Itu pendapat mereka..... Kita jangan terikut-ikut dengan provokasi sebegini. Fikirkan secara mendalam dan rasional.
KENAPA SUBSIDI TENAGA PERLU DIKURANGKAN? Dijangka dalam 10 - 15 tahun lagi Malaysia akan jadi negara pengimport minyak dan pada masa itu di jangka nilai subsidi minyak akan melebihi RM 20 billion setahun. Masa tu kalau kerajaan masih memberi subsidi seperti sekarang, maka dalam beberpa bulan sahaja kerajaan akan jatuh muflis. Untuk kepentingan dan kesedaran mengenai masalah "Energy Security" ini, satu-satunya option yang ada (tak kira apa-apa jenis kerajaan sekalipun) ialah mengurangkan subsidi secara "gradually" dan bukan serta merta. Suka atau tidak kita perlu menerima hakikat yang minyak kita tidak boleh disubsidikan selama-lama memandangkan sumbernya akan berkurangan dan habis satu hari nanti. Kalau tidak dikurangkan dari sekarang secara gradually, maka apabila tiba saat kita jadi negara pengimport minyak, kerajaan terpaksa melupuskan subsidi tersebut. Pada masa itu kita sebagai pengguna akan menghadapi kenaikan minyak secara mendadak melebihi 300-400% (kenaikan melebihi RM5/liter)! Pada masa itu kita akan menhadapi perubahan ekonomi yang sangat drastik dan sudah tentu negara kita akan dilanda huru-hara kerana semua sektor akan kacau bilau. Bayangkan kalau kenaikan beberpa sen pun dah kecoh, apatah lagi jika naik mendadak berkali ganda. Pada masa itulah, kita semua akan jadi lagi susah, porak peranda kerana tidak bersedia menghadapi cabaran kenaikan bahan api akibat terlalu lama terlena disubsidikan. Pada masa itu sudah terlalu lambat untuk bertindak untuk mengurangkan masalah ini kerana pada masa itu kemungkinan besar ekonomi kita telah musnah dan mungkin mengambil masa untuk pulih. Itu belum lagi dikira dari perspektif penjajahan ekonomi oleh kuasa besar (mintak dijauhkan!) Anggaplah peningkatan harga minyak sekarang ini sebagai satu persediaan menghadapi cabaran di masa depan. Adalah lebih baik kita menghadapi sedikit kesusahan daripada susah yang keterlaluan di masa hadapan (sebenarnya generasi selepas kita yang susah sebab minyak yang sepatutnya untuk mereka dah habis kita gunakan). Adalah lebih baik duit penjimatan subsidi ini di salurkan kepada maksud kemasyarakatan yang lebih mapan (sustainable), "efficient public transport", dsb. Sebagai contoh lebih baik duit tersebut digunakan untuk menampung projek-projek/kajian/demonstrasi mendapatkan sumber tenaga alternatif yang boleh memberi "energy security" kepada negara kita. Contohnya, biofuel, biomass, solar PV sistem, fuel cell dan beberapa sumber "renewable energy". Dalam pada itu, kita perlu berusaha memperbaiki diri kita dengan mengurangkan atau membuang terus sikap membazir tenaga. "Energy Efficiency" atau kecekapan tenaga perlu dipraktikkan dalam aktiviti seharian samada di rumah, pejabat, jalanraya, organisasi, dsb. Cuba perhati sekeliling anda, adalah terlalu mudah untuk mencari pembaziran tenaga. Contohnya di rumah, seringkali kipas, lampu, penghawa dingin, TV, radio dibiar terpasang tanpa orang yang menggunakannya. Ada yang dibiar dipasang semalaman (kecuali lampu-lampu melibatkan sekuriti). Penghawa dingin pula sering disetkan ke paras paling sejuk. Begitu juga dengan kawalan sistem peti sejuk. Tahukah anda pada julat suhu tertentu, sekiranya anda naikan suhu bilik sebanyak 1 degC, penjimatan elektrik pada sistem hawadingin boleh mencapai 10%! Begitu juga dengan setting suhu pada sistem peti sejuk. Kenapa tidak laraskan setpoint suhu kedua-dua peralatan tersebut ke paras yang optimum untuk menjimatkan elektrik. Sering masak atau memanaskan air secara tidak effisyen. Seringkali memasak atau memanas air tetapi selepas mendidih dibiarkan sejuk, dipanaskan semula bila perlu dan dibiarkan sejuk semula. Alangkah baiknya pindahkan lebihan air panas tersebut ke botol thermos supaya sentiasa panas dan tidak perlu dipanaskan semula jika diperlukan. Ada juga yang menghidupkan penghawa dingin sampai ke pagi. Tahukah anda bahawa pada waktu tengah malam sehingga subuh, suhu diluar rumah adalah lebih sejuk dari suhu didalam rumah. Kenapa tidak kita gunakan kelebihan tersebut dan membiarkan udara sejuk tersebut masuk ke dalam rumah kita sekaligus dapat mengurangkan pergantungan kepada hawa dingin atau kipas? Begitu juga dengan penggunaan kereta. Sebenarnya, anda mampu menjimatkan petrol dengan mengubah sikap dan tabiat memandu anda. Pandulah secara konsisten. Ramai pemandu yang mengeluh harga petrol makin mahal tapi dalam yang sama mereka suka memecut terutama sekali bila perasaan teruja (terutama apabila tercabar) di jalanraya. Macamana nak berjimat kalu asyik nak memecut sahaja. Itu belum lagi wang ringgit melayang jika berlaku kemalangan. Kita sebenarnya makin malas, seringkali nak ke kedai yang jauhnya 200-300 meter pun nak kena pakai kereta. Apa salahnya berjalan kaki. Dah lah jimat wang, kesihatan pun terjaga. Ramai juga yang suka menggunakan penghawa dingin semasa memandu. Tak salah tapi gunalah bila perlu sahaja dan laraskan setting penghawadingin secara optimum. Bila anda kurangkan penggunaan hawa dingin, penggunaan minyak boleh dijimatkan. Disamping itu rancang perjalanan anda. Perancangan perjalanan yang baik boleh membantu anda. Secara keseluruhan, dari pengalaman saya, penjimatan sehingga 30% boleh dicapai (kenaikan minyak petrol cuma beberapa peratus sahaja), sekaligus boleh mengurangkan beban kenaikan kos bahan api kereta anda. Gunakan lah public transport di mana yang boleh. Di pejabat pula, lagi banyak pembaziran berlaku. Sistem penghawa dingin yang "full blast", lampu dibiar terpasang dari 7.30 am sampai 5.30pm tak kira samada ada orang atau tidak. Kenapa tidak kita tutup sahaja kalau tidak digunakan? Komputer sering dibiar terpasang walaupun tidak digunakan. Langsir tingkap pula ditutup rapat sehingga menyekat cahaya siang sekaligus terpaksa menggunakan lampu-lampu dan ini menyumbang kepada peningkatan tenaga elektrik. Ramai yang "take for granted" kerana bill tenaga dibayar oleh syarikat dan bukan dari kocek mereka sendiri. Inilah sikap dan mentaliti kita. Susah sangatkah untuk membantu organisasi kita sendiri untuk berjimat cermat? Jangan pentingkan diri sendiri. Saya rasa ada banyak lagi yang boleh dibuat untuk mengurangkan kos tenaga. Janganlah kita fikir pasal nak untung sahaja dari subsidi. Kita perlu beransur-ansur keluar dan memerdekakan diri kehidupan kita dari subsidi kerana suka atau tidak ianya tidak akan kekal. Cuma masa sahaja yang menentukannya. Jangan terlalai. Bertindak lah sekarang juga dengan mengubah cara hidup kita untuk mengadaptasi keadaan peningkatan kos tenaga mulai sekarang. Jangan terlena. Kalau kita gagal berubah, kita akan kecundang dan ekonomi kita jadi lemah....... Itu baru minyak, belum lagi elektrik, air & gas. Yang ini semuanya kena subsidi ini ........... Kita patut bersyukur kerana kita belum sampai tahap untuk mengenakan cukai minyak (tenaga) seperti yang dilakukan oleh negara-negara pengimport minyak. "Membazir itu Saudara siapa?" Sekian. Terima kasih... asetip -----Original Message----- From: ruzaihan.junit Sent: 2005-09-15T13:31:47.000Z To: [email protected] Cc: Subject: Bismillah [hidayahnet] Statistik kenaikan harga minyak. Assalamualaikum... Dapat dari group lain. Ok gak pe... __________________________________________________________ FYI... Statistics for ur info.... Harga minyak sepanjang zaman.. (dalam masa 15 tahun - sejak 1990) sebelum 90 - RM 0.89 tahun 1990 - RM 1.10 (kenaikan RM 0.21) 01/10/2000 - RM 1.20 (kenaikan RM 0.10) 20/10/2001 - RM 1.30 (kenaikan RM 0.10) 01/05/2002 - RM 1.32 (kenaikan RM 0.02) 31/10/2002 - RM 1.33 (kenaikan RM 0.01) 01/03/2003 - RM 1.35 (kenaikan RM 0.02) 01/05/2004 - RM 1.37 (kenaikan RM 0.02) 01/10/2004 - RM 1.42 (kenaikan RM 0.05) 05/05/2005 - RM 1.52 (kenaikan RM 0.10) 31/07/2005 - RM 1.62 (kenaikan RM 0.10) Nota : (ayat2 standard) 1. Kenaikan minyak masih rendah berbanding mana2 pun negara ASEAN. 2. Kerajaan akan pastikan kenaikan tidak membebankan 3. Kerajaan tidak mampu lagi menampung subsidi. -------------------------------------------------------------------------- All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise. If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest". _____ YAHOO! GROUPS LINKS * Visit your group "hidayahnet {http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet> " on the web. * To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] {mailto:[EMAIL PROTECTED]> * Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service {http://docs.yahoo.com/info/terms/> . _____ ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/TXWolB/TM --------------------------------------------------------------------~-> -------------------------------------------------------------------------- All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise. If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest". Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
