En. Ruzaihan,

sila email saya secara personal, saya ingin hubungi anda

ruzaihan.junit wrote:

>Assalamualaikum warahmatullah...
>
>Dulu saya nih mat moto atau istilah moden dia mat rempit. Sedia maklum
>dengan masalah mat2 rempit nih. Bukan takde orang cuba pujuk ajak kebaikan.
>Tapi saya reject 100%. Kalau dulu saya jumpa orang Pas, saya hamun cukup2.
>Ingat lagi bila ada budak ABIM bagi salam kat kitorang, kawan saya siap
>sound dia "Aku benci tengok muka ko. Jangan bagi salam boleh tak? Tak jawab
>dosa. Nak jawab aku menyampah kat ko..."
>
>Bila orang buat gasht (umah ke umah atau bilik ke bilik) saya buat2 tido.
>Takpun saya layan acuh tak acuh. Bukan saya tak belajar agama. Bukan saya
>tak tau keagungan Nabi Muhammad saw, tapi... Entah lah. Ilmu tu milik
>Allah. Kefahaman ilmu juga milik Allah. Saya dah dapat ilmu tapi saya faham
>cara lain masa tu. Dan saya menolak siapa2 yang cuba amar makruf. Saya siap
>tanya lagih... "Banyak sangat ilmu kau? Citer kat aku sikit..."
>
>Selepas saya terima hidayah dari Allah, saya mahu tebus balik dosa yang
>saya dah buat. Saya cuba berdakwah pada kawan2 saya yang masih status quo.
>Apa mereka buat? Mereka larikan diri. Sama macam yang saya pernah buat.
>Saya disindir. Orang panggil saya lebai, haji dan macam2. Ikutkan memang
>terkilan tapi... Mungkin Allah nak bagi saya rasa apa yang orang lain
>pernah rasa agaknya.
>
>Menonjolkan Mawi bukan bererti kita menolak keagungan Nabi saw. Masalah
>sekarang ramai remaja yang lupa keagungan Baginda saw. Bagaimana nak
>mengingatkan mereka? Cubalah anda pergi kepada mereka. Lihat apa reaksi
>mereka? Maka kita perlukan satu medium penghubung. Ya, Mawi mungkin tak
>sehebat Harussani atau Harun Taib. Tapi dia 'lebih dekat' dengan golongan
>yang bermasalah ini.
>
>Setelah kita dapat tarik mereka lebih dekat, terpulang kepada para ulama
>untuk mendakap dengan erat. Nak mendakap tugas mudah. Tetapi nak merapatkan
>itu yang susah. Saya merupakan salah seorang remaja bermasalah tak berapa
>lama dahulu. Dan saya juga pernah berdakwah membawa kembali mereka yang
>tercemar. Saya (mungkin) faham apa dalam pemikiran Tuan Guru. InsyaAllah...
>
>Jika pendekatan sedia ada benar memberi kesan, mengapa permasalahan ini
>kian meruncing. Tolonglah. Jangan lagi perbesarkan isu ini. Tolonglah.
>Jangan menentang tak tentu fasal. Seperti penjelasan Tuan Guru Haji Abdul
>Hadi Awang dalam wawancara bersama beliau di Kota London, sedang baginda
>saw sendiri pernah meminta penyair bersyair menewaskan penyair2 yang jahat.
>Sedang Baginda saw benarkan. Apa masalah dengan kita?
>
>Cuba rapatkan diri sedikit lebih lagi dengan remaja kita. Anda akan faham
>mengapa Tuan Guru memilih jalan ini. Tidak ada matlamat menghalalkan cara
>di sini. Tidak ada kerana cara ini tidak pernah diputuskan sebagai haram.
>Tolonglah. Kita lihat dulu perkembangannya nanti. Yang penting, kita mesti
>tentang Akademi Fantasia. Bukan Mawi. Bukan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik
>Mat.
>
>-Abu Naqibah-
>
>p/s: Jika diteliti, kenyataan Harun Taib menentang bukan kerana hiburan,
>sebaliknya kerana Mawi bekas pelajar Akademi Fantasia. Kerana Mawi bukan
>penghibur yang cukup Islamik, kata beliau. Sedangkan itu sesuatu yang boleh
>dibentuk/dididik. Dan Mawi telah menyesal kerana menyertai AF. Jika anda
>menentang hiburan, anda juga tidak sependapat dengan Harun Taib...
>Wassalam...
>
>
>
>                                                                               
>                                                          
>                      [EMAIL PROTECTED]                                        
>                                                      
>                      .na.xom.com                    To:      
> [email protected]                                                
>                      Sent by:                       cc:                       
>                                                          
>                      [EMAIL PROTECTED]          Subject: Bismillah 
> [hidayahnet] Re: Mawi dan Putera Umno                           
>                      s.com                                                    
>                                                          
>                                                                               
>                                                          
>                                                                               
>                                                          
>                                                                               
>                                                          
>                      09/22/2005 11:13 AM                                      
>                                                          
>                      Please respond to                                        
>                                                          
>                      hidayahnet                                               
>                                                          
>                                                                               
>                                                          
>                                                                               
>                                                          
>
>
>
>Assalamualaikum Saudara Roslan,
> Saya ingin bertanya. Kenapa mesti ada figur seperti Mawi untuk mengajak
>umat Islam yang lena ini kepada Islam?
>Tidak cukupkah keperibadian Rasulullah Salallahu alayhi wasallam dijadikan
>contoh? Adakah era globalisasi menjadikan status *uswatun hasanah* milik
>Rasulullah yang kita kasihi itu terjejas hanya kerana kita sering
>dihubungkan dengan SMS dan dot com dot net?
> Saya menyokong tindakan Harun Taib bukan atas kapasitinya sebagai ketua
>Dewan Ulama or whatever tetapi sebagai seorang Muslim yang berbuat yang
>haq.
>*al aslu fii 'af al at taqoyyudu bi hukmi sya'ie* - hukum asal perbuatan
>itu
>adalah tertakluk pada hukum syarak (bukan arahan dari pemuka gerakan).
> *Dakwah mengajak kepada Islam (mengambil Islam secara keseluruhan, bukan
>untuk urusan ibadah khusus sahaja) itu sebenarnya lebih awla dari dakwah
>mengajak kepada menjadi ahli sesuatu parti atau gerakan* kerana tanpa
>akidah
>yang mantap - iman kita akan pasang surut kerana menjadikan polisi parti
>sebagai benchmark, bukan ridwanillah. Maka, kedudukan dalam organisasi itu
>menjadi tali penghubung, bukan firman ALlah yang mengatakan umat Islam itu
>bersaudara dan diikat dengan akidah dan taqwa bukan label parti dan
>gerakan.
> Jika kita menyedari dakwah UMNO itu salah, maka kita perlu menghalusi
>method dakwah kita supaya tidak terjerumus ke lembah yang sama, sungguhpun
>atas niat baik (good faith). The end does not justify means.
> Sebelum mengundur diri, ingin saya beritahu bahawa pertanyaan saya adalah
>atas dasar sesama muslim dan tidak mewakili mana-mana pihak, gerakan atau
>parti. Ia atas dasar *amar ma'ruf nahi 'an al-munkar* semata-mata.
> Semuga Allah Subhanahu Wa Ta'ala memberi hidayah kepada kita dan
>menunjukkan kepada kita yang benar itu benar - hingga kita mampu
>mengikutinya dan menunjukkan yang batil itu batil - hingga kita mampu
>menjauhinya.
> Wassalam.
>
>---------- Forwarded message ----------
>From: syed dahij <[EMAIL PROTECTED]>
>Date: Sep 21, 2005 10:30 PM
>
>
>*Roslan SMS <[EMAIL PROTECTED]>* wrote:
>
> *Kasihan Mawi di seret Ketua Putera Umno*
>
>*ROSLAN SMS*
> Siapa bilang Umno tak bimbang bila Mawi setuju ke Kelantan?
>
>Terbukti hari ini Pengerusi Putera Umno, yang memiliki latarbelakang serba
>berwarna-warni itu, terpaksa menyeret Mawi ke PWTC bagi membuktikan yang
>Mawi kononnya benar-benar menyokong Umno. Dikhabarkan majlis di PWTC itu
>sepatutnya majlis pengisytiharan Mawi menyertai Putera Umno (sila lihat
>Harakahdaily), akan tetapi majlis yang dirancangkan itu tidak menjadi
>sedemikian.
>
><http://photos1.blogger.com/blogger/858/414/1600/azeez.jpg>
><http://photos1.blogger.com/blogger/858/414/1600/poster.jpg>
>
>Sebagaimana Azeez pun difahamkan pernah merancang mendapatkan ijazah Phd
>(yang membawa gelaran Dr. ) sehinggalah beberapa pihak termasuk BLOG ini
>mendedahkan bahawa beliau sebenarnya tidak pernah layak memasuki mana-mana
>universiti berdasarkan kelayakan akademiknya, lalu cadangan memperolehi
>Doktor Falsafah secara segera itu telah dibatalkan. (Azeez pernah kononnya
>mendakwa Universiti Prestoon yang beliau masuk belajar adalah Universiti
>tertua di Amerika Syarikat, mengikut rekod universiti berkenaan ditubuhkan
>pada tahun 1994, baru 11 tahun, tua lagi UM)
>
>Mawi muncul dikaca TV hari ini menyatakan:
>
>*Saya penyokong setia Pak Lah dalam memerangi musuh nombor satu negara
>(dadah), memang saya sokong habis-habisan. (Petikan BERNAMA)
>*
>Sesungguhnya bukan hanya Mawi malah saya percaya MB Kelantan, orang-orang
>PAS, orang-orang tidak berparti siapa sahaja memang menyokong Pak Lah
>selaku
>PM dalam bab memerangi dadah. Dan tidak sekadar itu termasuklah dalam bab
>memerangi rasuah, membawa ketelusan dalam kerajaan, membela rakyat
>termiskin
>dan berbagai lagi masalah yang melibatkan rakyat dan negara, kita semua
>bersama Pak Lah.
>
>Kalau sekadar itu sahaja matlamat Azeez, saya percaya jangankan Mawi, Ketua
>Dewan Pemuda PAS pun boleh mengisytiharkan demikian tanpa perlu
>dipaksa-paksa!
>
>Tetapi Azeez sebenarnya telah merancang agar Mawi mengisi borang Putera
>Umno
>lalu mengisytiharkan dirinya ahli Putera sebagaimana pernah seorang artis
>wanita dahulu yang mengisytiharkan dirinya ahli Puteri Umno.
>
>Akan tetapi hajat Azeez itu tak kesampaian. Dalam majlis tersebut menurut
>beberapa wartawan (yang malangnya tak terbit pula di TV) Mawi mengatakan:
>
>*Saya tidak berpihak ke mana-mana pihak, saya neutral.
>*
>Mengapa mahu dipaksa anak muda ini? PAS sendiri tidak pernah terhegeh-hegeh
>mempelawa Mawi menyertai parti itu. Tok Guru MB Kelantan umpamanya sekadar
>mengiktiraf kesungguhan Mawi yang dilihat cenderung kepada budaya hiburan
>yang tidak bertentangan dengan Islam.
>
>Atas kecenderungan inilah maka Mawi diundang ke Kelantan. Mawi tidak perlu
>menyertai PAS, cukup sekadar memberikan kesediaan untuk membuat persembahan
>yang menepati peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan negeri.
>
>Mengapa Azeez begitu ghairah mahu memaksa Mawi menyertai Umno, jika tidak
>kerana bimbang yang anak muda ini akan nanti terpikat dengan PAS dan terus
>membawa bersama para peminatnya naik bulan!
>
>Biarlah Mawi membuat keputusannya sendiri. (Tak payah paksa-paksalah Azeez,
>jangan bawa budaya amalan anda itu dalam kes melibatkan Mawi ni). Sebelum
>ini pun beliau pernah menegaskan tidak menyertai mana-mana parti, siapa
>sahaja undang, beliau akan pergi. Biarlah dia bebas memutuskan halnya
>sendiri.
>
>Siapa yang menonton siaran di TV tadi dengan jelas dapat melihat betapa
>Azeez cuba mempengaruhi Mawi ketika Mawi membuat kenyataan dengan cara
>berbisik-bisik di sebelahnya. Sehingga Mawi diajukan persoalan darihal
>kecenderungan politik ayahnya, sampai begitu sekali.
>
>Janganlah sampai memeras dan mengugut untuk mendapatkan kepuasan politik,
>itu amalan zaman Hang Tuah.
>
>Ayah dan keluarga Mawi sebagaimana Mawi sendiri berhak menyokong siapa
>sahaja yang mereka mahu. Dan mereka tidak perlu menzahirkan pada seiapa
>pun,
>lebih-lebih lagi Azeez. Cukuplah poster Tuan Guru yang membisu di dinding
>rumah di FELDA Taib Andak sebagai saksi bagi mereka yang berakal.
> *JEMPUT KE ROSLAN SMS CORNER*
>http://n32.blogspot.com/
>
>  
>





------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page
http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest".  
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke