujuan Mawi mencari rezeki utk ibu
bapa
>dan keluarganya, dan tujuan nya mencari pembaharuan dlm berkarya
untuk
>mencari sesuap nasi, dan dlm waktu yg sama menyalurkan mesej Islam
dan
>kebenaran kepada peminat2nya, tapi pandangan awak terlalu
>sempit......agaknya awak rasa awak dah terlalu berjaya sbg belia,
sebab itu
>awak memandang hina dan amat rendah sehingga melabelkan Mawi belia
yg
>gagal...jadilah seorang Melayu Baru yg menyokong sesama sendiri, dan
>membetulkan jika ada salah, bukan berhasad dengki seperti
>ini...sekian...yang baik itu datangnya dari Allah SWT, dan yg buruk
itu
>saya akui diatas kelemahan saya
> sendiri....wasallam....
>
>damai nyer <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
>Assalamualaikum...
>
>melihat rakan2 lain menulis di ruangan ini, terasa diri pun ingin
>menyumbang sama.. tapi minta maaf banyak2 la sbb tak pandai
menyusun
>kata dan bicara..
>
>malaysia hari ini dikejutkan dengan fenomena mawi... mana2 pegi
pun org
>cerita pasal mawi.. apa istimewanya dia ni??... sampaikan dapat
anugerah
>sukan, balik kg disambut beribu2 peminat... (sampai ada yg jatuh
>longkang).. selama ni org tak pandang pun dia ni... terfikir di
minda,
>kalau la tokoh agama yg balik dari mekah ke .. mcm ni ke sambutan
org
>malaysia?
>
>mcm2 barangan jenama mawi yg ada skrg kat jln tar... antaranya
tudung mawi
>( mawi tak pakai tudung pun!) .. t-shirt dll... sekelip mata dia
jadi
>popular hasil penangan astro..
>
>bagi saya mawi ni tak lebih daripada contoh seorang pemuda islam/
melayu
>yang gagal.. gagal mencari jalan hidup nya.. daripada seorang
pemuda
>lulusan tahfiz, pandai berzanji, azan, bertukar menjadi 'idola' dlm
bidang
>yg penuh ngan dosa kalau cepat melatah... tapi boleh jadi juga
dia ni
>pandai menggunakan platform itu utk mengajak peminatnya ke arah
kebaikan...
> mcm rabbani, raihan, dan kumpulan nasyid yg lain... kita
doakan saja
>lah...
>kalau produa ada myvy
>proton ada savvy
>astro ada lah mawi
>
>kalau penghujung 2004 dulu kita dikejutkan ngan tsunami
>tahun 2005 ni kita terkejut ngan sumawi...
>lps ni apa la pulak agaknya...
>
>saya minta maaf kalau ada peminat mawi yg marah ngan tulisan saya
ni.. ini
>sekadar luahan/pendapat saya shj.. sesungguhnya yg baik itu dari
Allah
>taala dan yg buruk itu datangnya dari saya sendiri...
>
>
>
>********************************************************************
> Artikel ini telah disiarkan secara eksklusif di:
> RELEXJAP - Gedung Ilmiah Internet Malaysia.
>
> Mudah saja untuk menjadi ahli, hantarkan emel kosong ke:
> [EMAIL PROTECTED]
> Reply emel dari yahoogroups untuk confirmation.
>Berhenti sementara menerima emel: [EMAIL PROTECTED]
> Untuk Menerima kembali emel: [EMAIL PROTECTED]
> Kepada yang mempunyai ID yahoo,sila layari laman web :
> http://groups.yahoo.com/group/Relexjap/
>Guna ID tersebut untuk menjadi ahli dan menukar berbagai setting.
>
> Relexjap bersama kami,...dan anda akan memahami maksudnya!!
>====================================================================
>Disclaimer:-
>Relexjap grup tidak bertanggungjawab di atas mana-mana bahan yang di
>dapati melanggar akta hakcipta tempatan atau antarabangsa. Adalah
>menjadi tanggungjawab ahli untuk memastikan peraturan hakcipta
>diikuti sepenuhnya apabila menghantar mana-mana posting atau
respons.
>
>Semua kandungan emel, posting, artikel dan fail yang disiar
>di Relexjap tidak menggambarkan pendirian rasmi pemilik, kakitangan
>dan Barisan Pentadbir Relexjap melainkan jika dinyatakan sedemikian.
>********************************************************************
>
>
>
>
>
>---------------------------------
>YAHOO! GROUPS LINKS
>
>
> Visit your group "Relexjap" on the web.
>
> To unsubscribe from this group, send an email to:
> [EMAIL PROTECTED]
>
> Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of
Service.
>
>
>---------------------------------
>
>
>
>
>Send instant messages to your online friends http://uk.messenger.yahoo.com
_________________________________________________________________
Get your mobile ringtones, operator logos and picture messages from MSN
Mobile http://msn.smsfactory.no/
------------------------ Yahoo! Groups Sponsor
--------------------~-->
Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home
page
http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~->
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do
not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless
sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get
a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com
to change your mail delivery settings or email the moderators at
[EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily
digest".
Yahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/