Kumpulan Jangan Ikut Tuhan(JIT) Kalau ada sesiapa yang membaca mastika, oktober 2005. Di dedahkan satu lagi kumpulan yang rosak aqidahnya. Perkara ini dulu biasa kita dengar di Barat tetapi telah menular ke Malaysia.
Kumpulan JIT ini dikatakan kumpulan atheis iaitu tidak percaya pada Tuhan dan menolak semua agama malah mereka memuja syaitan. Kumpulan ini berasal dari kumpulan muzik rock metal seperti Black Sabbath di tahun 60-an dan 70-an. Hentakan muziknya amat keras dan padat dengan suara lantang dan garau, liriknya bermasej anti sosial dan anti politik. Di antara alirannya black metal, death metal, doom metal, folk/viking metal, gothoc metal, heavy methal, orchestra metal, symphonic metal, power metal, progresif metal, speed metal dan trash metal. Mereka ini anti agama, antisosial, antiestablisment dan anti normal. Pada asalnya mereka hanya anti Kristian tetapi akhirnya anti kepada semua agama. Mereka menggunakan gambar syaitan kematian dan kegelapan berbentuk biblical dan salib terbalik. Setiap kumpulan menggunakan nama-nama syaitan daripada bahasa purba yang terdapat dalam kitab injil seperti Venom, Burzum dan Mahyem. Mereka mengadakan upacara anih apabila ingin masuk kelab black metal iaitu memuja syaitan dan menghina agama dengan membakar kitab suci dan meminum darah kambing. Mereka memakai lambang-lambang salib terbalik, tengkorak, bintang bucu lima, kepala kambing dan Lucifer(iblis). Mereka biasa memakai baju hitam, bersubang pelik ditelinga malah ada yang menindik lidah dan sebaginya. Memakai cincin pelik yang menyakitkan pemakainya. Dari sinilah lahirnya kumpulan JIT di Malaysia. Yang terbaru, mungkin ada di antara kita yang pernah tengok VCDnya. Penulis belum pernah tengok. Mereka berkumpul mengelilingi api sambil minum minuman keras dan membaca mentera(zikir kumpulan JIT), mereka berbogel dan melakukan perbuatan terkutuk. ketua mereka lelaki berselubung hitam. Peristiwa ini berlaku di Sungai Petani, Kedah...anak-anak Melayu Islam yang terlibat. Malah mereka mecuri al-Quran dari masjid-masjid dan surau-surau untuk dikoyakan dan dibakar. Sebelum itu mereka kencing di atas al-Quran. Wallahu a'lam...sekiranya ini benar....ianya satu lagi ancaman kepada umat Islam -- "Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku kerana Allah Tuhan Seluruh Alam" PakNgah70 http://pakngah70.blogspot.com/ ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> Click here to rescue a little child from a life of poverty. http://us.click.yahoo.com/rAWabB/gYnLAA/i1hLAA/TXWolB/TM --------------------------------------------------------------------~-> -------------------------------------------------------------------------- All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise. If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest". Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
