TNC restui pelajar Aspirasi burukkan Naib Canselornya di depan menteri
Thursday, September 22 @ 09:00:08 MYT


"Pelajar burukkan NC di depan menteri ketika rancang strategi pilihan raya kampus bagi menangkan calon pro-Umno"

PULAU PINANG, 22 Sept (Hrkh)- Naib Canselor Universiti Sains Malaysia, Dato' Prof Dzulkifli Abdul Razak didakwa memihak kepada pembangkang, atau sekurang-kurangnya tidak memberi kerjasama sebaiknya kepada kumpulan pelajar Aspirasi pro-Umno di universiti itu.

Perkara itu dimaklumkan oleh wakil pelajar Aspirasi pro-Umno di hadapan Menteri Pengajian Tinggi, Dato' Shafie Salleh dalam mesyuarat mingguan membabitkan Timbalan-timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar - HEP) bersama pegawai HEP, dan ketua-ketua pelajar Aspirasi pro-Umno, di Universiti Kebangsaan Malaysia, 13 Julai lalu.

 

Mesyuarat itu adalah yang pertama diadakan, dalam siri pertemuan mingguan malam Rabu, bagi membincangkan strategi dan pendekatan terbaik bagi memenangkan kumpulan pelajar Aspirasi pro-Umno dalam pilihan raya kampus yang dijadualkan akhir September ini. Tujuh mesyuarat berikutnya diadakan di Tingkat 38, Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), yang menempatkan ibu pejabat Umno Malaysia, dan hanya dipindahkan ke Hotel Vistana selepas akhbar Siasah mendedahkannya.

 

Menurut sumber, wakil pelajar berkenaan dikatakan menimbulkan hal itu kerana didorong secara tidak langsung oleh Timbalan Naib Canselor (HEP), Prof Madya Dato' Dr Jamaludin Mohaiadin (gambar).

 

Pelajar itu melaporkan intipati pertemuan mereka dengan Dzulkifli. Dr Shafie diberitahu, Dzulkifli mengeluarkan kenyataan sinis di hadapan pimpinan pelajar USM berhubung arahan Menteri Pengajian Tinggi (Shafie sendiri) agar semua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dikuasai sepenuhnya oleh Aspirasi.

 

Difahamkan Dzulkifli mencadangkan kepada mereka agar menteri melantik sendiri barisan MPP dan tidak perlu bersusah-payah mengadakan pilihan raya kampus!

 

Umum mengetahui bagaimana Kementerian Pengajian Tinggi berusaha bersungguh-sungguh, termasuk melakukan pelbagai pindaan yang mengetatkan lagi peraturan dalam pilihan raya kampus bagi memenangkan calon-calon Aspirasi pro-Umno di semua 17 institut pengajian tinggi awam (IPTA), termasuk memberi sumbangan wang tunai dan menganjurkan pelbagai kursus, dengan menggunakan dana dan kemudahan awam.

 

Kata sumber, kesimpulannya Dr Shafie dalam mesyuarat itu cuba diyakinkan bahawa Naib Canselor USM bersikap propembangkang selain tidak meluluskan banyak program yang dicadangkan pelajar Aspirasi.  Dr Shafie pula khabarnya memberi jaminan dalam mesyuarat itu untuk menyiasat dakwaan tersebut dan mengambil langkah perlu jika ia didapati benar.

 

Bayangkan, wakil pelajar memburuk-burukkan Naib Canselor di hadapan menteri, dengan Timbalan Naib Canselor (HEP) sendiri berada di majlis itu. Ini boleh memporak-perandakan pentadbiran universiti, apatah lagi mengenangkan TNC itu tidak pun termasuk dalam senarai pendek nama-nama yang dihantar oleh Dzulkifli untuk mengisi jawatan itu ketika ia kosong dahulu.

 

"Tidak mustahil TNC berkenaan suka 'keburukan' ketuanya (Dzulkifli) dibangkitkan di depan menteri, mana tahu beliau ada peluang menggantikannya nanti jika menteri dapat dipengaruhi untuk tidak melanjutkan lagi kontrak perkhidmatan sebagai naib canselor," kata sumber, sambil menyifatkan perkembangan itu akan merosakkan keharmonian hubungan antara pegawai-pegawai kanan universiti.

"Kita tidak perlu menunggu lama untuk melihat pentadbiran universiti awam kucar-kacir disebabkan campur tangan politik yang keterlaluan, selain sikap mengampu yang makin melampau di kalangan pentadbir kanan universiti," tambah sumber itu lagi.

Sebelum ini media melaporkan hubungan tegang antara Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM), dengan Dr Shafie.

(Gambar Naib Canselor USM dengan Shafei...baik ke tegang?)

Ramai percaya Prof Dato' Mohd Zohadie Bardaie mungkin tidak akan disambung kontraknya yang berakhir tidak lama lagi. - UM


How much free photo storage do you get? Store your holiday snaps for FREE with Yahoo! Photos. Get Yahoo! Photos


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke