From: Fadzilah Hanim ar_rumaisa
Date: Wed, 12 Oct 2005 03:04:21 -0700 (PDT)
Subject: Jiwa Da'ie Otak Faqih 

 Jiwa Da'ie Otak Faqih                  07.10.2005
 

 

Assalamualaikum WBT. 

 

Semasa hayat Hasan al-Banna, beliau pernah berhadapan dengan suatu peristiwa 
yang berlaku di bulan Ramadhan. Ahli Jemaah di sebuah masjid bertelagah soal 
rakaat Solat Tarawih, sama ada patut dibuat 8 atau 20 rakaat. Suasana begitu 
tegang sehingga timbul bahasa-bahasa yang keras. 

 

Akhirnya, apabila Hasan al-Banna muncul, beliau ditanya oleh mereka yang 
bertelagah itu, mana satukah pendapat yang betul dalam hal ini? 

 

Kata Hasan al-Banna, "apakah hukum solat tarawih dan apakah pula hukum menjaga 
kesatuan umat Islam?" Kata mereka, solat tarawih itu sunat, manakala menjaga 
kesatuan umat islam adalah wajib. 

 

Lantas Hasan al-Banna menjawab, "apakah kamu mahu mengorbankan kesatuan umat 
islam yang wajib itu hanya kerana soal solat terawih yang sunat?! Bagi yang 
mahu menunaikan 8, tunaikan 8, bagi yang mahukan 20, bebas juga berbuat 
demikian". 

 

Inilah yang saya maksudkan sebagai Jiwa Da'ie Otak Fiqh. Bagi kita yang 
berperanan sebagai Da'ie, perlu sentiasa ingat bahawa tugas kita adalah untuk 
mengumpulkan manusia seramai mungkin di bawah panji Islam. Untuk itu kita perlu 
mengamalkan suatu akhlak yang diajar oleh Nabi SAW untuk para Da'ie. Akhlak itu 
terpampang di dalam pelbagai peristiwa di zaman Nabi SAW dan hari ini, ia boleh 
disebut sebagai akhlak "Seek to Understand, Then to be Understood".

 

Kita perlu belajar untuk memahami mad'u yang diseru dan bukannya siang malam 
pagi petang berleter marahkan orang ramai yang tidak faham-faham akan mesej 
Islam yang kita cuba bawa. Dalam isu Hasan al-Banna di atas, jiwanya sebagai 
seorang Da'ie tidak melihat perbalahan soal afdhaliyyah Solat Terawih sebagai 
soal hukum atau masalah nas. Masalah yang berlaku di masjid berkenaan adalah 
masalah SIKAP dan CARA BERFIKIR. Ini bukannya masalah yang boleh diselesaikan 
dengan melambakkan sebanyak mungkin nas al-Quran dan Hadith kerana dengan cara 
berfikir yang salah, tiada siapa yang mampu menghargai nas al-Quran dan Hadith.

 

Inilah yang banyak berlaku di dalam masyarakat kita dan saya tidak menyalahkan 
orang ramai seandainya mereka 'bosan' dengan pendekatan para ustaz yang asyik 
menyelesaikan masalah dengan pendekatan 'hukumnya ialah..."

 

Seorang Daie yang berjiwa Daie akan belajar untuk memahami mad'u yang diseru, 
sebelum dia boleh meletakkan harapan agar mad'unya memahami dakwah yang dia 
bawa. Mari kita semua bertafakur di KLCC Suria or One Utama Shopping Complex 
selama 30 minit dan ukurlah berapa jarak manusia di situ dengan mimbar-mimbar 
masjid dan 'usrah' kita. Pernahkah kita menilai sudah berapa jauhkah masyarakat 
kita berubah dan sudah berapa jauhkan kita mengubah pendekatan dakwah kita 
untuk mengejar perubahan masyarakat?

 

Saya selalu terkenang dialog saya dengan seorang anak gadis kita yang telah 10 
tahun membesar di England. Semenjak usianya 10 tahun dan kini telah 20, beliau 
dibesarkan di Boarding School, jauh dari alam Melayu malah Islam barangkali. 
Dia mengajukan soalan kepada saya, "do you believe in wearing scarf for Muslim 
girl? I don't believe in wearing scarf. If God doesn't want us to show our 
hair, then He will create us hairless!"

 

Soalannya amat provokatif. Dia juga bertanya soal kenapa mesti solat, kenapa 
tak boleh bela anjing di rumah dan sebagainya. Seandainya saya mengambil 
pendekatan jiwa Fiqh otak Da'ie, mungkin saya akan menjelaskan hukum perempuan 
memakai tudung, tujuannya menurut al-Quran, ayat-ayat dari surah al-Ahzab dan 
an-Noor dan 1001 penjelasan yang disambut dengan menguap gadis tadi bersama 
abangnya yang senasib. Akhirnya saya akan kagum dengan diri sendiri terhadap 
betapa banyakkan dalil yang berjaya saya ingat dan bentangkan dengan fasih!

 

Tetapi saya cuba membawa gadis tersebut ke persoalan pokok. Saya sebutkan 
kepada gadis tadi, "semua soalan anda tadi adalah persoalan ke8 dan ke9 kita. 
Ada persoalan awal yang perlu diselesaikan terlebih dahulu".

 

"Oh begitu. Baik, apa persoalan utama awak?", tanya gadis tadi.

 

"Menyelesaikan persoalan TUJUAN HIDUP!" jawab saya.

 

"Penting sangatkah nak tahu tentang tujuan hidup?", tanyanya lagi.

 

"Cuba awak bayangkan, kita adakan permainan bola sepak, tetapi di padang bola 
tiada tiang gol! Atau awak main golf tetapi tidak tahu di mana lubangnya. Apa 
rasanya kalau awak terlibat dalam permainan seperti itu?", saya menguji.

 

"Silly game.. mengarut!", ujarnya sambil tersengih.

 

"Well, kita mungkin ketawakan mereka yang main bola atau golf begitu, tetapi 
sebenarnya kita sedang ketawakan ramai manusia yang hidupnya tiada tiang gol 
dan tiada lubang golf. Kalau kita tak tahu tujuan hidup kita yang sebenar, 
bagaimana kita nak fokus dan membuat prioriti? Saya yakin saudari boleh setuju 
bahawa kegagalan untuk fokus dan membuat prioriti, pasti mengundang kegagalan. 
Betul tak?", saya meneruskan perbualan.

 

"I can agree on that, jadi soalannya sekarang ialah, apa tujuan hidup awak?", 
beliau bertanya lagi.

 

"Hmm, awak rasa, saya ada ke jawapannya? Awak ada jawapannya? Apa yang awak nak 
capai dalam hidup awak?", saya pula memberikan soalan bertubi-tubi saya.

 

"Saya nak berjaya dalam kerjaya dengan pendapatan millions per year", katanya 
dengan yakin.

 

"Bagi kita yang belum dapat pendapatan begitu, mungkin kita sangka itu tujuan 
hidup kita. Tapi bagi yang dah dapat, macam jutawan-jutawan dunia yang kita 
kenal, ketika mereka sampai ke puncak yang didaki, rupa-rupanya jiwa mereka 
masih kosong dan mereka masih terus bertanya, apakah untuk ini aku hidup? 
Akhirnya ramai di kalangan mereka yang bunuh diri atau sekurang-kurangnya gagal 
dalam rumahtangga. Awak rasa itu kejayaan ke?", saya bertanya kepadanya lagi.

 

"Hmm...", sepi tanpa jawapan...

 

"Saya rasa kita sama-sama tak ada jawapan sebab TUJUAN HIDUP kita telah ada 
sebelum kita lahir. Jika kita tanya lampu ni kenapa dia diciptakan, andai dia 
boleh menjawab, mungkin dia tak tahu kenapa dia berada di sini. Logiknya kita 
kena tanya kilang yang membuat lampu itu tadi. Dan kalau kita tanya ke kilang, 
mereka akan memberikan koleksi soalan dan jawapan di dalam sebuah KITAB bernama 
Instruction Manual. Begitulah juga dengan manusia. Jika mahu kepada jawapan, 
kenalah tanya kepada Tuhan yang menciptakan manusia iaitu Allah. Dan Allah 
telah memberikan kepada kita koleksi soalan dan jawapan di dalam Instruction 
Manual-Nya yang bernama..."

 

"Al-Quran! What does the Quran say about our PURPOSE OF LIFE?", gadis tersebut 
mengacukan soalannya.

 

"DAN tidaklah Aku jadikan Jin dan Manusia melainkan supaya mereka mengabdikan 
diri kepadaKu. Adz-Dzariyat 56". Jawabku.

 

Lantas saya mengambil peluang untuk menjelaskan secara ringkas kepada beliau 
konsep ibadah dalam Islam. Bahawa selain solat dan ibadah khusus yang lain, apa 
sahaja pekerjaan yang kita lakukan jika memenuhi kriteria Islam, maka ia jadi 
ibadah. Dan akhirnya saya membuat kesimpulan berikut:

 

"Andainya saudari boleh menerima hakikat yang kita perlukan Tuhan dalam hidup 
ini, maka barulah saya boleh menjawab soalan kenapa kita kena sembahyang. Kita 
perlu sembahyang kerana kita perlukan Tuhan dalam hidup ini. Dan jika saudari 
boleh setuju dengan kewajipan sembahyang, maka barulah saya boleh terangkan 
kenapa saudari kena pakai tudung. Jika kita mengadap Yang Di Pertuan Agung pun 
ada kod berpakaian, apatah lagi nak mengadap Allah di dalam sembahyang dan di 
luar sembahyang, tentunya kita kena bertudung kerana itu kehendak Dia. Dan jika 
awak setuju sampai ke situ, saya boleh jelaskan kenapa Islam tak benarkan kita 
bela anjing. Islam cuma mengajar, andai dijilat anjing, samaklah dengan air dan 
tanah. Tetapi Islam tidak pernah mengajar kita supaya membenci anjing dan 
memukulnya. Itu semua soal adat sahaja!"

 

Alhamdulillah dalam tempoh 1 jam pertemuan saya dengannya, itulah hasil 
perbincangan kami. Walaupun kesannya saya tidak pasti tetapi sekurang-kurangnya 
saya sudah mencuba untuk menghadapi mad'u saya dengan Jiwa Daie Otak Faqih dan 
tidak sebaliknya. Gadis itu ada latar belakang keluarga yang berbeza. Dia bukan 
seperti saya dan kehidupan saya. Kerana itulah saya mesti terlebih dahulu cuba 
belajar untuk memahami keadaan dia sebelum memutuskan apakah pendekatan dakwah 
yang patut saya ambil. Andai saya hamburkan kemarahan atas provokasi gadis 
tadi, tentulah perbualan kami terhenti di situ dan saya sekadar menggelengkan 
kepala sambil tersenyum secara sacarstic, "inilah perangai bebudak sekarang!"

 

Sempena kedatangan bulan Ramadhan ini, dan atas nostalgia peristiwa Hasan 
al-Banna itu, marilah kita bersama-sama mengutip mutiara pendakwah yang hilang 
iaitu "SEEK TO UNDERSTAND, THEN TO BE UNDERSTOOD".

   

@ABU SAIF

www.saifulislam.com 

Cheras, Kuala Lumpur

7 Oktober 2005
 
 
 




------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Click here to rescue a little child from a life of poverty.
http://us.click.yahoo.com/rAWabB/gYnLAA/i1hLAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest".  
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 




Kirim email ke