memang masih mencari sekarang ni dalam pembacaan saya ialah buku Hayatus sahabah, oleh as-sheikh muhammad yusof al-kandahlawi..banyak lagi fakta yang harus dicari tak boleh berdasarkan buku teks semata2. thanks for the advice.
--- In [email protected], wan amildin wrote: > a.alaikum semua.. > saya berpendapat janganlah kita sebarkan sesuatu yang hanya berpandukan rujukan2 yang tidak betul sekuritinya kerana dalam keadaan sekarang ini bermacam macam cara digunakan oleh musuh islam untuk memecahbelahkan umat islam. walaupun apa mazhab kita samaada hanafi, maliki, shafie, hambali, wahabi atau syiah ke, marilah kita kembali menjadi satu seperti yang dibawa oleh rasullallah (SAW). perpecahan yang berlaku hari ini akan memberikan peluang kepada musuh islam untuk menghancurkan kita. > kepada sesiapa yang masih juga ingin mengetahui berkenaan syiah dan sunni saya minta carilah rujukan yang nuetral tentang sirah nabi (saw): > 1.kejadian semasa nabi (saw) dengan saidina umar bila beliau (saw) sedang nazak. > 2. kejadian perebutan hak khalifah semasa manusia agong muhammad bin abdullah (saw) baru wafat. jenazah baginda (saw) masih belum disemadikan tapi peristiwa perlantikan telah berjalan dengan pedang keluar dari sarungnya tanpa menghiraukan 12 orang keluarga dan sahabat terdekat nabi (saw). > 3.bacalah juga berkenaan bila mana saidatina fatimah azzahra marah sehinggakan hendak membuka auratnya iaitu rambut untuk meleraikan pertengkaran. > 4.kalau boleh carilah rujukan tentang aduan yang akan beliau sampaikan kepada ayah beliau nabi (saw) setelah beliau diberikan mimpi yang beliau akan menyusul ayahanda beliau nabi (saw) ke alam baqa. > 5.pesanan saidatina fatimah azzahra kepada suami dan anak2nya supaya dirahsiakan makamnya. > 6.dizaman muawiyah kenapa ahli bait nabi (saw) dilaknat dimimbar masjid selama 65 tahun. > 7.carilah rujukan tentang siapakah sahabat2 terdekat nabi spt abu dzar alghafiri, salman alfarisi. bagaimana mereka mendapat islam dan bagaimana akhir hayat mereka. > > tentunya banyak lagi yang perlu dibaca tetapi permulaannya carilah rujukan dari kitab muktabar lama dan baca lah berkenaan peristiwa saidina husin di karbala. janganlah hanya baca peristiwa tersebut sahaja hendaklah cari juga renteten sebelum dan selepas peristiwa tersebut. permulaannya bilamana saidina husin dan hasan masih kecil. husin digendongan manakala hasan dipimpinan baginda. kelihatan wajah baginda (saw) merah seakan bersedih. sahabat bertanya kenapa baginda (saw) bersedih. beliau ceritakan tentang apa yang akan terjadi pada saidina husin dikarbala dan beliau menamakan pembunuh tersebut dengan gelaran perberontak. setelah peristiwa terjadi bagaimana pula layanan yang diberikan kepada anak saidina husin iaitu ali zainal abidin dan saudara perempuan beliau sakinah. > saya syorkan saudara2 supaya terlebih dahulu selidikilah sirah nabi (saw) dari awal kelahiran beliau sehingga cicit beliau iaitu anak saidina husin. > saya minta supaya selidikilah sirah nabi (saw) dahulu sebelum kita bercerita tentang hukum. sekiranya saudara sudah mula membaca saya percaya saudara akan dapati betapa ceteknya ilmu didada kita dan semakin banyak yang kita ketahui maka terasakan betapa bertambah ceteknya ilmu kita kerana ilmu ugama ini terlampau banyak. air 7 lautan pun kalau dijadikan dakwat masih tidak cukup untuk menerangkan ilmu ALLAH. > > > [EMAIL PROTECTED] wrote: > i suggest u berguru lah there are a lot of things yang kita tak > sedar selama ni, saya pun masih belajar. ramai yang lebih suka > belajar ilmu2 yang berkaitan dengan ibadah tanpa disedari ada banyak > lagi cabang ilmu yang perlu dipelajari untuk melengkap kan diri > sebagai seorang umat islam..to share it here i dont think i am > ready.. > syiah bukan semuanya pembohong ada di kalangan orang syiah ni yang > memanggil diri mereka syiah sunni.yahudi tu pun ramai di kalangan > kita beranggapan yahudi tu adalah bangsa yahudi di israel sahaja, > the real explanation about yahudi tu is very broad. malah di > kalangan kita ni pun ada orang yahudi..sape meraka? fikirkan > lah..sedangkan orang bangsa yahudi tu pun ada yang baik bukan > semuanya yang jahat belaka. > -- In [email protected], alam semesta wrote: > > Suriain, > > Saya tak faham dekat mana yang kata buku sejarah kita diputar- > belitkan oleh > > pengikut syiah, seperti contoh yang awak beri tu.... > > Hussein cucu nabi memang telah dibunuh di Karbala, tidak ada siapa > yang > > dapat menafikan itu. Husein telah dituduh cuba melakukan > pemberontakan > > keatas Khalifah pada masa itu. Beliau pada masa itu dalam > perjalanan pulang > > selepas di beri pengampunan tetapi telah diserang ditengah jalan > (Karbala). > > Sunni atau Sunah, kedua-duanya ada memainkan peranan dalam > mencipta > > hadis-hadis palsu kerana keadaan di masa itu yang berpecah kepada > 2 puak > > yang besar. Terdapat juga hadis dari puak Sunah yang membesarkan > > Khalifah-khalifah Abu bakar, Osman, Omar tapi tidak memasukkan Ali > dalam > > hadis-hadis tersebut. > > Tetapi sesuatu yang pasti, kalau kita kaji sebab perpecahan yang > besar > > berlaku ternyata atas nama politik dan kuasa manusia sanggup > melakukan apa > > saja. Tindakan Muawiyah dan anaknya juga tidak membantu langsung > apabila > > mereka mengambil sikap berperang dengan pengikut Ali. > > Tindakan kita sekarang juga tidak membantu, apa yang kita dapat > dengan > > terus menerus mengungkit peristiwa hitam ini(Islam berpecah), > sepatutnya > > kita generasi baru harus mengambil langkah untuk mencari jalan > untuk > > menyatukan, bukan lebih memecahkan. Mebuat Phd untuk kata Syiah tu > sesat > > atau Sunah tu sesat, adakah akan membawa kita ke mana-mana?? > > > > On 9/4/05, suriainsani <suriainsani> wrote: > > > > > > *Saya tak pasti dah syare ke belum article di bawah ni, but its > very > > > important to know. awal penyebaran islam di malaysia telah > banyak dilakukan > > > oleh golongan syiah yang kita sendiri tak sedari .sebab itu > dalam buku teks > > > pendidikan islam tingkatan 5 yang saya dan kebanyakkan anda > semua pelajari > > > dahulu banyak cerita2 yang memburukkan sahabat yang tanpa kita > sendiri > > > sedari. kalau dulu kita belajar kisah perang siffin tu, si > muawiyah tu jahat > > > sangat sampai cucu nabi terkorban. ingat lagi masa belajar > sejarah islam ni > > > sampai ustazah yang mengajar pun siap kutuk lagi...now dah > beralih zaman > > > rasa nak menangis pulak bila learned the truth...a lot of things > banyak > > > diputar belitkan dan dah jadi sebahagian dari sejarah islam yang > kita > > > sendiri dah terima dan dibuku tekskan. penah suatu ketika > pemarkahan > > > peperiksaan penting di malaysia ikut budi bicara si pemeriksa, > kalau > > > students ikut directly facts from text book kira ok, or if they > gave their > > > own answer base on current knowledge pun boleh accept. i wont go > detail on > > > this boleh masuk kamunting camp nanti. sebabnya we realized what > our > > > children learned about history of islam dah diputar belitkan. > nilah gunanya > > > ilmu.* > > > ** > > > ** > > > *Pembohongan Syiah Di Dalam Sejarah Islam* > > > > > > *susunan > > > ****Hasrizal Abdul Jamil <http://www.hasrizal.com/>* > > > BA (Hons) SHARIA Mu'tah University, Jordan > > > > > > *PENGENALAN* > > > > > > Ulamak ilmu jarh wa ta'dil (penilaian keadilan perawi hadith) > telah > > > bersetuju secara keseluruhannya bahawa fenomena pembohongan di > kalangan > > > syiah adalah lebih menonjol dan ketara berbanding dengan > kelompok-kelompok > > > yang lain. Kitab-kitab ilmu jarh wa ta'dil yang masyhur seperti > kitab-kitab > > > Imam Bukhari, Ibnu 'Adi, Ibnu Mu'ien, Ad-Daruquthni dan lain- > lain penulisan > > > mereka yang berikhtisaskan hal ehwal sanad periwayatan, secara > nyata membuat > > > kesimpulan bahawa, pembohongan oleh syiah adalah yang paling > banyak di > > > kalangan ahli qiblat. Bahkan muncul pepatah yang berbunyi 'lebih > pembohong > > > dari rafidhi (syiah)' sebagai mengisyaratkan kepada betapa > seseorang itu > > > sangat kuat berdusta. > > > > > > Sebagai contoh, Abu Muawiyah Ad-Dharir Al-Kufi berkata, aku > telah > > > mendengar Al-A'masy menyebut, "...aku telah menemui orang ramai > dan tidaklah > > > mereka menamakan syiah itu melainkan sebagai para pendusta." > (lihat :*Minhaj As-Sunnah > > > * oleh Ibnu Taimiyah juzuk 1 ms. 16). Al-Khatib Al-Baghdadi juga > pernah > > > meriwayatkan dengan sanad kepada Ibnu Al-Mubarak, beliau > berkata, "Abu > > > 'Ismah telah bertanya kepada Abu Hanifah : daripada siapakah > kamu > > > memerintahkan aku supaya mendengar (untuk mengambil dan > meriwayatkan > > > hadith)?" Abu Hanifah menjawab, "Daripada setiap mereka yang > adil pada hawa > > > nafsunya melainkan syiah, kerana sesungguhnya usul aqidah mereka > adalah > > > menghukum sesat para sahabat Muhammad SAW". (lihat :* Al- Kifayah > fi 'Ilmi > > > Ar-Riwayah* oleh Al-Khatib Al-Baghdadi ms. 203). > > > > > > Bahkan Hamad bin Salamah telah berkata, "telah berkata syeikh > mereka > > > (syiah) bahawa: Sesungguhnya jika kami berkumpul, kami akan > memperelokkan > > > satu-satu riwayat dan kemudian kami jadikan ia sebagai hadith!" > (lihat:* Minhaj > > > As-Sunnah* oleh Ibnu Taimiyah juzuk 1 ms. 16). Selain itu, Yunus > bin Abdul > > > A'la telah berkata, "Asyhab telah berkata: Imam Malik telah > ditanya > > > pendapatnya mengenai syiah rafidhah". Imam Malik > menjawab, "janganlah kamu > > > bercakap dengan mereka dan jangan meriwayatkan apa-apa dari > mereka. > > > Sesungguhnya mereka itu adalah pendusta." (lihat:* Al-Muntaqa* > oleh > > > Adz-Dzahabi, ms. 21). Harmalah juga pernah bekata, "aku > mendengar Imam > > > Asy-Syafie berkata: aku tidak pernah melihat seseorang membuat > kesaksian > > > palsu selain daripada syiah ar-rafidhah". (lihat :* Al-Kifayah > fi 'Ilmi > > > Ar-Riwayah* oleh Al-Khatib Al-Baghdadi ms. 202). > > > > > > Lebih jauh daripada itu, syiah telah menjadikan pendustaan > sebagai syiar > > > mereka lalu diimejkan jenayah itu dengan imej keagamaan dengan > menamakannya > > > sebagai 'Taqiyyah'. Misalnya mereka berkata, "Tiada iman bagi > sesiapa yang > > > tidak bertaqiyyah" Kalam ini mereka nisbahkan kepada Muhammad Al- > Baqir > > > sebagai pengkhianatan dan pencelaan ke atas Al-Baqir. (*lihat: > Al-Kafi fil > > > Usul* oleh Al-Kulaini, bab At-Taqiyyah juzuk 2 ms. 19). > > > > > > *ALUL BAYT DAN PEMBOHONGAN SYIAH* > > > > > > Pembohongan syiah bukan sahaja mendapat komentar oleh para > ulamak hadith > > > dan lain-lainnya, bahkan turut diulas oleh Saidina Ali RA dan > para Alul Bayt > > > sendiri. Misalnya, Abu Amr Al-Kasyi menyebut di dalam kitab* Ar- > Rijal*, > > > "Abu Abdillah (iaitu Jaafar As-Sadiq) telah berkata: > sesungguhnya kami Alul > > > Bayt adalah orang-orang yang benar, tetapi kami tidak bebas dari > terkena > > > pendustaan ke atas kami. Lantas kebenaran kami telah gugur > disebabkan oleh > > > pendustaan mereka ke atas kami di kalangan manusia. Rasulullah > SAW adalah > > > sebenar-benar insan tetapi Musailamah telah mendustainya, Amirul > Mu'minin > > > Ali bin Abi Thalib adalah orang benar selepas Rasulullah SAW > dengan > > > kesaksian daripada Allah tetapi dia telah didustakan oleh > Abdullah bin Saba' > > > -Laknatullah 'Alaih-. Manakala Abu Abdillah Al-Husein bin Ali > pula telah > > > ditimpa bencana Al-Mukhtar (Ats-Tsaqafi). ..Manakala Ali bin Al- > Husein pula > > > telah didustakan oleh Abdullah bin Al-Harith Asy-Syami dan > Bannan... begitu > > > juga dengan Al-Mughirah bin Said serta As-Sirriey dan Abu Al- > Khattab..." > > > Lantas beliau menyambung, "... laknat Allah ke atas mereka > semua, dan kami > > > juga tidak terlepas dari didustakan oleh pendusta. Cukuplah > Allah (sebagai > > > pelindung kami) dari bencana sekalian pendusta, semoga Allah > merasakan ke > > > atas mereka kepanasan besi yang terbakar". (lihat:* Ar-Rijal* > oleh > > > Al-Kasyi ms. 257). > > > > > > Sesungguhnya golongan syiah telah mencipta banyak hadith dan > riwayat palsu > > > yang bertepatan dengan kehendak hawa nafsu mereka sebagaimana > mereka > > > mencipta hadith palsu di dalam bab kelebihan Ali dan Alul Bayt. > Mereka juga > > > mencipta banyak nas palsu untuk mencela pada sahabat RA > khususnya Abu Bakar > > > RA dan Umar Al-Khattab RA. (lihat contohnya di dalam* Syarh > Nahjil > > > Balaghah* oleh Ibnu Abi Al-Haddad, juzuk 2 ms.135). Syiah juga > mencipta > > > hadith palsu untuk menghina Muawiyah RA. Satu contoh mudah > adalah hadith > > > yang dinisbahkan kepada Rasulullah SAW kononnya Baginda > berkata, "jika kamu > > > melihat Muawiyah di atas mimbarku, maka bunuhlah dia" (lihat:* > Al-Alie' > > > Al-Masnu'ah fi Al-Ahadith Al-Maudhu'ah* oleh As-Sayuti, juzuk 1 > ms. 323) > > > Bukan sahaja di dalam membahaskan tentang Ali RA dan Muawiyah > RA, bahkan > > > syiah juga mencipta banyak pembohongan terhadap para sahabat RA > yang lain. > > > Jika mereka berani untuk mendustakan Nabi SAW maka seudah > tentulah > > > pembohongan ke atas selain Baginda itu jauh lebih mudah bagi > mereka. > > > > > > *IBNU TAIMIYAH DAN SYIAH* > > > > > > Penulisan Ibnu Taimiyah di dalam kitabnya* Minhaj As-Sunnah* > adalah di > > > antara penulisan yang paling baik di dalam proses mendedah dan > menyingkap > > > perancangan dan taktik syiah merosakkan kesucian Islam di dalam > masalah > > > aqidah, hadith, fiqh dan sejarah. Katanya, "... sesungguhnya > ahli ilmu telah > > > bersepakat dengan naqal,, riwayat dan isnad bahawa syiah itu > adalah > > > sedusta-dusta kaum, pembohongan di kalangan mereka telah begitu > lama, dan > > > sebab itulah para imam dan ulamak Islam mengenali mereka sebagai > kelompok > > > yang beridentitikan 'kaki dusta'" (lihat:* Minhaj As-Sunnah* > oleh Ibnu > > > Taimiyah juzuk 1 ms. 16). > > > > > > Jika dibuat penelitian terhadap riwayat-riwayat yang dipelopori > oleh > > > syiah, kita akan menemui kesimpulan bahawa golongan ini tidak > pernah > > > memperincikan hadith- hadith mereka kepada soal amanah,* 'adalah* > (keadilan perawi) dan penjagaan serta hafalan. Kitab-kitab muktabar > mereka > > > seperti Al-Kafi dan sebagainya, penuh dengan riwayat-riwayat > yang disanadkan > > > kepada sedusta-dusta perawi. Ini adalah kerana, pertimbangan > kesahihan > > > riwayat mereka hanyalah berpaksikan kepada sikap taasub, hawa > nafsu dan > > > kebencian mereka terhadap kepimpinan dan ulamak Islam. Jelas > sekali mereka > > > tidak menerima riwayat melainkan ia dibawa oleh perawi yang > semazhab dengan > > > mereka, iaitu cukup dengan kedudukan perawi itu seorang syi'e > imami. Tidak > > > menjadi soal sama ada perawi itu seorang yang teliti atau lalai, > benar atau > > > pembohong, mereka tidak menilai riwayat-riwayat dengan satu > kaedah ilmiah > > > sebagaimana yang kita lihat di kalangan ulamak Ahli Sunnah Wal > Jamaah. > > > Kaedah ini adalah intisari terpeliharanya ajaran Islam bahkan > dikagumi oleh > > > pengkaji- pengkaji barat seperti Margolioth dan lain-lain. > Seringkali > > > apabila ditanya siapakah perawi hadith ini, syiah akan menjawab, > ia > > > diriwayatkan oleh Al-Husein, Al-Baqir atau Musa Al-Kadzim... > maka > > > muktamadlah ia. (lihat:* Asy-Syiah fi 'Aqa'idihim wa Ahkamihim* > oleh Amir > > > Muhammad Al-Kadzimi Al-Qazwini ms. 6, dinaqalkan dari* Wa Jaa'a > Daurul > > > Majus* oleh Dr. Abdullah Al-Gharib ms. 121) > > > > > > Ibnu Taimiyah ketika membantah dakwaan Ibnu al-Muthahhar Al- > Hulliy > > > Ar-Rafidhi yang mendakwa di dalam kitabnya* Minhaj Al-Karamah* > bahawa > > > perawi-perawi syiah adalah tsiqah, beliau berkata, > > > > > > ".. Kami (ahli sunnah dan hadith) mengkritik perawi-perawi kami > dari > > > kalangan ahli sunnah tanpa membuat sebarang penambahan. Kami > mempunyai > > > tulisan yang banyak sekali untuk menilai sama ada mereka adil > atau dhaif, > > > benar atau lalai, dusta atau keliru. Kami tidak menyokong mereka > secara > > > batil sebagai usul walaupun dengan kesalehan dan keelokan ibadat > mereka. > > > Bahkan kami menggugurkan periwayatan mereka sebagai hujah > sekiranya mereka > > > banyak melakukan kesilapan di dalam meriwayatkan hadith dan > lemah ingatan > > > walaupun mereka itu terdiri daripada wali-wali Allah. Sedangkan > kalian > > > (syiah) menetapkan seorang perawi itu sebagai tsiqah > (berkepercayaan) hanya > > > kerana dia seorang syiah imami, tanpa mengira dia itu seorang > yang pelupa > > > atau kuat ingatan, berdusta atau bercakap benar. Dengan itu > penuhlah di > > > tangan kalian berita dan khabar lisan kalian yang berdusta atau > tidak > > > diketahui kesahihannya. Sama perihalnya dengan Ahli Kitab Yahudi > dan > > > Kristian dengan pendustaan syiah Ar-Rafidhah sebagai > perbandingan..." > > > > > > "... Kami mengetahui bahawa Khawarij itu lebih jahat daripada > kalian, > > > tetapi walaupun begitu kami tidak menuduh mereka sebagai > pendusta. Ini > > > adalah kerana kami telah pun menguji mereka dan jelasnya mereka > itu bercakap > > > benar. Maka bagi mereka itu apa yang benar dan ke atas merekalah > > > kesalahan-kesalahan yang dilakukan.Sedangkan di sisi kalian, > yang benar > > > itu dianggap seperti titik hitam yang keji...! Sedangkan Ahli > Sunnah dan > > > Hadith tidak merestui pembohongan walaupun ia boleh memberikan > keuntungan > > > pada hawa nafsu. Lihat sahaja berapa banyak riwayat mengenai > kelebihan Abu > > > Bakar, Umar, Uthman bahkan Muawiyah serta yang lain-lainnya di > dalam > > > hadith-hadith yang sanadnya diriwayatkan oleh An-Naqqasy, Al- > Qathi'ie, > > > Ats-Tsa'labi, Al-Ahwazi, Abi Naiem, Al-Khatib, Ibnu Asakir dan > lain-lainnya. > > > Akan tetapi ulamak hadith tidak menerima sekiranya ada > keterangan tentang > > > berlakunya pendustaan di dalamnya bahkan jika pada isnad hadith > itu ada > > > sahaja seorang perawi majhul yang tidak diketahui perihalnya, > maka hadith > > > itu ditangguhkan penerimaannya. Sedangkan kalian (syiah) hanya > mensyaratkan > > > hadith di sisi kalian bahawa ia bertepatan dengan hawa nafsu > biarpun ia > > > umpama daging yang busuk mahupun lemak!" (lihat* Al-Muntaqa* > oleh > > > Adz-Dzahabi ms. 480) > > > > > > *IBNU QAYYIM AL-JAUZIYAH DAN SYIAH* > > > > > > Ketika mengulas tentang syiah, Ibnu Qayyim Al-Jauziyah > menyatakan, > > > "Manakala Ali bin Abi Thalib, hukum hakam dan fatwanya begitu > tersebar > > > sekali. Akan tetapi, semoga Allah membinasakan syiah, mereka > telah > > > merosakkan banyak daripada ilmunya (Ali bin Abi Thalib) dengan > melakukan > > > pendustaan ke atas beliau. Oleh yang demikianlah, anda dapati > kebanyakan > > > ashabul hadith dan ahlus sahih tidak berpegang kepada hadith dan > fatwa Ali > > > bin Abi Thalib melainkan jika ia datang melalui periwayatan Ahli > Baytnya dan > > > pengikut Abdullah bin Mas'ud." (lihat :* 'A'lam Al- Muwaqqi'ien* > oleh Ibnu > > > Qayyim Al-Jauziyah, juzuk 1 ms. 21) > > > > > > Jelaslah kelihatan di dalam pengamatan kita, bahawa kebanyakan > riwayat > > > yang wujud mencela khilafah Amirul Mu'minin Uthman bin Affan RA. > adalah > > > daripada golongan syiah. Mereka tidak meriwayatkan berita- berita > tentang > > > peristiwa berkenaan daripada perawi yang menyaksikan > kejadiannya, bahkan > > > hanya mendengar daripada yang mendengar, berdusta dari yang > berdusta. Dalam > > > banyak keadaan juga, seorang perawi banyak meriwayatkan kejadian > yang > > > berlaku berpuluh tahun sebelum itu. > > > > > > Berikut adalah pendapat para ulamak jarh wa ta'dil berhubung > dengan > > > beberapa orang perawi syiah terkemuka. Mereka adalah di antara > pemilik > > > riwayat-riwayat yang terdapat di dalam kitab sejarah yang utama > seperi kitab > > > * Tarikh Ar-Rusul wal Muluk* oleh Imam At-Thabari. Merekalah > juga tokoh > > > ahli akhbar (*akhbariyyin*) yang paling banyak menyumbang > riwayat > > > berhubung dengan fitnah yang berlaku di zaman Saidina Uthman dan > Ali RA. > > > Riwayat-riwayat berkenaan memperlihatkan pengolahan kisah dengan > gambaran > > > khusus untuk mereka menyebarkan propaganda syiah di awal-awal > terasasnya > > > sejarah Islam, selepas mereka menipu ramai manusia atas nama > agama dan > > > kecintaan kepada Alul Bayt! > > > > > > Kita kemukakan tiga contoh perawi syiah yang merupakan antara > perawi yang > > > wujud di dalam periwayatan* Tarikh At-Thabari*. Penjelasan ini > bertujuan > > > untuk memperlihatkan bagaimana mudarat yang telah syiah lakukan > terhadap > > > sejarah Islam. Mereka yang mahu melanjutkan pengetahun berhubung > dengan > > > perawi-perawi syiah, kitab-kitab ilmu* jarh wa-ta'dil* mempunyai > banyak > > > catatan berhubung dengan mereka. Bahkan terdapat juga buku yang > mengumpulkan > > > maklumat berhubung dengan perawi syiah secara khusus. Misalnya > kitab*Rijal Asy-Syiah fil Mizan > > > * oleh Abdul Rahman Abdullah Az-Zar'ie, cetakan Darul Arqam, > Kuwait. > > > > > > *Abu Mikhnaf Lut bin Yahya* > > > > > > *Abu Hatim* berkata mengenainya :* matruk* (ditinggalkan - yakni > tidak > > > diambil periwayatannya).* Ad-Darulquthni* pula mengatakan bahawa > beliau* > > > dhaif* (lemah).* Ibnu Mu'ien* berkata: dia itu tidak dipercayai > dan tidak > > > mempunyai sebarang nilai..* Ibnu 'Adie* mengatakan bahawa beliau > ini syiah > > > pekat yang menjadi tuan punya kisah-kisah (*akhbar*) kaum itu.* > > > Adz-Dzahabi* mengatakan bahawa beliau seorang* ikhbari* (ahli > akhbar) yang > > > cuai dengan periwayatannya serta tidak dipercayai. > > > > > > *Hisham bin Muhammad bin As-Saib Al-Kalbi* > > > > > > *Imam Ahmad bin Hanbal* berkata: Sesungguhnya beliau adalah > pemilik > > > hikayat-hikayat malam (*samar*) dan perihal nasab. Padaku > tidaklah ada > > > seorang pun yang mengambil hadith daripadanya.* Ad- Darulquthni* > pula > > > memberi komentar bahawa Al-Kalbi ini* matruk*.* Ibnu Asakir* > mengatakan > > > bahawa beliau ini syiah rafidhie yang tidak boleh dipercayai.* > Al-'Uqaili*mengatakan bahawa padanya ada kelemahan (dari segi jarh > wa ta'dil). > > > * Ibnu Al-Jarud* dan* Ibnu As-Sakan* menyenaraikan Al-Kalbi di > dalam kitab > > > * Ad-Dhu'afa* (perawi-perawi yang dhaif) mereka. Al-Kalbi juga > dicela oleh > > > * Al-Asma'ani*. * Ibnu Hibban* juga mengatakan bahawa beliau > meriwayatkan > > > daripada bapanya yang mana mereka berdua terkenal dengan kisah- > kisah karut > > > dan akhbar yang tidak diketahui asal-usulnya. Juga sangat > melampau di dalam > > > berpegang dengan mazhab syiahnya..* Ibnu Mu'ien* berkata: beliau > itu > > > seorang yang tidak dipercayai, pendusta dan sering tercicir di > dalam > > > periwayatannya.* Ibnu 'Adie* berkata: Hisham Al-Kalbi itu lebih > terkenal > > > dengan hikayat-hikayat malam (*samar*) dan setahu aku tidaklah > ia > > > mempunyai sebarang musnad bahkan bapanya juga adalah* al- kazzab* > (sangat > > > pendusta).* Adz-Dzahabi* pula memberi komen: Hisham itu tidak > boleh > > > dipercayai. > > > > > > *Jabir bin Yazid Al-Ju'fie* > > > > > > *Ibnu Mu'ien* berkata : Jabir itu seorang yang sangat pendusta, > hadithnya > > > tidak ditulis dan tiada kemuliaan baginya.* Zaidah bin Qudamah > Ats-Tsaqafi > > > Al-Kufi* berkata : sesungguhnya Al-Ju'fie itu demi Allah seorang > seorang > > > yang sangat pendusta dan beriman dengan akidah* Ar-Raj'ah*.* Abu > Hanifah*pula menyebut : Di kalangan orang yang pernah aku temui, > tiadalah yang lebih > > > pendusta dari Jabir Al-Ju'fie. Tidaklah aku berikan dia satu- > satu pendapatku > > > melainkan ia akan mendatangiku dengan sesuatu yang telah ia > lakukan kepada > > > pendapatku.* An-Nasa'ie* berkata :* matruk*.* Abu Daud* pula > berkata : > > > Tiadalah sebarang kekuatan pada hadithnya (Al-Ju'fie) di > sisiku.* > > > Asy-Syafie* berkata : Aku mendengar* Sufian bin Uyainah* > berkata: Aku > > > mendengar kalam Jabir Al-Ju'fie lantas aku segera menyembunyikan > diri kerana > > > bimbang kami akan ditimpa oleh bumbung!* Yahya bin Ya'la* pula > menyebut : > > > Aku mendengar* Zaidah Ats-Tsaqafi Al-Kufi* berkata : Jabir A- > Ju'fie itu > > > seorang syiah Ar-Rafidhie yang mencaci sahabat-sahabat Nabi > SAW.* Ibnu > > > Hibban* pula memberikan komentarnya : Beliau (Al-Ju'fie) itu > adalah* > > > saba'ie* pengikut Abdullah bin Saba'. Beliau mempercayai bahawa > Ali itu > > > akan kembali ke dunia.* Al-Jourjanie* berkata : Beliau itu > sangat > > > pendusta. > > > > > > *Kesimpulan* > > > > > > Ketiga-tiga perawi tadi adalah pemegang kepada riwayat-riwayat > utama > > > berhubung dengan peristiwa fitnah di zaman Saidina Uthman RA > yang terdapat > > > di dalam kitab* Tarikh Al-Umam War-Rusul* oleh Imam At- Thabari. > Merekalah > > > yang bertanggungjawab terhadap riwayat-riwayat dusta yang > memburuk-burukkan > > > para sahabat Rasulullah SAW seperti Uthman bin Affan RA., Aishah > RA. dan > > > Muawiyah bin Abi Sufian RA. Kefahaman umat Islam terhadap > beberapa peristiwa > > > getir di zaman itu seperti Perang Jamal dan Siffin, Majlis > Tahkim, > > > pembunuhan Husein RA dan sebagainya, juga dicemari dengan > riwayat-riwayat > > > para pembohong seperti perawi yang telah kita sebutkan di atas. > Oleh yang > > > demikian, amat penting bagi kita untuk membuat penilaian semula > terhadap > > > Sejarah Islam yang kita fahami selama ini. Mana-mana riwayat > yang didapati > > > bercanggah dengan kedudukan para Sahabat RA dan Baginda SAW > sendiri, > > > hendaklah dikaji semula dan dinilai berdasarkan kedudukan perawi > yang > > > meriwayatkannya. > > > > > > Ini adalah anjuran Imam At-Thabari sendiri sebagaimana yang > beliau > > > nyatakan di dalam muqaddimah kitabnya* Tarikh Al-Umam wal Muluk* > (*Tarikh > > > At-Thabari*) yang masyhur itu; bahawa kesahihan riwayat- riwayat > yang > > > dikemukakannya hendaklah ditentukan dengan menilai sanad yang > beliau > > > sertakan pada hampir setiap riwayat. Janganlah nanti kerana > menganggap kitab > > > * Tarikh At-Thabari* itu muktabar, maka kita mengabaikan kaedah > yang > > > disyaratkan kepada mereka yang ingin mengambil manfaat daripada > penulisannya > > > itu. Sesungguhnya semua ini berhajatkan kepada disiplin ilmu > yang tinggi, > > > maka janganlah nanti ada pula yang mencabuli kebenaran yang > menjadi hak > > > Allah tanpa ilmu pengetahuan yang nyata. Allah SWT berfirman: > > > > > > "Dan ada di antara manusia yang membantah perkara-perkara yang > berhubung > > > dengan Allah SWT, tidak berdasarkan sebarang pengetahuan, dan ia > menurut > > > tiap-tiap syaitan yang telah sebati dengan kejahatan." (Al- Hajj > 22 : 3) > > > > > > FirmanNya lagi: > > > > > > "Dan ada di antara manusia yang membantah perkara-perkara yang > berhubung > > > dengan Allah SWT dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan, > dan tidak > > > berdasarkan sebarang keterangan atau Kitab ALlah yang menerangi > kebenaran. > > > Ia membantah sambil memalingkan sebelah badannya dengan sombong > angkuh > > > sehingga menghalang dirinya dan orang lain dari jalan agama > Allah; ia akan > > > beroleh kehinaan di dunia dan Kami akan merasakannya azab > membakar pada hari > > > kiamat kelak" (Al-Hajj 22 : 8-9) > > > > > > * _____ > > > * > > > Artikel ini diterjemah dan disunting berdasarkan tesis PhD Dr. > Muhammad > > > Amahzun bertajuk "*Tahqiq Mawaqif As-Sahabah fil Fitnah min > Riwayat > > > Al-Imam At-Thabari wal Muhaddithin*" yang diterbitkan dalam > bentuk buku > > > oleh Dar At-Thayyibah lin Nasyr wat Tauzi', Riyadh. > > > > > > ------------------------------ > > > Meet your soulmate! > > > *Yahoo! Asia presents > Meetic*<http://us.rd.yahoo.com/prm/pers/mt/yma_sg/tgl/*http://asia.ya > hoo.com/meetic>- where millions of singles gather > > > > > > > > > --------------------------------------------------------------- -- > --------- > > > > > > All views expressed herein belong to the individuals concerned > and do not > > > in any way reflect the official views of Hidayahnet unless > sanctioned or > > > approved otherwise. > > > > > > If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish > to get a > > > daily digest of emails by logging-on to > http://www.yahoogroups.com to > > > change your mail delivery settings or email the moderators at > > > [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily > digest". > > > > > > > > > ------------------------------ > > > YAHOO! GROUPS LINKS > > > > > > > > > - Visit your > group "hidayahnet<http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet>" > > > on the web. > > > - To unsubscribe from this group, send an email to: > > > [EMAIL PROTECTED]<hidayahnet- > [EMAIL PROTECTED]> > > > - Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms > of > > > Service <http://docs.yahoo.com/info/terms/>. > > > > > > > > > ------------------------------ > > > > > > > > > > > > > > > ------------------------------------------------------------------- ------- > > All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise. > > If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest". > > > > --------------------------------- > YAHOO! GROUPS LINKS > > > Visit your group "hidayahnet" on the web. > > To unsubscribe from this group, send an email to: > [EMAIL PROTECTED] > > Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service. > > > --------------------------------- > > > > __________________________________________________ > Do You Yahoo!? > Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around > http://mail.yahoo.com ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/TXWolB/TM --------------------------------------------------------------------~-> -------------------------------------------------------------------------- All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise. If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest". Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
