| TV3 siar filem judi di bulan Ramadhan Thursday, October 13 @ 13:35:28 MYT Oleh Norwani Ahmat Seremban, Negeri Sembilan Pertamanya tahniah kepada pihak TV3 kerana berjaya menyiarkan dokumentari berkenaan Ilmuan Islam yang pada pandangan saya merupakan satu program yang begitu menarik dan bermanfaat. Sejak kebelakangan ini juga, pelbagai isu masyarakat setempat kerap dipaparkan dan mendapat pembelaan menerusi ruangan "Buletin Utama". Sekali lagi keprihatinan TV3 yang seharusnya mendapat pujian! Namun berbeza sekali dengan siaran yang dipaparkan sepanjang bulan Ramadhan ini. Saya menjangkakan TV3 akan lebih prihatin dengan susun atur program terutamanya filem-filem yang ditayangkan sepanjang bulan puasa. Nampaknya sangkaan saya meleset sama sekali apabila hari Isnin yang lepas, TV3 menyiarkan sebuah filem Cina yang bertemakan perjudian. Filem tersebut hanya berkisar tentang isu perjudian, pergaduhan, keseronokan, keadaan orang yang mabuk dan gadis-gadis berpakaian bikini di paparkan tanpa tapisan. Bagi saya filem sebegini tidak sesuai di tayangkan di Malaysia lebih-lebih lagi di dalam bulan Ramadhan. Jelas sekali TV3 tidak sensitif dengan keadaan semasa dan majoriti orang Melayu beragama Islam di Malaysia. Apa salahnya disiarkan filem yang membawa mesej yang baik dan teladan kepada semua. Jika sebelum ini berpuluh filem Hollywood, Bollywood, Korea dan lain-lain negara lagi mampu dibawa masuk ke Malaysia, apa salahnya jika filem-filem berunsur Islam seperti dari Negara Iran, Sudan dan Mesir turut dibawa masuk ke Malaysia. Bukannya selalu filem-filem berunsur Islam ini ditayangkan dan dalam setahun boleh di hitung dengan jari. Mungkin sebulan puasa ini boleh di manfaatkan oleh TV3 dengan menayangkan filem-filem berunsur kebaikan untuk menjadi panduan kepada semua penonton terutamanya orang Melayu beragama Islam di Malaysia. Sikap prihatin TV3 sewajarnya terletak kepada semua perkara dan bukannya perkara-perkara tertentu sahaja. Ia mungkin sejajar dengan konsep Islam Hadhari yang menyeru kepada perubahan ke arah kebaikan umat sejagat. - um |
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
| Divine inspiration |
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "hidayahnet" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
