Saya tidak memihak ke mana-mana - Mawi
Tuesday, September 20 @ 14:27:43 MYT


"Media diberitahu, Mawi akan menyertai Putera Umno hari ini tetapi..."

KUALA LUMPUR, 20 Sept (Hrkh)-Semua media hari ini terkejut apabila Mawi mengumumkan "Saya tidak berpihak ke mana-mana pihak, saya neutral" dalam majlis perisytiharan "Mawi masuk Putera Umno" di Pejabat Umno hari ini.

Ia berlaku pagi ini di pejabat Putera Umno di PWTC.

Media diberitahu, hari ini ada majlis perisytiharan penyertaan Mawi ke dalam Putera Umno di pejabat Putra Umno, bangunan PWTC. Hampir kesemua media utama diberitahu tentang majlis ini dan mereka dijemput untuk membuat liputan.

 

Seorang editor memaklumkan kepada Harakahdaily mengenai perkara ini dan pihaknya juga menghantar pasukan khas untuk membuat liputan majlis tersebut. Tetapi apabila dihubungi kemudian, editor berkenaan memberitahu, "Bukan isytihar masuk Putera Umno, Mawi isytihar dia tidak berpihak ke mana-mana pihak dan neutral."

 

Apabila ditanya apakah Mawi mengumumkan sikapnya itu di depan wartawan, editor itu menjawab "Ye lah...depan kamera TV lagi."

 

Neutral

Sementara itu, para peminat Mawi yang datangnya dari pelbagai latar belakang mengharapkan Mawi tidak memihak ke mana-mana kumpulan atau parti politik kerana itu akan mengganggu kariernya.

 

Mereka tahu, Umno khasnya Putera Umno dari awal lagi cuba untuk memikat Mawi tetapi dengan jawapan Mawi itu, ia melegakan peminatnya.
-ZS


Yahoo! Messenger NEW - crystal clear PC to PC calling worldwide with voicemail


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke