ASSALAMUALIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK..
Syukur kepada Allah kerana rahmat dan izinNya kita masih dipertemukan lagi dengan Ramadhan pada tahun ini.. Insyaallah. Mudahan-mudahan ibadah kita pada tahun ini adalah yang terbaik berbanding tahun-tahun yang telah kita tinggalkan. Di dalam sebuah hadis ada diceritakan satu peristiwa di mana Rasulullah SAW sedang menaiki mimbar.. di tangga pertama Rasulullah SAW menyebut Aminn. Di tangga kedua Rasulullah SAW menyebut Aminn dan begitu juga di tangga yang ketiga.. kemudian Rasulullah turun dari mimbar. Lalu para sahabat merasa hairan kerana kebiasaannya Rasulullah SAW menaiki mimbar untuk menyampaikan sesuatu lalu mereka menanyakan hal itu kepada Rasulullah SAW. Lalu Rasulullah SAW menjawab yang mafhumnya Ketika aku ingin menaiki mimbar, Jibril telah berdoa Celakalah orang yang apabila disebut nama Muhammad Rasulullah dia tidak berselawat ke atasnya lalu aku berkata Aminn (perkenankanlah), di tangga kedua Jibril berdoa lagi Celakah orang yang apabila berlalunya Ramadhan tetapi tiada perubahan yang baik ke atas dirinya lalu aku berkata Aminnn dan kemudian Jibril berdoa lagi Celakalah orang yang masih mempunyai kedua ibubapa tetapi dia tidak dapat memasuki syurga kerana keduanya lalu aku menjawap Aminnn..
Dalam Hadis ini menjelaskan kepada kita bahawa kehadiran Ramadhan adalah sebagai satu rahmat dan medan/markas kita mentarbiyyah diri menjadi insan yang lebih baik dari sebelumnya. Dan Allah telah menyediakan dua bulan iaitu Rejab dan Syaaban sebelum bulan Ramadhan sebagai bulan latihan untuk kita memasuki Ramadhan. Dua bulan yang sebelum ini kita telah didedahkan dengan peristiwa isra dan miraj.. yang menceritakan tentang syurga dan neraka.. tentang balasan-balasan manusia yang berdosa dan mendustai ayat-ayat Allah.. tentang perintah solat yang diturunkan khas kepada Nabi Muhammad SAW sebagai persiapan untuk kita sebelum Ramadhan. Ertinya, jika sebelum ini kita tidak pernah berpuasa sunat, Rejab dan Syaban telah melatih kita untuk belajar berpuasa. Jika sebelum ini kita(lelaki) tidak pernah menjenguk masjid, di bulan Rejab dan Syaban kita telah mula melangkahkan kaki ke rumah Allah itu (Tidaklah terkejut masjid di bulan Ramadhan nanti). Jika kita masih tidak menutup aurat dalam ertikata yang sebenarnya, di bulan Rejab dan Syaaban kita telah mendapat kesedaran untuk menutup aurat demi mentaati perintah Allah. Jika kita sebelum ini tidak pernah membaca Al-Quran, Rejab dan Syaban telah mula melatih kita untuk membacanya. Jika sebelum ini kita tidak pernah bangun di sepertiga malam untuk beribadat dan taqarrub kepadanya, Rejab dan Syaban telah menjadikan manusia yang mampu untuk mengagahkan diri, sanggup melupakan keenakan lena diulit mimpi demi mengejar rahmat, mardhiah dan magfirahNya. . Jika sebelum ini kita tidak pernah melakukan solat-solat sunat, Rejab dan Syaban telah mampu melatih kita menjadi manusia yang suka beribadah kepadaNya. Jika sebelum ini kita tidak pernah bertaubat kerana mungkin tidak sedar kita adalah manusia yang berdosa dan sentiasa melakukan maksiat kepada Allah samada dalam sedar atau sebaliknya, Rejab dan Syaban telah mula menginsafkan kita.. kita adalah insan lemah yang sentiasa terpedaya dengan pujukan nafsu, tipudaya syaitan dan iblis lalu airmata keinsafan telah mula mengalir.. lafaz penyesalan dan taubat telah mula meniti bibir dan perlakuan dan tindak tanduk kita telah mula lebih berhati-hati Insyaalah dengan segala persiapan yang telah dibuat dengan doa yang sungguh-sungguh serta rahmat dari Allah kita mampu memasuki Ramadhan ini satu perasaan yang sukar untuk dilafazkan dengan kata-kata. Dengan keinginan yang meluap-luap untuk memperbaiki diri dan menjadi manusia yang dicintai dan menyintai Alah SWT insyaallah.. Selangkah kita rapat kepada Allah seribu langkah Allah menghampiri kita.
Mudahan-mudahan Ramadhan tahun ini bukan menjadi bulan pesta makanan buat kita sebaliknya menjadi bulan pesta ibadah. Dalam sebuah hadis Rasulullah bersabda yang bermaksud Berapa ramai orang yang berpuasa tetapi tidak mendapat apa-apa dari puasanya melainkan lapar dan dahaga Mudah-mudahan kita tidak tergolong dalam golongan yang disebutkan itu. Mudah-mudahan seluruh anggota kita berpuasa sepertimana mulut kita berpuasa dari makan dan minum. Mata berpuasa dari melihat sesuatu yang haram dan menyebabkan kemurkaan Allah sebaliknya banyakkan melihat Al-Quran, buku-buku yang mampu mendidik rohani dan memandang wajah kedua ibubapa. Telinga berpuasa dari mendengar lagu-lagu yang melalaikan, mendengar umpatan dan fitnah sebaliknya banyakkan mendengar tazkirah, bacaan Al-Quran dan perkataan yang baik-baik. Lidah berpuasa dari mengumpat, membuat fitnah dan melakukan sesuatu yang menimbulkan dosa sebaliknya perbanyakkan alunan zikir, membaca Al-Quran, mengajak manusia melakukan kebaikan dan melarang manusia dari melakukan dosa dan maksiat. Ingatlah setiap pekerjaan yang kita lakukan itu adalah ibadah jika ianya tidak melanggar batasan syara, tidak melalaikan kita dari melaksanakan perintah Allah dan apa yang kita lakukan itu adalah kerana Allah semata-mata. Contohnya apabila kita makan, ia akan jadi ibadah jika kita makan makanan yang halal dengan adab-adabnya untuk menguatkan diri, mendapatkan tenaga untuk melaksanakan pekerjaan lain dan makan dengan menyebut nama Allah(berdoa). Tapi makan itu tidak menjadi ibadah jika kita makan sehingga menjadikan kita malas beribadah, makan makanan yang tidak halal, dan makan dengan tidak menyebut nama Allah. Begitu juga dengan tidur, ianya akan jadi ibadah jika menjaga adab tidur, tidur dengan menyebut nama Allah (berdoa), dan tidur semata-mata sebagai alat untuk kita merehatkan diri agar mendapat kesegaran dan tenaga untuk melaksanakan ibadah yang lain. Tapi tidur kita akan sia-sia jika kita tidak menjaga adab tidur (berapa ramai manusia yang tidur dengan tidak sengaja, tertidur ketika menonton TV, tertidur ketika membaca majalah hiburan yang menjijikkan..) dan tidur sehingga melalaikan kita dari melaksanakan solat dan ibadah yang lain. Begitulah juga dengan setiap perkara lain yang kita lakukan di dunia ini. Bayangkan sudah berapa banyak kita makan, tidur, bercakap, mandi dan lain-lain yang kita anggap remeh selama kita hidup di dunia ini. Alangkah ruginya kita andai semuanya menjadi sia-sia sedang kita boleh mendapat pahala percuma melaluinya. Kita mungkin adakalanya tidak mampu untuk melaksanakan kesemuanya menurut kehendakNya, namun kita perlu berusaha dan itu bukanlah alasan untuk kita tinggalkan semunya.
Sama-samalah kita mencari ilmu kerana tanpanya kita tidak akan tahu apakah yang kita lakukan ini adalah menurut kehendakNya atau sebaliknya. Dengan ilmu juga kita akan mengetahui bahawa matlamat hidup kita bukanlah di dunia ini sebaliknya yang paling penting di akhirat yang kekal abadi (tanpa meninggalkan bahagian di dunia). Dengan adanya ilmu kita sedar bahawa tujuan Allah menciptakan kita di dunia adalah untuk beribadat dan melaksanakan perintahNya dan menjauhi laranganNya. Mudahan-mudahan kita akan menjadi manusia yang BERJAYA. BERJAYA dalam ertikata yang sebenarnya. BERJAYA menjawan solan Mungkar dan Nakir di dalam kubur, BERJAYA menyambut catitan amalan dengan tangan kanan, BERJAYA menjawab soalan Padang Mahsyar, BERJAYA meniti titian Siratul Mustaqim dan BERJAYA menempatkan diri bersama-sama dengan manusia yang beriman dan beramal Soleh. MasyaAllah.. Terlalu jauh perjalanan hidup yang terpaksa kita tempuhi.. Apa yang kita tanam di dunia ini itulah yang bakal kita tuai di akhirat kelak.. Allah telah anugerahkan kita akal fikiran dan kini terpulanglah kepada kita kemana ingin kita halakan langkah kita.. Ke jalan yang Alllah redhai atau sebaliknya.. Sama-samalah kita didik diri dan hati demi kebahagian dan kejayaan di dunia ini dan yang paling penting di akhirat yang kekal abadi
Sama-samalah kita menghayati dengan sunguh-sungguh kerana belum tentu kita masih bertemu denganNya di tahun akan datang.
YA ALLAH.. YA TUHANKU.. SESUNGGUHNYA AKU HAMBAMU YANG LEMAH.. TERLALU LEMAH YA ALLAH.. AKU TELAH BANYAK MENZALIMI DIRIKU.. AKU ZALIM YA ALLAH.. BIMBINGLAH DAKU YA ALLAH.. JANGANLAH KAU SIKSA AKU DI ATAS APA-APA YANG TIDAK AKU KETAHUI.. YA ALLAH.. YA TUHANKU YA MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI.. KASIHANILAH DAKU YA ALLAH.. BERILAH PETUNJUK DAN HIDAYAHMU PADAKU YA ALLAH.. KEKADANG AKU SENDIRI KELIRU LORONG MANAKAH YANG PATUT AKU TUJU, TUNJUKKANLAH AKU LORONG YANG BENAR YA ALLAH.. TANAMKANLAH RASA KEINSAFAN DI DALAM HATIKU YA ALLAH.. TANAMKAN RASA TAKUT PADAMU ANDAI AKU TERSALAH DAN MELAKUKAN DOSA YA ALLAH.. AMPUNILAH SEGALA DOSA-DOSAKU.. YA ALLAH YA TUHANKU YA ZALJALALI WAL IQRAM.. RINGANKAN TUBUHKU DALAM MELAKSANAKAN IBADAH KEPADAMU.. KAU TIUPKANLAH RASA SUKA DAN SERONOK DALAM MELAKSANAKAN KEBAIKAN YA ALLAH.. DAN JADIKANLAH AKU TERGOLONG DALAM GOLONGAN HAMBA-HAMBAMU YANG IKHLAS YA ALLAH.. YA ALLAH.. KASIHANILAH DIRIKU.. HAPUSKAN PERASAN RIAK, UJUB DAN SUMAH DI DALAM HATIKU.. SESUNGUHNYA KEIKHASAN ITU ADALAH DARIMU YANG KAU TITIPKAN DI DALAM HATI HAMBA-HAMBAMU YANG KAU KASIHI, KASIHILAH DIRIKU YA ALLAH.. KASIHILAH DAKU YA ALLAH.. YA ALLAH AKU POHON SUNGGUH-SUNGGUH PADAMU.. TIDAK ADA GUNANYA AKU BERIBADAH ANDAI TIADA KEIKHLASAN YA ALLAH.. APALAH GUNANYA ANDAI DI AKHIRAT KELAK AKU DIHALAU KEPADA MANUSIA YANG AKU RIAKKAN DI DUNIA INI IKHLASKAN DAKU YA ALLAH.. KASIHANILAH DAKU.. AKU MERAYU PADAMU YA ALLAH.. AKU BERTAUBAT DI ATAS SEGALA DOSA-DOSAKU YA ALLAH.. JANGANLAH KAU PALINGKAN DAKU DARI KEBENARAN YA ALLAH.. TETAPKANLAH DAKU DALAM KEBENARAN DAN HIDAYAHMU YA ALLAH YA ALLAH YA TUHANKU.. HANYA PADAMU TEMPATKU MENGADU.. TEMPATKU MEMINTA DAN TEMPAT UNTUKKU MEMINTA PERTOLONGAN.. BANTULAH DAKU.. KASIHANILAH DAKU.. IZINKAN DAKU MENGECAP NIKMAT CINTAMU YA ALLAH.. DAN BIARLAH CINTAMU ITU MELEBIHI CINTAKU KEPADA SESUATU YANG LAIN.. AGAR IANYA DAPAT MENJADI BENTENG PADAKU DARI MENGINGKARIMU YA ALLAH YA RAHIM YA WADUD YA ZALJALALI WAL IQRAM.. SELAMATKANLAH AKU DARI TIPUDAYA SYAITAN DAN DORONGAN NAFSU YANG SENTIASA MENGAJAK MELAKUKAN KEJAHATAN HAPUSKANLAH SIFAT MAZMUMAH DI HATIKU YA ALLAH.. GANTIKANLAH DENGAN SIFAT-SIFAT MAHMUDAH YA ALLAH.. KASIHANILAH DAKU YA ALLAH.. JADIKANLAH DAKU HAMBAMU YANG SOLEH YA YA ALLAH.. YA ALLAH YA ALLAH.. YA ALLAH.. DENGARLAH RINTIHAN HAMBAMU INI YA ALLAH AMPUNI DOSAKU SELAMATKANLAH DAKU DI DUNIA DAN DI AKHIRAT NANTI YA ALLAH.. YA ALLAH.. PERKENANKANLAH
Yahoo! for Good
Click here to donate to the Hurricane Katrina relief effort.
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
| Islam video | Islam book | Islam matrimonial |
| Islam and the west | Islam koran | Islam |
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "hidayahnet" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
