Zakaria Latif <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
(Embedded image moved to file: pic19264.pcx)
Assalamu'alaikum wbt kepada muslimin dan muslimat, saudara seIslam semua.
Semoga semua beroleh keberkatan yang berpanjangan dari Allah SWT.
Surah Al-Baqarah Ayat 183, Allah SWT berfirman yang bermaksud:
"Wahai orang -orang yang beriman! diwajibkan atasmu berpuasa sebagai
diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu, supaya kamu menjadi orang yang
bertaqwa".
Surah Al-Baqarah Ayat 185, Allah SWT berfirman lagi, yang bermaksud:
"(Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadhan, bulan yang
didalamnya diturunkan Al-Quran,
menjadi pertunjuk bagi kalian manusia dan menjadi penjelasan-penjelasan
mengenai petunjuk
dan membezakan diantara yang hak dan yang batil." (hingga akhir ayat).
Bersama-sama e-mail ini disertakan yang bakal diadakan di Masjid
Asy-Syakirin, KLCC, Insya'Allah ,program-program Sempena Ramadhan
Al-Mubarak 1426. Maklumat lanjut program adalah seperti berikut:
1. TAZKIRAH ZOHOR.
Tarikh : Setiap hari Sepanjang Bulan Ramadhan (Kecuali
Hari Jumaat diganti dengan Forum).
Masa : 01.00- 02.00 Tengahari.
2. FORUM RAMADHAN AL-MUBARAK.
Tarikh : Setiap Jumaat sepanjang bulan Ramadhan.
Masa : 12.00 tengahari hingga masuk waktu
solat Jumaat.
3. TAZKIRAH SEBELUM BERBUKA (Bab Penyucian Hati)
Tarikh : Sepanjang Bulan Ramadhan.
Masa : 06.15 - 07.00 petang.
4. QIAMULLAIL / IKTIKAF
Tarikh : Setiap pagi Ahad / 10 hari
terakhir Bulan Ramadhan.
Masa : Mula Jam 3.30 pagi. (Makan Sahur disediakan)
Pimpinan : Imam Jemputan. (Sila rujuk kepada pihak
masjid).
5. TADARUS AL-QURAN DI MASJID ASY-SYAKIRIN KLCC.
Tarikh : Sepanjang Bulan Ramadhan.
Masa : Selepas Waktu Asar.
Nota : Kepada yang berminat sila email nama dan no.
h/phone ke [EMAIL PROTECTED]
Dimaklumkan di sini, disepanjang Bulan Ramadhan ini, pihak Masjid
Asy-Syakirin, KLCC akan menyediakan jamuan berbuka puasa untuk 400 orang
(Bergantung kepada sambutan orang ramai).
Pihak Masjid Asy-Syakirin, memohon jasa baik muslimin dan muslimat semua,
agar dapat memanjangkan e-mail ini kepada kaum keluarga dan
sahabat-handai. Kerjasama dan sokongan semua didahului dengan ucapan
ribuan terima kasih. Semoga ianya diterima sebagai amalan yang soleh
di sisi Allah SWT. Apa yang baik dari Allah SWT. Sebarang kekurangan adalah
kelemahan kami. Ribuan kemaafan dipohon di atas segala kesilapan dan
kesalahan yang berlaku.
Akhir kalam saya bagi pihak Pengurusan dan Ahli Jawatan Kuasa Masjid
Asy-Syakirin, KLCC, ingin mengucapkan:
MARHABAN YA RAMADHAN. TAHNIAH KEPADA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT SEMUA DI ATAS
KEJAYAAN MENJADI TETAMU KEPADA RAMADHAN AL-MUBARAK KALI INI. SELAMAT
MENJALANI IBADAH DI BULAN YANG PENUH KEBERKATAN INI,
SEMOGA AMAL IBADAT KITA DI BULAN RAMADHAN INI ADALAH YANG TERBAIK
BERBANDING RAMADHAN YANG SEBELUMNYA.
SEMOGA IANYA MENJADI SAKSI UNTUK KITA MEMPEROLEHI KEAMPUNAN, KEREDAAN DAN
BALAS SYURGA DARI ALLAH SWT.
INSYA'ALLAH. RIBUAN KEMAAFAN DARIPADA KAMI DI ATAS SEGALA KELEMAHAN DAN
KESILAPAN.
Wassalam.
B/P Pihak Masjid Asy-Syakirin, KLCC.
How much free photo storage do you get? Store your holiday snaps for FREE with Yahoo! Photos. Get Yahoo! Photos
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "hidayahnet" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
