Assalamualaikum...

      InsyaAllah TG tak tersalah pilih. TG Nik Aziz bukan 'cucu ulama'
      sebaliknya beliau sendiri adalah seorang ulama. Mengapa kita nak
      mempersoalkan tindakan beliau memanggil Mawi, seorang artis yang tak
      tinggal solat (kalau tinggal pun di qada'kan), berpakaian menutup
      aurat, pandai mengaji dan berzanji dan berbagai lagi perkara baik
      tapi dalam masa yang saya kita biarkan artis yang songsang dan
      'gersang' terus menguasai pasaran muzik tempatan.

      Kita rela biarkan CT Nurhaliza menjadi idola masyarakat. Kenapa kita
      tak usahakan Mawi pula jadi idola sekarang? Supaya dengan itu keadaan
      masyarakat akan berubah. Supaya ibu bapa lebih cenderung berkata
      "Jadilah macam Mawi" instead of "Jadilah macam Siti..." seperti mana
      kebiasaan sekarang. Orang yang beriya2 kutuk, apa yang anda dah buat
      untuk memperbetulkan Mawi dan apa yang anda dah buat untuk
      memperbetulkan masyarakat?

      InsyaAllah saya akan buat satu posting istimewa tentang Mawi jika
      berkesempatan. Bukan kerana saya peminat Mawi tapi kerana saya dan
      bosan dengan artis yang lain. Ingat telur ayam. Keluarnya dari lubang
      najis. Kadang2 bersalut tahi pula. Tapi kita basuh, masak dan makan
      isinya. Sedap dan berkhasiat. Mungkin AF3 tu seperti dubur ayam,
      tempat keluarnya telur tersebut, yang boleh kita reflekskan sebagai
      Mawi. Nasihat saya, nilaikan keadaan diri sendiri (muhasabah)
      terlebih dahulu sebelum nilaikan orang lain.

      Wassalamualaikum warahmatullah...

      - Abu Naqibah -
      ______________________________________________________________________
      "Saya tidak mahu ibu menangis lagi" - MAWI.
      Posted by Nur Salsabila on 8/21/2005 10:42:35 PM

      Wawancara bersemuka wakil Siasah, Siti Zahra (19 Ogos-1 September
      2005) dengan Mawi, antaranya tertumpu kesediaannya berdakwah melalui
      nyanyian.

      ...Ketika menemuramah Mawi, dia baru selesai membuat persembahan
      untuk meraikan wartawan media cetak dan elektronik, di Ampang.
      Kata-kata Mawi "world-world juga, akhirat jangan lupa" membuatkan
      saya terfikir mungkin ini tujuan mengapa Mawi serius menjadi
      penyanyi, dia mahu menampaikan mesej Islam kepada peminat dan artis
      lain. Soalnya mampukah anak muda memikul berat itu?

      SIASAH: Siapa Mawi sebelum menyertai AF3?
      MAWI: Saya hanyalah pemuda kampung yang suka menaiki motosikal
      mengelilingi kampung. Berkawan dengan mat rempit tetapi saya tidak
      pernah merempit. Sekali-sekala saya dipanggil menyanyi di majlis
      orang kahwin, berzanji untuk majlis cukur jambul dan mengajar
      kanak-kanak mengaji al-Quran. Lama-kelamaan orang tua pun turut
      meminta saya mengajar mereka mengaji.  Mulanya takut juga maklumlah
      saya muda daripada mereka. Tetapi saya fikir ini ibadah yang harus
      saya lakukan. Kerana kebolehan mengaji rakan sekampung memanggil saya
      ustaz rock.  Saya suka berkaraoke dan bermain snooker serta bersilat.

      Bagaimana boleh menyertai AF3 sedangkan di rumah Mawi tiada Astro dan
      Mawi tidak pernah menonotn AF1 dan AF2?
      Rakan-rakan mendesak saya menyertai AF3 walaupun sebelum ini saya
      tidak pernah menontonnya.  Saya cuma membaca di akhbar dan majalah
      kejayaan juara AF1 dan AF2. Keinginan saya kuat untuk membantu
      keluarga (terdiam dan menarik nafas panjang). Saya mahu keluar
      daripada belenggu kemiskinan dan membahagiakan ibubapa.  Saya cuma
      ada bakat menyanyi yang dikurniakan Allah, apa salahnya saya mencuba.
      Alhamdulillah terpilih.  Di AF bukan setakat mengenali rakan baru
      banyak ilmu saya perolehi.  Saya belajar mengenali manusia yang boleh
      dibuat kawan atau mereka yang suka ambil kesempatan.

      Perubahan paling besar selepas bergelar Juara AF3?
      Perubahan paling nyata dari segi berpakaian.  Jika dahulu dengan
      jeans lusuh dan kemeja T sudah mencukupi, tetapi kini saya perlu
      menjaga penampilan. Tetapi bukan bermakna saya berubah kerana Mawi
      masih sama sebelum atau selepas bergelar juara.  Doakan saya tidak
      berubah.  Tolong ye...

      Sesetengah pihak memandang serong pada Mawi. Mereka berkata Mawi
      boleh mengaji dan berzanji tetapi dalam masa sama memilih seni
      sebagai kerjaya?
      Biar apa orang lain kata, yang penting saya tahu apa yang saya
      lakukan. Siapa kata dengan menyanyi tidak boleh menyampaikan dakwah
      kepada orang ramai.  Sebagai contoh, Raihan, Rabbani dan Waheeda
      menyanyi tetapi memilih lagu yang memberi kesan positif kepada
      pendengar.  Asalkan niat kita ikhlas.

      Mawi tidak rasa bersalah kerana terpaksa menyentuh wanita bukan
      mahram dalam AF?
      Siapa kata tidak bersalah? Memang saya rasa sedih tambahan pula
      ibubapa melihat saya dalam Diari AF. Saya tidak mahu menari dengan
      artis wanita dan bersentuh dengan mereka.  Tetapi saya terpaksa
      melakukan kerana sudah menyertai AF. Mungkin sebelum ini saya tiada
      gambaran bagaimana keadaan dalam AF kerana saya tidak pernah
      menontonnya.

      Persediaan Mawi menghadapi dunia hiburan yang penuh cabaran.  Artis
      dikaitkan dengan dadah, arak dan seks. Mawi yakin tidak terjebak
      dengan gejala sosial?
      Sebenarnya saya sendiri takut menghadapi dunia seni penuh cabaran.
      Tetapi saya harus berpandangan positif dan menjadikan artis yang
      memperjuangkan irama nasyid sebagai idola.  Pengaruh ada di mana-mana
      sahaja. InsyaAllah saya akan cuba menjadi diri saya seperti hari ini.
      Seperti yang saya katakan tadi yang penting hati.

      Bagaimana kehidupan Mawi dalam AF. Mawi ada masa membaca al-Quran dan
      menunaikan solat?
      Syukur alhamduliilah saya dapat menunaikan sembahyang dengan sempurna
      sepanjang di Akademi Fantasia dan membaca al-Quran, di samping
      mengikuti pembelajaran yang ditetapkan.

      Selepas ini jadual Mawi akan ketat dengan penggambaran majalah serta
      persembahan pentas.  Bagaimana Mawi memastikan untuk tidak
      meninggalkan solat?
      Tiada masalah untuk bersembahyang kerana setiap sesi fotografi yang
      saya hadiri di pejabat penerbitan, ada surau.  Begitu juga dengan
      persembahan pentas disediakanbilik, tiada alasan meninggalkan solat.
      Kecuali jika keadaan tidak mengizinkan.

      Difahamkan empat jam sebelum konsert akhir bermula semua pelajar
      dikehendaki ada di belakang pentas untuk persiapan terakhir.  Mawi
      sempat menunaikan solat maghrib?
      Saya akui tidak sempat bersolat Maghrib kerana saya disolek awal dan
      terpaksa menjalani latihan. Di belakang pentas langsung tiada ruang
      dan suasana sangat bising. Kesal juga kerana terpaksa meninggalkan
      solat tetapi selepas saya qada' semula.

      Kenapa Mawi tidak mahu menjadi Siti Nurhaliza yang menolak untuk
      tidak bergambar dengan artis lelaki? Kenapa Mawi sudi dipasangkan
      dengan Marsha atau Amylea?
      Saya cuma bergambar dengan pelajar AF yang saya sifatkan sahabat baik
      saya.  Kalau ikutkan hati memang saya tidak mahu tetapi memikirkan
      mereka sahabat saya dalam AF saya teruskan juga.  Dengan artis wanita
      saya cuba elak. Saya tidak mahu ibu bapa menagis melihat gambar saya
      dalam majalah. Sudahlah sebelum ini pelbagai cerita diselongkar,
      termasuk cerita peribadi saya.  Cukuplah mereka mengaut keunutngan
      dengan kisah peribadi saya.

      Mungkin ada ayat tertentu yang Mawi amalkan untuk menghilangkan gugup
      dan gentar sebelum konsert?
      Saya cuma membaca Bismillah dan selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w.

      Tidak takutkah dengan harapan masyarakat yang menjadikan Mawi idola
      mereka?
      Saya hanya insan kerdil.  Saya takut orang meletakkan harapan terlalu
      tinggi sedangkan saya ini bukanlah baik sangat.  Saya masih sama,
      Mawi dulu. Saya bimbang disanjung tetapi kalau silap sedikit, akan
      buruk dan dan menjatuhkan nama baik saya dan keluarga.  Sebelum ini
      apa sahaja musibah saya sabar melaluinya. Saya tidak pernah
      terfikirbenda ini, rezeki daripada Allah dalam masa 3 bulan di AF
      semua berubah sekelip mata. Tuhan Maha Kaya mahu tunjukkan orang yang
      selama ini dengki dengan saya dan keluarga saya tetapi kami banyak
      bersabar apabila keluarga dihina. Apa yang saya buat hari ini adalah
      untuk mereka, untuk mak dan abah.  Saya mahu mereka senang.  Mereka
      sudah tua biarlah mereka hidup senang sekarang. Sekarang apabila
      popular ramai saudara mara datang ke rumah di Taib Andak. Kasihan
      ibubapa saya terpaksa melayan mereka.

      Siapa idola Mawi?
      Dalam nyanyian saya kagum dengan Yasin kerana membawakan lagu-lagu
      dakwah. Dalam penyiaran saya suka cara Isma Halil menjadi penyampai
      untuk THR.fm. Dia banyak menggunakan kata semangat untuk orang
      Melayu. Kata-kata daripada hati. Dia juga memberi kesedaran kepada
      saya mengenai nasib orang Melayu yang mudah dipijak bangsa lain. Saya
      sedar dan saya harus melakukan sesuatu untuk mengeluarkan orang
      Melayu daripada terus lupa.





------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page
http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest".  
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke