Dunia Moden, Otak Kolot
Dunia moden hari ini dihuni oleh ramai orang yang berminda kolot. Pada 4 Oktober 1995, akhbar di Malaysia melaporkan tiga lelaki di kota Bangkok yang meninggal dunia selepas minum alkohol kerana yakin minuman itu dapat menyelamatkan mereka daripada kesan buruk gerhana matahari yang berlaku pada 24 Oktober 1995. Tindakan mereka adalah berdasarkan ramalan yang dibuat oleh seorang ahli nujum dari negara Thai yang meramalkan gerhana matahari yang berlaku pada 24 Oktober 1995 membawa nasib malang kepada pemimpin dan rakyat yang bernaung di bawah bintang Scorpio. Kejadian ini menunjukkan tahayul masih lagi menguasai minda ramai orang pada hari ini dan ia tidak hanya berlaku di negara Thai malah di seluruh dunia.
Kepercayaan karut marut seperti ini bukan fenomena baru di dunia ini. Contohnya, Napoleon Bonaparte, seorang panglima perang Perancis yang terkenal pada abad ke-18 Masihi, mempercayai kucing hitam membawa sial. Sebaliknya, bekas perdana menteri Britain, Winston Churchill, suka memegangnya kerana yakin kucing hitam membawa tuah. Bekas presiden Amerika, General Eisenhower pula suka membawa syiling emas kerana percaya ia mendatangkan tuah. Tambahan daripada itu, ramai golongan di barat menganggap nombor 13 adalah nombor sial. Di China dan Jepun pula, nombor yang dipercayai membawa sial adalah nombor 4 dan begitulah seterusnya.
Islam adalah agama yang maju. Justeru, ia menentang segala bentuk pemikiran tahayul dalam masyarakat. Berhubung dengan ini, Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan sabda nabi yang bermaksud, "Tidak ada sial majal (dalam Islam)." Dalam sebuah hadis lain yang diriwayatkan oleh Imam Abu Daud, nabi berkata, "(Mempercayai) kesialan pada suara-suara (tertentu)... ialah daripada perbuatan syaitan." Mempercayai tahayul boleh membawa individu kepada syirik berdasarkan sabda nabi yang diriwayatkan oleh Imam Tirmizi dan Abu Daud yang bermaksud, "Mempercayai sial majal membawa kepada syirik dan Allah menggantikan kesemua itu dengan tawakal."
Petikan daripada 7 Formula Individu Cemerlang
Tulisan: Dr. Danial Zainal Abidin
Harga: RM 33.00
Bagi mendapatkan buku terbitan PTS Publications ini, sila hubungi Hasmariza Md Hashim di talian 019-380 0433 atau emelkan sahaja ke [EMAIL PROTECTED] untuk sebarang pertanyaan mengenai buku ini.
__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around
http://mail.yahoo.com
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "hidayahnet" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.

