Dan yang paling penting kita perlu bijak memilih bahan bacaan. Lambakan bahan bacaan yang ada tidak semestinya ia berdasarkan cerita yang sebenarnya. Terlalu banyak cerita sejarah yang tidak berlandaskan disiplin ilmu sehingga apabila dibaca seolah-olah menjadikan manusia yang sepatutnya dihormati dan dikagumi menjadi manusia yang 'tersilap'. Kisah para sahabat umpamanya.. Contohnya di zaman saidina Othman, umat Islam berpecah kerana fitnah yang dimainkan oleh Abdullah bin Saba', seorang Yahudi yang memeluk Islam yang bijak mengambil kesempatan di atas kelemahan dan perpecahan umat Islam pada masa itu sehingga terjadinya pembunuhan ke atas Saidina Othman.. Ketika ini juga kita lihat bagaimana salah seorang anak Saidina Abu Bakar, Amar bin Yassir (anak kepada Sumayyah yang mula-mula memeluk Islam) dan beberapa orang lagi terpedaya dengan dakyah Sabaiyyun ini telah berpaling tadah.. namun akhirnya mereka bertaubat.. Bagaimana Abu Zar Al-Ghifarri termakan hasutan Abdullah bin Saba' sehingga terjadinya pertelingkahan dengan Muawiyyah bin Abu Sufyan yang menjadi Gabenor Syam ketika itu. Dan beberapa lagi hasutan dan fitnah puak Yahudi ini yang telah dijawab oleh Saidina Othman sebelum kematiannya.
Bab Syiah memang dah jelas tergolong dalam 72 golongan yang sesat yang dinyatakan dalam hadis sahih dan diperjelaskan lagi oleh ijmak ulama'.
 
Hmm saya suka dengar Suara Mimbar di Selangor.FM. (100.90 mhz) pukul 1.30 tgh / ulangannya kul 7.30 mlm. Cerita tentang para sahabat ni ada disampaikan oleh Ustaz Uda bin Kassim. Kalau dok ofis tu lepas solat zuhur tu boleh la dengar. Saya beli h/p yang boleh dengar radio semata-mata sebab nak dengar azan, kulliyah & bacaan Al-Quran kat IKIM.FM dan nak dengar motivasi pagi kul 7.30 pagi dan suara mimbar kul 1.30 tgh kat Selangor.FM. Nak pasang radio guna elektrik ofis tak tergamak rasanya... sebab bukan saya yang bayar (duit rakyat).
 
 

[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] wrote:
a.alaikum semua..
saya berpendapat janganlah kita sebarkan sesuatu yang hanya berpandukan rujukan2 yang tidak betul sekuritinya kerana dalam keadaan sekarang ini bermacam macam cara digunakan oleh musuh islam untuk memecahbelahkan umat islam. walaupun apa mazhab kita samaada hanafi, maliki, shafie, hambali, wahabi atau syiah ke, marilah kita kembali menjadi satu seperti yang dibawa oleh rasullallah (SAW). perpecahan yang berlaku hari ini akan memberikan peluang kepada musuh islam untuk menghancurkan kita.
kepada sesiapa yang masih juga ingin mengetahui berkenaan syiah dan sunni saya minta carilah rujukan yang nuetral tentang sirah nabi (saw):
1.kejadian semasa nabi (saw) dengan saidina umar bila beliau (saw) sedang nazak.
2. kejadian perebutan hak khalifah semasa manusia agong muhammad bin abdullah (saw) baru wafat. jenazah baginda (saw) masih belum disemadikan tapi peristiwa perlantikan telah berjalan dengan pedang keluar dari sarungnya tanpa menghiraukan 12 orang keluarga dan sahabat terdekat nabi (saw).
3.bacalah juga berkenaan bila mana saidatina fatimah azzahra marah sehinggakan hendak membuka auratnya iaitu rambut untuk meleraikan pertengkaran.
4.kalau boleh carilah rujukan tentang aduan yang akan beliau sampaikan kepada ayah beliau nabi (saw) setelah beliau diberikan mimpi yang beliau akan menyusul ayahanda beliau nabi (saw) ke alam baqa. 
5.pesanan saidatina fatimah azzahra kepada suami dan anak2nya supaya dirahsiakan makamnya.
6.dizaman muawiyah kenapa ahli bait nabi (saw) dilaknat dimimbar masjid selama 65 tahun.
7.carilah rujukan tentang siapakah sahabat2 terdekat nabi spt abu dzar alghafiri, salman alfarisi. bagaimana mereka mendapat islam dan bagaimana akhir hayat mereka.
 
tentunya banyak lagi yang perlu dibaca tetapi permulaannya carilah rujukan dari kitab muktabar lama dan baca lah berkenaan peristiwa saidina husin di karbala. janganlah hanya baca peristiwa tersebut sahaja hendaklah cari juga renteten sebelum dan selepas peristiwa tersebut. permulaannya bilamana saidina husin dan hasan masih kecil. husin digendongan manakala hasan dipimpinan baginda. kelihatan wajah baginda (saw) merah seakan bersedih. sahabat bertanya kenapa baginda (saw) bersedih. beliau  ceritakan tentang apa yang akan terjadi pada saidina husin dikarbala dan beliau menamakan pembunuh tersebut dengan gelaran perberontak. setelah peristiwa terjadi bagaimana pula layanan yang diberikan kepada anak saidina husin iaitu ali zainal abidin dan saudara perempuan beliau sakinah.
saya syorkan saudara2 supaya terlebih dahulu selidikilah sirah nabi (saw) dari awal kelahiran beliau sehingga cicit beliau iaitu anak saidina husin.
saya minta supaya selidikilah sirah nabi (saw) dahulu sebelum kita bercerita tentang hukum. sekiranya saudara sudah mula membaca saya percaya saudara akan dapati betapa ceteknya ilmu didada kita dan semakin banyak yang kita ketahui maka terasakan betapa bertambah ceteknya ilmu kita kerana ilmu ugama ini terlampau banyak. air 7 lautan pun kalau dijadikan dakwat masih tidak cukup untuk menerangkan ilmu ALLAH.

 


Yahoo! for Good
Click here to donate to the Hurricane Katrina relief effort.


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke