Tip 16: Berjiwa Romantik
Susahnya mencari lelaki romantik
"Mungkin lelaki romantik sudah semakin pupus ataupun ia hanyalah mitos daripada novel cinta zaman dahulu," jelas seorang wanita. Lelaki berjiwa romantik adalah idaman wanita. Lelaki romantik memiliki ciri-ciri tertentu bergantung kepada kesesuaian seorang wanita. Pada prinsipnya lelaki berjiwa romantik adalah lelaki yang pandai membelai jiwa wanita dan faham keperluan wanita secara kejiwaannya. "Dia meletakkan saya di puncak gunung Fiki dan membawa saya di jalur sungai Venice hanya di atas baris-baris surat kirimannya. Jiwanya kaya dengan perasaan yang halus sehingga saya bermewah dengan perasaan itu." Mungkin itulah harapan wanita yang mengidamkan seorang lelaki berjiwa romantik.
Romantik dalam banyak bentuk
Ada banyak cara hendak jadi romantik. Kita boleh ambil berat kepada wanita ataupun bercakap secara terbuka mengenai perasaan. Kita boleh menghafal bait syair Jamaluddin al-Rumi, Shakespeare, Hamka ataupun Iqbal dan meluahkan perasaan itu dengan penuh perasaan. Tapi awas kita mesti perhatikan kepada wanita jenis apa yang kita hendak pikat. Sekiranya kita berhadapan dengan wanita jenis sempoi, elakkan syair yang jiwang.
Romantik mencairkan hati wanita
Wanita inginkan belaian jiwa. Tetapi masalahnya kebanyakan lelaki tidak romantik ataupun 'romantik keras'. Bermulalah dengan melihat sesuatu perkara daripada pandangan wanita. Ambil berat kepada wanita dengan bersungguh-sungguh. Wanita perlukan kesungguhan kepada lelaki. Lakukanlah dengan penuh romantik.
Tajuk buku: Tip Menjadi Individu Menarik
Penulis: DM Fadzilah Kamsah & Ahmad Naim Jaafar
Harga: RM 22.50
Muka surat: 224
Bagaimana mendapatkan buku ini?
Hubungi Hasmariza Md Hashim di talian 019-380 0433 atau emelkan pesanan anda ke [EMAIL PROTECTED]
Yahoo! for Good
Click here to donate to the Hurricane Katrina relief effort.
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
SPONSORED LINKS
| Islam video | Islam book | Islam matrimonial |
| Islam and the west | Islam koran | Islam |
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "hidayahnet" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.

