PENUBUHAN IFC
>
>1. Apakah Interfaith Commision (IFC)?
>
>IFC yang nama asalnya ialah IRC - Inter Religous
Council (IRC) adalah
>sebuah suruhanjaya yang dicadangkan penubuhannya
seperti sebuah badan
>berkanun yang mempunyai kuasa undang-undang yang
boleh mengubah ajaran
>sesetengah agama (baca: agama Islam) akibat desakan
penganut agama lain.
>Badan ini berfungsi mirip sebuah mahkamah dan segala
keputusannya adalah
>muktamad ke atas agama yang bersabit. IFC juga juga
akan berfungsi
>seperti SUHAKAM yang menerima dan melayan aduan-aduan
berkaitan dengan
>agama.2
>
>2. Siapakah yang mencadangkan penubuhan IFC?
>
>IFC digagaskan penubuhannya oleh Malaysian
Consultative Council Of
>Buddhism, Christianity, Hinduism dan Sikhism
(MCCBCHS) atau pun Majlis
>Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu
dan Sikh melalui
>memorandumnya kepada Majlis Peguam bertarikh 21 Ogos,
2001. Presiden
>MCCBCHS ialah V. Harcharan Singh.
>
>3. Siapakah yang paling bersemangat sekali menyokong
penubuhan IFC?
>
>Majlis Peguam3 terutamanya Jawatankuasa Kecil Hak
Asasi Manusia amat
>kuat menyokong penubuhan IFC dan amat berharap ia
akan berjaya.
>Kronologinya seperti berikut:
>
>* Pada 8 Ogos, 2001, Majlis Peguam telah menerima
satu memorandum
>daripada MCCBCHS mengenai perkara ini dan selepas itu
ide penubuhan IRC
>berjalan dengan lancar.
>* Pada 10 Disember, 2001, Majlis Peguam menganjurkan
forum mengenai
>'Kebebasan Beragama' dan menerbitkan jurnal khas
bernama INSAF.
>* Pada 8 Disember, 2001 satu perayaan 'Festival of
Rights' diadakan
>dengan tema 'Kebebasan Beragama'.
>* Pada 17 Mac, 2003 bengkel untuk menimbang keperluan
wujudnya IRC
>diadakan. Bengkel ini gagal apabila ke semua NGO
Islam menarik diri
>daripada terlibat dengan penubuhan suruhanjaya ini
iaitu ABIM, ACCIN4 ,
>JUST dan Sisters In Islam5 termasuk Dr Chandra
Muzaffar yang menjadi
>antara orang awal yang mencadangkan dialog antara
kepercayaan. Bagaimana
>pun Sisters In Islam kemudian menyertai semula dan
menyokong penubuhan
>suruhanjaya ini.
>* Pada pertengahan tahun 2004, satu persidangan
mengenai penubuhan IRC
>diadakan. Bagi menunjukkan wujudnya sokongan,
penganjur seminar telah
>melantik kesemua ahli Jawatankuasa Kecil Syariah
Majlis Peguam sebagai
>ahli jawatankuasa penganjur tanpa pengetahuan mereka.
>* Mengemukakan draf ketiga undang-undang penub uhan
IFC bertarikh
>Januari 2005 kepada persidangan cadangan penubuhan
IFC.
>
>4. Apakah matlamat penubuhan IFC?
>
>Matlamat IFC ialah untuk meminda beberapa ajaran asas
Islam yang bakal
>merugikan orang Islam dan berpihak kepada kepentingan
orang-orang bukan
>Islam.
>
>5. Apakah tuntutan orang-orang bukan Islam yang
dibuat melalui IFC? 6
>
>1. Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibubapa Islam
tidak seharusnya
>secara terus menjadi orang Islam.
>2. Orang-orang bukan Islam yang telah memeluk agama
Islam hendaklah
>diberikan kebebasan untuk kembali kepada agama asal
mereka (murtad) dan
>tidak boleh dikenakan tindakan undang-undang.
>3. Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada
bukan Islam tidak
>sepatutnya dikendalikan oleh mahkamah syariah tetapi
dikendalikan oleh
>mahkamah sivil.
>4. Tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan
sese orang Muslim
>bahawa ia beragama Islam.
>5. Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut
Islam sekiranya
>ingin berkahwin dengan orang Islam. Orang Islam
hendaklah dibenarkan
>keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin
berkahwin dengan orang
>bukan Islam tanpa boleh dikenakan apa-apa tindakan
undang-undang.
>6. Seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar
agamanya dengan
>memeluk Islam tidak patut diberikan hak jagaan anak.
>7. Orang-orang yang bukan Islam yang mempunyai
hubungan kekeluargaan
>dengan seorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan
hak menuntut harta
>pesakanya selepas kematiannya.
>8. Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi
untuk membina dan
>menyelenggara rumah-rumah ibadat orang bukan Islam
sebagaimana kerajaan
>menyediakan dana yang serupa untuk masjid. Kerajaan
juga perlu
>membenarkan pembinaan rumah-rumah ibadat orang bukan
Islam tanpa perlu
>adanya peraturan-peraturan tertentu.
>9. Orang-orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan
tidak boleh dihalang
>daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam
dalam percakapan dan
>sebagainya.
>10. Bibel dalam Bahasa Malaysiadan Bahasa Indonesia
sepatutnya
>dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara
terbuka.
>11. Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama
itu hendaklah
>diajar di semua sekolah.
>12. Program-program berunsur Islam dalam bahasa
ibunda sesuatu kaum
>hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain
selain Islam pula
>hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa
ibunda masing-masing.
>13. Orang-orang Islam yang mem bayar zakat tidak
sepatutnya dikecualikan
>daripada membayar cukai pendapatan dan wang hasil
zakat sepatutnya
>digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan
Islam.
>14. Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan
pertama masyarakat
>Malaysiaseperti dalam soal pakaian menutup aurat
kepada pelajar sekolah.
>
>6. Apakah bahayanya penubuhan IFC terhadap Islam?
>
>Berdasarkan draf undang-undang penubuhan IFC,
suruhanjaya ini jika
>ditubuhkan amat berbahaya kepada Islam dari sudut:
>
>1. Membuka ruang seluas-luasnya untuk orang bukan
Islam mencampuri hal
>ehwal agama Islam.
>
>IFC jelas sebuah suruhanjaya anti Islam. Ini adalah
campurtangan orang
>bukan Islam dalam hal ehwal agama Islam. Hak
perlembagaan bagi
>mengamalkan agama sendiri (Artikel 11(1) Perlembagaan
Persekutuan -
>Freedom of religion (Kebebasan beragama) tidak
berlanjutan kepada
>mempersoalkan agama lain dan tidak sampai menuntut
ajaran agama orang
>lain dipinda semata-mata untuk disesuaikan dengan
kepentingan sendiri.
>Orang-orang bukan Islam berhak untuk menuntut hak
mereka mengamalkan
>agama sendiri tetapi tidak sampai mempersoalkan dan
campurtangan urusan
>agama Islam. Campurtangan ini amat bahaya. Perkara
yang berkaitan dengan
>agama Islam hendaklah diselesaikan oleh mereka yang
berkelayakan di
>dalam Islam sendiri.7
>
>2. Menjadikan undang-undang Allah mesti tunduk kepada
norma-norma
>antarabangsa yang dicipta oleh manusia yang
menjejaskan aqidah.
>
>Norma-norma antarabangsa tersebut ialah:
>
>* Deklarasi Hak Asasi Sejagat 1948
>* Konvensyen untuk menghapuskan semua jenis
diskriminasi terhadap wanita
>(disahkan oleh Malaysiapada 5 Julai 1995)
>* Konvensyen mengenai hak kanak-kanak.
>* Deklarasi unt ukmenghapuskan semua bentuk
ketidaktoleransi dan
>diskriminasi berasaskan agama.
>* Deklarasi mengenai hak-hak orang untuk mempunyai
kewargaan, sukukaum,
>agama dan bahasa minoriti.
>* Deklarasi Vienna dan plan tindakan.
>
>Kesemua norma antarabangsa tersebut belum disahkan
oleh Malaysiakecuali
>yang dinyatakan sebaliknya. IFC menuntut supaya agama
mestilah mengikut
>ketentuan norma antarabangsa di atas. Norma
antarabangsa tersebut tidak
>membezakan antara orang Islam dan bukan Islam. Bagi
orang Islam,
>peraturan untuk kehidupan mereka bukan lagi Islam
tetapi norma-norma
>antarabangsa tersebut yang dicipta oleh manusia. Apa
sahaja ajaran Islam
>yang bertentangan dengan norma antarabangsa hendaklah
dihapuskan. Ini
>bermaksud, Allah mesti tunduk kepada norma
antarabangsa. Ini menjejask
>an aqidah seorang Muslim.
>
>3. Orang Islam bebas melakukan apa sahaja
>
>Manusia adalah bebas. Begitu juga orang Islam adalah
bebas. Mereka bebas
>melakukan apa sahaja termasuk mengamalkan ajaran
agama lain tetapi masih
>boleh mengaku sebagai seorang Muslim atas nama
kebebasan beragama.
>Kebebasan agama ini dijamin oleh norma antarabangsa
di atas.
>
>4. Orang Islam bebas untuk murtad
>
>Deklarasi sejagat mengenai hak asasi manusia
menyatakan 'setiap orang
>mempunyai hak untuk bebas berfikir, suara hati dan
agama. Ini termasuk
>kebebasan menukar agama....(artikel 18)'. Ini
bermaksud status sebagai
>seorang Muslim bukan ditentukan oleh Tuhan tetapi
ditentukan oleh
>manusia. Berdasarkan norma antarabangsa, Islam tidak
berhak menghalang
>penganutnya keluar daripada Islam kerana itu
dibenarkan oleh norma
>antarabangsa.
>
>5. IFC berhak menentukan status agama seseorang.
>
>Seseorang yang ingin murtad boleh mengemukakan
permohonannya kepada IFC.
>Permohonannya akan ditentukan oleh ahli-ahli IFC yang
diantaranya adalah
>bukan Islam. Ini adalah campurtangan yang amat nyata
dalam hal ehwal
>agama Islam. Jabatan Pendaftaran Negara tidak berhak
menolak permohonan
>seseorang untuk menukar nama daripada nama Islam
kepada bukan Islam
>dengan alasan suatu percubaan untuk murtad. Jika
permohonan ditolak ini
>menjejaskan keharmonian dan kebebasan beragama.
Perkara ini terkandung
>di dalam seksyen 19(3) draf undang-undang IFC.
>
>7. Apakah sikap kita?
>
>Menentang sekeras-kerasnya penubuhan IFC. Kita
sanggup mati demi agama
>kita. Penubuhannya bukan sekadar perlu ditangguhkan,
tetapi jangan sama
>sekali dibenarkan. Semua saluran perlu digunakan
untuk menghalang
>penubuhan IFC.
 

Send instant messages to your online friends http://uk.messenger.yahoo.com 




------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page
http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest".  
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke