Rasa ada yang bagi tips hari tu makan soup ketam, dan ada satu lagi email from chinese friend juice from one of our ulam..totally fgt, but it works i will find it and post later. Denggi makin menular especially di area yang sedang rancak membangun ( this is one of the price we have to pay in the name of development beside many other things such as social problem etc)
own experience kena denggi banyak memberi lesson, seeing people died everyday in 'critical ward' made me really mengharapkan ehsan dari yang Esa. 2 kids in icu, hubby dah tak tentu arah tak terurus, my mother cried seing her grandson in that condition, inlaws came all the way from north to bring air yasin and air zam2, ustad in the cyber net ( who stil remain faceless) tak putus buat sesi yassin and solat hajat. doa dan zikir tak penah lekang and thank God masih diberi peluang untuk beramal ibadat. manusia kalau tak diuji perkara2 critical begini sometimes they fgt their roots, leka dengan duniawi.
Proses penularan:
* Nyamuk betina menghisap darah manusia untuk mendapatkan protein bagi keperluan pembiakannya
* Tiga hari selepas menghisap darah, ia akan menghasilkan sehingga 100 butir telur yang halus seperti pasir
* Nyamuk dewasa akan terus menghisap darah dan bertelur lagi
*Apabila nyamuk betina menggigit atau menghisap darah orang yang menghidap demam denggi, virus akan masuk ke dalam tubuh nyamuk
* Sekitar sembilan hari diperlukan oleh virus denggi hidup dan membiak di dalam air liur nyamuk
* Apabila nyamuk yang dijangkiti menggigit manusia, ia akan memasukkan sekali virus denggi yang berada di dalam air liurnya ke dalam sistem aliran darah manusia
* Selepas empat hingga enam hari atau yang disebut sebagai tempoh pengeraman, mangsa akan mulai mendapat demam yang tinggi
* Pada hari ketiga berikutnya, mereka akan mengalami sindrom kejutan denggi. Sekiranya dapat diatasi, maka, fasa penyembuhan akan berlaku setelah hari ketujuh. Penularan mekanikal juga boleh berlaku apabila nyamuk aedes betina sedang menghisap darah orang yang dijangkiti virus denggi diganggu, dan nyamuk itu dengan segera akan menggigit orang lain pula.
Ini akan menyebabkan virus yang terdapat di dalam belalai nyamuk tersebut akan masuk ke dalam peredaran darah orang kedua tanpa memerlukan masa pengeraman.
Seekor nyamuk yang sudah dijangkiti akan membawa virus itu di dalam badannya sehingga mati, baik secara alami mahupun akibat ditepuk oleh manusia.
Apabila seseorang itu demam, segeralah berjumpa dengan doktor terutamanya dalam keadaan sekarang.
Doktor akan melakukan pemeriksaan termasuk pemeriksaan darah di makmal bagi menentukan sama ada wujud demam denggi berdarah yang boleh mengancam nyawa.

Ujian makmal bertujuan mengukur jumlah leukosit, platelet dan trombosit dalam darah.
Sekiranya trombosit yang diperlukan untuk pembekuan darah kurang dari 100.000/_L, pendarahan mudah berlaku.
Sementara itu, hematokrit yang meningkat sebanyak 20 peratus juga diambil kira sebagai tanda demam denggi berdarah.
Jenis-jenis demam denggi:
* Pesakit tidak mengalami sebarang gejala
* Denggi klasik, pesakit mengalami demam kuat selama empat hingga tujuh hari, sengal tulang yang diikuti dengan munculnya bintik-bintik merah di bawah kulit
* Demam denggi berdarah, gejalanya adalah sama dengan denggi klasik di samping pendarahan hidung, lipatan siku, mulut dan dubur, muntah darah dan berak berdarah
* Sindrom kejutan denggi. Pesakit mengalami gejala yang sama seperti demam denggi berdarah tetapi disertai dengan kaki dan tangan menjadi sejuk, bibir biru, pucat, gelisah, lesu dan mengantuk.
Denyutan jantung juga menjadi kencang (lebih 150 kali seminit), nadi lemah, berpeluh dan tekanan darah merosot. Lain-lain gejala berkaitan dengan kegagalan sistem saraf pusat, kerosakan hati dan buah pinggang.
Tempoh kejutan adalah singkat di mana pesakit boleh meninggal dalam tempoh 12 ke 24 jam atau sembuh dengan cepat jika diberikan rawatan sewajarnya.
Disebabkan demam denggi berdarah dan sindrom kejutan denggi menyebabkan maut, segeralah berjumpa doktor apabila demam.
Doktor menyarankan pesakit meminum air yang banyak bagi mengelakkan dehidrasi, memberikan ubat-ubatan bagi menurunkan suhu badan yang panas dan pemampatan ais.
Menghapuskan aedes adalah tanggungjawab bersama seluruh masyarakat dan adalah diharapkan budaya gotong-royong dapat dihidupkan semula.
Setiap orang bertanggungjawab terhadap persekitaran masing-masing kerana mereka adalah orang pertama yang akan dijangkiti jika persekitaran adalah kondusif untuk pembiakan nyamuk aedes.
Cuma bersihkan tempat takungan air, semburan kabus atau memutuskan rantaian pembiakan nyamuk aedes dengan ubat jentik-jentik.
Caranya murah dan murah sahaja. Persoalannya, mahukah kita?
Gejala demam denggi:
* Demam kuat secara tiba-tiba dan berterusan hingga melebihi 39 darjah celsius
* Ruam merah pada kulit
* Sakit-sakit tulang, sengal-sengal otot dan sendi sehingga menyukarkan pergerakan
* Sakit biji mata dan di bahagian belakang mata
* Sakit kepala yang teramat sangat
* Muntah-muntah
* Sakit perut
* Hilang selera makan
* Pendarahan dalaman pada badan, hidung dan mulut.
Kawalan dan pencegahan
Hapuskan pembiakan aedes:
* Tutup semua bekas menyimpan air untuk mencegah nyamuk bertelur
* Salin air dan basuh sehingga bersih pasu bunga, alas pasu, kolah mandi dan sebagainya seminggu sekali
* Bersihkan saluran air hujan (saluran bumbung) daripada air bertakung
* Pastikan tempat bertakung air seperti tayar buruk, kaca atau tin kosong dibuang untuk mengelak menjadi tempat pembiakan aedes
* Tanam semua benda/bekas yang boleh menakung air seperti botol kosong, tin kosong, bekas plastik dan sebagainya
* Masukkan ubat pembunuh jentik-jentik seperti Abate mengikut sukatan yang ditetapkan (10 gram untuk 20 gelen air) tiga bulan sekali.
Hapuskan nyamuk dewasa:
* Gunakan racun serangga (aerosol) di rumah
* Pasang jejaring nyamuk pada tingkap
* Semburan kabus (pogging) akan dilakukan oleh pihak berkuasa.
Lain-lain saranan:
* Tidur menggunakan kelambu
* Mengenakan baju berlengan panjang dan tidak berseluar pendek
* Pakaian yang diletakkan di dalam almari kalau boleh jangan dibiarkan bergantungan tetapi dilipat
* Losen anti nyamuk juga boleh digunakan pada permukaan kulit yang tidak bertutup.

Do you Yahoo!?
New and Improved Yahoo! Mail - 1GB free storage!
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "hidayahnet" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.